Skip to content

GSK vs PPSMI (round 3)

2009 April 1
by Guru Besar Pencen

Round 3

Hari ini 01 April, genaplah 14 hari saya mengajar atas kapasiti sebagai GSK. Dari catatan ringkasan;  guru yang saya ganti (beliau berkursusu 14 minggu – satu program meningkatkan kemahiran guru dalam bidang-bidang tertentu), bermula dari hurraian sukatan pelajaran, buku teks, buku aktiviti hinggalah ke ‘teacher’s hand book’ dan buku kerja murid (yang dibekalkan oleh penjual buku) .. habis semuanya saya semak, selak dan slidik demi untuk memantapkan pengajaran saya dalam produk PPSMI (Sains).  Seperti biasa, bayaran yang saya perolehi nanti (dari gaji) saya kena anggap sebagai satu amanah.  Sedaya upaya saya akan saya tunaikan.  Akhirnya gendang sains dalam rentak PPSMI yang dipukul dapat juga saya tarikan (menari).  Walaupun ada sumbangnya .. tapi disebabkan saya (buat masa ini) lebih pandai dari murid yang saya ajar maka tak lah sesumbang mana pun..  Saya terus mengajar dan mengajar. ..

Akhirnya saya pun mulalah pula meninjau peralatan canggih PPSMI (ICT) untuk digunakan demi untuk memperkasakan P&P saya. Saya diberitahu, dalam bilik sains ada 2 LCD, satu di gantung dan satu dalam almari besi. Kemudian saya diberitahu yang digantung itu tidak dapat digunakan kerana rosak dan saya boleh menggunakan LCD dalam almari besi itu tetapi kenalah memasangnya secara ‘manual’. Saya tidak terus menggunakannya (?), saya tangguhkan dahulu kerana perlu ambil masa untuk memasangnya.

Selang beberapa jam kemudian saya mula cuba mendapatkan CD matapelajaran sains.  Saya diberitahu, dalam bilik sains pun ‘ada’, di Makmal komputer pun ‘ada’ dan di Pusat Sumber Sekolah pun ‘ada’ sebahagiannya. Saya memilih untuk mendapatkannya dari bilik Sains yang kebetulan saya jadikan ‘stesen’ kerana tiada tempat untuk saya di bilik guru (padat).  Saya menjumpai banyak CD dari dalam laci meja guru di situ tetapi CD yang saya cari belum jumpa lagi.  Dalam antara laci tersebut saya menjumpai sebuah lagi LCD.  Sebelum ini saya tidak diberitahu bahawa di dalam bilik tersebut ada sebuah lagi LCD.

Demi menjaga amanah harta kerajaan yang berharga itu, saya memaklumkan kepada Ketua Panitia Sains perkara tersebut kerana bimbang tentang tanggungjawab saya yang menggunakan bilik tersebut sebagai ‘stesen’ tempat saya bekerja ketika waktu tidak mengajar.

Sebenarnya LCD yang digantung di siling dengan set peralatan audio visual yang di pasang di dinding itu adalah sebahagian dari peralatan PPSMI tambahan (fasa II) yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia  untuk ‘memantapkan’ lagi P&P PPSMI. (memantapkan boleh membawa maksud supaya produk PPSMI ini ‘tidak gagal’).  Dalam masa pemasangan peralatan untuk fasa II ini, adakalanya saya terpaksa bekerja hingga 6 atau 7 hari seminggu (wakil kotraktor hanya dapat bertugas pada hujung minggu kerana ada diantara mereka bekerja sambilan).  Sebagai pengurus sekolah ketika itu, saya benar-benar ingin mempastikan peralatan tersebut akan terpasang sebaiknya seperti yang saya kehendaki juga yang seperti ‘tokeh’ saya kehendaki.

Saya meminta juruteknik tersebut mengajar  saya cara mengoperasikan peralatan tersebut (untuk mengambil tahu) setelah selesai kerja-kerja pemasangan.  Setelah berpuashati semuanya, dokumen yang dihulurkan,  saya tandatangani agar ‘boss’nya akan dapat membuat tuntutan bayaran seberapa segera. Hah .. letih dan meletihkan, tapi ianya terpasang juga.

Kebetulan pada suatu hari pada minggu yang lalu datang seorang juruteknik pembaikan peralatan ICT/PPSMI untuk memberi perkhidmatan.  Kebetulan pula saya berada bersama guru sains dalam bilik sains.  Bila diajukan masalah kerosakan LCD yang disebutkan tadi, maka bermula lah episod yang sering dipanggi karenah birokrasi.. ‘kena tanya pegawai… kena buat pesanan…kena buat ‘Quotation’ …. kena …  kena ….’ Beliau meneruskan pemeriksaan di sebuah komputer yang tidak rosak di bilik berkenaan. Beliau terus mendapatkan tandatangan dari pihak pentadbir. Sebelum itu beliau ada memberitahu yang beliau tidak dapat menukar LCD rosak itu dengan yang saya temui dalam laci tadi kerana kesuntukan masa untuk ke sebuah(sahaja) sekolah lain.  Tak sempat katanya walaupun jam baru pukul 11.00 pagi (?)

Teringat pula apa yang berlaku di sekolah lama saya. Teringat saya betapa marahnya gadis-gadis yang membuat pemeriksaan di bilik makmal komputer. ‘Hang pa mai, gabus sana, gabus sini sikit sebanyak, suruh saya sain’ Kata saya dengan nada menyindir.   Hati saya sebenarnya bergurau tetapi mereka memang terasa.  Saya tidak menyalahkan mereka  kerana mereka digajikan untuk menjalankan gabus mengabus itu. Tapi begitulah perkhidmatan yang berjalan sepanjang PPSMI yang  menjadi agenda Kementerian;  sama sepertimana yang berlaku kepada juruteknik yang membuat ‘servis’ hanya di komputer yang tidak rosak. Tujuannya baik tetapi dek terlalu banyak pengisian di dalam produk ini ianya telah menjadi jadi seolah-olah tidak terkawal atau hilang kawalan.

Sinopsis dari pengkisahan tadi ialah :

1.  Pembelajaran dengan pengkaedahan tradisi masih menghantui guru.

2.  Begitu banyaknya bekalan bahan dan peralatan juga menyukarkan P&P

3.  ‘budaya selenggara’ masih menjadi masaalah .

4.  Berapa banyak wang yang telah digunakan ? Berbaloikah – itu persoalannya.

5.  Pernahkah akar umbi diajak bicara mengenai pelaksanaannya ? (Jawapannya tidak, tapi mengapa ?)

….. gurubesar pencen…..sedang melakar GSK vs PPSMI (pukulan TKO)

3 Responses leave one →
  1. April 2, 2009

    Nampaknya inilah yang sebenarnya berlaku di negara kita, apabila sesuatu dasar dibuat niat awal pengubal dasar itu penting, adakah niat mereka untuk buat duit dan buka bisnes dekat kroni atau betul-betul nak majukan bangsa. Jika niat mereka untuk buat duit dan bagi bisnes kat kroni inilah jadi nya. Jika mereka betul-betul ikhlas nak majukan bangsa sudah tentu mereka akan pastikan segala-galanya berjalan lancar. Memang apa jua tindakan kita yang penting itu niat, kalau niat awal kita betul maka baiklah jadinya dan jika niat awal kita tak betul, maka hasilnya juga tak akan jadi baik.

  2. nizamKhir permalink
    April 2, 2009

    anak-anak kita pulak yg menjadi mangsa

  3. April 4, 2009

    Gambaran diberikan bukan untuk menyalahkan sesiapa sebaliknya fikiran yang waras dengan sifat keterbukaan sahaja yang dapat melepaskan kita dari kekalutan yang timbul. Terima kasih atas komen anda. Bagi yang melalui produk ini di peringkat akar umbi sudah pasti mempunyai alasan tersendiri untuk membicarakannya, setidak-tidaknya untuk melepaskan perasaan atau sebaliknya untuk berkongsi pengalaman kerana yang terlibat secara langsung adalah generasi kita.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 6 + 11 ?
Please leave these two fields as-is: