Skip to content

Kahwin rompak ‘Colombo Plan’.

2010 February 23
by Guru Besar Pencen

Sebak saya dan emak melihat Pak Lang Mea (Ismail – adik emak saya) mengacu-acukan tangannya ke hadapan seperti mahu memegang sesuatu.  Bila ditanya apa tujuannya berbuat demikian dia menyatakan dia nampak anaknya,  ‘Ax’ (Ishak) berada di hadapannya dan dia hendak memegangnya.  Kami tahu, rindunya kepada Ax bukan kepalang.  Isteri Pak Lang Mea turut memerhati tetapi tidak berapa kisah kerana lumrah Pak Lang memperlakukan sedemikian semenjak demamnya semakin hari semakin tinggi.

Selepas tamat Form Five di sekolah Penang Free School, Ax sepupu yang sebaya dengan saya berangkat ke Autralia dalam tahun 1969. Dia melanjutkan pelajaran disana dalam bidang akauntant di bawah biasiswa Colombo – Projek UNICEF Bangsa-Bangsa Bersatu. Bangga sungguh keluarga kerana bukan senang ketika itu nak masuk universiti, inikan pula belajar keluar negara.  Ax memang seorang pelajar yang pintar (rajin dan tekun – tidak sepeti saya).

Selepas Pak Lang bersara dari menjadi buruh  ‘harbour boat’ di pelabuhan Bagan Dalam, Butterworth pada tahun 1966 dia membimbit raga kuih di kedua-dua belah lengannya di serata pekan Bagan (Butterwrth) untuk menyara anaknya termasuk Ax yang ke luar negara. Gigih sungguh dia.  Dengan penampilan seorang yang pendek (rendah – seperti emak saya) nampak jelas kepayahan yang diharungi demi anaknya.

Lagi setahun Ax akan kembali ke tanah air dengan segulung ijazah yang cemerlang,  Pak Lang Mea (ayah Ax) telah meninggal dunia.  Kami menziarahinya hinggalah  disaat kematiannya, kerana emak saya sangat akrab dengan adiknya itu.  Emak menitiskan air mata mengenang gelagat Pak Lang Mea melepaskan kerinduannya semasa mayat diusung ke perkuburan.  Yang paling memilukan kerana dia tidak dapat merasai hasil penat jerihnya atas kejayaan Ishak, anaknya itu.

Kapal Terbang dari Australia telah mendarat.  Tiada keluarga kami yang menyambutnya di lapangan terbang. Emak Ax (Mak Lang Mah – isteri arwah Pak Lang Mea) juga tidak mampu untuk ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur bagi menjemput Ax.  Sebaliknya (pula) keluarga ‘girlfriend’ nya telah bersedia di lapangan terbang dengan beberapa buah kereta menjemput Ax terus ke rumah mereka di Bandaraya Kuala Lumpur.  Persediaan rapi telah dibuat di sana oleh keluarga ‘girilfrend’nya untuk Ax ditunangkan.

Entah bagaimana abang sulung saya dapat menghidu cerita begitu dari salah seorang keluarga Ax.  Beliau amat marah . Mendengus-dengus percakapannya, dengan penuh ketegasan dia  memberitahu Mak Lang untuk disampaikan kepada Ax…

Kalau iya pun.. balik lah dulu ke Bagan. Kita pun ada adik beradik (maksudnya hormatilah instituisi adik beradik (?)).  Kemudian kita p  kira elok2, bukan kita tak mau;  bukan kita nak halang.  Balik dulu – sinopsis kemarahan abang saya yang menjadi induk keluarga ketika itu.

Walaupun saya tidak begitu ingat apa yang berlaku selanjutnya tetapi Ax telah pulang ke Bagan dan selepas itu rombongan peminangan telah dihantar ke  Bandaraya Kuala Lumpur.  Kemudian jadilah mereka suami isteri yang bahagia sambil tidak lupa menunaikan tanggungjawabnya kepada keluarganya terutama emaknya dan adik-adiknya.

Jadi juga perkhwinan ini,  walaupun untuk pulang ke Bagan dari Australia, Ax terpaksa transit di bandaraya rumah ‘girlfriend’nya kerana …. keluarga girilfriendnya tidak yakin atau salah takrif ke atas Plan Colombo.  Mereka mentakrif plan tersebut secara negatif tetapi kami sekeluarga mentakrifnya secara positif. Sekarang tinggallah mereka dengan mewah sejahtera di sebuah kawasan perumahan eksklusif – TTDI saya diberitahu (entah kat mana). Syukur…

...gbpencen…tak boleh jadi induk keluarga seperti abang saya kerana tak reti marah mendengus-dengus.

3 Responses leave one →
  1. March 1, 2010

    Kekadang, merengus berdengus-dengus sangat penting apabila laluan asal telah terpesong. Ini bertujuan untuk membetulkan keadaan perjalanan selari dengan laluan yang ada. Kekadang, ramai yang terlupa dengan laluan yang ada. Ada juga yang nak ambil jalan mudah. Maka, itulah perlunya merungus berdengus-dengus sama macam abang yang menjadi induk keluarga. Walaupun ramai yang akan berdesing telinga akibat merungus berdengus-dengus, tatapi realitinya bertujuan dan niat yang baik… Berapa ramai yang berjiwa besar sebegitu untuk menjadi induk keluarga? Malah ramai yang menikus kerana menjaga nama dan air muka sendiri serta mengelakkan pandangan orang… itulah watak dan perwatakan yang menjadikan indahnya WARNA-WARNI KEHIDUPAN…

  2. March 2, 2010

    Saya setuju dengan pandangan itu, bukan senang menjadi induk keluarga. Walaupun cuba melarikan diri menjadi induk.. tapi dah abis semua abang-abang ‘disimpan’, tinggal seorang saja yang tua ni (saya) mau tak mau kena ke depan juga dalam majlis-majlis le… tapi tidak lah sehebat orang-orang hebat yang pernah saya lihat.

    Terima kasih.

  3. Abdul Aziz Bin Mohd. Kassim permalink
    March 4, 2010

    AsSalamualaikum W.B.R,
    Ramai yang ingin dan berkeinginan untuk menjadi induk keluarga..tapi ramai yang tak mampu. Ramai kecundang dan ramai juga yang mengambil kesempatan sambil berdendang.
    Kadang kadang menjadi induk datang tanpa diundang .Datang secara semulajadi atas sifat tanggungjawab kita.Datang kerana kitalah harapan.Datang kerana itulah kita ini.Fitrah Adam yang telah tersurat.

    Saya suka komen diatas Warna Warni Kehidupan.he..he..he zaman tv hitam putih dah lama berlalu

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 6 + 7 ?
Please leave these two fields as-is: