1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain ‘. Anda tidak tahu bagaimana perjalanan kehidupan mereka.
2. Tidak berfikiran negatif . Sebaliknya, tumpukan kepada yang positif
3. Jangan berlebihan; sentiasa menjaga batas anda
4. Jangan menganggap dirimu terlalu serius, sebenarnya orang lain tidak begitu.
5. Jangan buang tenaga yang berharga anda pada gosip
6. Mimpi lebih apabila anda terjaga
7. Angan-angan adalah membuang waktu. Anda sudah pun memiliki semua yang anda perlukan .
8. Lupakan masalah masa lalu. Jangan mengingatkan pasangan anda mengenai kesalahannya masa lalu. Itu akan merosakkan kebahagiaan anda saat ini.
9. Hidup ini terlalu singkat untuk buang waktu membenci siapapun. Jangan membenci orang lain.
10. Berdamai dengan masa lalu anda ianya akan tidak merosakkan anda
11. Tidak ada yang bertanggung jawab atas kebahagiaan anda kecuali anda
12. Menyedari bahawa hidup adalah sekolah dan anda berada di sini untuk belajar
13. Lebihkan tersenyum dan ketawa..
14. Anda tidak perlu menang dalam setiap perdebatan. Bersedia untuk bersetuju sebahagiannya.
15. Sentiasa memberi ruang untuk kerap bersama keluarga
16. Setiap hari memberi sesuatu yang baik kepada orang lain
17. Maafkan semua orang untuk segalanya
18. Luangkan masa dengan orang-orang yang berusia 70 tahun di atas & dan di bawah usia 6 tahun
19. Cubalah untuk membuat sekurang-kurangnya tiga orang senyum setiap hari
20. Apa yang orang lain fikirkan tentang anda adalah urusan mereka
21. Tugas anda tidak akan merawat anda ketika anda sakit. Keluarga anda dan rakan-rakan lah yang akan bersama.
Kehidupan:
22. TUHAN merupakan pertama dalam apa pun dan segala sesuatu yang anda fikirkan, katakan dan lakukan.
23. TUHAN menyembuhkan segalanya
24. Melakukan hal yang benar
25. Namun, baik atau buruk suatu situasi, hal itu akan berubah
26. Tidak peduli bagaimana perasaan anda, bangun, berdandan dan terus beredar.
27. Y ang terbaik belum datang
28. Singkirkan segala sesuatu yang tidak berguna. Sentiasa bersama dengan yang indah atau menyenangkan
29. Ketika anda bangun di waktu pagi hari, terima kasih Tuhan untuk itu
30. TUHAN adalah kebahagiaan Oleh itu anda selalu bahagia. Jadi, bahagia, berbahagialah.
Apabila anda berlatih dengan semua saham, pengetahuan di atas..bersama dengan orang yang anda cintai, orang yang anda bersekolah dengannya, orang yang anda bermain dengannya, orang-orang yang bekerja dengan anda dan orang-orang yang hidup bersama anda… maka .bukan anda hanya memperkaya hidup ANDA, tetapi juga anda telah membantu memperkayakan orang-orang di sekitar anda.
…gbpencen… (saya tidak bohong) saya tidak mampu melakukan semuanya… (?).
Bekas guru kaunseling saya akan bersara, beberapa bulan selepas saya bersara. Saya turut dijemput ke majlis itu.
Saya juga sempat menandatangani dokumen persaraannya sebelum saya bersara. Yang menarik perhatian saya; dalam banyak-banyak dokumen itu saya sempat melihat surat nikahnya. Belanja kawin RM1000.
Kami staf pejabat bercerita gurau jenaka mengenai hantaran perkahwinan bakal guru bersara itu – termasuk saya. Liza bercerita wang hantaran untuknya – lebih mahal, Asmah malu-malu bercerita tapi Kak Salasiah CC yang sebaya dengan saya juga bercerita yang hantaran untuknya juga mencecah RM1000. Kami semua bersetuju bahawa RM1000 wang hantaran pada zaman 70’an boleh di katagorikan sebagai ‘top’. Oleh itu guru kaunseling saya itu memang dalam katagori ‘A’ dari segi hantaran kahwin.
Staf pejabat saya juga tentu tidak lupa…. mereka bertanya berapakah hantaran yang saya hantar untuk perkahwinan saya : Jawapan..
” RM1000 juga (di depositkan oleh abang saya ) sampai sekarang tidak perlu bayar.. kerana ketika itu dia baru mendapat imbuhan kenaikan pangkat sebagai GB dan berhajat untuk mengahwinkan saya kerana saya nampak macam tak boleh nak kahwin (?) tapi hantaran masih top di kalangan masyarakat biasa ketika itu. Kini abang saya pun sudah tiada…. jadi sedikit sebanyak saya terhutang budi padanya dan selalu juga ‘take care’ anak-anak cucunya, kerana dia ‘take care’ perkahwinan saya. Saya mungkin macam kawin “free” saja. Begitulah tuah badan.
Apa reaksi mereka, tentulah semua ketawa, termasuk Khairul pembantu pejabat saya yang juga banyak cerita mengenai perkahwinannya. Dia menyatakan “nanti saya juga akan mampu berkahwin dalam katagori ‘top’ masa kini yang hantarannya rata-rata RM8000 (sebab akan dapat ganjaran pencen) …” Liza dan As senyum2.
Begitulah suasana kemesraan yang saya masih terasa ketika di pejabat sekolah tidak lama dahulu. Tiada yang susah, tiada yang payah.. semuanya dipermudahkan. Bekerja sepasukan dan saling hormat menghormati. Saya berharap sekarang juga seperti itu, semasa saya masih di sana dulu.
Sebelum majlis persaraan guru kaunseling sekolah saya itu, saya cuba ke pasaraya mencari hadiah untuknya. Sehari tangguh, dua hari tangguh… Saya tidak menyangka bahawa selepas bersara pun saya sibuk macam dahulu juga. Akhirnya saya ke majlis itu tanpa sebarang hadiah untuk guru kaunseling saya itu. Saya hanya sempat memberi hadiah untuknya semasa persaraan PK 1 pula setahun kemudian. Walaupun begitu saya amat puas kerana dapat berbuat demikian. Juga dalam majlis itu dapat makan, jumpa kawan, dapat bergambar dan yang seronoknya saya dijemput berucap bersama pengganti saya (Guru Besar baru) juga di raikan dalam majlis itu. Ketika itu dia juga baru hadir ke sekolah itu.
Tidak berapa lama selepas majlis itu, saya menerima hadiah frame gambar dengan gambarnya sekali. Gambar saya memberi ucapan dalam majlis itu. Ianya dari seorang guru yang saya tidak berapa pasti siapa dia. Saya suka melihat gambar itu. Di bingkainya tertulis….
“Be mine”
…gbpencen…. mungkin ada cerita kenangan di sebalik frame kaca (?)
Baik sangka, senang bekerjasama.
Gambar kenangan bersama Allahyarham Cikgu Wahab (1971) practical teaching di sk Kampung Jawa Pulau Pinang
Tulislah cikgu, sekolah dah siap tapi masih dua sesi : Kata cg lama saya kepada saya disuatu hari :
Ramai waris menunggu anak masing-masing dipintu pagar, berselisih dengan waris yang menghantar anak masing-masing, berselisih pula dengan guru petang yang terlewat, juga berselisih dengan guru pagi yang bergegas ‘siapa cepat’ balik. Raut wajah waris menampakkan mereka inginkan sekolah yang lebih selesa – satu sesi. Bangunan baru 4 tingkat memang sangat diperlukan.
Secara bersahaja, YDP PIBG membisikan kepada saya yang ia mahukan pembinaan sekolah baru ini dipercepatkan. Saya termanggu-manggu atas permintaan YDP itu. Setiap kali permintaan diajukan kepada saya, setiap kali itulah saya akan memikirkan untuk menunaikannya. Akhirnya saya tidak berbuat apa-apa.
Kalau saya ajukan permintaan kepada JPN, JPN akan memberi jawapan yang mengikut prosedur biasa dalam Unit Pembangunannya dan hakikat itu saya terima. Had kemampuan jabatan adalah mengakur dan mematuhi proses mengikut keutamaan dan keperluan. Betulkah begitu ?
Akhirnya, bulan-bulan terakhir sebelum saya bersara proses pembinaan sekolah baru telah rancak bermula. Saya memantaunya dari jauh. Hanya sekadar memberi pandangan kepada JKR bagaimana susun atur yang sesuai mengikut kaca mata saya. Bilik Pra Sekolah yang baru dibina harus di selamatkan dan saya bersedia mengorbankan stor yang saya bina untuk menyimpan peralatan PJ.
Rupa-rupanya perbualan YDP PIBG yang mempunyai pengaruh politik telah mempercepatkan pembinaan bangunan baru 4 tingkat yang indah itu. Kini bangunan yang dibina telah siap setelah genap 3 tahun saya bersara. Saya bangga kerana saya juga mempunyai sedikit ‘sentuhan’ ke atasnya. Saya anggap ‘that’s my special touch’ walaupun ‘tha’s only touch ‘n’ go.
Ianya serba lengkap untuk menampung murid satu sesi. Semua guru berkira-kira hendak bekerja sama kerana telah sekian lama agak terpisah sesama sendiri di pagi dan petang. Murid juga begitu. Ceritanya tarikh di atur, meja disusun, kerusi diangkut dan bilik dilebel. Muktamad 3 minggu lagi ‘kita’ semua berada di satu sesi.
Atas prosedur jabatan, ianya terpaksa ditangguh sehingga hujung tahun kerana ‘perkiraan’ dan statistic awal, penjadualan sekolah satu sesi ‘mungkin’ sekolah lama saya tidak termasuk dalamnya.
Guru merungus, waris juga merungus. Nasi sudah di depan mata, tapi masih tidak mampu untuk menyuapnya. Sekecil itu sahaja masaalahnya (pada anggapan mereka) pun tidak dapat diselesaikan untuk kebaikan semua. Saya juga beranggapan begitu, sedangkan penempatan, kantin, kelas dan murid telah berlaku cuma masih ada yang bersekolah di sebelah petang.
Kini khidmat YDP PIBG diperlukan, bukan. Dia masih berpengaruh berani dan berterus terang. Seperti yang pernah dilakukannya bersama saya dahulu untuk mempercepatkan pembinaan bangunan baru – maka untuk mempercepatkan dan mendahului prosedur satu sesi, juga mampu dilakukannya, insyaalah.
Yang penting jalinan hubungan baik antara PIBG dan sekolah perlu dipertahankan. Ianya banyak membantu kalau kena gaya dan caranya.
…gbpencen…teringin nak mendaki tangga bangunan baru.


