Pandai Besi
Presiden FAM adalah golongan istana, institusi beraja zaman moden. Pemerintahan di FAM hebat sebenarnya. Menafikan kritikan dan terus menerus beroperasi tanpa diganggu gugat sesiapa. Berjaya dalam kegagalan mewarnai komen dan kritikan. Akhirnya menjadi satu ikon bolasepak Malaysia yang dibanggakan, sekurang-kurangnya oleh peneraju di dalam institusi itu. Dan bolasepak terus merangkul minat ramai dan terus dimainkan. Mengapa ?
Tanpa campur tangan kerajaan dalam pentadbirannya – itu amaran FIFA badan induk bolasepak dunia yang berwibawa. Menjadi pengetahuan umum jika kerajaan mencampuri mana-mana urusan pentadbiran ianya akan berbaur politik yang seterusnya akan mengganggu-gugat bukan kepalang. Amaran itu jelas memperkasakan FAM. Maka dengan itu berkorbanlah YM Tuanku Presiden FAM untuk terus menerajui dan memperkasakan badan itu. Tahniah YM Tuanku. Apa pengajarannya kepada kita ?
Saya telah diberitahu oleh cerdik pandai bahawa di zaman fuedal, raja mempunyai kuasa mutlak untuk mengadili yang mana baik dan buruk, betul dan salah, pelik dan sesuai, serang atau bertahan, suka dan benci …… kalau waras seorang raja, adillah pemerintahannya, pelik seorang raja maka zalimlah pemerintahannya. Banyak juga raja yang tidak waras.
Kini pada pendapat ramai, raja sudah tidak sesuai lagi memerintah dengan kuasa mutlaknya . Maka disebutkan pula oleh cerdik pandai sebagai pemerintahan raja perlembagaan (seperti di England). Maka berpolitiklah rakyat untuk berkuasa bagi menentukan keharmonian dan kemajuan negara. Siapa yang memerintah bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah dan juga harus bersedia menerima kritikan(malahan dijatuhkan melalui pilihanraya) jika amanah yang diberi tidak dipertanggungjawabkan dengan sempurna.
Maka perlembagaan pun berfungsi dengan aktif bersama-sama dengan orang-orang (peguam) yang mempelbagaikan tafsiran untuk menghalal atau mengharamkan cara.. Berbagai-bagai cerdik pandai yang mempunyai berbagai ilmu sama-sama membantu membuat tafsiran ke atas perlembagaan dan undang-undang.
Sekali sekala raja yang berpelembagaan ini terpaksa campur tangan atas rasa tanggungjawabnya kepada negara dan segala jajahan takluknya. . Orang pandai perlembagaan ini pun akan mentafsir semula perlembagaan berraja tadi dan dirujuk pula ke mahkamah jika tidak dapat memuaskan hati masing-masing. Mahkamah akhirnya membuat keputusan. Rakyat masih tidak puashati keputusan itu. Maka Raja pun bertanya, “Adakah beta yang patut buat keputusan ?”.
FAM memuktamadkan bahawa pemain import tidak dibenarkan lagi beraksi dalam Liga Malaysia, pemain bawah umur 21 hendaklah seramai 5 orang mesti berada dalam senarai 30 orang bersama pendaftaran Liga Super, Pasukan Negara mesti beraksi diluar negara, Harimau Muda tidak boleh bermain dalam Liga Perdana, Pasukan Negeri Pahang layak bermain dalam Liga Super, NTFA tidak boleh main dalam Liga FAM, Akaun NTFA tahun 2006 – FAM tak payah beritahu dan banyak lagi keputusan yang dibuat oleh YM Tuanku – Presiden FAM bersama dengan Bendahara, Shah Bandar, Temenggong, Laksamana, Panglima, Hulubalang, Bentara, dayang dan gundik-gundiknya di istana FAM. Bolasepak Malaysia terus berjalan dengan sempurna, tanpa campur tangan politik. Sekali lagi ucapan tahniah kepada FAM khasnya YM Tuanku Presiden.
Saya kira kita dapat membuat perbandingan :
Sampai bila pun mahkamah membicarakan sesuatu kes, maka sampai bila pun tidak seorang pun akan berpuashati. Pandai Perlembagaan akan mencari arah untuk menentukankan mahkamah memihak kepada pihaknya. Maka ianya memerlukan seorang yang akan membuat keputusan barulah ada keputusan. Samada Hakim atau Raja. Betul atau salah keputusan itu sudah tentu satu pihak akan tidak puas hati. Pihak yang puas hati pula belum tentu betul kerana pandai perlembagaan itu mungkin memang pandai mencari arah dan ruang dalam perlembaagaan untuk melepaskan diri. Yang betul-betul tahu keputusan yang betul ialah orang yang melakukan perbuatan (kes) yang dibicarakan itu (sahaja). Raja pun tak betul dan perlembagaan pun tak betul.
Malaysia 1 – Indonesia 2 (AFF prediction)
...gbpencen…berkawan dengan RAJA segaran (sahaja)

rendah sangatkah pasukan Malaysia yang tuan predictkan kalah tu… tuan dah salah predict… kita menang.
Nampak ada semangat pasukan kita dan mungkin yang tuan kata itu betul…. pandai besi. Bolasepak pun kena buat stail pemerintahan di zaman feudal.. !
Frankly it’s quite difficult to understand but I am agree with you wahai GBP. What do we have in 40 years(not 14 years). Msia qualified twice to Olympic so no big deal to beat Endon. In Japan baseball is no 1 sport n soccer is no 2. Development in sport has ggear up all sport including soccer. Sport science and scince itself contributes a lot to this develomentp as you can see japanese in average phisyically taller than any other people in east asia nations. Another significant point JFA is totally NGO. The emperor and Prime Minister in fact has no interest in field soccer. Thus you can see association or society is free to make decision. Same as Msia during Big Mokhtar era. Football was not politicised by the rulling yet. How far player like Safie Sali can go under the so-called Sultanate(if feudal not suitable) and hidden hand from Putrajaya. How could one minister give an instruction to collect fund from Rakyat for players welfare. He himself by right shall allocate some budget for the purpose. All who stand on grandstand including Royals and politicians believed have manipulated the situation. If this phenomena continues Msia need another 40 year to qualified to World Cup.
Jadi u tak setuju le dengan GBP…. bola ni tuan dia banyak sangat celarunya di mana pun kerana ianya sukan yang diminati. Jadi yang minat untuk memimpinnya pun banyak.
Bila banyak orang yang berkeinginan nak jadi pemimpin bola maka ia mesti ada politikng dalamnya.
macam GBP, dari dulu bola dia macam tu je….
Tahniah GBP. Tulisan anda tersendiri dan tersohor. Jika saya ingin memperhalusi tulisan itu maka mohon lah saya perkenan mengadap andai sudilah kiranya menunjuk saya maksud Pandai Besi. Jika tidak saya memahami tulisan ia dengan cara pemahaman saya dalam konteks polar pemikiran dan kehendak serta kemahuan saya mengertikannya. Ramai yang terus ghaib bila mereka pasti itu bukan untuk mereka ie Mustafa Kamal(MK Land), KJ dan bekas PM Thailand pemunya Man City, itu adalah terbaik untuk diri mereka dan demi kemajuan. Indah nya jika saya dapat berkata saya rasa anda layak saya berundur demi agama bangsa dan tanahair. Anda dan saya berdoa anda maju kehadapan semoga satu hari nanti pasukan bola kita dapat kalahkan Brazil bukan Endon yang lemah lagi kurang segalanya. Saya pasti pasukan bola kita senada dengan Korea layak ke separuh akhir piala dunia bukan piala antara dusun dusun atau piala antara hulu hulu. Selalu umum memberi kredit pd yg kurang mutunya. Sukan squash dan badminton tidak pernah sampai kehujung dunia, mereka tidak pernah memberi emas dalam kejohanan terunggul dunia olimpik. Tetapi masih digelar ratu dan juara,juara menerima tajaan. Anak watan lain yang cuba dan sedang memberi kilauan seolah dipandang sepi kerana saya tidak mampu memberi yg setimpal dgn emas mahu pon perak. Maka anak watan itu suatu nanti atau tidak lama lagi akan mampus setelah kakinya putus urat atau tayar nya pancit. Sama seperti yang lain jika sukan diurus oleh jurusannya maka hidup lah roh dan segar lah jasadnya.
setahu saya pandai besi ialah bermaksud ‘orang yang arif’ membuat sesuatu kerja – maknannya dia itu profesional dalam bidangnnya….
dari tak ada kemajuan… ada juga sedikit cahaya dengan kemenangan ke atas Indonesia.
Jadi kita harap pandai besi akan pandai membuat langkah untuk menrealisasikan impian kawan-kawan kita…termasuk en khairi.. betul tak ?
bolasepak sebenarnya sudah TUA … usianya… jadi Malaysia ni dia lambat tua…
A fact that you know this is truely true but you
CAN’T do anything about it. A man above 40
like me will continue to contest, complaint and
continue to talk as what we label it as intellectual
discourse. Or you just fully ignore it as there a
lot can be seen in Astro Stadium. We live in real
world not in a dream.