Skip to content

Guru tidak pernah panik

2011 November 13
by Guru Besar Pencen

Timbalan Menteri Pelajaran baru-baru ini menasihatkan guru agar tidak panik kerana pengumuman waktu bekerja untuk mereka masih dalam kajian. Hakikatnya ramai guru yang panik. Tetapi sepatutnya guru tidak panik.

Melalui zaman bekerja sebagai seorang guru telah mematangkan saya bahawa apa saja perubahan yang berlaku di dalam pendidikan negara dibuat di peringkat tertinggi dalam pengurusan pendidikan iaitu – dari perjabat pak menteri.

Saya beranggapan bahawa perubahan bukan hanya anjakan paradigma pendidikan tetapi memenuhi citarasa politik semasa. Maka dilihat sehingga ke hari ini, perubahan mutakhir yang dilalui sekarang tidak banyak beza dari segi prinsip pengajaran dan pembelajaran (P&P) tapi tetap memenuhi citarasa politik semasa.

Sebelum ini…

Kejayaan membekalkan peralatan PPSMI – pengajaran menggunakan ICT di bilik darjah.  Pemasangan peralatan av bersama paparan dari lap top ke screen di bilik-bilik darjah menelan kos yang tinggi.  Jika diaudit, sejauh mana penggunaan dan kelangsungan program penggunaan peralatan itu berjalan ?

Sudah banyak troli ICT di sekolah yang telah tersadai.  Projektor yang telah padam lampunya, screen yang runtuh, lap top yang luput pakai yang tidak diganti semula kerana “proses bekalan sudah berekahir”.  Tiada satu prosedur dan makanisma pembaikan dan penyelenggaraan yang mantap untuk menjamin kelangsungan program itu.  Alatan av yang telah dipindah dan ubahsuai oleh sekolah -kalau tidakpun diluput atau lupuskan.  Sebelum ini amat rancak tetapi kini semuanya sudah berakhir.

Sebelum itu…

Begitu bersungguh-sungguh sekali pak menteri yang lain mempromosi Plan Induk Pendidikan (PIPP) oleh Menteri Pelajaran sebelum ini.  Gegak gempita gendang dipalu – kecut perut sebahagian  guru-guru termasuk beberapa instituisi pendidikan yang lain untuk melaksanakannya.  Amaran, teguran, perancangan, pemantauan bertali arus dari segenap organisasi dalam sistem pendidikan negara sehinggalah ke PPD dan dari bilik GB sendiri.

Bila lain menteri yang datang, PIPP sudah jarang disebut dan akhirnya sama nasibnya seperti PPSMI.

Lama dulu….

Banyak lagi kejutan demi kejutan yang dilaksanakan melalui berbagai-bagai gendang yang dipukul oleh banyak pihak.  Demi kelangsungan politik pak menteri pun mengajak semua guru-guru menari bersamanya.  Isu berat beg murid misalnya, berakhir begitu saja setelah berbagai-bagai keputusan dibuat.. tapi akhirnya beg yang berat tetap juga berat oleh sebab gendang tidak lagi dipukul .. ianya terus diam.

Kini pula ….

Pendekatan NKRA telah memaksa guru-guru menghantar keputusan peperiksaan secara online untuk disemak, dianalisa dan diberi respon spontan oleh pihak atasan – untuk menentukan bahawa KPM juga menepati konsep keberhasilan yang sepatutnya.  Maka ber online lah guru-guru dicelah-celah kesibukan online facebook sendiri.

Yang dulu, terkini dan selamanya ialah….

Guru akan diminta untuk bekerja dari jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang.  Pada saya ianya suatu perkara yang wajar kerana GB (semasa saya bertugas) saya bekerja dari 7.30 pagi hingga 7.30 petang.  Saya suka bekerja, bahkan hari Sabtu juga adalah hari bekerja saya.   Ia berlaku kerana masa rasmi yang ditentukan sudah tidak mencukupi untuk saya melayan perkara-perkara yang disebutkan di atas.

Pula ada ramai guru yang sememangnya datang pada pukul 7.30 pagi dan pulang pukul 4.30 petang atau sehingga 7.00 malam pun memang ada !. Ada pula guru yang datang 7.45 pagi dan belum pukul 1.00 tengahari sudah berkemas dan berjalan ke kereta untuk meninggalkan kawasan sekolah .. untuk datang semula keesokannya ketika jam hampir pukul 8.00 pagi (?)

Kesimpulannya …

Apa perubahan pun sebenarnya tidak akan menjadikan guru-guru panik kerana perubahan bukan satu kejutan tapi hanya sekadar perubahan untuk sementara waktu.  Akhirnya ia akan berakhir sebelum ada perubahan atau kejutan baru.

Yang penting

Yang dulu, terkini dan selamanya , ada guru yang menjadi cikgu dan ada guru yang sekadar bekerja sebagai seorang guru.. di zaman serba glamour ini…

...gbpencen…masih jadi cikgu – seperti mula-mula dulu.

 

Putaran menambah pengalaman

2011 October 29
by Guru Besar Pencen

Semalam sahaja, 2 ‘meeting’ berlangsung di tempat kerja saya yang baru.  Saya mempengerusikan kedua-duanya.  Kesemua yang hadir nampak macam akur, yang saya adalah seorang cg yang berpengetahuan luas dalam mengendalikan satu-satu mesyuarat, baik ahlinya seorang bakal YB atau pun pemandu van kilang.

Lama tidak menulis di blog kerana tidak begitu tertekan sebab saya merasakan tiada ada orang yang akan membacanya.  Tetapi dunia terus berputar mempengelamankan kita;  walaupun blog sudah lama tidak saya ‘update’.

Setelah 4 tahun bersara, dalam masa yang sama saya bekerja di kilang ‘kawan saya’ juga selama 4 tahun., itu akhirnya putaran itu terhenti seketika.  Kilang tempat saya bekerja itu terbakar.

Rakan-rakan bertanya : “Macamana cg, kilang terbakar?”.  Saya menjawab : “Dah terbakar… hangus semuanya lah,  jadi abu”  – yang tidak terbakar, pejabat saya, hingga ke had ruang yang saya gunakan untuk bersolat….. agungnya kekuasaanNya. RM 4-5 juta taksirannya.

Setelah sebulan saya meneruskan kerja di kilang yang terbakar itu untuk membuat  tuntutan kebakaran (anssurance claim) di kilang tersebut, saya memohon untuk berhenti dari kawan saya, tuanpunya kilang itu. Dia kurang pasti.. tapi dia meminta saya datang bekerja semula apabila kilangnya di bina semula.  Saya mengiyakannya agar dia segera melepaskan saya pergi kerana sudah tiada kerja yang sesuai untuk saya jika berada di sana.

Kini telah hampir genap sebulan  saya membantu menguruskan (atau menjadi penasihat) sebuah syarikat bumiputera – juga kawan saya.  Perawakannya yang spara Rock, membina kerjaya dari seorang pemandu bas hingga sampai mengendali pekerja dan pengangkutan ke kilang-kilang.  Keuntungan diperolehi dan membina asset yang penduduk sekitarnya selalu mengkatagorikannya sebagai ‘orang kaya‘ .

Tokeh Rock baru saya masih tercari-cari arah walaupun syarikatnya telah beroperasi belasan tahun dan aset terkumpulnya pun sudah banyak.  , lamarannya 2 tahun yang lalu ke atas saya untuk bekerja dengannya telah berhasil katanya (hanya selepas kilang saya terbakar).  Dia bersyukur mendapatkan saya untuk bekerja bersamanya – katanya…

Persoalannya : mengapa jadi begitu ?  mengapa dia memerlukan saya ?  saya ada jawapannya.. kerana….

Saya tidak pernah menetapkan gaji dan komitmen saya adalah membantunya tanpa prajudis.  Dia begitu meminati bolasepak, dan saya menguruskannya sepanjang kehidupan saya… ha !.. ha..!

Berakhirlah mesyuarat hari ini.  Redzuan (Penyelia kanan ‘Contract Workers)  berjumpa saya selepas mesyuarat :

“Sudah berapa tahun kami lalui banyak mesyuarat di syarikat ini tapi setiap kali mesyuarat tidak ada keputusan yang konkrit boleh dibuat”

“Setiap kali mesyuarat, akan dicelahi dengan rentetan perbincagan yang terkeluar jauh dari tajuk yang dibincangkan”

‘Hari ini cg telah membawa kami apa yang seharusnya berlaku dalam mesyuarat – semua mendapat peluang memberi pandangan dan keputusan dibuat secara konkrit, jelas dan berkesan”

‘Gambaran yang cg catatkan di white board tadi, semua jelas.. nanti bos mai, kita sama-sama boleh beri pandangan padanya – atas keputusan sukar yang telah dibuatnya

…gbpencen… agenda pertama saya sudah berhasil, tapi… banyakkkkkk lagi la bos !

empat sujud

2011 September 18
by Guru Besar Pencen

Ada ustaz ustazah kat sini ?

Dulu disebut semayang.  Bila di  sekolah saya sebut sembahyang.  Di penghujung perkhidmatan saya sebut ‘solat‘.  Kadang-kadang ada ustazah sebut ‘solah‘.  Saya pun ter sebut-sebut juga solah – nampak lebih islamik sikit.

Bila ustazah Salmiah menegur saya “Cikgu,  cikgu tak kenal saya?”.  Malu untuk menafikannya. Saya senyum dan bertanya “Sekolah mana ?” – Nibong Tebal (Tahun 2000) dan dia tersenyum.  Senyumnya yang menjadikan saya teringat wajahnya dan kenalinya.

“Saya hari ini bersemangat untuk bercakap” kata saya ketika  menjadi perantara – kehadiran keluarga ustazah sekolah saya yang hadir  bersama dalam majlis peminangan cucu penakan saya.  Keluarga ustazah Salmiah.  “Dulu saya bos ustazah.. hari ini nak jadi adik beradik pula” – kata saya memulakan majlis.

Banyak ustaz/ ustazah yang berurusan dengan saya.  Berlandaskan ilmu agama, semua mereka mesra dengan saya.  Semua baik-baik belaka dan sampai sekarang ramai antara mereka yang masih berhubung mesra dengan saya.  Eh..hemm, ada yang terlalu mesra.

Bila bersara, saya masih teringat satu ungkapan entah kepada siapa saya berbicara – “Sekarang sudah sampai masanya, saya mempunyai masa yang lama untuk berkhalwat di saf masjid, dan mempunyai masa yang panjang untuk berada di sejadah”  Hakikatnya benar.

Ketika saya mula bekerja-  selepas bersara, radio buruk saya di bawa ke kilang tempat saya  bekerja.  Selama sejam setiap hari (Jam 2.00 hingga 3.00petang) saya mengaji dengan ustaz di radio.  Banyak info keagamaan yang saya perolehi sepanjang masa itu, sehinggalah hingga hari raya ke lima yang lalu apabila kilang saya terbakar… sekali dengan radio lama kesyangan saya turut terbakar.

Seperti manusia biasa saya tidak terlepas dari menanggung kesusahan yang mana  seorang dua sahaja yang tahu.  Info ustaz di radio memberitahu saya – ” tak payah susah-susah bila dalam kesususahan – bila susah.. sembahyang, bila susah.. sembahyang … tuhan akan mendengar dan akan mempertimbangkan kesusahan itu, doa kita akan ditunaikan” –  Lantas saya menggunakan kalimat itu untuk menceritakan kesusahan saya melalui, semayang – atau sembahyang – atau solat – atau solah (sama, serupa, semacam).

Kesannya pada niat, berkesannya pada sujud, tenteramnya pada doa…

Sujud 1 = Bersyukur dengan kesihatan yang diberikan. Bersyukur dengan keselesaan antara dua waktu solat. Bersyukur dengan nikmat yang diperolehi antara waktu itu.

Sujud 2 = Bersyukur dengan kesihatan, keselamatan, keselesaan dan nikmat yang diberikan kepada keseluruhan keluarga termasuk orang yang tersayang.

Sujud 3= Memohon intipitai dalam rakaat 1 dan 2 itu.  Kalau tidak pun Allah lebihkan, cukup sekadar mengekalkannya sahaja sepanjang hayat.

dan Sujud 4 = Memohon dikurniakan Allah nait besar yang terkandung dalam hati yang tidak perlu diketahui oleh orang lain, yang sangat diinginkan tetapi sangat berat untuk diperolehi – dihujung usia, sebelum kembali menemuiNya.

Begitu syahdu dan kusyuk solat ketika dapat berdialog dengan yang maha esa. Semoga ianya dapat dikabulkanNya, insyaallah.

Begitu tawadu’ doa dipohon setelah 4/ 3/ 2/ rakat ditunaikan.  Bersimpuh kukuh di sejaddah – menghadap kiblat, menadah tangan memohon keampunan dan restu – ketika mana dunia sekeliling sudah tidak ada apa makna lagi dipenghujung usia ini.  Hanya sekadar menjadi pelayan kepada arus yang berlalu, mendatang dan pergi.

Inspiriasinya, adalah ustaz dan ustazah yang pernah di dampingi – ustaz/ustazah di radio yang selalu didengari – yang tidak mempolitikkan isu hingga menjadi saya serba salah ketika berdialog denganNya.

Di akhir majlis pertunangan itu saya mempelawa seorang yang bergelar Haji disebelah keluarga Ustazah Salmiah untuk membacakan doa – Haji pertama menolak kepada Haji di sebelahkeluarga  saya, Haji di sebelah keluarga saya menolak kepada Haji ke dua di sebelah keluarga ustazah, Haji kedua sebelah ustazah menolak kepada saya (?)  Saya tiada pilihan dalam urusan tolak menolak itu.  Saya (sambil ketawa berjenaka)  tidak lagi mahu menolak dalam soal ini… saya membacakan doa.. arabkan permohonan – selitkan – permohonan dalam Bahasa Melayu.. se syahdu yang mungkin…

amin ! …….

..gbpencen… ketika berada di usia emas ini,  kalau sesak… semuanya kena boleh… boleh serba serbi, serba sikit dengan izinNya.