Disiplin guru dan saya !
Dari jauh (SABAH) datangnya komen melalui lama blog sekolah (kecil) tapi canggih… memperkatakan mengenai disiplin guru dan minta saya memberikan komen. Walaupun saya tidak begitu jelas maksudnya namun saya andaikan situasainya ialah Guru Besar atau PPD telah mengambil jalan pintas untuk menukarkan guru yang memberikan masalah di sekolah itu ke tempat lain.
Pada saya, kuasa adalah segala-galanya di sesebuah instituisi.. Dimana-mana ada pertikaian yang berlaku adalah kerana pemilikan kuasa. Dengan mempunyai kuasa seseorang akan merasa lebih selamat. Tempat yang besar, besar kuasa ketuanya; tempat yang kecil, kecil sedikit kuasa ketuanya. Maka berkuasalah PPD atau Guru Besar menukarkan guru yang rendah disiplinnya untuk menyelsaikan masalah yang timbul. Kuasa yang diberi tidak wajar di pertikaikan tetapi harus (jika perlu) diperkatakan !.
I : Ada ketikannya cg Ariff kurang siuman. Saya selalu menunggu cg Ariff jam 7.45 pagi. Biasanya dia akan datang jam 8.00 lebih atau langsung tidak datang. Bila dia tiba saya mengajaknya minum dan kemudian menghulurkan rokok untuk sama-sama menikmati aromanya selepas minum kopi ‘o” di Kantin Pak Din. Sesiapa yang tidak merokok tidak akan merasa nikmat aroma rokok digabungkan dengan aroma kopi “o” di waktu baru bangun tidur. Lebih-lebih lagi bagi cg Ariff jika dihulurkan rokok, nikmatnya sudah tentu akan lebih – dan lebih menenangkannya. Sedikit perbualan motivasi untuknya, dia akan memulakan tugasnya pagi itu hingga waktu pulang dengan selamat. Esoknya dia menyatakan dia perlu ke hospital Psikatri Perak Road (Penang) untuk rawatan kerana dia tidak dapat lena pada waktu malam. Saya sebagai GB mengakurkannya. Dia bersama saya sehingga saya bertukar dari sekolah itu.
II: Saya akan mengintai cg Syukur setiap kali dia ke kantin. Saya akan berjumpanya di sana, makan bersamanya walaupun saya tidak lapar. Saya akan meminta rokoknya sebatang (walaupun saya mempunyai rokok) dan saya akan menghisap bersamanya di kantin. Perbulan motivasi untuknya ialah berkisar mengenai kegemaran ataupun kejaguhan dan kebolehannya. Motivasi seterusnya dia adalah aset sekolah dan pada saya ia adalah seorang guru yang berpotensi. Dia amat banyak kelemahan tetapi saya cuba untuk bersamanya dalam apa-apa acara yang disertainya. Saya akan menjemputnya di rumah jika ada program diluar waktu persekolahan; kalau tidak dia tidak akan datang untuk apa-apa program pun. Kemudian dia akan lesap ketikamana pandangan saya terhadapnya tersasar. Aduh ! penatnya saya. tetapi saya gagahi juga. Tingkah laku cg Syukur telah menggambarkan segala-galanya. Cg Syukur telah 2 kali diberkas kerana disyaki ada hubungan dengan dadah. Tanpa bahan bukti yang jelas pendakwaan ke atasnya telah digugurkan. Saya mendekatinya dan keluarganya sehingga ke hari ini walaupun saya sudah tidak bertugas lagi, juga, walaupun dia cuba menghindari dirinya dari saya…
III & IV: Hussin dan Seri Tanjung tidak disukai oleh kebanyakan guru disekolah. Hussin suka mengajar dengan tingkah laku lembut, kurang sopannya. Dia juga lebih suka ‘bisnes’ dari tugas hakikinya. Seri Tanjung pula asyik membela ‘rakan istimewa’ nya saja. Langsung sesiapa pun tidak boleh menegur, jika berlaku kesilapan oleh rakanya itu. Aktivitinya sangat aktif bahkan pro aktif, tetapi hanya berjalan ketikamana rakan istimewa berada di dalam program bersamanya saja. Tabiat suka ponteng, lewat datang, pandai ber ‘cakap’ tapi tak pandai berkomuikasi dalam tugas dan dengan rakan se tugas membosanan PK yang mengendalikannya. PK menghendakkan komitmen seratus peratus macam guru lain tetapi bukan saja tiada komitmen tetapi suka memperlekehkan tanggung jawab PK. Ketegangan memaksa PK beralih tumpuan untuk mendesak saya untuk memaksa PPD menukarkan mereka. Atas alasan yang spara munasabah mereka ditukarkan. Walaupun kehendak itu tidak datang dari GB (saya) tetapi ianya sudah tidak dapat dielak kerana jeneral-jeneral (PK) saya sudah tidak dapat membendung kebosanan mereka, perkara tersebut juga diakui oleh kebanyakan guru di situ. Akhirnya mereka meninggalkan saya… tanpa banyak menyoal saya (hanya menyerang dan menyoal orang lain).
Situasi besar telah mengajar saya bahawa guru juga sebuah kehidupan manusia. Lakonan guru memaksa saya menjadi pengarah yang berkesan. Menjadi pengurus yang tabah dan sabar. Situasi kecil juga mematangkan saya menjadi sahabat yang setia, pengasih dan sanggup berkorban. Namun saya juga seorang manusia yang pada suatu ketika bernama ‘cg’. Dihambat dengan tugas dan berperanan sebagai motivator. Di kejar dengan tanggungjawab dan diburu dengan hasrat. Mahu melakarkan manusia-manusia kecil agar mereka boleh mengharungi kehidupan yang penuh mencabar. Oleh itu, situasi besar yang digambarkan itu perlu ditangani dengan sebaik mungkin agar situasi kecil yang berlaku tidak akan menghalang anak-anak kecil yang berada di sekolah.
Kesimpulannya : Pengurus di sekolah berkuasa untuk mencari pendekatan yang terbaik untuk mengatasi disiplin guru di sekolah. Kuasa yang diberi itu mempunyai banyak dimensi. Dimensi yang paling lumrah adalah menggunakan sepenuhnya kekuasaan yang ada dengan ‘segera’ melenyapkan masalah itu dan memindahkan masalah kepada orang lain – saya tidak akan melakukannya.. Dimensi yang jarang digunakan ialah, membuat pendekatan kepada masaalah kemanusiaan dan melakar satu situasi besar itu menjadi kecil dan menguraikan mengikut budi bicara. Pilih lah yang mana akan membuahkan kejayaan dan mengwujudkan situasi : menang-menang (kata orang sekarang).
...gbpencen…selalu dalam situasi : kalah-menang…
menarik rambut di dalam tepung.. rambut xputus, tepung xberselerak..
walaupun lembut dn bersopan santun, tetapi didalam pendidikan ketegasan amat penting untuk menjadikan pelajar benar2 pelajar…tenkiu