Skip to content

Gurauan ibu

2010 June 10
by Guru Besar Pencen

Bersama – sebahagian keluarga.

Panggilan emak untuk ibu saya.  Arwah memang tegas tetapi jenaka  atau gurauan beliau pada saya berprofile tinggi .  Selain dari pandai bercerita, kadang kala beliau bergurau.  Gurauannya amat tersentuh dan masih saya ingat hingga sekarang walaupun jarak peninggalannya sudah lama.  Ia berkisar dari situasi yang berlaku di dalam keluarga.  Humor beliau juga ada kaitan dengan perlakuan seks secara berhemah..

Cerita satu :

Teman tunangan anak sedara saya  membuka tangki air kereta yang sedang panas dan air tangki tersebut menyembur ke mukanya.  Cederanya tidak parah tetapi ianya mungkin agak menyakitkan.  Hitam melecur sebelah mukanya.

Pasangan anak buah saya itu berkunjung ke rumah abang saya.  Mereka baru bertunang ketika kejadian itu berlaku. Dia mengunjungi rumah abang saya untuk  melepaskan kerinduan ?. Anak buah saya akan melayaninya dengan penuh mesra semasa kunjungan tunangannya itu.  Ketika itu saya berada di sana  sambil menyembang hal urusan pernikahan mereka.  Saya tidak banyak bercakap dengannya hanya dengan menunjukkan aksi simpati.

Setibanya di rumah, saya menceritakan kejadian tersebut kepada emak saya.  Emak saya kusyuk mendengar gelagat bakal cucu menantunya.  Dia tersenyum sinis lantas mengungkapkan :  ” Dia akti, dia nak anja la…”. Semua kami termasuk isteri saya yang berada di ruang dapur usang rumah kami itu ketawa berderai… saya tidak terfikir yang ungkapan itu keluar dari emak. (terjemahan : Dia sakit, maka dia datang hendak bermanjaa.. la dengan tunangnya itu”

Setiap kali situasi seperti itu berlaku dalam kehidupan kami berkeluarga, isteri saya akan mengeluarkan semula ungkapan itu.  Kami berdua akan berkongsi senyuman dengan lalin-lain keluarga terdekat cerita tersebut.  Ianya terus menjadi kenangan pengubat luka kerinduan kepada ibu kami yang tersayang…..

Cerita dua :

Saya diasak bertubi-tubi oleh Fuad ketika bermain bola di padang.  Sebagai rakan sepermainan saya tidak berapa kisah asakan itu tetapi setiap kali tamat permainan beliau akan tersenyum bersimpul-simpul mempersenda saya untuk bergurau dan mendekati saya.  Saya juga tidak hairan kerana sesuai dengan tabiat saya.  Akhirnya saya mengetahui beliau sangat-sangat menyukai anak sedara saya.  Atikah. Tidak lama kemudian urusan peminangan telah disempurnakan. Dan mereka telah dikahwinkan tanpa penglibatan dari pihak saya. Sehari dua mereka berulang-alik dari rumah saya ke rumah mertua anak sedara saya dan saya tidak mengambil kisah.

Pada suatu pagi seperti biasa kami berbual sambil menyediakan masakan tengahari.  Dalam suasana keseronokan ‘pengantin baru’ emak saya membuka ungkapan.

Atikah, saya dan isteri saya menumpukan sepenuh perhatian tentang apa yang akan diungkapkan oleh emak saya. ” malam tadi, ada hantu atas rumah… sampai aku tak boleh tidur”.  Saya dan isteri saya tidak bermalam di rumah itu tercengang, apakah jenis hantu yang berada di rumah ‘adat’ kami itu.  ‘dia hinggut, sampai beringgut rumah-rumah” dia membuka mulutnya dengan senyuman lebar.. Anak sedara saya berlari ke dapur sambil menjerit-jerit manja-malu atas ungkapan tadi.. kami semua tersenyum sesama sendiri sambil menokok tambah sedikit sebanyak cerita tadi

Dalam hati saya berkata.. badan pasangan anak sedara saya memang kasa.. patutlah emak tidak boleh tidur kerana rumah beringgut.

Setiap kali situasi seperti itu berlaku dalam kehidupan kami berkeluarga, saya akan mengimbas kembali cerita ini.  .  Cerita ini juga terus menjadi kenangan pengubat luka kerinduan kami kepada yang tersayang pada setiap kali pertemuan keluarga.

Cerita tiga :

Ada seorang lagi anak sedara saya dipelihara oleh emak saya.  Oleh sebab penampilannya kurang menarik, maka dia agak lambat dilamar untuk berkahwin.  Dalam masa menunggu lamaran itu dia berjinak-jinak dengan beberapa orang teruna di sekitar kampung kami.   Akhirnya dia sempat bercinta dengan seorang peniaga jagung.  Selalu anak sedara saya ini akan mengambil peluang mengujungi gerai jualan teman lelakinya bersama adiknya dengan menaiki basikal.

Entah macamana, perhubungan ini diketahui oleh emak saya.  Beliau tidak memarahinya sebaliknya dia sering menyindir anak sedara saya dengan mengatakan “Seronoknya dapat pergi cari jagung bakar… !”.  Mendengar ungkapan itu saya dan isteri terkejut sambil ketawa kerana sebutan dan ungkapan jagung bakar itu di bawa maksud yang lain oleh emak saya. Setiap kali kami membeli atau menemui penjual jagung, setiap kali itulah kami sering mengingati telatah guruan emak saya yang bersahaja. Sungguhpun begitu, anak sedara saya tidak ada jodoh dengan penjual jagung bakar itu.

..gbpencen…semua peristiwa, semua cerita adalah jenaka kerana ia boleh membuat kita selalu selesa dan kelihatan muda.

2 Responses leave one →
  1. ahmadzul permalink
    June 11, 2010

    salam… saya baru jumpa blog ni… blog ini sangat menyentuh hati saya… it was like love at the first sight… this post is the one i love the most… it reminds me of my family… my mother.. tak sabar mau pulang jumpa mak bapak n family…

  2. Md Darus permalink
    June 16, 2010

    emak tuan nampak mesra dengan anak menantu… orang lama banyak pengalaman. Guna pengalaman untuk anak cucu…. ceritalah tuan

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 9 + 9 ?
Please leave these two fields as-is: