Pengalaman berharga di awal 2010
2 January adalah merupakan hari-hari awal dalam kalendar 2010. Jam 5.00 petang memandu berseorangan balik ke Kulim dari makan kenduri di Junjung. Sampai di hadapan Sekolah Menengah Teknik, Kulim, saya memperlahankan kereta Wira 1995 saya (disebut dalam entri 1 Januari baru lalu) kerana banyak kereta waris berada di kiri kanan jalan. Kereta terus bergerak dalam kelajuan antara 30 hingga 35 kmh menghampiri selekoh garisan berkembar dari arah hadapan. Kelihatan kereta dari arahan bertentangan bergerak teratur dan perlahan seperti saya..
Tiba-tiba..
meluru dengan laju sebuah motosikal dari arah hadapan memotong deretan kereta betul-betul diselekoh itu. Penunggang remaja itu telah melampaui garisan berkembar. Motosikal sudah berada di laluan saya. Saya cuba sedikit mengelak ke kiri dengan harapan dapat memberi laluan kepadanya untuk mengelak dari melanggar kereta saya. Namun dia tergamam. Saya nampak jelas raut mukanya yang sangat panik. Saya hanya membrek dan menunggu.
Saya fikirkan ke mana dia akan terjatuh dan bagaimana seriusnya dia nanti. Saya fikirkan apa yang bakal terjadi kepada saya, samaada badan motosikal atau pennggangnya akan menghempap cermin hadapan kereta saya. Motosikal itu meluru ke arah kereta saya tanpa melakukan apa-apa. Motosikalnya terus menghentam bahagian hadapan kereta saya dengan kuat. Sempat saya melihat badannya melambung ke udara mengatasi bonet kereta saya tetapi saya tidak sempat nampak tubuhnya jatuh kerana terlindung dengan ‘bonet’ depan saya telah terkopak ke atas.
Saya tidak lantas keluar. Saya memerhati keliling bahagian dalam kereta saya. Semua benda yang berada di atas kusyen tercampak ke lantai. Telefon saya entah kemana. 20 minit kemudian barulah telefon bimbit saya ditemui, nun jauh terpersosok di celah pedal brek kaki, malangnya baterinya sudah hampir habis.. hanya sempat mengambil 2 keping gambar untuk facebook saya (ideris_rejab@yahoo.com) Saya pasti saya membrek dengan kuat kerana terkejut. Sungguhpun begitu tindakan saya itu (memberek) tidak membantu memperlahankan kenderaan saya kerana motosikal remaja itu meluru laju. Saya begitu tenang dengan memujuk perasaan bahawa ‘tiada apa yang saya boleh buat selebih dari itu‘ Saya hanya menunggu kedatangannya untuk menghentam dan meranapkan semua bahagian depan kereta saya. Berkecai berberai-berai..
Radio kereta masih berbunyi. Saya membuka pintu dan terus keluar. Remaja itu menangis, sesal dan sedih. Saya takut menghampirinya kerana dari mata kasar saya kecederaan kakinya agak serius kerana seperti terkulai. Sungguhpun begitu saya rasa lega kerana dia boleh bergerak, bersuara, bangun dan baring kembali di atas jalanraya, mungkin kerana kesakitan yang amat sangat. Saya minta dia bertenang dan jangan banyak bergerak. Saya memujuknya dengan mengatakan bahawa kecederaannya tidak serius. Orang ramai memberhentikan kenderaan dan berkerumun di tempat kejadian. Ada seorang saksi dari sebuah kereta 4×4 yang mengekori saya; sibuk memberi kenyataan kepada orang ramai yang tertanya-tanya. Dia yang melihat kejadian itu dalam jarak yang paling hampir kerana kereta itu mengekori saya dari Pekan Junjung lagi. Ada juga yang bertanya saya…
Sebuah kereta Mercedes berhenti di belakang kereta saya. Tuan punya kereta Mercedes itu sibuk menelefon ke sana-sini melaporkan kejadian kemalangan saya dengan begitu sistematik sekali. Dia bertanya maklumat diri saya dan saya memberi kerjasama kepadanya. Dia bertanya nombor telefon saya, saya menjawab telefon saya belum dijumpai – berkali-kali. Dia dengan agak marah dan meninggikan suara. . Baru saya tersedar walaupun telefon belum dijumpai tapi nombornya sepatutnya saya tahu.. Saya tersenyum sendirian mengenangkan kebodohan saya – mungkin kerana sedikit agak terkejut ..
Saya bertanya siapakah tuan ? Rupa-rupanya dia seorang Pegawai Polis dari Alor Star.. ooo patutlah berkereta besar ( Mercedes). Saya mengucapkan terima kasih kerana menjadi beliau bertindak menjadi pegawai perhubungan dalam kejadian itu kerana membuat semua panggilan kecemasan termasuk kepada waris penunggang motosikal itu. Terima kasih TUAN !
Kemudian, dua orang anak saya datang, kerana rumah saya tidak jauh dari tempat kejadian… ambulan pun datang, ibubapa penunggang motosikal itu pun datang, polis pun datang, wakil insuran pun datang. Episod duka itu semakin berakhir. Jam 7.00 malam kereta saya telah tiada bersama saya lagi dan kembalilah saya ke rumah dalam keletihan.
...gbpencen…Syukur alhamdullilah.
Selamat Tengahari Cikgu,
Maha Besar Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Penyayang,
Alhamdulillah Cikgu selamat dan sihat, mungkin ada sikit post-trauma tapi bagi orang lama,yang banyak gerak hati dan membaca sesuatu jauh lebih kehadapan saya dapat rasakan yang Cikgu lebih khuatirkan si penunggang motor itu dari Wira1995 sendiri.
Dahulu saya memandu Kancil, kereta kedua saya selepas saya kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Yong Peng.Kereta pertama saya Ford TX3 ranap bonet hadapan apabila kereta berpusing ditengah jalan laluterus menghentam pembahagi besi ditengah.Mungkin ajal belum waktu, itu yang membuat saya mengunakan Kancil agar memandu mengikut hadlaju walaupun kadangkala melaung injin Kancil saya bila meter mencecah 140km/j(bila lama tak memandu laju dan datang gian).
Kancil saya pun pernah disondol dari belakang oleh seorang pakcik dihadapan bangunan MIC ditengah tengah jam sewaktu balik dari meeting. Entah, saya tak jenguk pun bontot kancil saya tapi saya lebih simpati pada pakcik tadi, mana taknya bila melihat sayur dan mee yang dibeli bersepah sepah terburai ditengah jalan.Penat lelah mencari rezeki untuk anak isteri habis digilis kereta. Saya ketepi dan membantu pakcik tersebut. Dia hendak membayar gantirugi tapi saya menolak kerana lebih baik dia membeli balik barang yang bertaburan dari kerosakan kereta saya.Kasihan, mungkin anak isteri menanti dia pulang dengan penuh harapan.Kasihan kerana melihat kehampaan wajahnya akibat sedikit kesilapan yang berlaku. Kemudian saya berikan pakcik tersebut sedikit wang untuk keklinik melihat tangannya berdarah akibat tergesel dengan jalan. Kereta saya pun tak kemek mana pun, balik rumah saya ketuk ketuk sedikit dari dalam ok dah.Bukan saya nak menunjuk nunjuk baik, tapi saya sebenarnya terbayang wajah abah saya, macam itulah agaknya saban hari pulang dari kerja membawa rezeki untuk kami anak beranak.Kecelakaan yang datang bukan diminta, cuma ia sebagai satu peringatan pada kita manusia yang serba tak sempurna, penuh alpa dan banyak kelemahan.
Selau kita menghukum Allah bila kita dalam kecelakaan dan memujinya bila kita dalam kesenangan. Alangkah hipokritnya manusia ini sedangkan Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang kerana tanpanya siapalah kita. Yang tak punya apa-apa.
Baik senang maupun susah.
Nampak gaya patah kaki la Cikgu sehari dua ni. sabar ajelah cikgu.Mungkin ada yang baik kita tak nampak.Apapun Syukur Cikgu selamat.
Jaga diri.
Terima kasih Cikgu, maaf tumpang lalu.
Terima kasih atas simpati.. itulah pengalaman kita, ada yang baik dan buruk tetapi semua tidak dapat di jual beli hanya dapat di kongsi. Entah apa yang akan berlaku seterusnya.. terpulang kepada kekuasaannya. Redha lah..
Anyhow kita dapat berkongsi penglaman yang membantu kita terus melayari kehidupan dengan pa yang kita mahu..
Semoga Aziz juga terhindar dari kecelakaan
…gbpencen… pakai keta kancil anak.. sat.
syukur cikgu selamat.. harap semua yang membaca mendapat iktibar..
Saya terbaca kesah cik gu kemlangan saya rasa bersyukor cik gu selamat dan kebetulan pula cik gu tidak kesaorangan kerana ada anggota polis mengekori cik gu semuanya kuasa Ilahi mungkin cik gu orang yang iklas dalam hihup maka dalam keadaan kecelakaan Allah ujudkan pertolongan.
Untuk Hjh Fatimah :
Terima kasih Hjh kerana bersama blog kecil ini. Semoga ada teguran dari hajh untuk renungan dan padangan saya. Terima kasih.
Salam bahagia.