Terboyot dan terhoyot…
Sebenarnya 40 hari. Mengapa pula 44 hari ?. Kemudian 100 hari, barulah boleh kamu tido(x) .. sekali dengan bini kamu. Mengapa pula 100 hari.
Begitulah antara persoalan, perbualan saya dengan emak saya semasa isteri saya melahirkan anak saya yang pertama – kira-kira 32 tahun yang lalu. Kini emak sudah tiada lagi. Kenang-kenangan bersamanya memang banyak termasuklah kenangan dalam kategori -beranak pinak ni.
Terhoyot ke sana, terhoyot ke sini saya memerhatikan cikgu saya membawa anak dalam kandungannya semasa mengajar. Nampak letih longlai. Kepada guru yang baru anak pertama, saya gagahi melayan karenah mereka bercerita pengalamannya mengandung. Dan saya menceritakan pengalaman isteri saya mengandung kepadanya.
Akhirnya pada suatu hari cikgu itu tidak datang ke sekolah. Kemudian menyusuli sekeping surat cuti bersalin selama 40 hari dari hospital kerajaan. Maka saya dapatlah (secara tidak rasmi) seorang lagi cucu (yang mungkin sampai sudah saya tidak mengenali cucu itu). Ulangan : 40 hari sahaja ye – ketika itu.
Maka bercutilah guru itu selama 40 hari, selepas hari melahirkan anak. Pandai pula dia mengatur kehidupannya dalam masa 40 hari itu, sebelum kembali ke sekolah. Suaminya juga seorang guru, pandai-pandailah dia mengatur tugasnya yang semakin berat semasa menyambut kelahiran anaknya. Pandai pula si suami itu. Mungkin ada budi bicara saya, bolehlah si suami juga bercuti sehari dua. Kalau tidak datanglah dia mengajar walaupun dengan separuh hati.
Setelah 40 hari berlalu, datanglah pula si suami ke sekolah berjumpa saya : membawa sekeping lagi MC, memanjangkan cuti bersalin dari doktor selama beberapa hari lagi. Sambil merisik khabar, dengan senyuman, saya dengan senang hati menselesakan guru saya yang baru lepas pantang itu. Akhirnya guru perempuan itu kembalilah semula ke sekolah dengan begitu bersemangat sekali setelah bercuti lebih kurang 50 hari. Begitu juga dengan suaminya yang sudah kembali bersemanagat (??) sementara menanti bila pula (isterinya) akan terboyot dan terhoyot lagi.
Itu dulu…..
Kemudian ….
Ihsan dari kerajaan, cuti bersalin dinaikkan ke 60hari. Cukup 60 hari, itu pun sudah lebih !
Hari ke 35 selepas bersalin, Cikgu Mie datang ke sekolah. Anak baru kelahirannya tidak di bawanya. Dia membawa anaknya yang ‘2nd last’ terkemudian. Dia membawa beberapa katalog dalam beg plastik. Dia terserempak dengan saya di tangga pejabat. Saya bertanya khabar dan senyumnya semakin meleret dan berakhir dengan menjadi sedikit sumbing. Cutinya masih berbaki lagi 25 hari lagi tetapi dia sudah mampu datang ke sekolah dengan bergaya dan bertenanga. Saya perasaan bahawa orang-orang moden berpantang – begitulah caranya…
Katlog itu, setahu saya adalah katalog perniagaan tupper warenya. Sebelum ini semasa belum bersalin, secara kecilan dan berselindung dari saya, memang Mie berniaga tupper ware. Mungkin pelanggannya ramai di sekolah, jadi cuti bersalinnya yang panjang akan memendekkan sedikit rezeki perniagaannya. Jadi sebelum cukup tempuh cuti bersalin 60 harinya, dia terpaksa datang ke sekolah keranan tupper warenya itu. Maksud saya 60 hari itu sudah lebih dari memadai untukdia bercuti bersalin…
kerana, di rumahnya ada emaknya, gajinya bersama suami sudah mampu untuk cikgu Mie menggaji pengasuh, jadi 60 hari boleh diteruskan untuk ber tupper ware dengan lebih selesa lagi… (??)
Sekarang…
Atas dasar satu Malaysia, cuti bersalin dinaikkan menjadi 90 hari. Jadi….. Bagaimana rasionalnya cuit sebegitu lama. Adakah ianya sangat memerlukan ?, Mengapa dahulu boleh dan biasa saja, mengapa sekarang perlu sangat cuti bersalin ? Kena tanya menteri yang bernama Shahrizat, kerana perlu atau kerana perlu membuat sesuatu yang istimewa kerana – dia seorang menteri ?
…gbpencen…teringin nak tengah Mak Menteri Shahrizat terboyot dan terhoyot.

setuju sangat dengan gbpencen, saya pon sempat 2 kali ct bersalin, sepanjang >30 tahun sebagai k/t kerajaan ( 40 hari masa tu ) Tanpa banyak songel hari ke 41 terus bekerja. Bukan apa, kesian ngan kawan-kawan. Alhamdulillah, tak ada masalah pon, saya boleh bekerja macam biasa dan anak yang di tinggalkan pon baik-baik dan sihat, tak pernah saya ambil cuti kecemasan kerana alasan anak sakit dsbnya ( sekarang keduanya dah berjaya dalam kehidupan mereka ) Bila ctb 2 bulan ( akan datang 3 bulan ) menjadi-jadi pulak alasan untuk ambil cuti kecemasan; anak sakit, tak ada penjaga, nak bawak anak ke klinik! Dalam pada tu….eh, terboyot dan terhoyot lagi dia…….
I would say yes to 90 hari. Simple reason bayi yg baru lahir memerlukan jagaan rapi ibunya. Kalu dah melahirkan anak terus cuti lagi baik(kalau mampu la). Jaga anak sampai anak kahwin. Mengapa masyarakat Jepun lebih menitik beratkan pendidikan anak anak dlm masyarakat mereka. Populasi wanita di Jepun secara ratio pon sama dgn Msia.