Sekitar awal tahun 60an… saya mengelilingi ‘corong’ pembesar suara yang diletak di atas rumput di sebuah padang kecil di kampung saya.. Beberapa orang rakan berminat untuk melihat dengan lebih dekat peralatan itu kerana jarang-jarang melihatnya. Pak Njang Non (Md Noor bin Mahmud) menguji suara ‘mikropon’nya, Tidak jauh dari situ sebidang kain rentang bertulis dan terlukis sekuntum bunga.. Bunga Raya. Pak Njang Non mula bersyarah melalui corong mikroponnya.
Beberapa hari kemudian, antara faham dengan tidak saya mendengar orang tua-tua bercakap Pak Njang Non menang dalam suatu pemilihan dan dia menjadi kaunselor. Maka digelarkan oleh mereka ‘Non Konselar’ iaitu wakil dalam Majlis Daerah –Municipal– gelarannya pada masa itu. Musuh politik pula memanggilnya ‘Non tudung selar’ (ular tedung (kot)). Begitulah politik.. sama sahaja – baik dulu ; baik sekarang.
Sepanjang ingatan saya dari dulu lagi, Pulau Pinang menguntungkan orang yang pandai berpolitik. Pemimpin dan pengundi Cina pandai mewarnai politik Pulau Pinang. Siapa sahaja yang memerintah, orang-orang Cina di Pulau Pinang tidak akan kalah – walaupun ada parti Cina yang kalah. Kalah parti Cina, akan menang pula parti Cina yang lain yang terus memperkasakan Cina Pulau Pinang. Syabas pemimpin dan pengundi Cina. Anda bijak berpolitik.
Pulau Pinang tidak menguntungkan orang yang tidak pandai politik. Pemimpin dan pengundi Melayu tidak pandai mewarnai politik Pulau Pinang. Siapa sahaja yang memerintah ianya akan merugikan orang Melayu. Tidak kira parti Melayu mana yang bersama memerintah Pulau Pinang, pemimpin parti Melayu bersama dengan pengundi Melayu akan terus hilang taringnya.
Sebagai anak jati Pulau Pinang, warna-warna politik ini telah saya lalui dengan tidak agresif. Pernah diura-urakan di Pulau Pinang akan diadakan pilihan raya untuk memilih Ahli Majlis Daerah. Entah bila tidak pasti, tetapi yang pasti sampai sekarang belum lagi diadakan.Banyak kerja politik yang lain hingga tidak sempat menunaikan janji pilihanraya atau sudah tidak releven untuk mengadakan pilihan raya daerah (?) – orang politik sahaja yang tahu.
Saya melakar coretan ini setelah beberapa kali membaca komen pelayar-pelayar blog saya yang berminat dengan politik UMNO Nibong Tebal. Dia begitu agresif sekali dan dengan nada penuh emosi melemparkan komennya. Komenlah, tiada mengapa anda bebas berbuat demikian. Suatu ketika dulu saya menjadi penumpang dalam melayari politik UMNO Nibong Tebal. Apabila zaman politik berkembang kukuh, saya perlahan-lahan mengundurkan diri kerana sudah ramai pemimpin dan pengikut setia manampil dan menawarkan diri. Sehinggalah UMNO menjadi goyah, saya mengikuti perkembangan UMNO Nibong Tebal dari jauh. Mungkin entri saya mengenainya di blog ini telah menarik beberapa penggiat politik tempatan memberi komen mereka. Tetapi mereka telah berada di pihak pembangkang. Sungguhpun begitu, ianya masih ‘okay‘ atas dasar demokrasi.
Sesinis manapun serangan yang kita buat terhadap UMNO, UMNO Nibong Tebal adalah UMNO Pulau Pinang. Yang mahligai kekuasaannya dari dulu lagi adalah dari kalangan yang sepet dan senget.
Saya masih berpegang kepada ‘sehingga KINI kita berada di SINI’ hari ini adalah dengan jasa-jasa yang telah dibuat oleh UMNO dan rakan-rakannya terdahulu. Kalau iyanya baik, maka baiklah kerja mereka selama ini dan jika ianya tidak, tidaklah baiklah kerja mereka selama ini. Lain orang, lain penilaiannya. UMNO pula harus menerima jika mereka terpaksa turun dari mahligai kekuasaan ialah kerana kesilapan mereka, maka tiada siapa yang harus mereka persalahkan melainkan orang-orang UMNO yang rakus dan tersasar arah.
Kalaupun pengganti UMNO yang di cari, tidaklah sampai tergadai segala-galanya hanya semata-mata bencikan UMNO. Menukar puncak kepimpinan yang tidak disenangi adalah satu kewajaran, tetapi bertukar kerana UMNO tidak memberi kepuasan hati kepada seseorang yang telah dipinggir oleh UMNO ketika mereka di puncak kuasa adalah tidak wajar. Kepentingan diri namanya – sama dengan beberapa individu kepimpinan dalam UMNO sendiri yang mewajarkan kepentingan diri. Kalau kita sering beremosi sahaja pun tiada gunanya.
Kalaupun UMNO hendak ditukarkan, bertukar tampuk mungkin adalah satu kemestian tetapi tidaklah sehingga bertukar wajah. Wajah-wajah sepet dan senget, dengan nafsu tamaknya tidak wajar berada dipuncak kekuasaan. Juga tidak wajar bertukar kepada individu yang ketara sangat sedang melakar pertelingkahan, putar belit termasuk dalam soal-soal agama, tidak konsisten dan menganjurkan kemusnahan melalui politik semata-mata. Kerana akhirnya ianya akan jadi 2 x 5 = 20 pula.
...gbpencen…selalu beralah bila mula nak berbalah – menulis kerana insaf, bukan menulis kerana politik.
KIBARLAH BENDERA untuk negaramu, wahai ANAK-ANAK KU – Pastikan nanti bila dewasamu nanti ……
Bertuah sungguh rakyat yang berpeluang bekerja dengan kerajaan (sektor awam). Rancak diperkatakan yang golongan ini adalah golongan yang bertuah buat masa kini. Dulu sering diperkatakan bahawa rakyat yang berpeluang bekerja dengan swasta mempunyai banyak kelebihan sehingga ada yang berpindah dari sektor awam ke sektor swasta.
Sebaik 4 bulan bersara dari Perkhidmatan Awam (sehingga kini) saya bekerja dengan sebuah IKS bertokehkan seorang berketurunan Cina. Baik orangnya.
Pekerja tempatan (Melayu) : Ramai ibu tunggal bekerja di situ, selain dari anak gadis yang tidak kesampaian pendidikan formal mereka. Pekerja lelaki menerajui keluarga masing-masing seperti rakyat yang lain.10 orang pekerja berketurunan Cina memperolehi gaji yang lebih lumayan dari lain-lain pekerja. Situasi sebegini bukan lagi satu kejanggalan dalam negara kita yang mana kita tidak mendominasi ekonomi di negara yang kita mendominasi penguasaan politik.
Apa yang menjadi kebanggaan kita ialah, terdapat sebahagian rakyat yang bertuah sedang menjalani satu proses kehidupan yang sempurna dan mewah dengan bekerja dengan kerajaan sedia ada. Sebahagian lagi mewah kerana berjaya mengadaptasi peluang ekonomi negara dengan nilai dan tabiat bekerja kuat membina kejayaan. Sebahagian daripada mereka ini sangat sombong. Dan sebahagian lagi adalah pekerja-pekerja IKS di tempat saya bekerja kini; mereka ini diketahui sedang bergelut dengan berbagai kecelaruan; dan mereka ini sudah tidak berupaya untuk sombong.
Dari satu kilang perabut , ke kilang papan lapis. dari pembuatan sofa ke penghasilan bantal. Dari meja perabut ke pembuatan kusyen; dari perusahaan menanam chili ke ladang pembiakan cacing (untuk baja) … pelaburan tokeh saya makin menjadi. Rumahtangganya kian bahagia, generasinya kini terjamin. Kegawatan ekonomi kini tidak jadi halangan. Sebagai pembekal, banyak pelanggannya masih kukuh membantu. Gaji pekerjanya semua tetap dibayar walaupun murah malahan berbeza-beza mengikut ras.
Sekarang sudah masuk satu era baru dalam pengukuhan ekonomi. RMK10 ligat dibentang dan diperkatakan. Berbagai pendekatan telah diwar-warkan untuk dilaksanakan demi kebahagiaan rakyat. Rakyat perlu mengambil peluang yang terhidang ini. Kalau yang pandai akan memperolehinya dan kalau seperti saya, tidak perlu memperolehi apa-apa melainkan dengan pencen yang sedia ada. Jadi, rebutlah peluang yang terhidang ini dengan semau-maunya, wahai bangsakau.. sanggupkah… bolehkah ?
Bagaimana pula rakan sekerja saya sekarang yang pengetahuan dan ilmu mereka sangat cetak mengenai apa yang Negara mereka rencanakan. Saya yakin tidak akan berlaku perubahan yang drastik ke atas pencapaian ekonomi masyarakat Melayu yang seperti rakan-rakan saya di kilang tempat saya bekerja kerana tiada siapa yang akan memantau gaji minima kilang tokeh saya sekarang. Juga dari segi kebajikan pekerja-pekerjanya. Bahkan saya dimaklumkan kebanyakan kilang IKS yang dipunyai oleh tokeh-tokeh Cina lainnya juga mengeksploitasikan kelemahan pemantauan dari pihak berkuasa untuk ‘membuat bendang’ ke atas pekerja-pekerja Melayu. Diskriminasi dan lain-lain bentuk penindasan sering berlaku tanpa ada pembelaan. Telah dan akan berlarutan ke sekian lama.
Ketahuilah, orang-orang inilah yang yang ingin beralih angin dengan tidak menyokong kerajaan yang sedia ada. Bahasanya amat mudah, apa yang dilakukan oleh kerjaan BUKAN untuk kita, sedangkan tokeh kami bermaharajalelal mengatasi undang-undang. Mengaut apa sahaja yang mampu diperolehi dan menjauhkan diri samasekali dari apa yang harus dibayar kepada kerajaan – rakyat. Kami tidak terbela. Kerajaan membela orang-orang disektor politik, disektor awam, dan sektor swasta. Mereka kelak yang akan berjaya merebut kek RMK 10. Kerana mereka licik, bijak dan cekap, termasuk mereka yang licik, bijak dan cekap menipu dan memutar ‘alam ‘ ; walaupun mereka belum tentu menjadi penyokong kerajaan.
Walau apapun alasan diberi, penguasaan ekonomi tokeh-tokeh ini sudah cukup untuk mereka mencanangkan peralihan kuasa untuk tidak menyokong kerajaan yang sedia ada. Ketamakan mereka telah menghampirkan mereka untuk berkuasa dalam bidang politik pula. Sehingga kini seolah-olah kerajaan yang selama ini menyediakan kemudahan dan peluang kepada mereka ; dan juga menyediakan kealpaan tentang tingkah laku licik mereka sehingga akhirnya…… mereka berjaya membina empayar ekonomi mereka , TELAH seolah-olah sangat bersalah kepada mereka (pula). Tahukah kita ?
Tokeh dan angkatan ekonomi mereka akan melatah dan sangat tersenuth (kononnya) sekira timbul sedikit petanda kepayahan yang AKAN mereka hadapai dalam urusan untuk memuaskan nafsu tamak haloba mereka, lantas tidak menyokong kerajaan yang telah sekian lama memberi kebahagiaan dan kesoronokan kepada mereka. TUKAR… kepada DAP.. kata mereka. Jawab saya pula : ……TAKUT ! orang Melayu benarkan kerajaan bertukar kepada DAP – termasuk jika Parti Islam juga merestui pertukaran ini nanti!
…gbpencen… sekadar melihat dan menulis sahaja, tak mau tukar apa-apa selagi ketuanan Melayu terus terbela.
Bersama – sebahagian keluarga.
Panggilan emak untuk ibu saya. Arwah memang tegas tetapi jenaka atau gurauan beliau pada saya berprofile tinggi . Selain dari pandai bercerita, kadang kala beliau bergurau. Gurauannya amat tersentuh dan masih saya ingat hingga sekarang walaupun jarak peninggalannya sudah lama. Ia berkisar dari situasi yang berlaku di dalam keluarga. Humor beliau juga ada kaitan dengan perlakuan seks secara berhemah..
Cerita satu :
Teman tunangan anak sedara saya membuka tangki air kereta yang sedang panas dan air tangki tersebut menyembur ke mukanya. Cederanya tidak parah tetapi ianya mungkin agak menyakitkan. Hitam melecur sebelah mukanya.
Pasangan anak buah saya itu berkunjung ke rumah abang saya. Mereka baru bertunang ketika kejadian itu berlaku. Dia mengunjungi rumah abang saya untuk melepaskan kerinduan ?. Anak buah saya akan melayaninya dengan penuh mesra semasa kunjungan tunangannya itu. Ketika itu saya berada di sana sambil menyembang hal urusan pernikahan mereka. Saya tidak banyak bercakap dengannya hanya dengan menunjukkan aksi simpati.
