Skip to content

Kelahiran bersama Lap Top

2010 February 12
by Guru Besar Pencen

Bulan Febuari ( 12) hari  ini,   blog kerdil saya menyambut ulang tahun pertama kelahirannya.  Saya senang mengingati kelahiran itu kerana ianya sama dengan tarikh saya memiliki sebuah lap top.  Sebelum saya membeli lap top saya menemui rakan anak saya untuk mengajar saya asas pengendalian blog.  Sebaik saja saya balik dari PC Depot, tempat lap top dibeli, saya memulakan entri pertama saya – apa yang guru besar pencen buat selepas pencen.

Sehingga saat ini, 78 entri telah saya tulis, dengan 355 komen (terima kasih) dalam berbagai-bagai kategori.  Saya senang mengendalikan blog ringkas ini.  Ianya adalah tempat saya menghabiskan masa terutama waktu petang ketika pulang dari bekerja, anak saya yang bekerja tidak menggunakan bilik ketika itu, dan cucu-cucu selalu  tidur pada waktu begini.  Suasana aman sementara menunggu petang yang akan larut.

Dalam perantauan dari blog ke blog saya sering membaca coretan Bloggers guru.  Terlalu ramai guru yang menulis blog dalam berbagai-bagai dimensi.  Kebanyakan mempunyai blog yang cantik.  Mereka semua menulis semau – maunya seperti saya.  Saya dapat rasakan yang perasaan mereka juga sama dengan perasaan saya.  Mungkin yang membezakannya adalah mereka kebanyakannya berdarah muda tidak seperti saya seorang guru yang dah bersara/ lanjut usia.

Tidak ramai yang melayari blog saya, sekitar 5000 pengunjung (terima kasih) dalam masa setahun kerana ia tidak banyak informasi dan kurang interaktif.  ‘Tidak mengapa” pujuk hati saya.  Saya hanya sekadar melontarkan coretan dan memenuhi usia santai ini.  Kita dapat mengenali diri kita jika kita merantau di Blog Dr Mahathir, pada saya blog yang hebat.  Tidak menghairankan.. beliau seorang negarawan yang tiada tolok bandingnnya.  Dapat dicontohi untuk dimenegerti dalam banyak aspek.  Selain dari aspek politik, beliau seorang yang memegang prinsip yang tinggi.  Moderator dan berpandangan jauh.  Rajin membaca, berpengetahuan dan kritis.  Tegas dan berhemah.. siapalah kita (dan apalah blog kita.. jauh semanggang dari api)

Kalau pun begitu ianya akan menjadi penanda aras yang baik kepada semua bloggers guru.  Anda semua masih muda dan berpengetahuan.  Kebanyakakannya dididik dengan baik dalam era komunikasi pendidikan yang terkini.  Oleh itu anda boleh ke aras sebaik itu.. kalau mahu.  Masa masih ada, kudrat masih kuat dan ganjaran pun tidak ‘kalah’ dengan orang-orang diluar institusi pendidikan.

Setiap antara 5 hari  hingga seminggu saya akan mempamerkan coreta terbaru dalam berbagai kategori.  Tidak kurang dari 5 / 6 kali saya membaca entri yang saya tulis sebagai semakan.  Cuba meminimakan kesalahan  dan tidak lupa memperbaiki persembahan.  Tetapi dek kerana cetek sangat ilmu saya, maka tentu banyak lagi kekurangan yang dapat di kesan. Maafkanlah saya dalam masa setahun ini.

Saya updatee profile saya sebab peringkat awal ada pelayar yang memberi komen yang saya cuba menyembunyikan diri melalui profile saya yang ringkas.  Saya berbuat demikian sebab kalau saya memperkenalkan diri sekali pun bukan ramai yang mengenali saya kerana saya hanya ‘ seorang guru biasa, yang mengajar tulis dan baca‘  Yang kenal pun hanya rakan atau bekas murid saya.  Saya dapat rasakan tidak ramai bekas murid saya yang rajin membaca – seperti cikgunya juga.  Sungguhpun begitu saya rasa, sudah tibanya saya menjengukkan sedikit diri saya ke depan agar dapat saya berkomuikasi dengan lebih berkesan .. mugnkin melalui media-media yang lain.. (entahlah..)

Banyak antara blog cikgu-cikgu ini memuatkan lakaran dan cerita keluarga tersayang, aktiviti kekeluargaan dan juga tugasan kerjaya.  Semua ini menambahkan lagi keinginan sahabat handai,  rakan taulan. adik beradik dan saudara mara untuk melayari blog bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai keluarga. Hubungan rapat dan kasih sayang nyata terserlah melalui paparan di blog-blog cikgu-cikgu.  Ianya telah menjadi sebahagian lagi menfaat kecanggihan teknologi bagi membentuk keluarga bahagia.

Antara perkara yang menarik sepanjang saya mengendalikan blog ialah seorang penulis blog akan di dakwa kerana mempersendakan undang-undang.  Beliau telah menggunakan blog untuk mengatasi undang-undang.  Walaupun setengah pihak berpendapat bahawa undang-undang tersebut ialah undang-undang manusia tetapi tanpa ada dan mematuhi undang-undang itu maka sesebuah komuniti itu akan menguruskan komuniti berdasarkan siapa kuat dia kudrat.  Saya menganggap tiada berlaku keterbatasan dalam penulisan blog tetapi keterbatasannyanya ialah undang-undang (yang mungkin setengah bloggers tidak tahu dan arif – termasuk saya)

Banyak blog politik yang ditulis oleh penganalisis blog dan penyokong kepartaian dari keturunan Melayu.  Blog-blog tersebut mendapat sambutan ramai, Oleh itu tidak sesuai untuk saya menjadikan blog saya sebagai blog politik untuk menarik perhatian ramai;  walaupun politik menjadi sebahagian dari kehidupan saya.  Tulislah apa saja falasafah politik anda asalkan tidak melanggari undang-undang yang mesti ada dalam kita bernegara.    Saya lebih suka politik yang sederhana, yang telah menyemarakan semangat petriotisme dan tidak mendorong kepada keadaan yang kelam kabut yang menjurus kepada perpecahan Melayu.

…gebpencen…selamat harijadi pertama blog syok sendiri…

2 Responses leave one →
  1. iryani permalink
    February 12, 2010

    selamat hari jadi yg pertama untuk blog guru besar pencen..teruskan berkarya!

  2. Abdul Aziz Bin Mohd. Kassim permalink
    February 12, 2010

    Selamat Ulang Tahun.

    12 bulan yang penuh dengan didikan, nasihat & pedoman.
    365 hari yang terisi dengan kisah kisah silam.
    8760 jam yang makan ,minum dan tidur Bola,
    525600 minit yang berkhalayak tak kira umur,
    31,536,000 saat yang berlalu meninggalkan taburan ilmu.
    semoga nombor-nombor itu akan terus bertambah tanpa rasa jemu.
    bergerak kehadapan sambil menoleh kebelakang.

    “Terima Kasih Cikgu”

    juga terima kasih pada yang mengenalkan saya pada blog ini.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 10 + 5 ?
Please leave these two fields as-is: