Sebenarnya 40 hari. Mengapa pula 44 hari ?. Kemudian 100 hari, barulah boleh kamu tido(x) .. sekali dengan bini kamu. Mengapa pula 100 hari.
Begitulah antara persoalan, perbualan saya dengan emak saya semasa isteri saya melahirkan anak saya yang pertama – kira-kira 32 tahun yang lalu. Kini emak sudah tiada lagi. Kenang-kenangan bersamanya memang banyak termasuklah kenangan dalam kategori -beranak pinak ni.
Terhoyot ke sana, terhoyot ke sini saya memerhatikan cikgu saya membawa anak dalam kandungannya semasa mengajar. Nampak letih longlai. Kepada guru yang baru anak pertama, saya gagahi melayan karenah mereka bercerita pengalamannya mengandung. Dan saya menceritakan pengalaman isteri saya mengandung kepadanya.
Akhirnya pada suatu hari cikgu itu tidak datang ke sekolah. Kemudian menyusuli sekeping surat cuti bersalin selama 40 hari dari hospital kerajaan. Maka saya dapatlah (secara tidak rasmi) seorang lagi cucu (yang mungkin sampai sudah saya tidak mengenali cucu itu). Ulangan : 40 hari sahaja ye – ketika itu.
Maka bercutilah guru itu selama 40 hari, selepas hari melahirkan anak. Pandai pula dia mengatur kehidupannya dalam masa 40 hari itu, sebelum kembali ke sekolah. Suaminya juga seorang guru, pandai-pandailah dia mengatur tugasnya yang semakin berat semasa menyambut kelahiran anaknya. Pandai pula si suami itu. Mungkin ada budi bicara saya, bolehlah si suami juga bercuti sehari dua. Kalau tidak datanglah dia mengajar walaupun dengan separuh hati.
Setelah 40 hari berlalu, datanglah pula si suami ke sekolah berjumpa saya : membawa sekeping lagi MC, memanjangkan cuti bersalin dari doktor selama beberapa hari lagi. Sambil merisik khabar, dengan senyuman, saya dengan senang hati menselesakan guru saya yang baru lepas pantang itu. Akhirnya guru perempuan itu kembalilah semula ke sekolah dengan begitu bersemangat sekali setelah bercuti lebih kurang 50 hari. Begitu juga dengan suaminya yang sudah kembali bersemanagat (??) sementara menanti bila pula (isterinya) akan terboyot dan terhoyot lagi.
Itu dulu…..
Kemudian ….
Ihsan dari kerajaan, cuti bersalin dinaikkan ke 60hari. Cukup 60 hari, itu pun sudah lebih !
Hari ke 35 selepas bersalin, Cikgu Mie datang ke sekolah. Anak baru kelahirannya tidak di bawanya. Dia membawa anaknya yang ‘2nd last’ terkemudian. Dia membawa beberapa katalog dalam beg plastik. Dia terserempak dengan saya di tangga pejabat. Saya bertanya khabar dan senyumnya semakin meleret dan berakhir dengan menjadi sedikit sumbing. Cutinya masih berbaki lagi 25 hari lagi tetapi dia sudah mampu datang ke sekolah dengan bergaya dan bertenanga. Saya perasaan bahawa orang-orang moden berpantang – begitulah caranya…
Katlog itu, setahu saya adalah katalog perniagaan tupper warenya. Sebelum ini semasa belum bersalin, secara kecilan dan berselindung dari saya, memang Mie berniaga tupper ware. Mungkin pelanggannya ramai di sekolah, jadi cuti bersalinnya yang panjang akan memendekkan sedikit rezeki perniagaannya. Jadi sebelum cukup tempuh cuti bersalin 60 harinya, dia terpaksa datang ke sekolah keranan tupper warenya itu. Maksud saya 60 hari itu sudah lebih dari memadai untukdia bercuti bersalin…
kerana, di rumahnya ada emaknya, gajinya bersama suami sudah mampu untuk cikgu Mie menggaji pengasuh, jadi 60 hari boleh diteruskan untuk ber tupper ware dengan lebih selesa lagi… (??)
Sekarang…
Atas dasar satu Malaysia, cuti bersalin dinaikkan menjadi 90 hari. Jadi….. Bagaimana rasionalnya cuit sebegitu lama. Adakah ianya sangat memerlukan ?, Mengapa dahulu boleh dan biasa saja, mengapa sekarang perlu sangat cuti bersalin ? Kena tanya menteri yang bernama Shahrizat, kerana perlu atau kerana perlu membuat sesuatu yang istimewa kerana – dia seorang menteri ?
…gbpencen…teringin nak tengah Mak Menteri Shahrizat terboyot dan terhoyot.
Semakin lama semakin sayup terdengar suara – guru, murid. Semakin sayu, semakin jauh kedengaran di hujung telinga. Semakin sebak.
Setiap kali bunyi ketibaan sms, direnung kalau-kalau ada guru lama ada mengirim berita, salam atau bertanya khabar. Ada … tapi makin lama makin ke jauhan jarak antara satu-satu sms. Seperti saya dengan Guru Besar saya terdahulu; makin lama makin jauh.
Satu sms yang baru saja diterima – budak2 minta cikgu datang melatih mereka untuk kejohanan bolasepak – program Lepas UPSR dan Kejohanan peringkat umur Bawah 11 tahun. Dengan sepontan dihujung telinga saya terdengar jeritan, laungan, guruan dan aduan-aduan manja murid tahun 4 dan 5 (yang pernah saya menagajar mereka ketika menjadi GSK – Guru Simpanan Kebangsaan, tahun lalu). Reply : Saya menetapkan hari latihan bolasepak dengan mereka. Seronok terasa bukan kepalang.
Tiada apa ganjaran yang akan diterima, dan langsung tidak mengharapkan apa-apa balasan untuk kerja seperti ini. Hanya kerana minat – yang sudah sebati di jiwa seorang yang bernama guru. Latihan sangat pendek jangkamasanya kerana hari kejohanan tidak sampai 5 hari lagi. Bukan kemenangan yang di idamkan tetapi kepuasan untuk bersama dengan anak didik sering dinanti.
Terpahat dalam jiwa ketika saya mengikuti siri ceramah agama di radio mengenai takrif harta yang disimpan. Menurut ustaz penceramah : sebenarnya harta yang disimpan adalah harta yang dibelanjakan ke jalan Allah. Tak pandai saya dalam bab-bab agama ini tetapi saya faham bahawa : membelanjakan harta untuk membantu orang lain adalah sebagai satu simpanan / bekalan (aset) yang akan digunakan apabila dibangkitkan selepas kematian.
Kebetulan ceramah ustaz tadi dihadapan kakitangan kerajaan. Saranannya kerjalah dengan ikhlas. Keikhlasan akan menjadikan kita puas bekerja. Ganjarannya pula halal dan berkat. Ganjaran yang diperolehi gunakanlah untuk diri sendiri, keluarga, sanak saudara, jiran dan selebihnya gunakanlah untuk sesiapa sahaja yang memerlukan. Termasuklah anak murid kita yang memerlukan : katanya dirujuk kepada guru.
Teringat saya selepas saya bersara, saya mempunyai sebuah rumah, sebuah kereta lama, ada sebuah moto Honda Fame, untuk kegunaan sendiri. Duit simpan pun dah nak abis digunakan untuk pembiayaan keluarga. Dan sebahagiannya yang ditabung untuk ke tanah suci, telah dipinjamkan kepada 2 orang perseorangan dan kedua-duanya masih tak mampu untuk membayarnya: tapi nampak kadang-kadang macam tak berminat untuk membayarnya je…… Saya ingin bertanya ustaz tadi : Betulkah saya ini ?
Anak murid saya megah bersama pemain Pasukan Negeri Perlis
Bab kerja pula saya telah memperhambakan diri bekerja dengan penuh minat (kalaupun tidak bersungguh-sungguh). Seluruh jiwa dan raga (bukan bakul – nak angkat) dicurahkan kepada perkhidmatan di sekolah, sampai kadang-kadang ada pengabaian kepada diri sendiri dan keluarga. Semasa bekerja langsung tiada tabungan. Makan habis. Income tax pun, sampai pencen baru menglangsaikannya. Puas saya bekerja. Saya nak tanya ustaz itu : Betulkah saya ini ?.
Pemburuan telah berakhir. Membawa maksud tiada apa yang hendak diburu lagi. Hanya saki baki umur yang ada hanya mahu melakukan kebajikan. Kadang-kadang ada melakukan kejahatan dan pernah mendengar ustaz berkata supaya cepat-cepat bertaubat. Kalau ada pertengkaran, gbpencen cepat mahu beralah. Kalau ada yang tidak seronok dilihat, … lihat saja tanpa mahu komen. Kalau ada yang jengkel, tak mahu ditegur – takut nanti terkena batang hidung sendiri. Begitulah seterusnya. Senangkan ?
Tapi yang saya hairan :
Bila dipanggil untuk ke sekolah untuk latihan bolasepak, saya terus bersemangat. Maka berkatalah dalam hati saya bahawa jiwa seorang pendidik memang suka mendidik, suka bersama dengan murid-murid – walaupun kini sudah mula keletihan….
…gbpencen…betulkan saya ni…
Cg Mazlan masuk ke bilik saya. Pejabat Guru Besar jarang dikunjunginya. Walaupun dia seorang guru yang ‘cengea’ (??) tetapi dia tidak sewenangnya masuk ke bilik saya. Saya menghormatinya dan dia menghormati saya .. sampai saya pencen.
Dia memberitahu yang dia ingin menyusun takwim Ko Kurikulum untuk tahun berikutnya. Dengan senyuman saya menghulurkan takwim induk sekolah – bidang saya telah saya sediakan. “Lan, berpandukan takwim saya ini, Lan boleh sediakan takwim KK” Kata saya pada cg Mazlan PK KK sekolah saya.
Dia keluar tanpa banyak soal lagi. Dia mungkin terus membelek takwim saya dan mula merancang tugasnya. Saya pasti dia akan melakukannya dengan baik, walaupun dia selalu datang lewat ke sekolah dan selalu tidak masuk kelas mengajar.
Hari semalam cuti 1 Malaysia. Sehari sebelum itu cg Mazlan menelefon Tuan Pengarah Pelajaran kerana GBNya sudah 2 hari tidak ke sekolah selepas cuti Hari Raya. Dia meminta kepastian dari Tuan Pengarah samada boleh atau tidak guru UPSR mengadakan kelas pada hari cuti – 1 Malaysia ?
2 situasi dalam kes cg Mazlan menelefon Tuan Pengarah : (1) : Dia tidak satu angin dengan GB yang kurang memberi perhatian kepada tugasannya . (2) Dia ingin menyatakan yang GB hanya pandai menyusun cuti untuk guru-guru supaya cuti raya dihadkan dan hadir ke sekolah dengan segera tetapi GB sendiri tidak datang ke sekolah selepas raya.
Sekolah sana cuti, sekolah sini bersekolah, sekolah sana sambung cuti UPSR, sekolah sini cuti UPSR 2 hari, ada yang 3 hari ada yang sehari dan berbagai-bagai lagi ‘arrangement’ cuti untuk keselesaan semua, Untuk memberi impak yang berkesan kepada murid UPSR, murid lain, guru hatta untuk keselesaan GB sendiri (?). Ada sekolah yang bercuti selama 3 minggu berterusan -cuti semester – cuti raya – cuti UPSR. Puasssss …. iaitu salah sebuah sekolah Kebangsaan PERKASA yang pernah saya kunjungi.
Salah satu tugasan GB ialah memperincikan cuti-cuti Malaysia dengan cuti-cuti sekolah Malaysia. Bakal-bakal guru berminat menceburi profesion perguuan kerana – profesion ‘ini’ yang banyak cuti. Ibubapa bakal guru menggalakkan anak mereka menceburi bidang ini kerana ‘banyak cuti’. Cuti awam dimestikan, cuti semester dimestikan, cuti ganti untuk keselesaan dan cuti peperiksaan diaturkan. Maka jadilah profesion ini sebagai profesion cuti (banyak cuti).
Saya pernah mendebatkan hal cuti ini dengan seorang guru yang mana saya mengutarakan bahawa “guru selesa kerana banyak cuti” berbanding dengan bidang awam yang lain. Saya terdiam juga bila jawapannya ringkas : Itu bidang mereka, ini (perguruan) adalah bidang kita…., saya jawab dalam hati : Bidang kita – bidang banyak cuti…”
Walaupun ada yang manafikan bahawa cuti tidak banyak membantu proses pembelajaran setengah-setengah murid, tetapi cuti amat penting dalam urusan perguruan.
Pada suatu masa, kira-kira 10 tahun yang lalu – Cg Hamid seorang bekas GB pernah menyatakan kepada orang-orang yang mempertikaikan cuti guru-guru sekolah di sebuah kedai kopi – : ” Cg dah hampir lembek dah apabila sampai dihujung penggal persekolahan akhir tahun… hangpa (kamu semua) kena percayalah… !” katanya. Samada sedar atau tidak, betul atau tidak, saya sebagai seorang guru biasa pada masa itu memang merasai benar kata-kata cg Hamid itu. Memang setuju bahawa guru sudah keletihan… sampai ke hari terakhir sekolah akan bercuti .
Keletihan dengan karenah anak didik. Keletihan untuk memandaikan manusia yang berragam-ragam, Keletihan kerana perlu menghabiskan tugasan yang telah diaturkan untuk anak didik melangkah ke tahun hadapan – yang penuh dengan cabaran. Indeks prestasi harus mengikut momentum yang telah digariskan. Menghidarkan kirisauan GB yang berterusan jika indeks yang digariskan tidak menepti piawaian.
Kepada guru-guru yang selesa dengan – cuti-cuti sekolah Malaysia – ianya menjadi sebahagian daripada bonus yang di terima. Gaji yang lumayan bersama gaji isteri / suami, dengan elaun-elaun yang telah diwujudkan menjadikan cuti-cuti sekolah Malaysia – amat bermakna kepada insan bergelar guru. Bersyukur kerana kita dalam profesion yang banyak cuti tetapi janganlah berselesa sahaja tanpa penanggunjawaban di atas profesion ini di kesampingkan. Selami-lah ia dalam keberkatan.
...gbpencen…sentiasa habiskan kerja yang tertunggak sepanjang hari cuti persekolahan.

