Skip to content

Belum pandai politik..

2010 June 24
by Guru Besar Pencen

BANDAR PERDA adalah hasil usaha beliau.

Sekitar awal tahun 60an… saya mengelilingi ‘corong’ pembesar suara yang diletak di atas rumput di sebuah padang kecil di kampung saya..  Beberapa orang rakan berminat untuk melihat dengan lebih dekat peralatan itu kerana jarang-jarang melihatnya. Pak Njang Non (Md Noor bin Mahmud) menguji suara ‘mikropon’nya, Tidak jauh dari situ sebidang kain rentang bertulis dan terlukis sekuntum bunga.. Bunga Raya. Pak Njang Non mula bersyarah melalui corong mikroponnya.

Beberapa hari kemudian, antara faham dengan tidak saya mendengar orang tua-tua bercakap Pak Njang Non menang dalam suatu pemilihan dan dia menjadi kaunselor.  Maka digelarkan oleh mereka ‘Non Konselar’ iaitu wakil dalam Majlis Daerah –Municipal– gelarannya pada masa itu.  Musuh politik  pula  memanggilnya ‘Non tudung selar’ (ular tedung (kot)).  Begitulah politik.. sama sahaja –  baik dulu ; baik sekarang.

Sepanjang ingatan saya dari dulu lagi,  Pulau Pinang menguntungkan orang yang pandai berpolitik.  Pemimpin dan pengundi Cina pandai mewarnai politik Pulau Pinang.  Siapa sahaja yang memerintah, orang-orang Cina di Pulau Pinang  tidak akan kalah – walaupun ada parti Cina yang kalah. Kalah parti Cina, akan menang pula parti Cina yang lain yang terus memperkasakan Cina Pulau Pinang.  Syabas pemimpin dan pengundi Cina.  Anda bijak berpolitik.

Pulau Pinang tidak menguntungkan orang yang tidak pandai politik.  Pemimpin dan pengundi Melayu tidak pandai mewarnai politik Pulau Pinang. Siapa sahaja yang memerintah ianya akan merugikan orang Melayu.  Tidak kira parti Melayu mana yang bersama memerintah Pulau Pinang, pemimpin parti Melayu bersama dengan pengundi Melayu akan terus hilang taringnya.

Sebagai anak jati Pulau Pinang, warna-warna politik ini telah saya lalui dengan tidak agresif.  Pernah diura-urakan di Pulau Pinang akan diadakan pilihan raya untuk memilih Ahli Majlis Daerah. Entah bila tidak pasti, tetapi yang pasti sampai sekarang belum lagi diadakan.Banyak kerja politik yang lain hingga tidak sempat menunaikan janji pilihanraya atau sudah tidak releven untuk mengadakan pilihan raya daerah (?) – orang politik sahaja yang tahu.

Saya melakar coretan ini setelah beberapa kali membaca komen pelayar-pelayar  blog saya yang berminat dengan politik UMNO Nibong Tebal.  Dia begitu agresif sekali dan dengan nada penuh emosi melemparkan komennya.  Komenlah, tiada mengapa anda bebas berbuat demikian.  Suatu ketika dulu saya menjadi penumpang dalam melayari politik UMNO Nibong Tebal.  Apabila zaman politik berkembang kukuh, saya perlahan-lahan mengundurkan diri kerana sudah ramai pemimpin dan pengikut setia manampil dan menawarkan diri. Sehinggalah UMNO menjadi goyah, saya mengikuti perkembangan UMNO Nibong Tebal dari jauh.  Mungkin entri saya mengenainya di blog ini telah menarik beberapa penggiat politik tempatan memberi komen mereka.  Tetapi mereka telah berada di pihak pembangkang.  Sungguhpun begitu, ianya masih  ‘okay‘ atas dasar demokrasi.

Sesinis manapun serangan yang kita buat terhadap UMNO, UMNO Nibong Tebal adalah UMNO Pulau Pinang. Yang mahligai kekuasaannya dari dulu lagi adalah dari kalangan yang sepet dan senget.

Saya masih berpegang kepada ‘sehingga KINI kita berada di SINI’  hari ini adalah dengan jasa-jasa yang telah dibuat oleh UMNO dan rakan-rakannya terdahulu.  Kalau iyanya baik, maka baiklah kerja mereka selama ini dan jika ianya tidak, tidaklah baiklah kerja mereka selama ini. Lain orang, lain penilaiannya. UMNO pula harus menerima jika mereka terpaksa turun dari mahligai kekuasaan ialah kerana kesilapan mereka, maka tiada siapa yang harus mereka persalahkan melainkan orang-orang UMNO yang rakus dan tersasar arah.

Kalaupun pengganti UMNO yang di cari,  tidaklah sampai tergadai segala-galanya hanya semata-mata bencikan UMNO.  Menukar puncak kepimpinan yang tidak disenangi adalah satu kewajaran, tetapi bertukar kerana UMNO tidak memberi kepuasan hati kepada seseorang yang telah dipinggir oleh UMNO ketika mereka di puncak kuasa adalah tidak wajar. Kepentingan diri namanya – sama dengan beberapa individu kepimpinan dalam UMNO sendiri yang mewajarkan kepentingan diri. Kalau kita sering beremosi sahaja pun tiada gunanya.

Kalaupun UMNO hendak ditukarkan,  bertukar tampuk mungkin adalah satu kemestian tetapi tidaklah sehingga bertukar wajah.  Wajah-wajah sepet dan senget, dengan nafsu tamaknya tidak wajar berada dipuncak kekuasaan. Juga tidak wajar bertukar kepada individu yang ketara sangat sedang melakar pertelingkahan, putar belit termasuk dalam soal-soal agama, tidak konsisten dan menganjurkan kemusnahan melalui politik semata-mata.  Kerana akhirnya ianya akan jadi 2 x 5 = 20 pula.

...gbpencen…selalu beralah bila mula nak  berbalah – menulis kerana insaf, bukan menulis kerana politik.

3 Responses leave one →
  1. June 24, 2010

    KAGUM : tulisan yang santai tetapi memberi makna yang mendalam. Saya KAGUM akan penulisan TUAN kali ini.

    KUASA – berkuasa atau mangsa :
    Kuasa dalam tampuk pemerintahan yang menjadi taruhan akan menjadi kerugian besar kepada golngan yang tidak memahami sudut politik secara mendalam. Rata-rata, masyarakat Melayu tertipu dengan Melayu yang mementingkan diri semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Kuasa mampu menjadikan MELAYU BERKUASA atau MANGSA..

  2. aziz permalink
    July 29, 2010

    Gikgu,
    Percaya tak Cikgu pada Teori saya ini?
    Anugerah UNESCO hanya mengekalkan tinggalan sejarah penjajah di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Menyisihkan Sejarah Kita ditempat -tempat ini. Pastinya pengekalan tapak sejarah in yang akan tinggal beratus tahun lagi, sedangkan yang lain dimamah kemajuan. Bukti Fizikal bahawa mereka yang membangun tanah air kita. Bukan kita tapi mereka. Cerita kita akan hanya jadi cerita penglibur lara.Cerita hebat Tok Nenek kita. Cerita lisan kita pada anak cucu kita dan akhirnya menjadi hikayat. Sama seperti hikayat hikayat lain yang akhirnya didebatkan keturunan sendiri.
    Malah ada diantara kita bangga tanpa sedar

    maaf ,tumpang lalu.

    Terima Kasih Cikgu

  3. August 5, 2010

    En Aziz :
    Ada betulnya teori tuan. Tuan begitu perihatin dengan sejarah bangsa. Walaupun begitu itulah sejarahnya. Sejarah ter lakar dan kita melakarnya semula. Kemudian kita menghayatinya tetapi kebanyakan kita tidak ambil kisah hikmah darinya. Akhirnya sejarah sudah tidak bermakna lagi untuk orang-orang yang tidak mengambil iktibar darinya. Ia berlaku di depan kita seperti sejarah Kejatuhan Melayu Melaka yang pernah saya dengar (tak pernah baca pun) bahawa keruntuhan melayu disebabkan oleh orang melayu juga……… Seperti yang sedang dan akan berlaku.. sebelum berlalu.

    …gbpencen…hanya mampu melihat ramai orang melayu yang pandai2 – sekarang ini.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 2 + 11 ?
Please leave these two fields as-is: