Merdeka saya semakin malap ?
Anak-anak sepatutnya dimengertikan sungguh-sungguh erti kemerdekaan, kalau tidak …. !
Banyak yang Lik tak tahu, boleh diikuti dengan program ini.. seronok!’ Begitulah kata-kata anak saya ketika menonton dokumentari sejarah – Keganasan Komunis Di Malaya, melalui History Channel (555) di Astro baru-baru ini. Jelas kelihatan kekagumannya mengikuti rentetan sejarah negara – hingga negara mencapai kemerdekaan. Saya rasa, sejarah negara mereka sendiri tidak di dedahkan dengan jelas sebelum ini di sekolah. Saya bangga kerana anak saya juga mengeriti – apa itu kemerdekaan.
Saya juga menonton dokumentari itu, sedap penceritaannya dan ‘berpengetahuan’ kalau menontonnya. Ianya perlu ditonton oleh semua rakyat yang mengakui dia adalah rakyat Malaysia. Terutamanya oleh generasi baru. Sekiranya dokumentari ini dihayati, sudah tentu rakyat yang menontonnya akan sedar dan insaf bahawa nikmat (apa-apa saja nikmat) yang dikecapi oleh rakyat Malasiya pada hari ini bukanlah melalui jalan pintas dan mudah. Ianya penuh berliku. Sewajarnya diinsafi dan diikuiti dengan segulung atau sewarkah penghargaan kepada semua yang terdahulu…. jangan asyik hentaammmmm…. saja.
6 tahun; ialah umur saya pada ketika Malaya Merdeka – 1957. Dan pada Tahun 1958 saya mula bersekolah di darjah 1 (6 tahun di sekolah rendah) . Bersekolah Menengah hingga Tahun 1968 (SPM) (selama 5 tahun). Bermakna sambutan kemerdekaan yang pernah saya sambut di zaman persekolahan ialah sebanyak 11 kali. Namun saya tidak begitu dapat mengingati bagaimana sambutan itu diadakan. Kalau adapun ianya tetap kabur sahaja dalam ingatan saya. Namun saya agak pasti, saban tahun saya ada mendengar kata-kata dan ucapan-ucapan berkaitan dengan hari Ulang Tahun Kemerdekaan Negara, Malaysia di sekolah.
2 Tahun saya tidak menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Negara, Malaysia kerana saya seorang penganggur yang melepak dan menjalankan tugas pekerjaan harian untuk mendapatkan belanja poket. Ketika saya di DTC (1971 dan 72) saya tidak begitu jelas bagaimana sambutan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Negara di jalankan di maktab perguruan tempat saya belajar sebelum menjadi guru. Tetapi apa yang saya pasti, sambutannya tidaklah semeriah sepertimana yang pernah saya alami di tahun-tahun akhir menjelang persaraan saya selaku GB di sebuah sekolah, hanya ada beberapa batang bendera lebih dari selalu di pacakkan di sekeliling kawasan Maktab Latihan Harian, di Jalan Hamilton off Jalan Green Lane, Penang.
Dari tahun 1973 hungga tahun 2007 = 35 tahun / kali, saya menyambut hari Ulang Tahun Kemerdekaan Negara, Malaysia di sekolah– sebagai seorang guru / Guru Besar. Di situlah peranan guru untuk meningkatkan sesitiviti petriotisme di kalangan semua anak didiknya.
Seperti guru-guru yang lain setiap tahun saya mempunyai peranan dalam menjayakan sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara, Malaysia. Ianya bergantung kepada kemahuan atau visi GB sekolah berkaitan samaada ianya akan dibuat secara sederhana atau secara gilang-gemilang. GB pun ada mood yang tersendiri. Ada tahun yang di belikannya banyak hiasan kemerdekaan dan ada kalanya ‘dia buat sadin’ je. Sebagai guru biasa atau PK ketika itu saya akan ‘menarilah ikut gendang yang dipalu’ oleh GB saya. Senangkan ?
Setiap kali sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara, Malaysia, saya sekalu GB tentunya suka menghias sekolah dengan bendera, sepanduk dan banting secara gilang gemilang… selepas berakhirnya majlis sambutan, semuanya akan di simpan dengan rapi untuk diguna semula kemudian. Kalau guru yang bertanggung jawab tidak menyimpan, saya akan menyimpannya. Tahun hadapan saya tambahkan lagi, tahun lagi sekali tambah lagi… Ketika sambutan ulang tahun KEMERDEKAAN terakhir SAYA di sekolah, saya dapati begitu banyak sekali alatan hiasan kemerdekaaan di sekolah saya. Majlis terakhir (untuk saya) itu berlangsung dalam suasana yang sungguh meriah walaupun sepanjang upacara itu berlangsung hujan renyai-renyai turun…. terima kasih cik gu
Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara, Malaysia … ke 53 kali ini, saya sambut di kilang di tempat saya bekerja, ada bendera lama tahun lalu yang saya simpan dahulu, saya keluarkan, dan saya belikan sepasang lagi bendera baru… sekarang sudah ada 3 set bendera sepanjang saya berkhidmat di kilang ini… sama macam saya di sekolah dulu. Keinginan dan semangat saya tetap sama, walaupun hanya seorang dua sahaja rakan saya yang bersama dengan saya menghayati sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara, Malaysia di sini namun kemerdekaan tetap memberi erti kepada saya kerana : –
(1) Saya dilahirkan sebelum merdeka dan membesar dalam zaman merdeka; saya merasai dan tersentuh (perbandingan) dalam kedua-dua zaman tersebut. (2) Perubahan Pendidikan dalam dua zaman dapat saya ikuti perkembangannya. (3) Disini saya berdiri , berlari, dan kini saya berdiri di sini juga saya terus berdiri walaupun sudah tidak kuat lari. (4) Bila sampai masanya saya akan jatuh, tetapi, kemerdekaan ini tidak akan jatuh. (5) Sejarah kemerdekaannya adalah sejarah kepemimpinan melayu yang pasti akan mewarisi oleh bangsanya, insyaalah..
…gbpencen…tetap merdeka

eh.. semangat lagi cgu pencen ni….
oranglama, semangat lama … terus membakar…..
teruskan. Selamat Hari Raya
Assalamualaikum w.b.r Cikgu,
Lama saya tak melayari blog Cikgu, sibuk dengan kerja, sibuk dengan hal peribadi, sibuk ke sana sibuk ke sini. Hari ini setelah usai berpindah ke rumah sewa yang baru terdetik pulak untuk menjeguk ke sini. Nak mengomen di entry Cikgu yang terakhir rasa janggal pulak. maklumlah, hal-hal yang memboyot ini bukan bidang saya, tapi kalau nak buat orang perempuan saya memboyot..hmmmm..tau lah saya. Ha..ha..ha.. maaf lama tak bergurau disini.
Apabila menyebut hal kemerdekaan ini, banyak yang terlintas dan bermain difikiran saya. Saya ada terbaca satu artikel diInternet tentang hal kemerdekaan negara kita. Ia komen seorang ahli agama dan kedengarannya agak sinis. ” Tidaklah kami sebodoh itu untuk memberikan kemerdekaan pada negara kamu melainkan kami telah yakin ada anak watan yang mampu menyambung misi kami” ” Kami memberikan kemerdekaan kepada kamu kerana kamu bersetuju untuk menjadikan negara kamu sekular yang tidak lagi menjadikan tuhan kamu Allah S.W.T dan Undang-undangNya sebagai Perlembagaan”.” Kamu tidak akan mampu bangkit dan menegakkan kebenaran pada ketika umat Islam lain diDunia ini ditindas kerana kamu berada dalam kesepakatan yang lain iaitu kamu bersama kami dan bukan dikalangan Dunia Islam.( dan banyak negara Islam lain pun terkongkong sama ).
Anak-anak Merdeka kamu merdeka dari kongkongan agama dan itulah sebenarnya yang kami mahukan dan itulah bayaran kemerdekaan yang harus generasi kamu bayar.
Sistem Matawang negara kamu telah penuh dengan unsur riba, sehinggakan alim ulama pun terjerat sama walhal Riba’ itu haram disisi Allah S.W.T. dan hukaum si penerima, pemberi. yang menguruskan dan saksi menerima hukum yang sama.
Bunyinya agak Klise, tapi benarkah atau hanya omong kosong?. Hati yang patuh dan tunduk pada Alaah S.W.T megerti apa yang tersirat dan menangis melihat dunia hari ini. Apa yang dilakukan berlaku didepan mata, tanpa sedar kita mengangguk. Memahami bahawa tanpa sedar kita dibawa ke Neraka tanpa paksa. Kita merelakan diri kita terbakar di Akhirat kerana kita menurut tanpa Ilmu.Berilmu tapi dengan ilmu duniawi yang memesongkan kita dari ajaran Allah S.W.T.
Moga Allah S.W.T mengampuni saya kerana kedangkalan saya dan mereka-mereka yang tak sedar.Benarlah di akhir zaman ini Dajjal, Yakjuj & Makjuj dan mereka yang sekongkol dengannya adalah Fitnah terbesar umat Muhammad S.A.W .
Sekian Terima Kasih Cikgu