akhirnya guru buat kerja- walaupun sorang diri… atau dua tiga orang: sebab mereka semua suka
Bunyi ‘horn’ kereta cg Zuber memecah keheningan bilik mesyuarat. Cg Zuber cuba memperingatkan Guru Besar agar memendekkan mesyuarat dengan guru-guru yang sedang berlangsung. Bunyi itu menyebabkan bininya jadi gelisah. Cg Hj terus mengomel-mengomel, satu persatu, memperincikan butiran. Semua mendengar. Saya mendengar, memerhati dan mencatat. Tiada banyak komen. Biarkan saja Guru Besar itu meneruskan mesyuaratnya. Bermula jam 12.30pm.. sekarang dah pukul 3.00 petang. Dan akhirnya penantian berakhir. Mesyuarat ditangguhkan jam 4.10 petang.
Satu situasi yang sangat membebankan. Bukan sahaja isteri cg Zuber, cg Zuber atau guru-guru lain tetapi saya sendiri berkira-kira… huhhh ! tak boleh tahan kalau berterusan begini. Mukadimah sahaja dari jam 12.30 sampai 2.00pm – belum mesorat lagi. ‘Kemas catatannya, di teliti, dikupas, diperincikan satu persatu supaya tiada satu pun yang tertinggal. Lengkap dengan kiasan, contoh dan perbandingan. “Dengar dan hayatilah, wahai cg-cg ku” Mungkin itulah bisikan hati cg Hj, guru besar kau dan guru besarku.
Cg Fakrul membuat appoinment untuk bertemu dengan saya. Dia menceritakan hal pengetuanya. Mesorat punyalah lama. Ulangan berkali-kali; benda yang sama. Nampak seperti taklimat. Kelihatan seperti ‘program motivasi’ Semua guru menrungut – yang mana satu : Mesyuarat, Taklimat, ceramah atau meeting ?
Saya amati ceritanya. Saya mengenang kenangan saya. Banyak yang boleh ditulis dengan pertemuan dengan Cg Fkhrul yang berasal dari Nibong Tebal tetapi mengajar di KL, SM Aminudin Baki… M aka terpanggil lah saya untuk menulis entri ini. Dia berjumpa saya untuk mendalami pengalaman saya mwngurus pasukan bolasepak berstatus peringkat kebangsaan.
Rumusan sembang (antara cg2 yang mahu / pernah rapat dengan saya) : ” cikgu… ! cg hanya perlu senaraikan apa tugas yang perlu kami buat. Kemudian cg buat sedikit taklimat apa kehendak cg. Maka kami akan berusaha melaksanakan dengan sebaik-baiknya. Kemudian cg tegurlah, dimana ada cacat celanya. Cg berilah sedikit masa\kemudahan yang kami perlukan… Kami akan atasinya.. bukan saja untuk kepuasan cikgu, tetapi seboleh yang mungkin; untuk kepuasan semua pihak.”
“Satu lagi, cikgu” kata mereka kepada saya. “cg gunalah kebolehan, kuasa, kemampuan dan apa saja yang ada pada cikgu untuk memudahkan kerja kami. nescaya semuanya akan jadi ok…” “Kerana kami tahu, cg memang hebat orangnya” “Kami suka cg”. Lega… saya dengan pujian yang tidak sepatutnya saya terima.
Secara tidak langsung mesorat tak payah panjang2. “mungkin itu maksud mereka.
Kebiasaanya kebanyakan gb tinggi sangat sifat egonya.. tak boleh / mahu tegur cg secara berhadapan.. tabur peluru senapang patah kepada semua cikgu sepanjang mesyuarat berlangsung .. siapa kena.. rasakan; itu harapannya. Tetapi guru-guru sebenarnya selalu memandang enteng dengan pelur tabur – senapang patah. Pendekatan secara berhemah boleh membantu mengatasi banyak perkara.
Apa kekuatan yang ada pada gb. Guru Besar ada dana kewangan, boleh memuktamadkan keputusan, ada PIBG, NGO, kepakaran buat perancangan, perincian tindakan, sistem, pegawai pembantu yang jujur. Jadi !, tak payahlah tembak sesiapa. Laksanakanlah dengan sebaiknya.. motivasi yang kerap di terima dari pengawai tinggi JPN, sangat hebat untuk dijadikan panduan.. kan ?
Tidak payahlah ego di bilik hawa dingin. Janganlah tak mahu makan dengan cg2. Sukalah memujuk. Jadikan orang yang suka merendah. Rajinlah buat kerja. Jangan asyik teringat nak balik rumah saja. Kurang pentingkan – kot / tali leher. Sukalah cakap berinformasi diperhimpunan. Cakap tak payah meleret-leret dan jangan berulang2..Anggaplah ramai cg pandai-pandai belaka.
Akhirnya : Bezakan antara Mesorat, taklimat, ceramah, atau meeting. Buat majlis berasingan: Majlis mesorat, lain: Majlis taklimat, lain: majlis ceramah lain: jangan main hentam sama – serupa – semacam saja.
Tapi meeting tu serupa dengan mesorat kot ye… !
…gbpencen… jadi setiuasaha NTFA tapi sentiasa kena pengerusikan mesoratnya.
lihatlah wajah-wajah mereka..
mereka ditangkap guru kerana malas… harap tiada guru yang malas seperti mereka !
Saban tahun hari guru disambut. Saban tahun murid berseronok meraikan guru kegemaraan mereka. Guru baru merasa terujua. Guru lama merasa hambar. Lain-lain guru merasa biasa saja. Namun sebagai seorang bekas guru yang berkhidmat sepenuh hati – Hari Guru tetap disambut di dalam hati; penuh dengan kenangan mengusik jiwa. Tidak habis-habis mengenang kenangan.
Ada kawan-kawan bila saya bertanya ” Adakah terasa apa-apa apabila tiba tarikh 16 Mei saban tahun ?’ Jawapannya ringkas – dia tidak merasa apa-apa. Saya terasa agak pelik dengan jawapan itu. Ada bekas guru yang tidak merasa apa-apa apabila guru menyambut Hari Guru. Mungkin kerana kerjayanya selama ini meninggalkan kesan yang amat negatif dalam kehidupan mereka terutama dari segi kenaikan pangkat dan skim gaji.
Dalam sebuah filem P Ramli terungkap satu pernyataan (dialog) yang mencerminkan bahawa setiap kata-kata yang baik, pujian atau yang se makna dengannya – semacam ada yang tersirat (iaitu ada disebalik atau dengan lain perkataan “ada udang di sebalik batu”)
Sehari sebelum sambutan Hari Guru tahun ini, Menteri Pelajaran menjanjikan akan membuat satu pengumuman yang akan menggembirakan semua guru. Saya tertanya-tanya (suspension). Apakah bentuk ganjaran yang akan diperolehi oleh guru (lagi). Kerana pada saya, guru sekarang sudah mendapat semuanya yang dikehendaki – seperti saya perolehi.
Akhirnya apabila pengumuman dibuat, saya mengerti bahawa guru akan memperolehi ganjaran yang setimpal dengan hasil kerja yang dibuatnya. ooo kata saya. Guru Pendeta !. Tentu hebat guru pendeta ini. Setelah bergelumang dimenara gading, kemudian membuat pilihan menjadi cikgu dan akhirnya memperolehi ganjaran yang lumayan.
Maka isentif terbaru ini akan menjadikan guru berlumba-lumba untuk ke universiti sebagai salah satu pra syarat untuk memperolehi ‘title’ guru pendeta. Maka murid-murid tangguhkan sedikit pembelajaran di sekolah dan gurunya nak baca buku nak hadapi periksa di universiti.
Rupanya, Menteri Pelajaran sudah pun berkira-kira untuk memberi itu dan ini di era menjelang tamatnya tempoh pemerintahan parti politik sekarang dimana parti lawan sedang mengintai peluang untuk menempatkan diri dalam kelompok politik yang penuh dengan sensasi dewasa ini. Maka menteri juga tidak mahu lupakan kalangan guru untuk diberi sedikit ‘makna’ seperti yang diungkapkan oleh P Ramli (tadi).
Tapi menteri ini – sebab dia mungkin bukan cikgu – dia lupa ramai lagi cikgu yang macam saya – yang mengaji sampai peringkat SPM pun masih banyak. Kelihatan seperti yang tidak ada apa-apa ‘makna’ pun guru-guru semacam ini. Kalau guru SPM itu macam saya (pencen GB DG29 pun tidak mengapa) tak kacau-kacau; tetapi kebanyakan guru sekarang sangat perihatin mengenai (apa) ganjaran-ganjaran yang akan mereka perolehi menjelang pilihanraya ini kerana mereka juga mempunyai sumbangan dalam sisitem pendidikan negara.
oooo (kali kedua) kata saya : Menteri berkenaan telah ‘kaunter’ balik beberapa hari selepas pengumuman dibuat, bahawa rungutan yang beliau dengar akan diberi perhatian. Katanya “Guru-guru yang ada diploma.. tolong tunggu dulu, ada ganjaran untuk u all” katanya pula.
nampaknya guru SPM terlepas lagi.. !
...gbpencen… menteri dah bagi duit pencen dengan DG29.. cukup dah !
“Dia menerima nikahnya kerana keluarga dan kerana prinsip yang di dokong olehnya dan oleh bakal suaminya”
Tidak berniat untuk membongkar kesemuanya kerana kesannya memang ada. Besar kesannya.
Lebih baik saya bercerita tentang dia yang tiada siapa pasti siapa dia.
Dalam dia meraba-raba cinta , tiba-tiba dia bersua dengan idaman hatinya. Sepenuh hati dia bercerita bagaimana dia menagih cinta. Carta-carta cintanya bermula bahawa suka dan sayangnya telah terbalas. Sukanya bukan kepalang kerana nukilannya selama ini hanya berkisar ‘bahawa’ dia menang sungguh mencintai buah hatinya; hanya tuhan sahaja yang mengetahuinya.
Dia sanggup korbankan perinsip dan pegangannya sebelum ini. Menggadai pegangan politiknya kerana pasangannya itu tidak sealiran dengan politik yang di dukung oleh orang yang disayanginyaitu. Dia tahu bahawa sekeluarganya memegang kuat prinsip politik keislaman – didokongnya secara total. Itu adalah hakikat.
Berbagai panca dan roba yang diharungi dalam melengkapkan peta-peta cintanya. Pahit getir, badai dan gelombang rasa diharungi sehingga sampai kepuncak ‘bahagia’. Namun perinsip pegangan keluarga tidak mampu di noda. Pilihannya diketepikan secara bersungguh-sungguh oleh keluarganya. Dia tidak mampu untuk menyanggahnya. Dia akur kerana keluarganya menolak pilihan hatinya yang sekular. Memilih calun kekasih yang senada dan sealirannya dengan prinsip asalnya.
Dari segi pakaian, makanan, cara hidup, tutur kata.. semuanya sudah dibudayakan secara akar umbi turun temurun dari kalangan kaum kerabatnya. Maka berlabuh lah bahtera cinta dalam alunan lagu kasih yang senada.
Kekasih lama menagih cinta yang terluka. Menyorot ungkapan akhir manamat bahtera cinta ‘aku terima nikahnya, kerana semua orang menerima nikah ku” semua orang gembira. walaupun dia dan aku sangat terluka.
Sinopsis dari cerita pendek (cerpen) di atas ialah :
Begitu sebati pegagangan politk keislaman yang di dokong oleh seluruh ahli keluarga. Semenjak di bangku sekolah lagi keluarga pencerita itu menolak sekolah aliran sekular. Memilih sekolah yang berbentuk keagamaan untuk mendapatkan ilmu – dunia dan akhirat. Keberkataan mengikuti persekolahan tersebut menyebabkan pencerita itu berjaya sehingga ke menara gading. Bijak, cemerlang dan bestari.
Dalam soal cinta, pencerita juga memburunya. Antara dunia dan akhirat. Satu persatu calun suami cuba dicari. Semuanya dari kalangan yang berorentasikan keagaamaan dan pegangan politik yang mirip keislaman. Namun semuanya kecundang dipertengahan jalan dengan liku-liku yang sangat memilukan. Akhirnya pencerita menemui juga cinta sejatinya tetapi di dalam kalangan ahli sekular. Digagahinya juga mengorbankan prinsip yang di dokongnnya demi tersangat-sangat cintanya. Dia berjaya.
Namun dari kacamata keluarganya dia gagal mengimbangi kehendak keluarganya yang mahukan calun suaminya seorang yang berorentasikan keislaman. Keluarganya berusaha bersungguh-sungguh untuk menukar calun pilihannya dengan calun yang sealiran dengan prinsipnya dahulu juga prinsip keluarganya selamanya itu. Keluarganya berjaya. Calun yang sealiran dengan pegangannya diperolehi. Warak dan berpegang kuat kepada parti yang memperjuangkan islam.
Akhir pencerita akur dengan kehendak keluarga dan juga kehendaknya sendiri – yang memang mahukan calun yang sebegitu.
Walaupun hatinya sedikit terguris dengan keputusannya – dengan tegas dia menyatakan kepada bekas kekasihnya bahawa – dia sudah tidak mahu berganjak – dia sudah membuat pilihannya – untuk berkahwin dengan pilihan (nya) keluarganya.
Untuk meredakan kekusutannyanya – juga untuk menenangkan hatinya – juga untuk servival dunia dan akhirat – juga demi untuk suami yang baru dicintainya – dia menyerang bekas kekasihnya dengan mengungkit-ngungkit kelemahan demi kelemahan, ketidak betulan satu persatu disenaraikan; terutama dari segi amalam ke agamaan dan fahaman p;olitik yang di dukung olehnya dan ahli keluarganya dan ahli keluarga barunya.
Sehingga akhirnya terserlah semua kelemahan, kedayusan, kerendahan (darjat), kemiskinan ilmu dan sebagainya di pihak bekas kekasihnya.
Termanggu-manggu kekasih lamanya sambil berbicara sendirian : “baru ku tahu betapa hinanya aku”
…gbpencen… ketika di pertengahan cerita, sudah tahu kesudahan ceritanya. Tirai dilabuhkan.. panggung akan menjadi sepi.


