Kereta yang saya pandu terus bergerak. Terhinggut-hinggut bila melalui lopak-lopak jalan. Berdenyut bila melalui jalan tar yang baru diturap. Serasa seperti menaiki kereta baru pula.
Mengungkap kata-kata seorang menteri yang bertanggungjawab : “sebuah lopak ditemui di jalanraya, satu dewan (Dewan Rakyat) gegak gempita; seribu km jalan baru dibina… apa pun tak dak”
Kereta saya (model 1994) telah biasa melalui jalan berlopak, jalan berturap, batas ban, batas taliair, jalan kampung dan juga lebuhraya, Saya juga pernah berjalan di batas bendang (tanggung padi) , di parit taliair (gagau ikan) , di lorong kebun getah (motong getah), pernah juga berjalan di Chow Kit Road, di Penang Road dsbnya…… cukuplah seada-adanya.
…. pendek kata dimana bumi dipiak di situlah langit dijunjung.
Kini, suasana agak sunyi, hanya sekali sekala terburai rasa tidak puas hati orang ramai akan keadaan di negara tercinta ini.Isu kenaikan harga barang menjadi topik utama yang menunjukan kegagalan pemerintah membendungnya. Kelembapan ekonomi menjadi perbualan yang popular.
Kebenarannya masih ada. Itu pun kalau yang membangkitkannya dari golongan yang berpendapatan rendah dan yang bergantung hidup kepada ikhsan syarikat-syarikat swasta yang kebanyakannya dipunyai oleh golongan bukan Melayu.
Tetapi ianya tentu sekali tidak dapat di terima jikalau ianya dibangkitkan oleh golongan peniaga yang telah lama berjaya memonopoli perniagaan dan mengaut keuntungan di Malaysia. Dengan hanya beberapa bulan kebelakangan ini sahaja keuntungan mereka berkurangan, mereka sudah mengelupur mempamer dan mempromosikan ketidak beruntungan mereka. Semasa mereka membuat keuntungan… Apa kata mereka ?
Semasa untung pun tidak pernah bersyukur, semasa rugi apatah lagi !.
Semasa untung pun tidak pernah berterima kasih , semasa rugi apatah lagi !
Langit tentunya tidak selalu cerah.
Saya berpendapat, biarkan mereka mengelupur seperti orang-orang lain yang telah lama mengelupur. Atau orang-orang lain yang sentiasa mengelupur untuk menampung dan menumpang hidup di bumi tercinta ini.
Bagi mereka yang sudah mempunyai rumah sendiri yang lengkap segalanya , berkereta satu dua buah, bermotor berkuasa tinggi, sudah boleh menghabiskan cuti di tempat-tempat peranginan dalam atau luar negeri, sudah dua tiga kali ke tanah suci, berumrah dan berhaji…. pula….
….. usahlah mempamerkan keluhan atas apa yang berlaku di negara sendiri. Tidak salah kalau melafadzkan syukur agar apa yang diperolehi dan mengharap dikekalkan atau terus dilimpahi rahmatNya.
Sudah banyak keringat telah mengalir untuk meletakkan kita semua di tempat yang kita ada sekarang.
Hanya dipohon agar ramai-ramai kita berdoa supaya keringat yang mengalir itu terus mengalir untuk menabur bakti kepada ramai lagi yang masih mengelupur untuk menampung dan menumpang hidup.
Sungguhpun begitu mereka terus menyatakan bahawa inilah bumi kami yang tercinta.
…gbpencen… tidak mahu rasa seperti penumpang.
* ihsan dari facebook
“Lambang Kita Yang Gagah”(belum cukup gagah)
Rasa bersemangat melihat perhimpunan besar orang-orang Melayu dalam persidangan / pemilihan UMNO yang telah berlangsung beberapa ketika dahulu. Saya tersentuh dan penuh yakin kerana golongan pemimpin di situ begitu bersungguh-sungguh mencanangkan perjuangan demi membela anak bangsanya di bumi bertuah ini.
Sebati dengan jiwa saya bahawa semacam tiada pertubuhan lain yang boleh membela nasib bangsa. Dengan organisasi yang tersusun kemas, dengan kemampuan berkerajaan sekian lama, dengan tokoh-tokoh yang berkebolehan dan dengan perubahan (tranformasi) yang dicadangkan – serasa UMNO perlu diberi sokongan oleh saya dan orang-orang Melayu keseluruhannya di negara ini.
Tidak dapat dinafian bahawa pemilihan UMNO yang telah berlangsung adalah medan persaingan untuk memilih pemimpin negara. Calun yang yang bertanding ingin menjadi pemimpin . Tujuan asalnya ialah untuk membela dan memimpin. Setelah terpilih menjadi pemimpin dalam parti berkenaan ianya akan mempunyai banyak kelebihan.
Bila disorot kembali kejayaan masa lalu, tidak dapat dinafikan bahawa banyak sudah jasa yang telah dibuat oleh UMNO kepada orang-orang Melayu. Maka ungkapan “tiada siapa yang berhak menafikannya” agak tepat. Sungguhpun begitu ada tiga versi yang melngkapi ungkapan tersebut :
- Kebanyakan aktivis kepimpinan UMNO di semua peringkat telahpun memperolehi peluang yang besar dari segi agihan kekayaan. Kebanyakan yang lantang dan berketerampilan dalam kepimpinan UMNO mulai dari peringkat bahagian (hatta cawangan) hingga ke peringkat tertinggi telah berjaya dalam agihan tersebut. Maka tentunya sesiapapun tidak dapat menafikannya.
- Kepimpinan negara yang diterajui UMNO telah berjaya memakmurkan negara. Tiada juga siapa dapat menafikan kebanyakan orang Melayu khasnya yang berada dalam sektor awam (contohnya) dan sektor koprat mendapat pulangan yang agak lumayan.
- Sungguhpun begitu kepimpinan UMNO GAGAL membela golongan pekerja Melayu yang terpaksa menumpang kekayaan negara yang telah menjadi hak orang lain. Antara ada yang diperas dengan gaji sekitar RM20-30 sehari atau setidak-tidaknya mempunya skim gaji ‘diskriminasi’ . Tiada NGO atau apa-apa kesatuan yang boleh membela mereka. UMNO juga memandang sepi golongan ini.
Pendapatan Negara dipacu dengan sebaiknya tetapi kita kurang sedar masih ramai golongan Melayu yang merempat dicelah-celah habuan lumyan yang diperoleh dari golongan (1) dan (2) juga dari golongan yang terang memusuhi UMNO.
Slogan Memperkasa Ekonomi Melayu juga nampak sungguh hebat. Yang menjadi persoalan ialah adakah golongan (3) ini akan diperkasakan. Mereka dari golongan ini tidak cukup syarat untuk menerima imbuhan yang akan diperkasakan oleh UMNO nanti.
Mereka hanya berharap imbuhan yang mungkin akan diberi oleh taiko-taiko mereka dari golongan yang bukan UMNO atau yang anti UMNO. Bolehkan golongan ini diharap ? Atau mereka amat berharap UMNO yang remaja nanti meminta taiko-taiko ini bersama-sama membela mereka (?).
Saya merumuskan bahawa siapa sahaja yang bersaing untuk memimpin seharusnya mempunyai KPI untuk membela golongan Melayu yang DITINDAS oleh pemain ekonomi rakus dan tidak pernah berterima kasih kepada UMNO.
Agendanya masih lagi besar. Agenda untuk menjadikan orang-orang Melayu yang masih ramai lagi terbelakang ini tetap dituntut dan ditagih. Dengan hanya memandang secara luaran memang kelihatan ramai orang Melayu telah semakin selesa tetapi jika diamati secara mendalam ia merupakan suatu agenda yang besar yang memerlukan pengorbanan dari pemimpin UMNO disegenap peringkat.
…gbpencen… UMNO belum cukup gagah.
Meneruskan Tanggungjawab
Beberapa bulan yang lalu, dia (kawan saya berketurunan Cina) begitu ketakutan bila bercerita mengenai ‘gangster’. Seperti rakannya yang lain, perbualannya selalu sahaja mengisahkan kelemahan polis dalam menangani jenayah. Rentetan dari pemansuhan beberapa akta keslahan jenayah, media tempatan memaparkan kejadian-kejadian pembunuhan dan perlakuan gansterism secara bertali arus. Satu demi satu kejadian menyebabkan dia menjadi begitu panik. Banyak cerita yang diperolehi disebalik kejadian-kejadian itu yang tidak kita tidak dapat dengar. Ia mengukuhkan lagi ketakutannya.
Cerita disebalik kejadian itu ialah pembunuhan (kejadian tembak) berlaku ke atas orang-orang kaya dan berkuasa. Oleh sebab dia seorang yang sedang menjadi kaya, maka tidak hairanlah bahawa dia juga berada didalam ketakutan. Dalam pada itu juga orang-orang kaya dari keturunannya sering mempunyai musuh dalam perniagaan. Sering berlumba-lumba untuk menjatuhkan satu sama lain. Kadang-kadang dalam keadaan yang sihat tetapi banyak juga dalam situasi persaingan yang kurang sihat – terutamana menipu atau berunsur penipuan. Maka dia juga dirasakan mempunyai unsur yang kurang sihat dalam persaiangan perniagaan.
Hari ini dia meminta saya menulis sokongan bagi pihaknya khas untuk Menteri Dalam Negeri – Dato Zahid Hamidi. Dia begitu berkenan dan jatuh hati kepada tindakan yang telah YB Menteri ini lakukan. Ramai juga antara yang kita sedia maklum mengenai perkara itu. Maka dia minta saya menulis didalam blog saya walaupun tiada siapa yang membacanya.
Saya menekankan kepadanya bahawa kejadian gansterism yang berlaku adalah kerana pemansuhan akta-akta yang sedia. Kerajaan BN yang menang pilihanraya yang lalu bertindak memansuhkan akta-akta tersebut atas kehendak pembangkang. Pembangkang merasakan bahawa akta tersebut menguntungkan kerajaan yang memerintah. Maka keluarlah tahnanan yang sepatutnya masih ditahan di pusat tahanan ke lapangan. Maka mereka kembali kepada rakan-rakan lama yang masih bebas untuk bergerak aktif semula.
oooo… katanya.
Maka keperluan untuk mengwujudkan semula akta berkenaan dalam versi yang berlainan adalah untuk menangani jenayah. Penekanantelah dibuat oleh kerajaan. Dan yang moleknya ialah ia diiringi oleh tindakan agresif menteri yang baru dilantik dalam KDN itu. Dengan yang demikian kawan saya ini nampak jelas (faham) rentetan peristiwa itu : politik – jenayah – keselamatan : yang mana penting ?.
Sekali lagi dia meminta saya menulis sokongannya.
Saya menyatakan Menteri Dalam Negeri ini berada dalam situasi yang tepat pada masanya kerana keperluan pengwujudan akta ini bertepatan dengan sokongan yang diperlukannya untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan yang sedang berlangsung.
Dia mesti diberi kemenangan. Dia orang yang boleh bekerja. Kata rakan saya lagi.
Seterusnya dia berkata, Hishamudin pun kena menang. Itu Mukhriz tak boleh menang, dia muda lagi.
...gbpencen… tertanya-tanya mengapa Hishamudin mesti menang dan Mukhriz tak boleh menang.

