Premis minuman ini tidak dikunjungi oleh anak-anak ku di bulan Ramadhan
Kata Tuan Guru:
Patuh kepada perintah tuhan – kurangkan mengata atau mengumpat di dalam bulan puasa. Mengumpat adalah melibatkan orang lain yang tidak dapat mempertahankan diri apabila dianya : diumpat, dikata atau dimengata. Kalau diri kita sahaja yang membuat kesalahan atau kita membuat dosa dengan kawan kita sahaja – bolehlah kita minta maaf dengan tuhan atau dengan kawan kita..
Kalau tulis blog.. kata-kata kita akan didengar diseluruh dunia (kalau ada orang yang membacanya), besar dosanya. Oleh itu, blog ini terus berehat sepanjang Ramadhan.
Seperti yang saya jangkakan, selain menjadikan masjid dan surau sebagai satu tempat yang sesuai untuk beribadat dalam bulan Ramadhan tetapi ada sebahagian rakan-rakan dan sahabat handai kita yang menggunakannya untuk tujuan politik. Berbagai bentuk hujah, ayat-ayat Quran dan hadis dilafazkan di dalam ceramah (tazkirah) yang diadakan ketika antara 8 rakaat solat tarawikh.
Dalam kecelaruan itu, saya ambil iktibar kata-kata salah seorang penceramah agama, katanya :
“Dengar sajalah tazkirah ini kerana menuntut ilmu itu wajib, yang elok kita pakai, yang tidak elok kita letak sebelah. Yang penting niat kita datang beribadat kerana Allah”
Ustaz tersebut mengakui bahawa dalam sesebuah kominiti surau atau masjid memang terdapat perbezaan fahaman politik. Walau kumpulan manapun yang mendominasi instituisi itu, perbezaan fahaman itu tetap ada. Yang menjadi persoalannya sejauh mana agresifnya kumpulan itu memprosmosikan fahaman masing-masing. Kalau terlalu berlebihan, kumpulan yang satu lagi akan mengundur diri secara terhormat, beransur-ansur dengan berhemah. Mungkin tiada perpecahan tetapi yang terjadi ialah “senyum-senyum kambing, atau senyum-senyum paksa.”
Secara tidak langsung :
Ustaz tersebut juga mengakui, dalam ramai ustaz yang memberi tazkirah, ada antara mereka yang mempunyai fahaman politik yang menebal dan sangat memihak. Walaupun kepada rakan seagama, tetapi kata-kata yang diucapkan, ada kalanya difikirkan sebagai melampaui batasan kewarasan pemikiran.
Walau apapun, solat tarawikh (sunat mua’akat ) tetap ditunaikan, menuntut ilmu (wajib) ditunaikan. Kerana kita lebih redha berdiam diri dari berbalah. Tiada siapa yang betul melainkan yang Satu, tiada siapa yang adil melainkanNya.
Ibadat Ramadhan dilakukan keranaNya. Kelemahan, kejahilan, dosa adalah kerana diri kita sendiri.
…gbpencen… biarkan blog turut berpuasa, semoga silaturahim (juga dituntut) terus terpelihara.. amin dimalam 7 likur.
Bila saya sampai di Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat, sekolah pertama saya menjadi Guru Besar, saya tertarik dengan sebuah ‘kolam ikan‘ yang tidak terurus. Saya dan ‘orang kampung’ berusaha untuk menghidupkan semula kolam tersebut. Satu ‘tip’ yang saya perolehi ialah jika kita hendak membina kolam, lapisan bawahnya hendaklah dihamparkan dengan plastik sebelum lantainya diturap dengan simen.
“Oh… !. patutlah dulu kolam ini bocor” kata seorang guru sains di sekolah itu. “Pandai ‘tukang kampung’ ini ya !”, tambahnya lagi. Dengan tidak secara langsung ini menggambarkan bukan semua hal cikgu-cikgu kita dianggap pandai. Selepas itu, hidupan air tawar hidup dengan selesa di ‘kolam sain sekolah, Sekolah Kampung Selamat.
Bagaimana nasib kolam itu setelah saya tinggalkannya 13 tahun yang lalu?
Merujuk kepada akhbar harian Utusan Malaysia bertarikh 9hb. Jun, 2012; Menteri yang berkaitan berkata yang PLKN akan membina kolam renang untuk semua pusat latihannya demi keselamatan dan keselamatan peserta kem. Satu pembaharuan yang nampak logik dan berskala besar.
Tapi apa pula akan jadi kepada nasib kolam itu selepas itu, selepas ini dan selamanya.. Itu adalah salah satu persoalan yang telah banyak dilihat dan mengalami ciri-ciri pembaziran. Ada kewajarannya banyak pihak sering memperkatakan ciri-ciri pembaziran yang terdapat dalam kebanyakan projek yang dibuat oleh kerajaan, kementerian hatta di dalam organisasi di bawah kelolaannya termasuk di sekolah. Dari satu sudut disebalik projek yang dicadangkan, ada lain-lain aspek (agenda) yang boleh dipertikaikan ketelusannya – walaupun bukan semua.
Di sebuah sekolah terdapat pembinaan 2 buah kolam – sebuah dibina oleh Guru Besarnya, sebuah lagi kolam dibina oleh seorang guru biasa. Bila kolam itu siap, kedua-dua guru itu telah bersara. Selepas tidak sampai setahun umur persaraan mereka kedua-dua guru tersebut telah meninggal dunia. Maka berkatalah kerani sekolah itu kepada saya, “Cikgu janganlah buat kolam lagi di sekolah ini, nanti cikgu belum puas menikmati hari-hari persaraan, cikgu ‘mungkin’ juga akan meninggal dunia”. Ada juga betulnya ?, bisik hati saya, atau keadaan itu hanya berlaku secara kebetulan sahaja atas kehendak ilahi… !
Saya bertukar ke sekolah seterusnya yang juga terdapat sebuah kolam yang terbiar. Saya bersama pekerja di sekolah itu menghidupkan semula kolam tersebut. Ianya berfungsi sebaiknya dengan air limpahan yang mengalir saban hari persekolahan dengan bunyi deruan air terjun kecil yang mendamaikan mata yang melihatnya; menyedapkan telinga yang mendengarnya. Lega rasanya dapat memulihkan kolam yang terbiar buat kali kedua dalam sejarah perkhidmatan saya.
Moral yang terdapat dari coretan di atas ialah :
Memperbaiki atau menambah baikan projek yang sedia ada di sekolah (atau dimana saja) supaya mencapai sasaran pembinaannya adalah lebih baik dari mengeluarkan belanja besar untuk mengwujudkan projek baru yang menelan kos tetapi akhirnya tidak terurus dan terbiar juga membazir….
…gbpencen…tidak bina kolam pun satu hari akan meninggal juga.
Arahan ‘Tokeh’ saya untuk berjumpa dengan HR Taiyo saya patuhi. Saya diarahkan untuk menyelesaikan rungutan dari kakitangan kilang tersebut mengenai jualan kantin. Pada hemat saya, jualan di kantin kepunyaan ‘tokeh’ saya tiada apa-apa masaalah pun. Tetapi mMaklumat yang diperolehi, kononnya kakitangan HR yang perempuan di situ banyak sangat karenahnya. Biasalah tu.. ! Kalau seketul ayam (yang siap dimasak) dijual dengan harga RM1.50.. apa masaalahnya ?.
Masuk ke pejabat HR menyatakan kesediaan saya untuk berbincang. Saya dengan senyum-senyum kambing menyapa dengan memberitahu bahawa saya sedia untuk mberbincang dengan membawa beberapa dokumentasi sokongan. “Maaflah cikgu, kami ada meeting, nanti kami call cikgu”. Dengan senyum simpul saya beredar dari pejabat HR tersebut. “Ok, nanti saya tunggu call dari puan-puan”.
Esoknya saya diberitahu oleh tokeh saya: HR di Syarikat itu mengadu bahawa kehadiran saya(semalam) … dengan rupa yang marah (aje.. kenapa?). “Pulak dah” kata saya. Bagaimana mereka mengadaptasi raut muka dan kata-kata saya (?) Itu persoalannya.
Bila guru melihat rupa ku, aku seorang yang garang pada pandangan mereka. Betulkan raut mukaku begitu ?
“Mula cikgu datang ke sekolah ini saya nampak muka cikgu seorang yang garang. Saya berkira-kira (berharap) banyak masalah yang menghantui beliau dan organisasi sekolah (pada pendapatnya) dapat diselesaikan dengan kehadiran cikgu”. Begitulah mungkin maksud PKHEM saya ketika saya mula-mula bertugas dengannya”
Rupa-rupanya walaupun berperwatakan ‘garang’ tetapi hati GB ini lembut rupanya. Tak suka perselisihan yang (pada saya) tidak akan membawa apa-apa keuntungan kepada sesiapa saja. Tapi ….
serasa saya tidak banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan di sekolah, cuma bezanya ianya hendaklah dengan cara saya, cara yang sepatutnya semua guru mengikut ‘petua’ saya.
Bila bersara, ramai yang merasakan saya perlu melabur wang ‘yang sesedikit itu’ Saya diajak berkongsi untuk membeli 3 elor lembu. Seekor sudah dikorban untuk Hari Raya Korban. Tinggal lagi 2 ekor dan kononya kata pengembala lembu saya, lembu saya dah bersalin seekor lagi… jantan anaknya.
Selang lima tahun, saya bertanya pula…
“Man, bagaimana ‘status’ lembu kita sekarang ?. Dia berkata, “Cikgu, lembu yang pertama – mati, 2 ekor lagi orang dah curi”. Jawapan tersebut sudah saya agak !. Gembala itu, yang saya kenali semenjak dia masih anak remaja lagi tentu sekali akan menyatakan ungkapan-ungkapan sedemikian. Tambahan pula baru-baru ini dia heboh hendak menceraikan isterinya kerana hendak berkahwin lain. Kesian 4 orang anaknya yang masih kecil tapi yang jadi mangsa adalah lembu-lembu saya.
Perniagaan lembu saya tutup setakat itu saja. Sebagai pemanis mulut dia berjanji sekali lagi seperti semasa dia meminta duit untuk membeli dan memelihara 3 ekor lembu dari saya : Kalau cikgu nak pakai lembu untuk kahwin, atau anak cikgu nak kahwin saya akan bekalkan “sepikoi duapuluh” (120 kati) daging untuk kenduri cikgu sebagai ganti.
Saya hanya mencelah..
“Seingat saya, Man – kalau mati, mana bangkainya? .. kalau hilang mana salinan repot polisnya ? semuanya adalah cerita lama…”
Akhir kalam…
Ceritanya : Saya memang tidak boleh berniaga.. lembut hati. Saya hanya layak makan gaji, satu pekerjaan yang sesuai untuk orang yang selalu berkata “takpa-lah… dan tak pa-lah.
Maka makan gajilah saya sampai ke tua dan gunakanlah pendapatan itu untuk menyara kehidupan dan membantu mana yang rasa patut. Itu saja rezeki yang ada. Alhamdullillah.
…gbpencencen..teringin macam-macam.