Setibanya di rumah, saya menceritakan kejadian tersebut kepada emak saya. Emak saya kusyuk mendengar gelagat bakal cucu menantunya. Dia tersenyum sinis lantas mengungkapkan : ” Dia akti, dia nak anja la…”. Semua kami termasuk isteri saya yang berada di ruang dapur usang rumah kami itu ketawa berderai… saya tidak terfikir yang ungkapan itu keluar dari emak. (terjemahan : Dia sakit, maka dia datang hendak bermanjaa.. la dengan tunangnya itu”
Setiap kali situasi seperti itu berlaku dalam kehidupan kami berkeluarga, isteri saya akan mengeluarkan semula ungkapan itu. Kami berdua akan berkongsi senyuman dengan lalin-lain keluarga terdekat cerita tersebut. Ianya terus menjadi kenangan pengubat luka kerinduan kepada ibu kami yang tersayang…..
Cerita dua :
Saya diasak bertubi-tubi oleh Fuad ketika bermain bola di padang. Sebagai rakan sepermainan saya tidak berapa kisah asakan itu tetapi setiap kali tamat permainan beliau akan tersenyum bersimpul-simpul mempersenda saya untuk bergurau dan mendekati saya. Saya juga tidak hairan kerana sesuai dengan tabiat saya. Akhirnya saya mengetahui beliau sangat-sangat menyukai anak sedara saya. Atikah. Tidak lama kemudian urusan peminangan telah disempurnakan. Dan mereka telah dikahwinkan tanpa penglibatan dari pihak saya. Sehari dua mereka berulang-alik dari rumah saya ke rumah mertua anak sedara saya dan saya tidak mengambil kisah.
Pada suatu pagi seperti biasa kami berbual sambil menyediakan masakan tengahari. Dalam suasana keseronokan ‘pengantin baru’ emak saya membuka ungkapan.
Atikah, saya dan isteri saya menumpukan sepenuh perhatian tentang apa yang akan diungkapkan oleh emak saya. ” malam tadi, ada hantu atas rumah… sampai aku tak boleh tidur”. Saya dan isteri saya tidak bermalam di rumah itu tercengang, apakah jenis hantu yang berada di rumah ‘adat’ kami itu. ‘dia hinggut, sampai beringgut rumah-rumah” dia membuka mulutnya dengan senyuman lebar.. Anak sedara saya berlari ke dapur sambil menjerit-jerit manja-malu atas ungkapan tadi.. kami semua tersenyum sesama sendiri sambil menokok tambah sedikit sebanyak cerita tadi
Dalam hati saya berkata.. badan pasangan anak sedara saya memang kasa.. patutlah emak tidak boleh tidur kerana rumah beringgut.
Setiap kali situasi seperti itu berlaku dalam kehidupan kami berkeluarga, saya akan mengimbas kembali cerita ini. . Cerita ini juga terus menjadi kenangan pengubat luka kerinduan kami kepada yang tersayang pada setiap kali pertemuan keluarga.
Cerita tiga :
Ada seorang lagi anak sedara saya dipelihara oleh emak saya. Oleh sebab penampilannya kurang menarik, maka dia agak lambat dilamar untuk berkahwin. Dalam masa menunggu lamaran itu dia berjinak-jinak dengan beberapa orang teruna di sekitar kampung kami. Akhirnya dia sempat bercinta dengan seorang peniaga jagung. Selalu anak sedara saya ini akan mengambil peluang mengujungi gerai jualan teman lelakinya bersama adiknya dengan menaiki basikal.
Entah macamana, perhubungan ini diketahui oleh emak saya. Beliau tidak memarahinya sebaliknya dia sering menyindir anak sedara saya dengan mengatakan “Seronoknya dapat pergi cari jagung bakar… !”. Mendengar ungkapan itu saya dan isteri terkejut sambil ketawa kerana sebutan dan ungkapan jagung bakar itu di bawa maksud yang lain oleh emak saya. Setiap kali kami membeli atau menemui penjual jagung, setiap kali itulah kami sering mengingati telatah guruan emak saya yang bersahaja. Sungguhpun begitu, anak sedara saya tidak ada jodoh dengan penjual jagung bakar itu.
..gbpencen…semua peristiwa, semua cerita adalah jenaka kerana ia boleh membuat kita selalu selesa dan kelihatan muda.


