Skip to content

Satu Malaysia – samakah? ratakah ?

2010 March 30
by Guru Besar Pencen

Pemimpin perlukan penonjolan.  Datuk Seri Najib menonjolkan ‘Satu Malaysia’ bagi mempromosi dirinya selaku seorang Perdana Menteri.  Juga mempromosi visinya sebagai satu landasan keterlibatan dan komitmennya dalam mengisi ruang penuh berliku dalam era kekuasaannya.  Siapa juga memerlukan penonjolan yang ketara sekiranya berada dimana-mana puncak kepimpinan.

Zaman keselesaan politik telah berakhir ketika mana Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia.  Rakyat begitu akur dengan apa yang dibuat oleh kerajaan pada masa itu kerana segala maklumat yang diperolehi diperjelas dengan mudah. Visi digambarkan dengan jelas dan mudah difahami.  Permasaalahan dirujuk kepada intipati  kerukunan negara berlandaskan undang-undang dan perlembagaan. Majoriti rakyat menerimanya  dan telah  memudahkan aktiviti kenegaraan berkembang.

Kisah bermula apabila negara mewarisi kekeliruan politik Melayu yang ditinggalkan oleh Tun Abdullah.  Kebanyakan umat Melayu dewasa membicarakan politik dalam perlbagai dimensi.  Ada yang rasional dan ada yang emosional.  Ramai pemimpin baru muncul.  Yang  lama pula ada yang mucul semula .  Ada yang hilang kuasa, ada yang kembali berkuasa.  Ada diantaranya yang baru mula berkuasa. Hala tuju politik Melayu berbelah bagi.  Najib muncul ditengah-tengah kekalutan ini bersama ‘Satu Malaysia’  bersama UMNO yang masih memegang teraju.

Tidaklah seumpama langit dan bumi bezanya antara Najib dan kegagahan Tun Dr Mahathir walaupun bezanya memang ada. Datuk Seri Najib juga ada kriasmanya. Peringkat awal gagagsan ini ialah memenangi hati Malaysia untuk memenangi pilihanraya akan datang.  Satu untuk semua Malaysia.  Itulah gagaasan yang makin hari makin jelas kelihatan hak samarata telah mula dilaksanakan. Maka diri ini bertanya -perlukan iya ? Pada era Dr Mahathir, apa saja yang diputuskan oleh UMNO akan didengari dan dipatuhi.  Tetapi semenjak kekalahan teruk BN semuanya sudah menjadi ‘upside down’.  Ianya telah menghimpit Datuk Seri Najib melaksanakan “Satu Malaysia’.  Setujukah kita ?  Setujuuu!

Melayu selalu berkata setuju dalam kebisuan… mengalah dan berserah.  Percaya atau tidak, kebanyakan umat Melayu taat akan pemimpin yang mewarisi nama keramat UMNO yang banyak menabur jasa. Namun sejarah telah membuktikan Melayu yang menghancurkan Melayu sehingga menjadi layu.  Oleh itu teruskan perjuangan… kata sebahagian Melayu.

Walaupun begitu maka perlu diingat kita sudah banyak kehabisan tenaga dalam mengemudi bahtera yang kita layari.  Telah ramai penumpang yang telah mendapat banyak keuntungan.  Penumpang-penumpang ini dalam senyap tidak menyapa kita tetapi langkah disusun mewarisi harta negara ketika kemudi yang kita pegang agar bahtera tidak bocor, hanyut di pukul gelombang, mereka selesa di bahtera permata sambil perlahan menyusun strategi memperlekehkan nakhoda.  Siapakah mereka.  Mereka adalah peniaga-peniaga Cina.

Contoh :  Di swasta, kilang dan premis peniagaan, Melayu menjadi tunggangan kepada kaum yang menumpang bahtera UMNO.  Kita bukan sahaja dipersenda, tetapi dicerca kerana wang dan kekayaan yang mereka ada dan berkuasa.  Senyum sinis Melayu mengangguk-anggukkan kepala mengiyakan segala arah bicara agar tidak hilang kerja, pendapatan untuk menyara keluarga.  Anak kita masuk bekerja dengan gaji RM20.00 sehari, anak mereka bekerja dengan gaji RM50 sehari walaupun kurang ilmu dan pengalaman.  Tiada caruman EPF dan tiada apa-apa kemudahan,  hanya bekerja untuk memperkayakan tuannya berbangsa CINA.

Gambaran di atas adalah salah satu dari ribuan tragedi yang sedang berleluasa dalam Satu Malaysia.  Gagasan yang memperjuang hak seakan samarata untuk Cina, Melayu dan India oleh Datu Seri Najib – baik – untuk siapa ?.  Sudah kah Perdana Menteri terasa untuk diperhalusi, semasa kita sedang perlahan-perlahan memberi hak kepada mereka kita mesti pastikan hak yang mereka ada diberikan samarata kepada bukan yang berbangsa mereka kerana tuntutan Satu Malaysia mestilah bertimbal balik.

Saya berkesempatan menyelami hati nurani kelompok peniaga Cina yang sama sekali tidak menjujung tinggi usaha yang telah dilakukan oleh UMNO (Melayu) bahkan selalu saja memperlekeh bahawa kekayaan dan keselesaan yang mereka perolehi adalah hasil usaha dan kerajinan mereka sendiri .  Terdiam juga mereka bila saya ajukan ‘ Kalau negeri kacau bilau, selesakah anda untuk berniaga ? dan ianya pasti, nanti disuatu hari nanti keadaan tidak sihat ini akan memberi cetusan rasa tanpa dapat dikawal sekiranya ianya terus tidak ditangani dengan bijaksana ?’

…gbpencen… macam melayu lain juga, penakut.

4 Responses leave one →
  1. jhyvtec11 permalink
    March 30, 2010

    dulu islam hadhari, bila tuannya dah tiada, usahanya pun hilang tah kemana, yang tinggal cuma baju batik tiap hari khamis, itupun dah tak berapa wajib dipakai..
    mungkin satu hari nanti, bila tuan punya one malaysia sudah tiada, program canggih memartabatkan kesamarataan rakyat ini pun akan lenyap begitu sahaja..
    terima kasih kerana masih ada melayu yang masih sayangkan bangsanya bukan untuk kepentingan diri dan haluan politik, jauh sekali untuk mengaut keuntungan..
    semoga melayu sebegini muncul lebih ramai menyelamatkan melayu yang hanyut dengan nakhoda yang berasa selesa dan selamat di dalam kapalnya..

  2. April 3, 2010

    Masalahnya melayu tak berapa suka meniaga.Depa suka makan gaji, senang cukup bulan dapat gaji.Kalau meniaga pun semua nak jadi kontrakror aja, senang dapt projek sub aja…..boleh untung sikit jadile….

    Orang buat rumah kedai melayu tak minat nak beli tapi depa suka buat banglo aja senang nak relax2…..

    Bila cina buka kedai berpusu2 melayu pi minta kerja dan p beli barang dia, katanya murah dan taukeh nya baik…….

    Last2 salah cina juga yang bolot semua……..melayu tetap tak salah cuma ………..jawab sendiri.

  3. Aziz Kassim permalink
    April 5, 2010

    Salam Cikgu,
    Lama saya tak jenguk-jenguk blog nih, saya tenggelam dalam kesibukkan, mengejar pembahagian kek ekonomi yang semakin mengecil. 1Malaysia telah membuka ruang untuk semua kontraktor merebut segala projek kerajaan. Kontraktor Melayu hanya diwajibkan pabila nilai kontrak tidak melebihi100k…hmmmm. Maklumlah seperti kata Paksu Pencen Melayu kita ni hanya sub sahaja, koman koman kelas F. Walhal, senak senak perut kontraktor melayu melawan kontraktor lain yang punya fasiliti kredit dengan pembekal sebangsa. Harga yang nak dilawan marginnya menyusut. Yang untung rakyat semua, harga projek kerajaan semakin murah walaupun natijahnya semakin mahal kerana barangan pembinaan melonjak seiring dengan kenaikan harga minyak.
    Saya seorang konsultan, yang dari dahulu hingga sekarang berjuang bukan dalam kelompok bangsa sendiri. Seiring dan senada dengan si kulit putih maupun dengan si kulit kuning. saya anak Melayu yang didedahkan dengan cabaran global walaupun daerah perjuangan saya bersifat tempatan. Saya bertatih bertahan dengan lawan yang lebih arif. Bukan saya seorang tapi ramai lagi. Akhirnya kita pun berjaya jugak menawan daerah luar. Abu Dhabi, Dubai dan Ryad pernah kami jengah. Adakah kita manusia yan sentiasa dibawah tolok penanda aras. Tidak, kita dilemahkan dengan kelemahan bangsa kita untuk yakin dengan kekuatan dan keupayaan anak bangsa sendiri.
    Saya bukan bangga dengan pencapaian sendiri, tapi saya bangga dengan Generasi saya yang sudah lari dari bayang bayang silam. Bayang Generasi Subsidi. Kami tidak mengharap ihsan kerajaan, kerana dana modal pembangunan global lebih tersusun dan tidak banyak tangan dibawah meja. Kami bergerak meyakinkan Dunia luar bahawa kami boleh diyakini, berpotensi dan bukan lagi katak yang meyangka tempurungnya hebat. kami sudah keluar dari kepompong.
    Memang tampuk pemerintahan akan mempertahankan kehendak bangsanya, tetapi kita perlu ingat, dasar pintu terbuka mula menular kemana mana. Adakah kita berupaya menolaknya. Beranikah ita menongkahnya, atau mampukah kita turut serta. Tepuk dada tanya selera. Atau sebenarnya bangsa kita lebih berselera menonton Akedemi Fantasia sambil dibuai kejayan silam.

    Cikgu, yakinlah tentang anak anak yang cikgu didik ini telah bangun. Doakan lah mereka melangkah jauh. Bukan menawan Dunia dengan segala terhebat ter..itu ter..ini..tetapi berjaya meyusup masuk dipasaran antarabangsa dan duduk sama tinggi dianatara mereka.
    Ilmu yang baik ibarat benih yang baik, biar hanyut dilautan luas, andai dapat tempat berlabuh nescaya ia akan menjadi pulau.

  4. February 5, 2011

    Some time before, I needed to buy a car for my organization but I didn’t earn enough cash and couldn’t buy anything. Thank heaven my friend adviced to take the business loans at reliable creditors. Therefore, I did that and was happy with my bank loan.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 6 + 14 ?
Please leave these two fields as-is: