Skip to content

Sekolah Berpresti Rendah

2010 June 3
by Guru Besar Pencen

Terima kasih GLC

Dalam sebuah majalah saya ternampak tajuk yang mempelopori nama sebuah sekolah iaitu Sekolah  Tengku Kursiah.  Saya mula mendengar nama sekolah itu pada Tahun 1966.  Sebagai budak kampung yang kelam otaknya ketika itu, rasa kagum sekagum-kagumnya bila guru bercerita mengenai sekolah itu.  Nama-nama lain yang saya pernah kagum mendengarnya pada tahun itu ialah Sekolah Menengah Alam Shah, STAR (Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman) dan (SDAR Sekolah Dato” Abdul Razak).  Itulah antara  sekolah berprestasi tinggi se awal yang pernah saya dengar pada kira-kira dalam tahun 1963, ketika saya di darjah 6, sekolah UMUM Tasek, Junjung.

Tidak berapa lama, setelah berjaya melepasi halangan peperiksaan awam SRP, 11 orang pelajar dari sekolah saya telah dipilih ke Sekolah Menengah Alam Shah, di Kuala Lumpur.  Tetapi tidak termasuk saya.  Bangganya cik gu Razikin (arwah) Pengetua sulung, Sekolah Menengah Simpang Empat (SMSE-1966) kerana sekolah menengah harian biasa telah memecah rekod kebangsaan kerana pencapaian 11 muridnya sekaligus berjaya ke sekolah berasrama penuh (yang tidak banyak ketika itu).  Nama SMSE semerbak baunya di seluruh Sekolah Menengah Alam Shah (Selangor) – kata rakan saya yang baru balik bercuti ‘penggal’ pertama.  Itulah sekolah berprestasi tinggi.

Guru Besar terus melapangkan otak berangan-angan agar sekolah masing-masing akan mencapai prestasi yang luar biasa – berprestasi tinggi.  Berbagai program dan usaha dijalankan untuk tujuan itu. Berbagai hujah, pendekatan, motivasi, perbandingan, saranan diterapkan kepada semua warga sekolah untuk menjadikan sekolah biasa sebagai sekolah luar biasa.  Memang luar biasa kerana yang biasa akan / hendak menjadi luar biasa. Umum mengetahui;  murid diperkukuhkan jati diri mereka.  Guru melipat gandakan usaha sehingga ke malam.. programnya (kelas tambahan).  Waris diberi motivasi sebaik mungkin untuk membantu merealisasikan sekolah berprestasi tinggi.

Akhirnya, sekolah ini tetap juga berprestasi sederhana seperti sebelumnya.  Sekolah itu pula juga berprestasi tinggi.  Sekolah ini pun lebih kurang sama macam tahun yang lalu, sekolah itu pula ada peningkatan sedikit dari sebelumnya, dan sekolah yang satu lagi turun sedikit peratusnya… dalam keputusan UPSR yang baru dikeluarkan. Saban tahun begitulah.  Dari 5 orang mendapat 5A tahun ini, turun jadi 4 orang, tahun yang kehadapan jadi 6 orang dan tahun yang saya hendak bersara 7 orang dan kemudian turun balik jadi 4 orang kemudian naik balik dan begitulah seterusnya. Semuanya berlaku dalam lingkungan sebegitu kerana prestasi sekolah dan masyarakat setempat tidak banyak meningkat dan tidak pula begitu menurun… dok takok tu juga… pi mai, pi mai tang tu juga…. sekolah berprestasi sederhana.

Sekolah yang baik dan tinggi prestasinya ialah sekolah yang telah mengumpulkan pelajarnya yang berprestasi tinggi di dalam sekolah masing-masing, maka jadilah sekolah itu sekolah berprestasi tinggi. Maka dengan itu tidak usahlah,   sangat payahlah dan bersusah-susahlah untuk mempromosikan program sekolah berprestasi tinggi ini secara meluas kepada sekolah-sekolah  yang memang berprestasi sederhana dan lemah kerana ia akan lebih menyakitkan lagi warga sekolah berkenaan untuk merealisasi otak Guru Besar yang sedang membayangkan sesuatu yang tidak akan boleh dicapai. Lebih banyak menyarankan kepada Guru Besar sekolah yang berprestasi sederhana agar berusaha untuk menentukan yang murid masing-masing boleh menguasi Membaca, Menulis dan Mengira dengan sebaik-baiknya kerana selain dari memfokuskan peningkatan pendidikan ianya lebih kepada pengingkatan prestasi politik semasa. (sahaja).

Isentif yang dijanjikan memang besar dan perlu dihargai,  tetapi sebaiknya penilaian kendiri harus dibuat dengan rasional agar GB tidak terbawa-bawa dengan promosi tersebut.  GB tentu tahu GB atau Pengetua mana yang akan memperolehi anugerah sedemikian.  Buatlah apa yang sepatutnya di buat di sekolah masing-masing. Lihatlah betapa heningnya mata anak-anak didik kita yang sangat memerlukan sentuhan Guru Besarnya.  Dan guru-guru kita yang juga memerlukan simpati bosnya untuk diberi ruang seluas-luasnya – mendidik dan mengasuh (anak-anak) …. BUKAN mendidik dan mengasuh (bapak-bapak di JPN atau di KPM hatta yang lebih atas).

Jadilah GB yang sentiasa berusaha menampilkan guru-guru yang berprestasi tinggi (apabila) mereka sentiasa menghormati keputusan ‘betul’ yang kita buat. Jadikanlah  murid berprestasi tinggi apabila guru membuat keputusan untuk mengajar dengan ‘betul’.  Jadikan  waris berprestasi tinggi apabila sentuhan pentadbir sekolah menepati kehendak mereka.  Maka kita akan perasa puas dengan khidmat kita dengan prestasi tinggi yang terbit dari jiwa kita yang sentiasa memikirkan yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan di dalam sekolah kita (bukan hanya melalui pekeliling-pekeliling yang sering menghakis sentuhan kita ke atas pelanggan sebenar yang dekat dengan kita – saduran kenyataan  YB Menteri Pelajaran).

…gbpencen…rasional dengan sentiasa memberi prestasi terbaik untuk semua guru walaupun ….

4 Responses leave one →
  1. paklang permalink
    June 8, 2010

    lama tidak singgah blog cikgu, teruskan mmenceritakan pengalaman. Semoga generasi guru baru sedar bahawa ada azimat yang perlu di kongsi.

  2. June 8, 2010

    tidak semua begitu, pak lang. Tuntutan kebendaan dan kemewahan telah banyak meruntun keihlasan seseorang. Banyak yang bercakap mengenai ketuhanan tetapi sudah jauh menyimpang dari amalan. Berwayang… wayang sahaja.

  3. nazir permalink
    June 8, 2010

    terima kasih cikgu, baru nak tumpang sekaki, key

  4. June 9, 2010

    bagus cikgu.. banyak yg perlu di pelajari disini.. Cuba follow cikgutanya.blogspot.com juga utk
    pengalaman cikgu juga..

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 7 + 7 ?
Please leave these two fields as-is: