Dalam sebuah majalah saya ternampak tajuk yang mempelopori nama sebuah sekolah iaitu Sekolah Tengku Kursiah. Saya mula mendengar nama sekolah itu pada Tahun 1966. Sebagai budak kampung yang kelam otaknya ketika itu, rasa kagum sekagum-kagumnya bila guru bercerita mengenai sekolah itu. Nama-nama lain yang saya pernah kagum mendengarnya pada tahun itu ialah Sekolah Menengah Alam Shah, STAR (Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman) dan (SDAR Sekolah Dato” Abdul Razak). Itulah antara sekolah berprestasi tinggi se awal yang pernah saya dengar pada kira-kira dalam tahun 1963, ketika saya di darjah 6, sekolah UMUM Tasek, Junjung.
Tidak berapa lama, setelah berjaya melepasi halangan peperiksaan awam SRP, 11 orang pelajar dari sekolah saya telah dipilih ke Sekolah Menengah Alam Shah, di Kuala Lumpur. Tetapi tidak termasuk saya. Bangganya cik gu Razikin (arwah) Pengetua sulung, Sekolah Menengah Simpang Empat (SMSE-1966) kerana sekolah menengah harian biasa telah memecah rekod kebangsaan kerana pencapaian 11 muridnya sekaligus berjaya ke sekolah berasrama penuh (yang tidak banyak ketika itu). Nama SMSE semerbak baunya di seluruh Sekolah Menengah Alam Shah (Selangor) – kata rakan saya yang baru balik bercuti ‘penggal’ pertama. Itulah sekolah berprestasi tinggi.
Guru Besar terus melapangkan otak berangan-angan agar sekolah masing-masing akan mencapai prestasi yang luar biasa – berprestasi tinggi. Berbagai program dan usaha dijalankan untuk tujuan itu. Berbagai hujah, pendekatan, motivasi, perbandingan, saranan diterapkan kepada semua warga sekolah untuk menjadikan sekolah biasa sebagai sekolah luar biasa. Memang luar biasa kerana yang biasa akan / hendak menjadi luar biasa. Umum mengetahui; murid diperkukuhkan jati diri mereka. Guru melipat gandakan usaha sehingga ke malam.. programnya (kelas tambahan). Waris diberi motivasi sebaik mungkin untuk membantu merealisasikan sekolah berprestasi tinggi.
Akhirnya, sekolah ini tetap juga berprestasi sederhana seperti sebelumnya. Sekolah itu pula juga berprestasi tinggi. Sekolah ini pun lebih kurang sama macam tahun yang lalu, sekolah itu pula ada peningkatan sedikit dari sebelumnya, dan sekolah yang satu lagi turun sedikit peratusnya… dalam keputusan UPSR yang baru dikeluarkan. Saban tahun begitulah. Dari 5 orang mendapat 5A tahun ini, turun jadi 4 orang, tahun yang kehadapan jadi 6 orang dan tahun yang saya hendak bersara 7 orang dan kemudian turun balik jadi 4 orang kemudian naik balik dan begitulah seterusnya. Semuanya berlaku dalam lingkungan sebegitu kerana prestasi sekolah dan masyarakat setempat tidak banyak meningkat dan tidak pula begitu menurun… dok takok tu juga… pi mai, pi mai tang tu juga…. sekolah berprestasi sederhana.
Sekolah yang baik dan tinggi prestasinya ialah sekolah yang telah mengumpulkan pelajarnya yang berprestasi tinggi di dalam sekolah masing-masing, maka jadilah sekolah itu sekolah berprestasi tinggi. Maka dengan itu tidak usahlah, sangat payahlah dan bersusah-susahlah untuk mempromosikan program sekolah berprestasi tinggi ini secara meluas kepada sekolah-sekolah yang memang berprestasi sederhana dan lemah kerana ia akan lebih menyakitkan lagi warga sekolah berkenaan untuk merealisasi otak Guru Besar yang sedang membayangkan sesuatu yang tidak akan boleh dicapai. Lebih banyak menyarankan kepada Guru Besar sekolah yang berprestasi sederhana agar berusaha untuk menentukan yang murid masing-masing boleh menguasi Membaca, Menulis dan Mengira dengan sebaik-baiknya kerana selain dari memfokuskan peningkatan pendidikan ianya lebih kepada pengingkatan prestasi politik semasa. (sahaja).
Isentif yang dijanjikan memang besar dan perlu dihargai, tetapi sebaiknya penilaian kendiri harus dibuat dengan rasional agar GB tidak terbawa-bawa dengan promosi tersebut. GB tentu tahu GB atau Pengetua mana yang akan memperolehi anugerah sedemikian. Buatlah apa yang sepatutnya di buat di sekolah masing-masing. Lihatlah betapa heningnya mata anak-anak didik kita yang sangat memerlukan sentuhan Guru Besarnya. Dan guru-guru kita yang juga memerlukan simpati bosnya untuk diberi ruang seluas-luasnya – mendidik dan mengasuh (anak-anak) …. BUKAN mendidik dan mengasuh (bapak-bapak di JPN atau di KPM hatta yang lebih atas).
Jadilah GB yang sentiasa berusaha menampilkan guru-guru yang berprestasi tinggi (apabila) mereka sentiasa menghormati keputusan ‘betul’ yang kita buat. Jadikanlah murid berprestasi tinggi apabila guru membuat keputusan untuk mengajar dengan ‘betul’. Jadikan waris berprestasi tinggi apabila sentuhan pentadbir sekolah menepati kehendak mereka. Maka kita akan perasa puas dengan khidmat kita dengan prestasi tinggi yang terbit dari jiwa kita yang sentiasa memikirkan yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan di dalam sekolah kita (bukan hanya melalui pekeliling-pekeliling yang sering menghakis sentuhan kita ke atas pelanggan sebenar yang dekat dengan kita – saduran kenyataan YB Menteri Pelajaran).
…gbpencen…rasional dengan sentiasa memberi prestasi terbaik untuk semua guru walaupun ….
Antara yang paling menyusahkan hati saya ialah bila guru memperlakukan sambil lewa buku latihan murid. Dari sini waris sudah mengenali siapakah cikgu anak-anak mereka. Banyak yang saya pernah ungkapkan dan banyak yang saya selalu berpesan. Waris tidak melihat kita di bilik darjah; GB pun tidak sempat untuk melihat kita; hatta buku latihan atau buku aktiviti murid mencerminkan peribadi sebenar kita sebagai seorang guru yang mengajar di bilik darjah.
Latihan yang tidak sesuai, atau latihan yang tidak berkualiti, atau latihan sekadar melepaskan ‘batuk di tangga’, atau latihan yang tidak diurus dengan baik, atau latihan yang tidak kena pada tempatnya; walaupun di Tahun berapa sekalipun anak murid kita berada, semuanya akan mendedahkan peribadi kita sebagai seorang guru kepada masyarakat. Ditambah lagi dengan latihan yang tidak disemak, tidak ditanda dan tiada tindak ikut selanjutnya seperti membuat pembetulan, akan menguatkan lagi tanggapan negatif kepada seseorang guru.
Semua guru berkeinginan untuk menguruskan buku latihan muridnya dengan baik, tetapi terdapat beberapa kekangan yang membantutkan hasrat itu. Antaranya kekurangan masa yang diperuntukan oleh guru itu sendiri, atau kelemahan murid sendiri untuk menguruskan latihan yang diberi, atau guru tidak dapat menyesuaikan atau menguruskan masa menyalin atau membuat latihan murid, atau guru tidak dapat menyesuaikan jumlah latihan yang patut diberi kepada murid, atau guru sendiri tidak begitu berhati-hati ketika memberi latihan, termasuk tidak mengetahui secara mendalam kebolehan dan kemampuan murid untuk menghabis dan mengemaskan latihan mereka.
Bila saya buka buku seorang murid Tahun 1, ” Kata penghubung digunakan untuk menyambungkan dua ayat …. “. “Kata ganti nama ialah …..”. Begitulah catatan yang dibuat oleh seorang murid tersebut yang baru 5 bulan bersekolah, telah diminta oleh gurunya untuk menyalin satu rangkai kata yang begitu kompleks untuk mereka fahami. Dari segi positif ianya merupakan sesuatu yang baik tetapi dari segi rasionalnya … adakah catatan sebegitu dapat membantu murid Tahun 1.
Disamping itu juga didapat banyak latihan yang sesuai untuk murid membuat latihan dalam buku mereka. Saya juga sempat menyemak lain-lain buku termasuk buku matematik yang lebih tersusun latihannya kerana memeringkatkan kemahiran melalui kebolehan murid berkenaan. Ternayata hasilnya lebih berkesan.
Berilah latihan supaya sesuai dengan masa yang cikgu berikan kepada mereka, kelak mereka akan dapat menyempurnakan latihan berkenaan. Kawal gerak geri murid agar tidak membazirkan waktu kerana tanpa kawalan, masa yang diperuntukan akan tidak mencukupi. Apabila latihan yang dibuat menjadi sempurna, waris akan mengenal cikgu sebagai guru yang didikasi. Ini mengundang kepada peningkatan penghormatan mereka kepada kita – sesuatu yang kita cari. Di samping itu, latihan yang terlalu banyak akan menyukarkan kita untuk mendapatkan ruang masa yang mencukupi untuk menyemak, nanti akan menyebabkan kerja-kerja semakan bertindan-tindih yang akhirnya akan membiarkan latihan murid tanpa di semak. Ini pula akan memberi gambaran yang negatif. Ditambah lagi akan mengundang lain-lain masaalah .. yang kita semua sudah sedia maklum.
Untuk murid Tahap 1, gunakanlah buku aktiviti yang disediakan sebaiknya. Latihan di dalamnya tersusun dan ambillah masa untuk menyemak buku aktiviti berkenaan. Adakan helain tambahan untuk kerja-kerja pengukuhan yang boleh diperolehi dari buku aktiviti yang ada dalam pasaran. Saya dapati ada guru-guru yang sangat perihatin, yang menggunakan lembaran tambahan untuk meningkatkan kebolehan murid-muridnya. Disamping itu terus meningkatkan lagi martabat seorang insan yang berprofesion mulia ini.
Kalau waris itu seorang guru, maka beliau akan dapat sedikit sebanyak menggambarkan perilaku , cara kerja, cara mengajar, sejauh mana keperihatinana, kesungguhan guru berkenaan melalui buku latihan atau buku aktiviti anak nya. Kalaupun waris itu bukan seorang guru setidak-tidaknya dia akan menyatakan, “Rajin guru anak aku ini .. atau sebaliknya.. “Cikgu ini tak buat apa pun, tak periksa pun kerja anak aku ini... atau “Cikgu ni periksa pun halai balai je (sambil lewa) buku anak aku ni.. dan mungkin lebih banyak lagi kata-kata yang berunsur kutukan yang tidak berhajat untuk kita mendengarnya.
Apa yang penting, ibubapa (selalu / akan) menilai dan mengenali kita dari semasa ke semasa walaupun dari luar pagar sekolah. Ada antara kita yang memperolehi prestasi tinggi dan kalangan masyarakat setempat, dan ada kalanya kita ini seolah-olah kita langsung tidak bernilai pada mereka. Walaupun banyak ketidakbenarannya (mungkin disebabkan terlalu menyebelahi anak masing-masing), tetapi kita harus menerima .. kadang-kadang banyak juga kebenarannya. Perihatinlah.
…gbpencen…sekali semak, sepuluh kali dah tahu.
Majalah yang menjadi idola saya ialah Majalah Filem. Ketika saya sudah mula boleh membaca saya suka sangat membaca majalah ini. Abang dan kakak ipar saya masih muda ketika itu. Seperti pemuda-pemudi lain mereka menggemari bintang-bintang filem di zaman itu – zaman kegemilangan filem melayu terbitan di Singapura. Masih segar diingatan saya gambar dan isi kandungan majalah itu. Kertasnya juga berkilat seperti kertas majalah Nur.. berkualiti. Pernah kakak saya bergaduh kerana abang saya tidak membelikan majalah ini. Mungkin itulah satu-satunya majalah hiburan ketika tahun 60’an.
Saya membaca salah sebuah komen di blog saya :
Salam, saya azza dari majalah nur berminat untuk mengadakan temuramah bersama guru besar pencen (gbp) bagi ruangan kami yang berjudul nostalgia guru (menceritakan pengalaman menjadi guru & memberi tips kepada bakal-bakal guru). Saya boleh dihubungi melalui emel di bawah. Terima kasih.
Terima kasih banyak-banyak, azza, dan saya sangat menghargainya. Saya menghargai jemputan ini dan saya akan menemui azza, insyallah.
Keesokan harinya saya singgah membeli Majalah Nur.. Kecil saja majalah yang belum pernah saya sentuh sebelum ini. Bukan majalah Nur sahaja yang saya belum pernah sentuh, lain-lain majalah pun jarang saya membacanya. Kalau ianya satu kelemahan, memang itu kelamahan saya.
Saya tahu pada masa kini banyak sungguh majalah yang diterbitkan dalam pasaran namun sebagai seorang yang yang penyegan membaca, saya tidak pernah menyentuh majalah-majalah seperti ini. Nur saya tatapi dan betul seperti kata azza, ada ruangan yang khas disediakan untuk guru di dalamnya. Saya terpanggil untuk menyatakan dalam benak saya.. terima kasih ‘karangkraft ‘ kerana mahu menghargai ‘cikgu’ melalui ruangan khas ini.
Bila saya menyebut ‘karangkraft’ saya teringat yang saya pernah menerima selambak majalah dari karang kraft. Hadiah itu disampaikan kepada saya oleh Hj Zainal Abidin Rawop, pengacara sukan TV 1. Ketika itu saya menjadi host dalam siaran langsung, program Sukan – Fokus Bola. Mungkin ‘karangkraft’ menjadi penaja program itu, maka saya telah dihadiahkan lebihkurang sepuluh jenis majalah keluaran terkini syarikat tersebut. Saya memandang positif kerana syarikat ini begitu gigih mempromosikan keluarannya. Insyaalah mereka akan terus berjaya.
Dunia berubah dan paparan majalah juga berubah. Persaingan semakin hebat dan penerbit majlah berlumba-lumba membuat persembahan yang sesuai menurut kehendak pelanggan untuk melariskan jualan. Disamping batasan oleh kerajan (KHDN), majalah terus memperagakan keanggunan personaliti tertentu untuk menarik perhatian audince termasuklah personaliti dalam ruangan nostalgia guru. Cantik gambar guru di majalah Nur ini.
Azza tentu faham, kalau keanggunan saya menjadi modal dalam paparan dan penampilan saya dalam majalah sdr, maka ianya tidak mungkin akan menemuinya kerana kualiti itu tiada pada saya. Maafkan saya. Jika pun kalau ilmu yang ingin saya berikan, juga tiada banyak yang ada pada saya. Kalau pun yang ada hanyalah pengalaman, jarak antara yang hebat.. tinggallah saya hanya sekerdil yang saya sendiri dapat rasai. Jika pun hendak dicari kejayan.. hanya keyakinan saya sahaja yang membuahkan kejayaan.. yang tidak pernah dilihat oleh orang lain.
Yang ada, kalau pun tidak salah saya menyatakan, hanya kerana minat, kesedaran, kemahuan, keikhlasan, dan rasa syukur atas tanggung jawab dan peranan yang telah diberikan – ingin saya tunaikan. Temuilah saya, saya sudi menerimanya. Hasilnya hanya penerbit anda saja yang dapat menilai.. SILAkan.
…gbpencen…saya tetap saya, yang terus meniti usia dan banyak cerita.
