“Salah Asuhan” antara hanya beberapa buah novel yang pernah saya baca ketika zaman remaja saya. Saya sedar ketika itu tidak banyak pun novel yang ada dan tidak banyak peluang untuk memiliki atau memperolehi novel atau buku untuk di baca.
Melihat sahaja judul novel “Salah Asuhan” tentu kita gambarkan bagaimana akhirnya akan berlaku apabila kita gagal mendidik anak-anak dengan tata adab yang sempurna sejak dari kecil lagi. Apa yang hendak digambarkan di sini ialah “didikan” adalah memainkan peranan amat besar untuk mencorak kehidupan, pegangan dan prinsipnya.
Ramai yang berasa hampa apabila diwartakan bahawa, boleh dikatakan keseluruhan pengundi Cina tidak menyokong kerajaanyang memerintah (Barisan Nasional). Pula diberitahu bahawa semua pengundi remaja dari kaum ini menentang kepimpinan BN dan sebaliknya menyokong parti pembangkang selain dari DAP, parti Cina yang dianggap “ultra” dalam mempromosi pembelaan terhadap keturunannya. Walaupun saya juga tidak menyangka tetapi ia tidak menghairankan saya.
(Gambar hiasan)
Bukan saja kuat…. tapi bersemangan Malaysia
Semenjak wujudnya Malaya merdeka, maka wujudlah tiga bangsa terasnya yang bersekolah di tiga jenis sekolah yang berasingan. Walaupun arus pendidikannya digalurkan dalam satu alur yang digariskan dengan begitu teliti melalui akta-akta pelajaran yang digubal namun perjalanan pendidikannya tetap direncanakan oleh pemandu-pemandu dari 3 suku bangsa teras ini.
Dapatkah kita menjamin, garis panduan pendidikan yang telah diaktakan itu dipatuhi ?
….. diajar (oleh guru) dan dipelajari (oleh murid) demi menjamin pembentukan bangsa Malaysia yang mempunya jatidiri dan menghormati antara satu sama lain.
Nilai murni, hormat antara kaum, kaitan sejarah dan asal usul Malaya / Malaysia diajar tetapi bukan sehingga ke tahap boleh melahirkan anak-anak Malaysia untuk bersatu hati dan hormat menghormati bahkan hanya melahirkan anak-anak yang apabila dewasanya lebih banyak mementingkan diri.
Kita tidak dapat nafikan bahawa apa yang sedang lihat disekeliling kita pada hari ini adalah rakyat Malaysia yang mementingkan diri – nilai-nilai murni yang lain juga semakin terhakis. Rakyat Malaysia yang tamak dan rakus. Mereka yang hilang rasa rendah diri. Juga yang pentingkan keluarga dan peribadi.
Generasi yang dilahirkan dari sekolah yang salah mengasuh inilah :
- yang gigih merebut kekayaan negara tanpa mempedulikan halal atau haram, betul atau salah caranya.
- yang mempakirkan kereta di tengah jalan untuk membuat urusan bank kerana takut duit lari.
- yang menaikkan harga barang sesuka hati seperti menahan lukah di pergentingan.
- yang ingin menukar kerajaan agar orang lain tersungkur kerana tidak terus menerus diberi tongkat untuk berjalan.
- yang selalu mempersoalkan kekayaan orang lain hanya orang-orang tertentu sahaja yang sepatutnya kaya.
- yang selalu memberi rasuah, walaupun dalam versi berasingan menyatakan ingin memerangi rasuah.
- yang memagari rumah dengan dawai letrik berduri kerana bimbang keluarga dicerobohi seperti hasratnya untuk mencerobohi orang lain.
Bahagianya kita berada dalam sebuah negara yang ditadbirkan dengan lemah lembut :
Walaupun ramai cerdik pandai yang berada di peringkat pengurusan tertinggi sekolah sedar perkara ini berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia tetapi mereka ini masih – dengan angkuhnya menyatakan kejayaan demi kejayaan arus pendidikan negara walhal penghakisan jatidiri insan-insan yang dilahirkan dari sekolah makin lama makin terhakis makin menyerlah keangkuhyan dan ketamakkanya.
Sebenarnya dari segi membentuk generasi Malaysia yang diinginkan.. sistem kita telah gagal.
...gbpencen…mengajar untuk agama, bangsa dan negara.
Saya belajar menguasai agama secara basic dan mengajar mengajar menguasainya secara basic… terlebih dahulu.
Saya suka berbual dengan rakan-rakan semasa sembang-sembang petang hari itu. Dengan selamba Pak Ya mengakui bahawa dia dipersimpangan dalam menuntut ilmu agama. Saya menasihatinya agar tidak berfikiran demikian kerana persimpangan agama Islam ialah ketikamana nabi Isa disalib lagi, mengikut kepercayaan Kristian.
Betapa cepat, banyak dan luasnya penguasaan maklumat menyebabkan semua orang boleh mempengaruhi antara satu sama lain. Saling pengaruh mempengaruhi demi menunjukan kepandaian dan kebolehan. Termasuklah dalam ilmu Agama Islam.
Agama Islam begitu mudah untuk difahami dan dianuti. Dimulakan dengan perkara yang wajib dan diikuti dengan perkara sunat. Diawalkan dengan sifat merendah diri, diakhiri sifat yang tidak terpuji. Disahkan ilmu dengan mengaji dan dikhatamkan dengan menolak amalan yang bukan-bukan.
Apabila terlalu banyak orang yang mengakui tinggi pelajaran agamanya, semakin banyak kecelaruan yang disajikan melalui kemudahan media terkini. Yang kurang arif juga memberi tafsiran-tafsiran dari berbagai sudut. Sehinggakan ramai yang baru berjinak-jinak dengan anutan agama yang mulia ini menjadi semakin keliru.
Yang dibimbangkan sudahpun berlaku. Agama yang mengajurkan silaturrahim telah menjadikan umat Nabi Muhammad saw berpecah belah mengikut fahman yang dibawa oleh ramai cerdik pandai agama. Isu ketuhanan yang satu (esa) , kiblat yang satu telah telah ditafsirkan begitu banyak sekali mengikut kefahaman masing-masing. Semua tidak mahu beralah. Yang kalah ialah orang seperti Pak Ya.
Walaupun sudah lama berlaku, ianya akan terus berlaku. Dan yang sedang berlaku ditempat-tempat lain di dunia (bukan di negara saya) sehingga menghancurkan kehidupan umat Islam bahkan umat yang bukan Islam sekali pun. Tidak dapat dinafikan ianya disebabkan tafsiran yang berbagai-bagai. Didalangi oleh kengkuhan dan ketamakan sesorang. Seseorang yang dengan mudah boleh membuat tafsiran dan keputusan atas isu Agama Islam.
Semuanya berlaku kerana kecenderungan mempunyai ‘authority’ sebagai orang yang berkuasa dalam hal agama. Walaupun saya tidak pandai dalam hal agama tetapi saya tetap yakin dan percaya :
- Bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
- Manusia adalah maksum dan sering terpengaruh dengan kehendak nafsu kecuali orang yang benar-benar menghambakan diri kepada Nya.
- Perjuangan yang sebenarnya ialah melawan keangkuhan diri dan tuntutan keduniaan.
- Jalan Agama Islam adalah lurus. Yang bengkok adalah penganutnya sahaja.
- Dan meyakini bahawa dunia ini hanya pinjaman..
3 April sehingga tarikh ini adalah satu masa yang agak panjang. Hampir 2 bulan lamanya saya tidak mencoret. Saya tidak menulis kerana berehat dari menulis. Menulis atau tidak sebenarnya sama sahaja kerana blog saya bukan blog yang popular. Kerana tulisan di dalamnya adalah tulisan-coretan yang tidak popular.
Respon kepada satu soalan pemberita ketika mula-mula Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau bertanya kembali : Adakah anda rasa saya akan menjadi PM yang tidak popular?. Maksudnya begitu mendalam dimana tindak-tanduk beliau kebanyakannya tidak popular atau tidak akan disukai. Saya merumuskan bahawa tidak ramai pemimpin atau ketua jabatan yang mengambil pendekatan tidak popular demi servival jawatan masing-masing. Maka saya memilih untuk berbuat sedemikian sekali pun tidak popular.
Dalam masa 2 bulan berehat dari menulis terlalu banyak yang saya dapat belajar dan menghayati kehidupan manusia di Malaysia. Bermula dari pemimpin tertinggi, pemimpin suku kaum, kepimpinan agama, rakyat pertengahan, kakitangan awam, pekerja swasta, rakyat biasa, rakan taulan, sahabat handai dan kaum keluarga semuanya memainkan peranan yang cukup penting dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13.
Semua mereka amat tertarik dan terpanggil untuk menyatakan pendirian masing-masing dalam menetukan kerjaan yang akan mereka pilih menerajui negara Malaysia nanti. Dalam masa yang sama saya dapat melihat bagaimana kekuatan seseorang ketua (pemimpin) untuk mempengaruhi orang lain supaya menerima pakai hujah, alasan dan keinginan mereka. Berbagai pendekatan, helah, bukti, tuduhan dan banyak lagi strategi yang sebelum ini tidak pernah didengar atau tergambar oleh saya. Hebat sekali.
Sebagai seorang insan yang telah melalui banyak pilihanraya, saya tidak langsung terpengaruh dengan semua hujah yang diperolehi menjelang PRU13. Saya telah melalui proses tumbesaran negara sebagai manusia biasa yang rasional. Selain dari ketentuan ilahi, apa yang ada pada hari ini adalah dibentuk oleh satu proses pemerintahan yang telah diperkenalkan kepada saya sewawal tahun 50’an lagi. Ianya berterusan sehingga PRU13 dan saya menerimanya sebagai sesuatu yang istimewa.
Saya mengakui bahawa saya terkejut dengan persaingan yang sengit untuk merebut kuasa. Walau bagaimana pun saya tetap menerima bahawa itu adalah satu proses dalam negara saya. Saya tetap rasional bahawa proses pilihan rakyat melalui peti undi. Saya juga yakin yang saya mempunyak hak sebagai seorang rakyat walaupun saya hanya mempunyai satu undi.
Satu undi saya miliki sangat bermakna kerana ianya dihasilkan dari penilaian yang saya buat sebelum satu undi saya ‘buang’ – tidak siapa dapat mempertikaikannya, itu mutlak menjadi hak saya. Oleh itu saya tidak perlu untuk mendengar ceramah yang panjang-panjang dan tidak perlu juga saya dihujah meleret-leret kerana apa yang saya lalui sebagai seorang warganegara Malaysia sudah cukup untuk saya sendiri berfikir dimana undi akan yang harus saya letakkan. Saya masih waras.
Saya mengandaikan sesiapa saja yang menawar diri untuk mempimpin negara, tentunya mempunyai kepentingan peribadi. Sesiapa sahaja yang ingin menjadi pemimpin sudah tentu bercita-cita untuk memajukan negara saya Malaysia. Sesiapa saja yang terpilih akan terdetik dihatinya akan menjadi kaya dalam negara saya yang sudah dikayakan oleh pemimpin sebelumnya. Tetapi tidak ramai yang menawarkan diri menyedari bahawa dunia dan negara yang kita diami ini sekadar pinjaman dari Tuhan yang esa.
Kepentingan peribadi pemimpin dan barisan kepimpinan adalah perlu kerana ianya satu fitrah kepada setiap orang untuk mendahulukan kepentingannya termasuk keluarga dan rakan seperjuangan juga suku sakatnya. Juga kepeningan untuk menjadi popular dan berkuasa. Tetapi sejauhmanakah kepentingan peribadi itu mendahului kepentingan orang-orang yang dipimpinnya adalah menjadi persoalan yang besar dan harus dinilai.
Tidak payah lagi diceritakan bagaimana ‘hebat’nya slogan, kata-kata, hujah-hujah dan pendekatan yang dilakukan untuk memenangi hati pemilih. Juga dilihat sudah mahu membelakangkan undang-undang. Dan yang paling ‘sedih’ ialah menggunakan pendekataan agreif keagamaan disamping ada yang bertindak menjurus kepada memutuskan silaturahim.
…gbpencen…selalu berfikir orang lain lebih pandai tetapi rakus.

