Tetamu Sekolah : Guru Besar , Yang-Yang Di Pertua PIBG, AJK PIBG hadir dalam satu majlis penutup Kejohanan Bola Jaring. Tanda komitmen kepada pangkat dan komitmen terhadap tanggungjawab. Syabas.
Baru-baru ini ada pengumuman yang merangsang hati dan perasaan guru oleh Menteri Pelajaran Malaysia. Bahawa guru yang baru mempunyai ijazah – walau dari mana pun ijazah itu diperolehi boleh diserapkan terus ke gred peguruan DG41 tanpa ditemuduga. Sedap hati guru ijazah mendengar pengumuman itu tetapi harus diingat bahawa mereka yang ingin diserapkan itu adalah dari kalangan guru -guru atau guru besar / pengurus sekolah yang cemerlang – sahaja. Oleh yang demikian jadilah guru cemerlang wahai warga guru sekalian !.
Pengumuman itu dilihat dari dua dimensi : Yang pertama situasi politik masa kini menuntut pemerintah menyediakan imbuhan yang bertali arus demi mempersiapkan diri menghadapi pencabar politik yang licik. Kedua, ianya bukan satu perkara yang mudah untuk menjadi guru atau gb cemerlang kerana status guru cemerlang menuntut komitmen yang tinggi dikalangan guru. Sebenarnya guru yang kebanyakan ialah guru biasa yang mengajar ‘tulis & baca’.
Ramai rakan-rakan guru yang sealiran dengan saya mengajar tulis &baca. Ketika mengajar dulu, senang dapat dilihat murid-murid yang berseluar pendek atau berskrit (yang kemudiannya berbaju kurung). Mulut ternganga, hidung berhingus, kudis masih ada di kaki, berkasut dan kadang-kadang tanpa stokin. Berdua, berkongsi duduk di atas bangku dan meja. Papan hitam (bukan papan hijau). Kami menyemak buku ringkasan ; mengajar dan mengajar. Tanpa memperdulikan apa-apa pun yang berlaku disekeliling – apatah lagi mengimpikan yang suatu hari guru-guru juga akan mempunyai pangkat – seperti dalam perkhidmatan tentera atau polis.
Koperal, tok sarjan adalah dua ungkapan yang sering didengar dalam perkhidmatan keselamatan. Bagi yang memiliki gelaran itu digambarkan mempunyai kuasa yang lebih dari penjawat bawahan yang dikenali sebagai prebet (selapas zaman itu dipanggil konstable – dalam istilah kepolisan). Pegawai atasan saya adalah guru besar, guru penolong kanan pun guru biasa – tiada elaun tambahan. Maka mengajar dan mendidiklah. Bekalan yang ada ialah sedikit ilmu dari maktab bersama pengalaman-pengalaman lalu atau pengalaman yang diperolehi dari kegiatan dalam masyarakat. Kami semua tidak tahu dan tidak berharap atau mempunyai sikap yang sampai bila pun kami tidak akan berpangkat. Mengajarlah.
Akhirnya dunia berubah tanpa diduga. Profession guru juga sudah dinaik taraf dengan mengujudkan berbagai-bagai peluang kenaikan pangkat. Maka ramailah rakan-rakan kita menjadi guru yang berpangkat. Pangkat menuntut kuasa. Pangkat menuntut komitmen. Dan yang penting pangkat menunut gaji yang lebih. Semuanya mesti ditutntut tapi akhirnya ‘pangkat’ telah menghantui ramai guru sehingga matlamat profesion terabai.
Lebih senang tidak mengejar pangkat. Lebih senang kalau pangkat yang mengejar kita.
Sekarang, pangkat dikejar apabila ilmu telah penuh di dada yang dikutip dari IPT atau dari penglibatan dalam program peningkatan akedemik. Dengan kelulusan berijazah yang diperolehi telah memungkinkan sesorang guru layak untuk diberi pangkat. Maka berkejaranlah orang-orang yang mengejar pangkat sehingga kadang kala telah menghalalkan cara. Mengenepikan amalan ilmu yang diperolehi. Latar belakang kepimpinan yang ada dalam diri. Kesanggupan untuk berkorban kerana perkataan ‘pangkat’ itu memungkinkan kita menjadi seorang pegawai pemerintah – satu jawatan yang lebih atas lagi kuasanya dari prebet, koperal dan tok sarjan.
Semua penambahbaikan itu ‘baik’. Ianya akan lebih indah apabila guru yang berpangkat ini mengusai diri dengan bersedia untuk menjadi lebih dari seorang guru. Rasminya padi, semakin tinggi pangkatnya, semakin merunduk kepada muridnya.
…gbpencen…syukur bersara dengan pangkat Guru Besar DG29
Adakah ada keperihatinan pihak yang berkenaan untuk meningkatkan prasarana demi bolasepak ?
Bila dijemput, ramai murid lelaki yang hadir untuk pemilihan pemain pasukan bolasepak sekolah. Seorang guru sukan bolasepak tiada ‘pening kepala’ untuk mempastikan kehadiran bakal pemain. Mereka semua berminat dan ingin sekali terpilih berada dalam skuad sekolah. Ini menunjukkan betapa berpengaruhnya permainan bolasepak, bukan sahaja di kalangan ‘elit’ bolasepak bahkan hingga ke angkar umbi – di sekolah rendah.
Baru-baru ini saya menonton perlawanan pasukan Malaysia menentang Thailand. Saya sungguh teruja dengan kesungguhan pemain kita. Mereka bermain bersungguh-sungguh, berhempas pulas menggunakan segala ilmu bolasepak untuk dicurahkan kepada negara. Sungguh membanggakan. Di sana ramai pemain kita yang ternama berada dalam pasukan. Walaupun saya bersemangat untuk menyatakan sedemikian tetapi dalam situasi yang lain saya begitu lemah semangat dengan keputusan perlawanan itu – we are down 0 – 2.
Pemain kita hanya ternama di lapangan kita sahaja. Saya akui, begitulah kelibat pemain kita yang ternama di Malaysia. Jika dibandingkan dengan pasukan lawan, terserlah pemain lawan mempunyai kemahiran bolasepak – melebihi pemain kita. Kemahiran individu, berpasukan dan kemahiran berstrategi – semuanya melebihi pasukan kita. Ketara jarak kebolehan dan kemahiran kedua-dua pasukan. Kalau kita mahu mempertahan Piala AFF, kita kena bermain 200 peratus lebih dari pemain lawan.
Bila seorang murid turun berlatih di padang sekolah rendah bersama gurunya, kemahiran yang ada pada gurunyalah yang diguna pakai dalam membentuk keperibadian asas bolasepak murid itu. Siapakan gurunya ?. Saya dan.. dan.. dan ramai lagi guru yang bersungguh-sungguh untuk membentuk pemain dan pasukan masing-masing. Ada yang ada latihan asas, ada yang tidak ada dan ada yang ada sedikit-sedikit. Maka yang dilahirkan pun adalah pemain yang sebegitu juga, ada, sedikit dan ada yang tiada langsung kemahiran – walaupun mereka berminat kepada bolasepak.
Begitu juga dengan pemain yang dilahirkan oleh Malaysia. Dari mana mereka dilahirkan ?. Mereka juga dilahirkan dari tempat-tempat yang sebegini. Mereka dilahirkan dari sekolah-sekolah sebegini. Dari akademi bolasepak persendirian atau kelab-kelab yang berbagai. Maka pemain-pemain yang dibentuk sehingga ke peringkat nasional pun mempunyai kemahiran bolasepak yang berbagai tahap kebolehan. Satu pasukan tetapi tidak seragam.
Apapun alasan dari peringkat tertinggi bolasepak (FAM) boleh diterima pakai. Namun hakikatnya bolasepak Malaysia hanya bertumpu di peringkat FAM sahaja. Oleh itu terlalu banyak perlu diselesaikan oleh FAM demi untuk menaikkan ‘ranking’ bolasepak Malaysia yang merudum setiap kali berlakunya perlawanan persahabatan. Semua mesti dilakukan oleh FAM. Wajarkah ?
Oleh yang demikian perlu ada usaha untuk mengagihkan tanggungjawab itu kepada pihak lain. Atau semua pihak hanya berminat FAM sahaja yang menjadi wacana kecemerlangan bolasepak Malaysia ? Atas beberapa perkara maka ianya berlaku demikian, antaranya :
1. Semua persatuan bolasepak negeri mempunyai masalah untuk menwujudkan satu pusat latihan bolasepak negeri yang berpusat bagi membentuk pemain pasukan negeri.
2. Semua pasukan negeri dan kelab diasaskan daripada pemain yang datang dari kemahiran yang sedia ada yang diperolehi sendiri, bukan dari kemahiran yang dibentuk dari peringkat bawah (kanak-kanak)
3. Tiada satu pendekatan yang bersungguh-sungguh untuk menjadikan persatuan bolasepak negeri / daerah /sekolah sebagai pemangkin kepada kelahiran pemain diperingkat negeri dan negara.
4. Peratuan bolasepak negeri juga tidak bersungguh-sungguh untuk menjadikan persatuan bolasepak daerah sebagai pemangkin kelahiran pemain negeri.
5. Kegagalan semua pihak, negeri, daerah dan kelab untuk berfungsi sebaiknya bagi melahirkan pemain bolasepak yang terdidik dengan kemahiran yang sepatutnya hingga ke peringkat nasional.
Merujuk kepada perkara 1 hingga 5: Perkara ini berlaku kerana semua pihak termasuk FAM sendiri merasakan hanya badan induk itu saja yang layak dan bertanggung jawab untuk menaikkan ranking bolasepak Malaysia. Dan jika ada yang manfikannya maka kita memerlukan landasan yang mantap bagi menyediakan pemain yang mempunyai asas kemahiran bolasepak yang sekata peringkat sekolah, daerah, negeri dan nasional supaya menepati hala tuju dan objektif yang ditetapkan.
Pembentukan akademi mesti di kawal dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat tertinggi. Ianya perlu sekata dan seirama. Barisan pemain pelapis sentiasa ada dibekalkan secara berperingkat-peringkat.
Maka Datuk K. Rajagopal tentu ada alasan yang dia sudah tidak panik lagi.
…bila era Lee Chong Wei sudah hampir berakhir, baru kita dengar cadangan penubuhan akademi bandminton negara akan diwujudkan secara bersungguh-sungguh.
… bila lagi akademi bolasepak sekolah, daerah, dan negeri akan diwujudkan.. secara bersungguh-sungguh ? Ia juga bukan soal dana kerana dana akan mengalir masuk kalau ada kemahuan dari pihak-pihak yang bertanggungjawab.
…gbpencen…NTFA tunggu kertas cadangan dari FAM melalui FAP
Begitu bersemangat sekali rakan baik saya memperkatakan mengenai ramalan pendapatannya akan meningkat menjelang Malaysia menjadi negara maju. Itulah yang diharapkan oleh semua rakyat yang berada di dalam sesebuah negara. Mereka akan menjadi lebih selesa, malah setengahnya akan menjadi mewah dan lebih mewah. Dan ada diantaranya akan menjadi terlebih mewah.
Dalam pada itu terungkap kenyataan dalam ucapan Ketua Setiausaha Negara baru-baru ini bahawa kerajaan sekarang di bawah inisiatif Jabatan Perkhidmatan Awam sedang merangka satu plan di mana gaji kaki tangan tidak berhenti atau terhenti kenaikannya sehingga tarikh persaraan. Hebat bunyinya. Walaupun begitu saya yakin ianya akan dapat dilaksanakan.
Serba salah bila difikirkan terlalu sedikit orang yang mahu memikirkan untuk membela golongan pekerja swasta yang di IKS yang tidak terkawal apatah lagi melakukan sesuatu. Ayat ini bermaksud : Pekerja swasta di IKS yang dimonopoli oleh peniaga-peniaga tamak memberi gaji sewenang-wenangnya kepada pekerjanya; termasuk menyediakan persekitaran kerja dan jaminan masa depan yang tidak sama-sekali kondusif.
Dalam kita bersyukur dengan gaji dan lain-lain kemudahan agar penjawat awam sentiasa mendapat imbuhan secara berterusan dari semasa ke semasa saya mengharapkan agar pekerja swasta rakyat Melayu yang bekerja di IKS rakyat Malaysia berketurunan Cina dilayan tidak sepatutnya, hidup rajin, tak mahu mati. (terjemahan ungkapan moden dari ungkapan- hidup segan, mati tak mahu).
Dalam paparan akhbar sering kita lihat ‘pembela’ penjawat awam akan mengeluarkan ungkapan yang memperjuangkan hal gaji dan masa depan penjawat awam tetapi jarang sekali malah seolah-olah tidak tampil seorang ‘wira’ untuk memperjuangkan hal gaji dan masa depan pekerja bawahan di IKS yang terdiri dari anak-anak melayu gelandangan yang gagal dalam menjadi warga kerja yang berpendidikan.
Golongan pekerja IKS sebegini dinafikan oleh majikan untuk perkara-perkara berikut :
1. Tidak memperolehi potongan KWSP dan SOCSO secara kosisten.
2. Menerima gaji yang tidak menentu sehingga ke paras paling bawah – ada yang kurang dari RM20 untuk 8 jam waktu bekerja.
3. Tekanan potongan gaji atas perkara-perkara yang menguntungkan majikan sahaja.
5. Persekitaran kerja yang langsung tidak menarik.
6. Tiada kemudahan rawatan kesihatan, bonus, isentif, cuti tahunan dan lain-lain cuti yang sepatutnya dan kemudiah sosial.
7. Tiada pampasan jika berlaku sesuatu yang diluar jangkaan.
8. Tiada sistem kerja dan sistem pengurusan yang menarik
Sementara majikan pula :
1. Memaksimakan keuntungan semau-maunya atas kudrat pekerjanya.
2. Membandingkan pekerja tempatan dan pekerja asing yang rajin, kononnya.
3. Pemberhentian kerja yang hanya mengikut prosedur dan kehendak sendiri – tidak mengikut prosedur yang disediakan oleh pihak kerajaan.
3. Tidak memperdulikan untuk menyediakan persekitaran kerja yang kondusif, hanya menyediakan keperluan yang hanya menjurus kepada kehendak pengeluaran.
4. Akan seberapa daya upaya cuba melarikan diri dari cukai dan lain-lain prosedur yang ditetapkan oleh kerajan.
5. Menyalahgunakan dan melanggar permit, lesen dan kebenaran.
5. Mengenepikan ciri-ciri keselamatan kecuali yang mungkin menjejaskan keselamatan hak peribadi sahaja.
7. Bersekongkol secara maksima dengan ejensi yang boleh menerima rasuah; dengan demikian majikan tidak mempunyai rasa hormat untuk menghormati prosedur agensi kerajaan yang bertanggung jawab.
8. Sering mempertikaikan syarikat kerajaan dan syarikat besar yang kononnya hanya menjaga kroni – tidak mengagihkan kekayaan kepada ‘mereka’
9. Sering mempromosikan kerugian kepada pekerja sebaliknya menambah harta peribadi serta berlagak dengan kekayaan yang dimiliki.
10. Berkelakuan licik.
Kebanyakan kita lihat semuanya elok kerana kita sering diperlihatkan yang elok-elok sahaja. Di Malaysia ini, kilang elok, pejabat elok, kakitangan kerajaan bertugas dengan elok, sekolah elok, jalan raya elok, membangun dan berkembangan dengan elok ke arah negara maju.
Tapi bila kita masuk ke IKS begini yang mana kita boleh takrifkan sebagai spara haram, kita akan dapat melihat sendiri apa yang golongan ini alami. Biasanya IKS begini terletak agak jauh dari bandar atau dipinggiran pusat industri, berpagar, dikawal oleh kamera dan pintu automatik yang kita faham apa maksudnya. Pemiliknya mengendalikan secara berseorangan dan begitu bijak dalam banyak hal terutama dalam melepaskan diri dari tanggung jawab yang telah digariskan.
Malangnya pekerja-pekerja di IKS ini tidak boleh bersuara atau tiada suara kerana tiada kebolehan bersuara. Tiada siapa yang datang untuk mendengar suara mereka – mereka tidak penting. Mereka juga tiada ‘wira’ yang mengambil tahu mengenai mereka kerana mereka adalah serpihan dari arus pendidikan yang sedang menghadapi gelombang perubahan yang dahsyat. Atau dengan lain-lain alasan dan sebab. Seribu alasan dan seribu sebab yang terjadi begini.
…gbpencen…tiada mampu bersuara atau menjadi wira.

