Pembangunan Bolasepak Akar Umbi ? – Tanggungjawab siapa ?
Kata Presiden FAM : Bermainlah bermati-matian; Hakikatnya belum cukup sekadar bermati-matian untuk mencapai kemenangan. Banyaklah lagi kata-kata hikmat buat bekalan Pasukan Harimau Malaya sebelum tewas di tangan Thailand malam semalam. Tetapi semuanya belum mencukupi untuk mengatasi Thailand. Pasukan kita hanya telah ditemukan satu penanda aras sebagai asas untuk terus mendapat sokongan padu penyokong bolasepak Malaysia.
Persoalannya (Renungkanlah) ; Strategi berkesan oleh jurulatih Thailand telah memberi tekanan yang kuat kepada pasukan Harimau Malaya (HM). Perang psikologi bermula dengan menempatkan pasukan HM di sebuah padang latihan yang ‘daif’. Pasukan NTFA juga sebelum ini pernah diberikan padang sekolah rendah di Kuala Lumpur oleh pasukan lawan untuk latihan pra perlawanan. NTFA juga pernah menawarkan padang Cerok Tok Kun untuk pasukan yang akan berentap di Stadium Batu Kawan melawan NTFA – (merujuk: Liga Perdana 2005) Biasalah tu….
Provokasi terhadap pemain HM yang berbekal 1 kad kuning telah menjadi sehinggakan pemain tersebut terkeluar dari gelanggang (kad merah) – oleh seorang pemain Siam yang belum menerima amaran bertulis. Hakikatnya pula bahawa HM tidak bersedia untuk bermain dengan 10 orang untuk melawan 11 pemain + 1 di awal permainan.
(Kata jurulatih Thailand) : Kuasai bola selama mungkin sehingga ada peluang terhidang untuk mengasak – sehinggakan peratus penguasaan bola sehingga mencecah 75 untuk Thailand dan 25 untuk HM – juga ternyata menjadi. Kelihatan HM berlari ke sana-sini untuk mendapatkan bola dan ‘mengepam’ ke hadapan dimana ‘solo striker’ Malaysia tercari-cari ruang untuk mencelah.
Provokasi pemain Thailand juga menjadi kerana asakan mereka akan kelihatan pemain HM seperti bertindak balas. Akhirnya pengadil telah berjaya dipengaruhi untuk menjadikan pemain HM sebagai kambing hitam. Berbelas-belas kesalahan memihak kepada HM berbanding hanya separuh darinya dipunyai oleh Thailand.
Akhirnya HM berjaya dijinakkan dengan tidak dapat bermain seperti sebaik sebelumnya. Mereka hanya mahukan sentuhan dan kawalan bola untuk mendapatkan gol – walaupun setiap kali mengasak, dengan mudah dipatahkan. Kelihatan tiada lagi kawalan dan hantaran pendek untuk menyusun langkah menyerang – sehingga ke akhir babak.
Sehingga ke akhir babak Pasukan Siam bermain secara konsisten dengan apa arahan yang di terima dari jurulatih mereka. Jurulatih telah membuat ‘kerja rumah’ yang baik. Sedangkan Harimau Muda diberi arahan supaya berhempas-pulas. “Dengan maaf’ – akhirnya terhempas dan dipulas.
Jurulatih maupun pamain HM sudah menemui penanda aras – bahawa kita hanya akan dapat mengatasi mereka setelah kita berjaya melepasi kaedah, strategi dan ‘home work’ yang dilakukan oleh pemain dan jurulatih mereka. Maka barulah kita boleh menjadi Harimau yang cukup bersedia di Asia Tenggara. Kalau tidak kita hanya akan ber-matian dan berhempas pulas sahaja.
Suara seperti : memberi peluang untuk memperbaiki : Kita akan melihat kaedah pembangunan kita : kita akan berusaha memberi bantuan : jangan putus asa : sasaran kita adalah Piala Asia ; sudah lama kedengaran malah pada setiap kali ‘gagal’ itulah ungkapan yang selalu didengari.
Akhirnya “kecundang lagi”
…gbpencen…tak pandai tetapi sudah biasa.
K
Dalam era baru – penulisan maya kita dapat membaca tulisan orang ramai yang mengeluarkan pendapat masing-masing. Berbagai pendapat dapat diketengahkan mengikut rasa hati dan pendapat peribadi penulis. Selagi ianya masih satu pendapat, ianya tetap sesuai untuk ditulis atau dibaca (kalau mahu). Ini merupakan satu kebebasan. Kebebasan yang dihadkan oleh batasan undang-undang yang tertulis atau etika kemanusiaan yang tidak ditulis. Maka tiada siapa yang boleh menghalang jika sekiranya penghasilan tulisan itu berada dalam ruang litup batasan itu.
Sebagai seorang manusia yang diberi fitrah tertentu olehNya, setiap orang mempunyai kekuatan dan kelemahan. Dari sudut mana pandangan sesorang kepada kita, ianya sangat bergantung kepada kepentingan sesorang itu kepada kita. “ada orang melihat saya sangat lemah, dan ada orang yang melihat saya sangat ‘hebat’. Sepatutnya kta melihat sesorang itu dari sudut kelemahan dan kekuatannya. Sudah tentu sesorang itu ada kelemahan dan kekuatan.
Baru-baru ini seorang kawan menyatakan kekurangan yang terdapat pada diri saya. Kekurangan itu dikaitkan dengan tulisan dalam blog yang saya dikatakan suka menyindir. Mungkin dia yang tersindir atau orang atau kumpulan yang dia suka itu tersindir, saya tidak pasti. Tetapi yang saya pasti bahawa tulisan saya memang banyak yang menyindir.
“Pada pendapat saya”, menyindir itu lebih halus perlakuannya daripada berterus terang menyatakannya sesuatu kepada seseorang. Dengan lembut lidah kata sindirin diucapkan, sesorang itu akan terasa ‘sakitnya’ yang teramat sangat. Kelemahan bila kita menyindir ialah : terlalu tajam sentuhannya yang boleh mengakibatkan sesorang itu terluka – luka yang dalam. Walaupun begitu ianya merupakan satu kaedah untuk menyatakan kekesalan atau kemarahan yang memuncak. Memang saya akui itu satu kelemahan saya disamping ianya satu kebolehan ‘buruk’ yang saya miliki. Maafkan saya.
Kebanyakan blog politik bukan saja mengandungi sindiran yang sinis malah mampu membuat tuduhan, fitnah, sumpah seranah, kutukan dan penghinaan tanpa batasan. Walaupun begitu blog seperti itu cukup banyak pengikut dan peminat. Ianya ditulis dengan berbagai pendekatan yang canggih untuk mempengaruhi pembaca dengan tujuan-tujuan yang tertentu. Tanpa apa-apa prasangka, blog ini diterima sebagai satu wadah ilmiah untuk mencapai sesuatu tujuan – tidak kira idealisma mana yang dianuti. Dengan yang demikian, saya menhuraikan bahawa, dimana kita berpijak, maka di situlah kita menjunjung. Tiada bezanya dengan sindirian saya.
Apakah tujuan saya menulis sambil menyindir ?
Semata-mata untuk menyampaikan pendapat tanpa batas, dengan cara yang berhemah, melainkan menyindir kalau sekiranya terasa berat untuk menyumpah seranah atau mengelak dari memaki hamun.
…gbpencen…saya akan cuba berubah. Terima kasih sayang.
yang lama dikenang selalu, yang baru semakin keliru…
Ketika mula televisyen diperkenalkan di Malaysia, hanya 2 saluran sahaja yang ada; TV1 dan TV2 – hitam putih. Tidak dapat dinafikan bahawa perubahan media ini berlaku terlalu cepat. Sepantas dengan itu juga, banyak perubahan berlaku dalam perkara menuntut ilmu agama. Ianya berlaku semakin canggih. Terdapat rangkaiantv khas diwujudkan demi memartabadkan agama Islam sesuai dengan zamannya – disamping ianya menjurus kepada satu industri yang menjana pendapatan. Maka semakin canggih kaedah menuntut ilmu agama Islam, maka semakin banyak perkara-perkara yang menimbulkan kekeliruan.
Bila ditanya ustaz : “Bagaimana kekeliruan dalam menuntut ilmu agama ini dapat ditangani?” Ustaz menjawab : “Kita hendaklah berguru dalam menuntut ilmu agama agar segala kekeliruan dapat huraian mengikut ‘dalil’ yang benar dan betul dari quran dan hadis. Tepat sekali kata-kata ustaz itu.
Bila saya hadir ke tempat pengajian, saya bertemu dengan ramai guru agama yang berkebolehan. Kebanyakannya lahir dari pusat pengajian agama yang berpengkalan di timur tengah . Tinggi ilmunya dan saya akur dengan kebolehan ilmunya. Ramai jumlah penceramah atau guru agama yang dilahirkan dalam era Malaysia moden. Serentak dengan itu telah wujud banyak pusat pengajian agama. Dengan yang demikian terdapat kepelbagaian kaedah, pendekatan untuk menyampaikan ilmu agama. Begitu selesa dan bersemangat sekali mengajar ilmu agama di Malaysia yang makmur ini.
Sehinggakan….
Terdapat sebilangan besar guru agama hanya berminat menyampaikan huraiannya secara bersungguh-sungguh bahawa negara kita kini sedang disalah tandbir oleh pemerintah sedia ada dan telah berlaku zalim. Dengan kata lain – negara yang telah diwujudkan hampir 60 tahun yang lalu, sehingga berada di tahap ini sudah tidak islamik lagi. Dan beliau menyarankan ini perlu digulingkan dan diganti dengan pemimpin yang benar-benar mengamalkan konsep negara Islam yang sebenar.
Dengan yang demikian saya mula menjadi keliru. Guru agama itu berulangkali menyatakan secara yang meyakinkan menghuraikan satu persatu kesalahan yang telah dilakukan oleh pemerintah sekarang ini. Beliau turut memberi keyakinan bahawa sesiapa sahaja yang menolak hujah yang disampaikan dalam ceramahnya adalah ‘salah’ dan samasekali menolak Islam.
“Tolonglah wahai imam-imam yang saya muliakan, bacalah surah dengan tajwidnya sekali agar……” Begitulah bunyinya ungkapan dari mulut Ustaz Don yang disampaikan melalui rancangan pengajian agama di saluran 114.
Dalam ceramah yang disiarkan oleh saluran-saluran tv ini, saya begitu selesa mendengarnya. Ianya padat dengan ilmu yang dituntut tanpa ada unsur-unsur fitnah, tuduhan, dakwaan-dakwaan, hujah-hujah yang keterlaluan. Ceramah ini juga diikuti oleh suara lembut berunsur nasihat dan teguran yang cukup untuk membantu kita menjadi seorang penganut Islam. Padat dan amat bermakna kepada orang yang cetek agamanya seperti saya.
Oleh yang demikian, eloklah rasanya jangan disempitkan fikiran saya dengan berbagai hujah yang boleh mengegarkan apa yang telah saya pelajari terdahulu. Penambahbaikan ilmu agama dilakukan kepada perkara-perkara yang lebih kepada menginsafi kekuasaanNya bukan kekuasaan, keangkuhan, kebolehan, kepandaian, kekayaan, selainnya. Bimbinglah saya ke jalan yang baik-baik – tidak sombong, iri hati, dengki, tidak meterialistik, tamak. Elakkan permusuhan seagama, sebangsa, kerana permusuhan akan menjadikan kita bangsa minoriti di negara ini – yang akhirnya akan meminta-minta. Cukup sampai di sini, semoga doa orang-orang jahil (seperti saya) dimakbulkan. Amin.
…gbpencen…dengar dari tv – berilmu dan beramal – motto sekolah lama saya.


