Dan yang terbaru ialah
Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
Sebelum ini ialah
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.
Kedua-duanya ialah 2 program pembangunan yang paling terkini untuk generasi baru guru-guru Malaysia di bawah pengurusan dua orang Menteri Pelajaran.
Pelancaran dan pelaksanaan PIPP pada tahun 2006 melibatkan saya semasa bertugas. Menteri berkenaan berbersungguh-sungguh agar plan pembangunan itu mencapai kejayaan. Laporan pencapaiannya tidak sempat saya ikuti. Apa yang saya lakukan ialah melaksanakan PIPP di peringkat sekolah sebaik mungkin supaya mencapai matlamat seperti yang dikehendaki.
Enam teras PIPP dipamerkan di beberapa tempat yang strategik di sekolah. Terasnya diwar-warkan kepada semua warga sekolah. Sedikit sebanyak anjakan dilakukan setelah diberikan pendedahan oleh pihak PPD dan JPN. Semuanya dipatuhi sebaik mungkin
Itu sahaja yang dapat saya lakukan kerana maklum balas dari guru yang saya terima ialah, tugasan yang telah sedia ada memerlukan pelaksanaan secara berterusan. Kata mereka, tambahan kepada sistem P&P yang sedia ada hanya dapat dijalankan setelah murid boleh membaca, menulis dan mengira – perkara asas dalam KBSR di sekolah rendah.
Setelah berakhirnya era PIPP pada tahun 2010, Dalam ucapan sempena pelancaran Pelan Pembagunan Pendidikan yang baru, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin- secara tidak langsung menyatakan bahawa pelan sebelum ini (PIPP) telah mencapai matlamatnya. Satu kejayaan kepada bekas menteri pelajaran yang lalu, Datuk Seri Panglima Hishammuddin bin Tun Hussein Tahniah.
Ungkapan tersebut juga membawa maksud bahawa Pelan Pembagunan yang baru adalah diperlukan untuk terus melonjakkan mutu pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi dari sekarang. Secara jujur kita harus mengakui bahawa pelan tersebut sangat sesuai dan amat perlu bagi sesebuah negara yang berwawasan. Juga sekalung tahniah atas pelancaran pembangunan tersebut.
Dalam rangkuman ucapan Yang Berhormat menteri itu terdapat statisk lonjakan dari awal sejarah pendidikan negara hingga ke era pemodenan Malaysia sekarang. Dipenuhi dengan data yang boleh dikagumi oleh semua. Mungkin guru-guru di sekolah rendah tidak begitu terasa anjakannya tetapi di peringkat pengajian tinggi, ianya boleh jadi telah tersangat berhasil. (http://sksgmerabluar.blogspot.com)
Walaupun begitu dalam era PIPP ramai yang mengetahui anjakan yang dibuat begitu hebat sekali sehngga di dapati BELANJA yang digunakan untuk memenuhi keperluan pendidikan dalam pelan itu tersangat banyak. Setelah berakhirnya PIPP dengan penuh ‘kejayaan’ terdapat pembaziran peralatan ‘multimedia’ dimana-mana tanpa ada satu makenisma untuk mengelak pembaziran itu berlaku.
Seringkali menjadi sebutan bahawa perbelanjaan untuk pendidikan negara sangat tinggi. Setiap kali bajet tahunan dibentangkan, perbelanjaan untuk pendidikan mencecah sehingga 17% keselurhan bajet pembagunan. Terima kasih kepada bajet yang disediakan.
Sungguhpun begitu ianya boleh dimurnikan jika mahu – dengan mengambil kira matlamat yang diharapkan tidak akan terabai. Beberapa pendekatan yang boleh diambil kira antaranya ialah :
a. Menyediakan peruntukan dan makanisma yang mantap untuk menyelenggara peralatan multi media dan infrastruktur yang sedia ada supaya tidak dan tidak lagi dibazirkan.
b. Mengwujudkan jawatan kakitangan data akademik yang khusus untuk mengaplikasikan data yang sekarang ini dilakukan oleh guru.
c. Menaik taraf ‘server’ data pendidikan yang sedia ada (lembab) supaya selari dengan anjakan maklumat yang diperlukan oleh Kementerian – seperti server yang dipunyai oleh ‘facebook’ yang mudah dikendalikan walaupun digunakan oleh berjuta orang pada setiap masa.
d. Mengurangkan pergerakan guru teras meninggalkan bilik darjah, sebaliknya meningkatkan kursus atau bimbingan serta maklumat di sekolah melalui program-program maya.
e. Menilai kejayaan tidak hanya berdasarkan pencapaian di sekolah atau di institusi pengajian sebaliknya dinilai berdasarkan individu yang dilahirkan dari institusi pendidikan setelah ianya berada dalam pasaran kerja.
Semoga enam (6) bidang keutaman dan sebelas (11) anjakan dalam Pelan Pembagunan Pendidikan 2013-2015 akan berhasil dan boleh diikuti lonjakannya – sama-sama kita ikuti. Insyaalah.
…gb pencen…tengok dari jauh.
Generasi bertuah yang punyai segalanya untuk menimba ilmu
Di usia emas ini saya sedar bahawa saya mempunyai satu kelebihan anugerah tuhan. Saya dapat rasakan rasa hati orang yang saya lihat. Walaupun tidak 100 peratus tepat tetapi sebahagianya adalah benar. Biasanya tok nujum atau tukang tilik sahaja yang dapat berbuat demikian. Tetapi ianya bukan satu perkara yang mustahil untuk menilik atau meneka rasa hati dan perasaan orang lain; ianya hanya memerlukan pengalaman, ketelusan dan tidak perlu apa-apa pengetahuan. Ia sangat berguna untuk kita menilai diri kita sendiri.
Situasi 1:
Bila Dato’ Ishak sampai, saya melihat dia duduk berseorangan di celah-celah hadirin yang hadir. Ramai yang tidak pasti kehadirannya. Kami beberapa orang yang seangkatan dengannya sedar kehadirannya. Dia mengujakan kerana statusnya seorang hartawan (mungkin boleh dipanggil jutawan) yang telah sangat berjaya dalam kariernya sebagai usahawan. Beliau merupakan antara usahawan Dasar Ekonomi Baru yang telah dilahirkan. Majlis ‘reunion’ Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam (dulunya kami panggil Sekolah Kampung Baru) menjadi begitu bermakna dengan kehadirannya pada hari itu.
Dato’ Ishak tentunya tidak mempunyai apa-apa agenda bersama kehadirannya. Beliau sudah miliki segalanya di dunia ini. Hatinya tentu tenang. Bersamanya di bawa buah tangan sejumlah besar pizza domino untuk disedekahkan kepada rakan-rakan lama. Hatinya semakin tenang kerana dapat berjumpa dengan kawan lama yang telah beliau tinggalkan untuk mengharungi dunia perniagaan yang telah membawanya ke puncak kejayaan. Dia mungkin rindukan kawana-kawannya.
Bila di desak, dia berucap dalam majlis itu, walaupun dia bukan seorang pemidato yang baik seperti rakannya DS Anwar Ibrahim. Ketika itu dia menjadi Bendahari UMNO Permatang Pauh yang mana DS Anwar Ketua UMNO bahagian itu. Dalam ucapanya dia mempelawa sesiapa yang ingin ke Afrika Selatan melancong (percuma) bersamanya sepertimana yang telah dilakukannya setahun yang lalu bersama beberapa orang bekas gurunya di SM Kampung Baharu). Dia punya segalanya dan dia tenang mempelawa ‘semua’ hadirin. Dia sudah tidak suka bersusah-susah dan dia juga tidak perlu menyusahkan orang lain. Betulkan tilikan saya.
Situasi 2 :
Radz baru sahaja membeli kereta Honda Accord 2nd hand bernilai RM54K. Cantik keretanya. Bila saya berbual mengenai keretanya, dia mengandaikan kereta saya hanya bernilai kurang dari RM2000. Walaupun begitu saya mengiyakannya walaupun saya jangkakan kereta saya masih boleh dijual dengan RM6000.
Selang 2 tahun kemudian, kereta Radz sudah tiada tetapi saya masih menggunkan kereta yang bernilai RM1000 (susut nilai dari RM2000) kerana anaknya ingin menggunakan kereta Honda Accordnya itu. Sekarang dia berkongsi kereta dengan isterinya. Andaianya sangat mudah : Melangit mana pun kita berada, hanya takdir akan menentukan. Satu penghinaan kita lakukan, 1000 aib yang akan kita terima. Saya sedar benda itu.
Saya akan lebih banyak mendengar bila sesorang berbicara. Pula yang berbicara itu ialah seorang yang berdarah panas (orang muda). Bicaranya mengenai dunia, dunia disekelilingnnya, keluarganya, kebolehan, kepandaian, kelebihan dalam banyak segi yang dia lalui. Banyak yang ingin disampaikannya dan saya hanya perlu mendengar dan akhirnya saya tahu apakah harapannya, apakah yang telah dicapainya dan andaian apa yang akan berlaku seterusnya; untuk pengetahuan saya. Yang penting dia masih mahu bercakap dan bercerita dengan saya bila ada kesempatan nanti. Walaupun ada ketikanya dia memperlekehkan saya, saya masih boleh menerima.
Sanak saudara, rakan taulan, sahabat handai dan saya sendiri sepatutnya perlu berhati-hati. Sombong bukan sahaja diraut muka; ianya berada di banyak tempat. Di kata-kata, di penampilan, perawakan, pemilikan harta, keangkuhan bicara, penonjolan diri, perangai dan tingkahlaku. Kalau ianya jujur dari dalam hati, balasannya murni. Kalau kesumat dari jiwa, balasannya tetap ada. Kerana saya pernah menerima banyak balasan atas apa salahlaku yang telah dilakukan. Dan pernah menerima ganjaran atas apa kebajikan yang pernah dilakukan. Fair.
…gbpencen…ingin berbaik sangka dengan semua orang.
Aruah ibu tidak mempunyai apa-apa hanya doa dari anaknya.
Ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim datang ke Pantai Remis sekitar akhir ’70an, kami pengikut-pengikut pergerakan Pemuda UMNO telah berkumpul membakar patung Mikahail Kapitsa (kalau tidak silap saya) seorang pemimpin Israel. Ini berlaku kerana ucapan Dato’ Seri yang berdegar-degar itu telah menaikkan semangat dan kemarahan hadirin agar bencikan Israel yang pada ketika itu juga amat zalim. Ketika itu beliau adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru dipilih.
Begitu jugalah di gelanggang-gelanggang lain, di arena lain, di tempat dan di situasi lain – membangkitkan kemarahan, semangat, kebencian, kasih sayang, cinta, suka dan sebagainya adalah sangat penting untuk mencapai apa yang diharapkan. Ayat, nada, irama, intonasi, fakta hatta apa saja perlu digabungkan agar berkesan sehingga menusuk ke dalam jiwa seseorang untuk akur dengan apa yang dipersembahkan.
Beliau memang pemidato yang hebat. Ramai yang ‘jatuh cinta’ dengan pidatonya juga dengannya. Jatuh cinta bermakna terpengaruh ideanya melalui pidatonya.
Bila pelajar-pelajar IPT memijak potret Perdana Menteri, berdemontrasi kononnya untuk menukar bendera, perlembagaan dan lain-lain lagi, maka jelas menunjukkan bahawa mereka juga sudah dibakar hati dan semangat. Membara. Tidak kiralah dari mana semangat dan bahang kebencian itu diperolehi.
Selain dari itu, mereka sudah mempunyai segal-galanya dalam negara ini. Di IPT Malaysia, pelajar-pelajarnya sudah selesa dengan apa yang ada sekarang dan ingin membuat satu perubahan yang dijangkakan lebih baik.
Perkara yang mendorong pelajar ini berbuat demikian ialah melalui situasi politik semasa yang semakin hebat untuk menampilkan pemimpin dan kepimpinan terbaik untuk Malaysia pada masa yang akan datang. Pemimpin baru yang ingin menampilkan diri bukan kerana pemimpin sedia ada kurang baik tetapi keadaan negara Malaysia ‘yang sudah ada segalanya’ inilah yang mendorong ramai orang yang berminat.
Begitu jugalah dengan pelajar yang berkelakuan ‘biadap’ tadi. Mereka sudah dilengkapkan (oleh Malaysia) dengan berbagai medium komunikasi untuk berinteraksi dengan mana-mana pihak yang disukai samaada di Malaysia atau di luar negeri tanpa had. Mereka punya sekolah, punya kediaman yang lengkap, punya makan minum, punya keselamatan, pengangkutan, punya wang pinjaman.. Semuanya mudah, selesa dan serba canggih. Apa mau lagi, cari satu kelainan unutk menonjolkan diri.
Pada pandangan saya, kelihatan sesuatu yang tidak diduga berlaku dalam situasi menjelang PRU13. Semua orang (rakyat) ingin turut sama dalam arus plolitik semasa atas nama kebebasan. Kebanyakannya akan menongkah arus yang sedia ada. Selama ini Malaysia telah disediakan untuk berada di kedudukan selesa dan ternyata telah hampir berjaya tetapi kini timbul satu generasi bersama satu trend atau gelombang untuk menidakkan apa yang telah disediakan – bukannya bersama mememupuk dan meneruskan kesinambungan persediaan yang disediakan selama ini. Kerana mereka berfikir “mereka sudah punya segalanya” dan berfikiran yang mereka tidak akan rugi apa-apa akhir nanti. Betulkan begitu ?
Samada pelajar IPT atau pun pemain politik, ianya sama sahaja ‘kerana mereka sudah punya segalanya’ Yang menjadi persoalan : mengapa jadi begini dan siapa yang memulakannya. Dr Mahathir selalu menyatakan: Kita mesti ketahui ‘puncanya’. Apakah puncanya? Satu persolan yang sangat banyak jawapannya.
Saya berada di situasi yang berbeza dimana bila saya mengerti dunia ini, saya tiada punya apa-apa. Keluarga juga tidak punya apa-apa. Sedikit demi sedikit dunia Malaya yang kemudiannya Malaysia ini dilengkapkan satu persatu. Ia beralaku seiring engan kerjasama semua rakyatnya yang begitu berhemah dan berdisiplin. Pemimpin silih berganti, perubahan dibuat satu persatu, menangani permasaalahan secara yang cukup berhemah lagi bedisiplin, dipakaikan dengan nilai-nilai yang baik sehinggalah saya sebegini dan masih mensyukuri semua nikmat itu walaupun masih ‘terlalu’; banyak sudah orang lain yang mendahului saya – saya masih merasakan saya tidak terkebelakang atau tertinggal.
…gbpencen…terima kasih Malaysia.

