Skip to content

JPN suka guru perempuan

2010 April 18
by Guru Besar Pencen

Saya kurang berfikir mengenai cuti guru lelaki tetapi saya sering memikirkan cuti guru perempuan.   Cuti sakit mereka kerana masalah keluarga disamping cuti guru perempuan yang akan bersalin.  Saya harus memahami tanggungjawab guru yang berperanan sebagai ibu dan isteri di rumah,  sememangnya amat banyak.  Pernah seorang  guru perempuan yang awal-awal lagi melapor diri kepada saya membawa surat pengakuan doktor – rawatan sakit lutut – dan selepas itu saya sering menerima mc nya 3 kali dalam seminggu.  Ada pernah dilihat guru yang tidak kelihatan seperti mengandung dan tidak pernah memberi tahu yang dia mengandung, tiba-tiba pihak sekolah menerima surat cuti bersalinnya.  (?)

Isu pendidikan kurang menarik perhatian akhbar tetapi isu guru sangat popular di kalangan mereka.  Biasanya guru digambarkan sebagai profesion yang ‘bekerja senang’ , banyak cuti, selesa dan bergaji tinggi.  Semuanya patut kita bersetuju.  Yang susahnya menjadi cikgu,  ialah kita berhadapan dengan pelanggan yang disayangi oleh ibubapa dan keluarga mereka.

Isu terbaru:  KP ingin menambahkan kouta guru lelaki.  Sepatutnya isu ini sudah lama dilaksanakan kerana isu tersebut adalah isu lama yang dirintihkan oleh pentadbir sekolah.  Oleh sebab saya hanyalah seorang Guru Besar – rendah – maka rintihan itu telah hilang atau telah dihilangkan dalam arus kekelamkabutan pemodenan pendidikan.  Sekarang isu itu menjelma kembali dari peringkat tertinggi KP.

Punca sebenar kekurangan guru lelaki di sekolah hanya KP sahaja yang boleh menjawabnya. KP sendiri telah menentapkan kehendaknya, maka ia telah berlaku,  Andaian yang di buat oleh kebanyakan orang ialah : (?)  Guru perempuan dianggap layak untuk mendidik sebab mempunyai sifat keibuan.  Guru lelaki berperwatakan keras.  Guru perempuan minat menjadi guru.  Guru perempuan kebanyakan mempunyai kelayakan akademik yang dikehendaki.  Guru lelaki malas (maksud – guru perempuan, rajin) Guru perempuan lebih teliti, guru lelaki sambil lewa sahaja. Tapi fakta tidak rasmi tersebut hanyalah sebahagian saja kebenarannya.

Nalurinya memang begitu, daya penarik kepada seorang perempuan melebih dari lelaki.   Maka juru temuduga telah menjadikan guru perempuan ramai di sekolah.  Terbukti di sekolah sekitar tempat saya bertugas terdapat ramai Guru Besar perempuan, dan ramai sekali guru perempuan yang berjawatan Penolong Kanan (PK).  JPN menukainya, maka ianya telah pun berlaku sedemikian.  Bagaimanapun andaiannya,  hakikatnya telah disebutkan bahawa sebaik-baik pentadbir/ pemimpin adalah dari kalangan lelaki – yang panjang akalnya.

Belum pun sekali seorang guru lelaki menangis di hadapan saya.  Tetapi setiap sekolah yang saya terajui, saya sering berhadapan dengan guru perempuan menangis,  termasuk PK yang menangisi kegagalannya menangani masalah guru yang keras kepala. Hatta saya pernah diberitahu bahawa GB perempuan juga pernah menangis di hadapan gurunya.  Kita harus berbangga dengan kegigihan dan kesungguhan guru perempuan tetapi kita tidak boleh menidakkan guru lelaki yang pandai (smart) membuat tugasan.  Bukan sekadar membuat kerja tetapi boleh mengurus dengan baik. Perlu diingat, membuat kerja dan menguruskan kerja adalah  sesuatu yang sangat berbeza.

Tanya seorang guru lelaki, apakah kelemahan pentadbir perempuan;  pasti dia dapat menghuraikannya dengan terperinci. Begitu juga sebaliknya bila ditanya guru perempuan.  Seorang guru perempuan agak senang diurus kerana semua maklumat dan arahan akan dipatuhi sepenuhnya tanpa banyak soal.  Seorang guru lelaki pula akan berlaku sebaliknya;  mereka akan memikirkan yang mana yang terbaik dilaksanakan melalui satu pendekatan yang menyenangkan tetapi masih berkesan.

Sekolah akan kurang serinya jika guru lelaki jauh melebihi guru perempuan.  Tetapi sekolah akan bertambah serinya jika guru lelaki seimbang jumlahnya dengan guru perempuan.  Jumlah sedemikian akan memberi kekuatan kepada pengurus sekolah untuk mentadbir.  Mengambil hati guru perempuan secara berlebih-lebihan akan membawa padah tetapi kalau pandai mengambil hati guru lelaki, ianya akan banyak membantu.

Apa saja isu baru dalam pendidikan adalah sebenarnya isu lama yang tidak ditangani dengan sesuai.  Penyelesaian sesuatu isu sangat berkait rapat dengan maklumat yang tepat yang harus diperolehi dari akar umbi.  Akar umbi umumnya mengetahui apa yang berlaku sebenarnya di sekolah hatta di bilik darjah.  Oleh itu Guru Besar merupakan landasan yang tepat untuk mengumpul maklumat,   bukan hanya dari orang-orang yang berkepentingan di peringkat pertengahan dan atasan tambahan pula dari orang yang amat rakus mempolitikkan isu.

…gbpencen…guru perempuan, patuh; guru lelaki,  ikut;  terima kasih cik gu saya.

3 Responses leave one →
  1. iryani permalink
    April 19, 2010

    begitu banyak perbezaaan antara lelaki dan perempuan.. tk kira di mana-mana situasi

  2. delima permalink
    April 23, 2010

    Benar, antara lelaki dan perempuan banyak perbezaannya. Daripada penulisan ini, apa pula yang dimaksudkan dengan ” Mengambil hati guru perempuan secara berlebih-lebihan… ” ? Agaknya siapa yang berlebihan.. lelaki atau perempuan..?

  3. April 26, 2010

    Masaalahnya yg pilih dan lantik cikgu tu manusia dan yg banyak jadi panel temuduga selalunya terdiri dari pegawai Kanan Lelaki.memang dasar lelaki akan suka perempuan dan menyampah dgn kaum sejenisnya.
    Itu pasai ramai cikgu wanita dan bukan salah mereka maka terjadinya lambakan guru wanita.

    Sebenarnya bukan ini yg menjadi isu mengapa dunia pendidikan negara menjadi huru-hara.Masaalahnya sekarang ini yang ada di sekolah sebenanrnya bukan ‘Guru’dalam ertikata sebenar. Yang mengajar di sekolah-sekolah sekarang ialah Penjawat awam yang bertujuan untuk ‘Makan Gaji’ semata-mata. itu yg membezakan Guru dulu macam GB pencen dengan Guru zaman millienum ini.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 5 + 11 ?
Please leave these two fields as-is: