Bila bercerita; gb ini akan selalu berkata dia sangat selesa di sekolahnya. Gambaran yang diberi menunjukkan bahawa dia begitu senang menguruskan sekolah. Sudah tentu dia selesa dengan guru-gurunya, dengan penolong kanannya dan pekerja di sekolahnya. Saya beranggaspan bahawa gb ini adalah seorang gb yang bijak mentadbir.
Bila bercerita gb ini akan berkata dia mempunyai beban tugas yang berat. Tentu sekali dia tidak mendapat kerjasama dari kebanyakan guru, penolong-penolong kanan hatta dengan pekerjanya juga. Tentunya pendekatan yang dilakukannya tidak boleh diterima oleh orang di bawahnya.
Bila gb ini pula bercerita, kisahnya berkisar mengenai ketegasannya menangani perilaku semua orang-orang di bawahnya. Dia garang dan ditakuti.
Bila gb perempuan ini bercerita, seperti dia tiada masaalah menguruskan sekolahnya. Dengan mulut yang bebel dia bercerita semua yang hebat-hebat yang dilakukannya. Semua yang mendengar sepatutnya kagum dengannya.
Itu adalah antara karekter-karekter gb yang pernah saya dampingi. Saya sering mendengar cerita mereka tetapi tidak pernah bercerita tentang diri saya dan mengenai sekolah saya. Oleh itu tiada siapa yang tahu apa yang saya lakukan di sekolah saya. Apa yang penting bagi saya, saya ingin selesa di tempat duduk saya.
Oleh itu saya sering mencari karakter yang sesuai untuk saya ikut. Jadi saya mendengar dan memilih yang mana satu sesuai untuk keselesaan saya.
Akhirnya saya merumuskan (ramuan keselesaan pentadbir) bahawa saya perlu mendampingi dengan sebaiknya sesiapa sahaja :
- yang mungkin akan memberi masalah kepada saya.
- yang mungkin akan boleh membantu saya.
- yang mungkin sedia dan pandai membuat kerja untuk saya.
- yang mungkin mempunyai masalah peribadi yang boleh menjejaskan kerjayanya.
- yang mungkin sedia berterus terang dengan saya.
maka saya akan sedaya upaya mendekati dan memohon pertolongan mereka supaya saya selesa bekerja.
Dengan yang demikian masalah lain yang timbul samada dari segi tugas atau perhubungan dengan semua staf dapat di atasi dengan sebaik mungkin. Dan saya berjaya dengan pendekatan itu untuk menjadi pentadbir yang selesa.
Bila gb lain bercerita, saya juga dapat menggambarkan apa yang berlaku di sekolahnya. Ada diantaranya yang tidak bertegur sapa dengan beberapa satafnya, ada yang terpaksa menangis atas tingkahlaku stafnya dan ada stafnya yang bila bercerita sering mencemuh gbnya.
Dan ramai pula gb yang bercerita yang dia sangat selesa bersama stafnya di sekolah. Tambahan pula mnereka sering memuji kebaikan, kebolehan, toloren dan sebagainya yang baik-baik mengenainya.
…gbpencen…tidak berbeza karektar mahupun sebagai www.gurubesarpencen..com
Satu lagi plan pendidikan terbaru telah dilancarkan – PPPM. Seperti juga plan-plan yang terdahulu ianya bagi melengkapkan tenaga kerja mahir mengisi slot negara maju yang akan ditempuhi tidak lama lagi. Tempoh plan ialah mulai 2013 hingga 2025. Pengisian ini amat lengkap, padat dan inovatif.
Tidak dinafikan plan ini dirancang dan dicanang dengan begitu teliti. Walaupun begitu saya amat optimis bahawa penglibatan guru di bilik darjah adalah memainkan peranan yang penting bagi menentukan kejayaannya.
Juru rancangnya adalah terdiri dari teknokrat-teknokrat pendidikan yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas. Walaupun demikian tidak 100 peratus jururancang ini terlibat dalam pelaksanaannya di peringkat bawahan. Dengan yang demikian dapatan dari peringkat bawahan juga diperlukan bagi menentukan kejayaan plan ini tidak tersangkut-sangkut di merata tempat.
Seperti lazimnya bagi setiap perancangan, karenah birokrasi berperanan penting kerana ianyaboleh membantutkan kejituan kejayaan sesuatu plan.
Antaranya keberkesanan penyampaian maklumat dari peringkat atas kepada golongan pelaksana akan tidak lancar kerana terkongkong oleh birokrasi pegawai-pegawai di setiap peringkat kementerian. Pecambahan maklumat di peringkat PPD ke sekolah selalunya menjadi ‘pelbagai’ kerana terdapat berbagai kekangan di peringkat sekolah yang perlu di atasi terlebih dahulu.
Dengan yang demikian di peringkat sekolah rendah, seperti kebiasaan ; rungutan dan keluhan biasa akan boleh didengar di bilik darjah antaranya :
- Guru semakin kurang masa untuk mendampingi murid kerana dikekang oleh kerja-kerja “online”.
- Semua yang berlaku di bilik darjah perlu dilapor hingga ke peringkat tertinggi di kementerian – Adakah mereka meneliti laporan itu ?. Kalaupun ya, pegawai atasan ini memang mempunyai masa kerana mereka tidak mengajar.
- Banyak sangat arahan perubahan yang berlaku di bilik darjah sehinggakan ada murid yang tidak langsung boleh berubah.
Keterlibatan saya sebelum bersara (2007) ialah pelancaran PIPP – Pelan Induk Pembanganan Pendidikan (2006-2010). Intipati di dalamnya dirangkumi didalam 6 terasnya.
Teras 1: Membina Negara Bangsa
Teras 2 : Membangunkan modal insan
Teras 3 : Memeprkasakan Sekoalh Kebangsaan
Teras 4 : Merapatkan Jurang Pendidikan
Teras 5 : Memartabatkan Profesion Kegurusan
Teras 5 : Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
Saya sedia maklum bagaimana PIPP dipromosi, dihebah dan dihebohkan. Seterusnya diberi penekanan agar ianya akan tampak amat diperlukan. Diwar-warkan akan memberikan kesan yang mendalam ke atas kemajuan pendidikan di masa itu dan di masa-masa yang akan datang.
Ianya berjalan seadanya.
Bila dibaca intisari PPPM ia juga dirangka dengan rangkuman 6 teras PIPP. Ianya diperincikan dengan segala kecanggihan yang sedia ada di era ini. Yang penting plan ini digubal ketikamana negara menekankan aspek transformasi kerajaan. Selain dari itu yang penting ialah dikendalikan oleh seorang Menteri Pelajaran yang baru; yang juga Timbalan Perdana Menteri yang bakal menjadi Perdana Menteri satu masa nanti, Insyaalah.
Harapan PPPM adalah sama dengan PIPP.
Apa yang penting ialah :
- Keberkesanan yang akan diperolehi akan bergantung kepada apa yang berlaku antara guru dan muridnya.
- Sekiranya guru yang telah diasak dan disi dengan berbagai pembaharuan demi pembaharuan dapat terus berinteraksi secara berkesan dengan muridnya di bilik darjah maka muridnya akan berjaya.
- Sama ada melalui PPPM, PIPP atau pun tanpa apa-apa plan pendidikan yang diperbahrui.
…gbpencen…memberi banyak ruang untuk guru mengajar dan murid belajar.
Buatlah sesuatu kebaikan untuk umat Melayu, kerana Allah menyukai orang yang membuat kebaikan.
PengumumanYAB Perdana Menteri semalam – yang mana kerajaan yang dipilih oleh Bumiputra akan menyediakan satu pakej yang mandatori untuk membantu Bumiputra dari pelbagai segi – termasuk menyediakan dana pendidikan yang akan disalurkan melalui MARA.
Dana tersebut untuk kegunaan berinovasi & penyelidikan, meningkatkan keupayaan tenaga pengajar dan pelajar melalui latihan dan menjana pekej keushawanan dikalangan pelajar Melayu.
Dana untuk tujuan sebegini sememangnya dari dulu lagi telah disalurkan melalui MARA dan agensi pendidikan yang lain dalam negara tercinta ini. Tetapi malangnya ia telah melalui ketirisan di merata tempat. Akhirnya sehingga sekarang apa yang dihajatkan tidak menemui penyelesaian.
Dalam ucapan YAB Perdana Menteri semasa pelancaran Strategi Pemerkasaan Ekonomi Bumiputra (Strategi) ada menyebut mengenai ketirisan. Saya berpendapat aspek ketirisan itulah yang menjadi salah satu daripada punca “apa saja strategi dan perancangan” yang dibuat tidak mencapai matlamat.
Demi kesungguhan kerajaan yang dipilih oleh sebahagian besar Bumiputra, harapan yang ada seolah-olah seperti harapan yang terakhir untuk kita. Mendengar gendang perang yang dipalu sekian lama oleh segolongan manusia yang menjadi rakyat Malaysia kelihatan pakej strategi ini tidak mampu lagi dilihat untuk “gagal”.
Seorang pensyarah dari sebuah polytech MARA memberi komen yang beliau bersetuju dengan dana ini yang boleh disuntik untuk memantapkan lagi institusi seperti yang dinaunginya. Pada saya ini merupakan satu lagi persoalan dan persepsi apabila kelihatan ada dana yang akan tiba….
Sedangkan dapat dilihat prasarana, kemudahan dan kecanggihan yang telah sedia ada di institusi pengajian kendalian MARA sudah punsedia lengkap terbina; hanya pendokongnya, penggeraknya, tenaga pelajarnya dan pelajar yang dihasilkannya sahaja yang perlu diberi suntikan supaya mempunyai jati diri Melayu.
Mereka sepatutnya bersyukur dan mempunyai satu kesedaran yang tinggi bahawa @dimana “kita” berada sekarang@. Di mana mereka dan saya dan orang-orang lain yang bernama Melayu berada ?. Statistik membuktikan semenjak DEB dilancarkan peningkatan penguasaan Bumiputra dalam semua aspek tidak mencapai sasarannya.
Oleh itu, apa yang boleh saya katakan ? Dar jauh, sebagai rakyat bawahan yang telah melalui detik demi detik perkembangan kaumnya dari semua aspek mendoakan agar :
Generasi baru Melayu akan lebih ikhlas, berani, tekun dan bersungguh-sungguh bekerja (selain dibayar imbuhan) mengambil bahagian dalam (Strategi) ini dengan kesedaran bahawa kita telah ketinggalan disamping – hujung trowong masih jauh dan berliku.
Disamping ada ramai antara umat Melayu kita sudah merasa sangat selesa dengan keadaan sekarang, Sepatutnya kita merasakan bahawa lebih ramai lagi bangsa selain kita yang lebih selesa dan terlalu ramai pula umat dari kalangan kita yang sangat tidak selesa seperti kita.
Sebagai pemain (peranan) dalam (Strategi) yang dibentangkan ini juga mesti sedar bahawa kegagalan sedang menunggu lagi di muka jalan kerana umat kita terlalu banyak onarnya. Penting diri, cepat puas hati, tamak, putusa asa, merajuk rakus, kronisme dan banyak lagi yang kita juga arif mengenainya. Mereka kena berada dalam semua situasi negatif itu untuk mempastikan ketirisan tidak berlaku di mana-mana.
Pemain politik Melayu juga mesti menjadikan (Strategi) ini sebagai wadah perjuangan politik Melayu dan bukan politik kepartian yang mana ianya adalah semata-mata kerakusan kuasa sahaja. Sedar bahawa yang berkuasa bukannyanya kita. Kita akan berkuasa apabila Allah menganugerahkan kita menggunakan sedikit kuasa politik yang ada untuk membuat kebaikan.
Lihatlah juga sesiapa yang tertinggal dalam institusi masing-masing kerana TUAN sebagai penggerak institusi memerlukan pembantu-pembantu yang kuat dan selesa seperti TUAN demi mempastikan harapan umat Bumiputra dapat dipenuhi.
Amin ….
Maka dengan itu, pelaksanaan Strategi Pemerkasaan Ekonomi Bumiputra yang baru ini merupakan harapan baru kepada kaum yang tercinta dan tertinggal ini.
…gbpencen… melihat (Strategi) berjalan.


