Sekolah Pertama Saya – Sekolah Selamat
Ya.. Allah, Selamatkan anak-anakku di sekolah !
Saya kehilangan 2 utas tali leher. 2 peristiwa berasingan itu berlaku dalam situasi yang sama iaitu : Tali leher yang saya letakkan dalam raga moto – motosikal Honda Fame yang saya tunggangi untuk ke sekolah yang letaknya sejauh 25 km dari rumah saya. Dalam perjalanan itu tali leher tersebut terjuntai tanpa disedari dan membelit rantai ‘spocket’ belakang . Motosikal itu berhenti serta-merta menyebakan perjalanan saya ke sekolah tergendala. ianya antara peristiwa yang tidak dapat saya lupakan di tahun itu
Walaupun kelewatan itu tidak menyusahkan hati saya tetapi sebagai GB yang baru kali pertama dilantik, saya merasa ‘bersalah‘ juga kerana saya ingin datang awal seperti biasa – untuk mempertahankan reputasi selaku pengurus baru di sekolah itu.. Nama sekolah itu Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat …. selamatttttttt… – kata seorang pengacara hiburan RTM di suatu masa tidak lama dahulu.
Sekolah itu merupakan sekolah pertama saya dilantik sebagai Guru Besar. PBX 2087, kereta Nissan Sunny – atau dikenali sebagai Sunny Boy, itulah kereta Guru Besar yang kini sudah tiada lagi diberi perhatian di jalan raya. Walaupun begitu, entah apa ‘susah’ nya saya ketika itu, saya selalu juga menonggang motosikal ke sekolah.
Bagaimana peraaan ketika itu ? Mula melangkah sebagai pengurus tanpa pengalaman mengurus – . Perasaan rendah diri bila bertemu dengan guru-guru baru di situ. Kebanyakannya adalah guru-guru yang pasangan hidup mereka juga -seorang guru. Dalam tahun itu, awal “90”an, kebanyakannya sudah mempunyai kenderaan sendiri yang terkini. Sudah kerap bercerita mengenai ‘pengindahan rumah’ dan lain-lain aktiviti kehidupan yang semakin serba mewah.
Saya bernafsu sekali untuk menjadi GB ketika itu kerana saya telah melalui tahun-tahun yang menggembirakan sebagai Guru Penolong Kanan. Semua bidang dan tugas di sekolah telah saya lakukan. Saya rasa saya sudah banyak mengetahui selok belok perjalanan sekolah – dari tukang kebunnya, sampai kepada guru dan muridnya. Saya juga tidak putus-putus berkhidmat sebagai Setiausaha PIBG di mana saja saya bertugas. Dan saya tiada ada masalah untuk bersama dengan waris di sesebuah masyarakat. Dan yang penting saya tiada masaalah dengan semua GB yang menanungi saya semasa saya menjadi PK. Lemahkah saya ? – atau Perkasakah saya ? Allah lebih mengetahui dan Allahlah yang lebih perkasa.. !. Itu doa saya.
Bermulalah pengalaman baru dalam proses pembelajaran. Saya menemui kekurangan yang perlu dibaiki. Saya menemui pekerja yang bermasalah yang perlu ditangani. Saya menemui tingkap era 60an yang perlu diganti. Menemui timbunan sampah sarap yang berlonggok di belakang sekolah. Pintu terkopak, bilik tidak terurus dan kolam ikan yang terbiar. Dan sebagainya. Mampukah saya melakukan semuanya ? Satu persatu saya cuba lakukan bersama guru-guru yang boleh saya dekati.
Akhirnya dengan kerjasama PIBG sekolah tersebut dapat menganjurkan ‘Program Gotong Royong – PERDANA‘ dengan mengumpulkan hampir 150 waris bagi meningkatkan persarana sekolah. Beberapa pintu dapat ditukar, membaiki kolam ikan, membersih dan mengemaskan ‘rumah burung’, mengecat beberapa bahagian bangunan yang terlalu usang dan menguruskan sampah sarap. Lega dan bangga – bisik hati kecil saya ketika jamuan dihidangkan di masjid bersebelahan sekolah.
PPD dengan rendah hati telah memperbaiki bilik dengan menempatkan sudut mesyuarat. Juga telah menggantikan semua tingkap ’60an dengan tingkap nako era ’90 (sekarang era 2000, semuanya tingkap ‘sliding’ pula). Terima kasih pegawi PPD yang bertugas. Bilik GB juga telah diletakkan ‘karpet’ – atas ikhsan ‘kontraktor (konon). Juga terima kasih diucapkan. Maka sekarang barulah saya betul-betul merasakan saya berada di Sekolah Selamat – iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat.
Saya belajar mendekati guru-guru dengan cara tersendiri. Saya tidak terasa janggal untuk menyatakan apa yang saya kehendaki berlaku di sekolah bawah kelolaan saya. Dan didapati banyak perkara yang telah kami dilakukan walaupun harus menangakui bahawa pengalaman cetek menyebabkan banyak perkara tidak dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Namun dalam masa se tahun di sana, ianya menjadi kenangan yang sangat berharga kepada saya dalam memulakan kerier sebagai GB.
Apa yang saya benar-benar belajar di sekolah pertama selaku GB ialah – tiga situasi yang saya tidak dapat lupakan (1) Manangani seorang pekerja yang memang kaki ponteng dengan alasan tersendiri, (2) terpaksa menggunakan Sunny Boy saya mengangkut tong cat terbuang ke tong sampah awam selama beberapa hari ketika dalam perjalanan balik dari sekolah. (3) peristiwa tali leher tersepit di rantai motosikal Honda Fame, saya.
Sesungguhnya di sekolah itu saya merasa amat selesa sebagai GB berbanding dengan sekolah lain kerana… (1) GB bertugas sama dengan guru biasa, di sebelah pagi sahaja. (2) Tiada banyak maklumat dan data yang dikendaki untuk di isi samada secara manual atau online. (3) Tak perlu banyak mesyuarat dengan guru kerana tidak banyak arahan dari atas – hanya pandai-pandai sendiri je…. maka SELAMAT lah saya buat seketika.
Juga sebelum meninggalkan kampung yang selamat itu saya sempat menyaksikan pembinaan tapak – antara beberapa makmal komputer yang terawal di negeri Pulau Pinang, di bina di Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat.
...gbpencen…ingin kembali mencari rakan yang selamat di Kampung Selamat.
Sekolah pertama mengajar tentu lebih banyak kenangan kerana belum pernah mengajar. GBesar sekolah pertama tidak begitu ummmh, kerana dah ada sedikit pengalaman.
Selamat…. setelah di Kg Selamat.
Terma kasih, cikgu.
terima kasih kerana sudi menulis pengalaman sebagai guru besar ni..Saya suka membacanya..
kalau tak silap kereta sunny boy tu BBX 2087 😉