Anak-anak sepatutnya dimengertikan sungguh-sungguh erti kemerdekaan, kalau tidak …. !
Banyak yang Lik tak tahu, boleh diikuti dengan program ini.. seronok!’ Begitulah kata-kata anak saya ketika menonton dokumentari sejarah – Keganasan Komunis Di Malaya, melalui History Channel (555) di Astro baru-baru ini. Jelas kelihatan kekagumannya mengikuti rentetan sejarah negara – hingga negara mencapai kemerdekaan. Saya rasa, sejarah negara mereka sendiri tidak di dedahkan dengan jelas sebelum ini di sekolah. Saya bangga kerana anak saya juga mengeriti – apa itu kemerdekaan.
Saya juga menonton dokumentari itu, sedap penceritaannya dan ‘berpengetahuan’ kalau menontonnya. Ianya perlu ditonton oleh semua rakyat yang mengakui dia adalah rakyat Malaysia. Terutamanya oleh generasi baru. Sekiranya dokumentari ini dihayati, sudah tentu rakyat yang menontonnya akan sedar dan insaf bahawa nikmat (apa-apa saja nikmat) yang dikecapi oleh rakyat Malasiya pada hari ini bukanlah melalui jalan pintas dan mudah. Ianya penuh berliku. Sewajarnya diinsafi dan diikuiti dengan segulung atau sewarkah penghargaan kepada semua yang terdahulu…. jangan asyik hentaammmmm…. saja.
6 tahun; ialah umur saya pada ketika Malaya Merdeka – 1957. Dan pada Tahun 1958 saya mula bersekolah di darjah 1 (6 tahun di sekolah rendah) . Bersekolah Menengah hingga Tahun 1968 (SPM) (selama 5 tahun). Bermakna sambutan kemerdekaan yang pernah saya sambut di zaman persekolahan ialah sebanyak 11 kali. Namun saya tidak begitu dapat mengingati bagaimana sambutan itu diadakan. Kalau adapun ianya tetap kabur sahaja dalam ingatan saya. Namun saya agak pasti, saban tahun saya ada mendengar kata-kata dan ucapan-ucapan berkaitan dengan hari Ulang Tahun Kemerdekaan Negara, Malaysia di sekolah.
2 Tahun saya tidak menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Negara, Malaysia kerana saya seorang penganggur yang melepak dan menjalankan tugas pekerjaan harian untuk mendapatkan belanja poket. Ketika saya di DTC (1971 dan 72) saya tidak begitu jelas bagaimana sambutan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Negara di jalankan di maktab perguruan tempat saya belajar sebelum menjadi guru. Tetapi apa yang saya pasti, sambutannya tidaklah semeriah sepertimana yang pernah saya alami di tahun-tahun akhir menjelang persaraan saya selaku GB di sebuah sekolah, hanya ada beberapa batang bendera lebih dari selalu di pacakkan di sekeliling kawasan Maktab Latihan Harian, di Jalan Hamilton off Jalan Green Lane, Penang.
Dari tahun 1973 hungga tahun 2007 = 35 tahun / kali, saya menyambut hari Ulang Tahun Kemerdekaan Negara, Malaysia di sekolah– sebagai seorang guru / Guru Besar. Di situlah peranan guru untuk meningkatkan sesitiviti petriotisme di kalangan semua anak didiknya.
Seperti guru-guru yang lain setiap tahun saya mempunyai peranan dalam menjayakan sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara, Malaysia. Ianya bergantung kepada kemahuan atau visi GB sekolah berkaitan samaada ianya akan dibuat secara sederhana atau secara gilang-gemilang. GB pun ada mood yang tersendiri. Ada tahun yang di belikannya banyak hiasan kemerdekaan dan ada kalanya ‘dia buat sadin’ je. Sebagai guru biasa atau PK ketika itu saya akan ‘menarilah ikut gendang yang dipalu’ oleh GB saya. Senangkan ?
Setiap kali sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara, Malaysia, saya sekalu GB tentunya suka menghias sekolah dengan bendera, sepanduk dan banting secara gilang gemilang… selepas berakhirnya majlis sambutan, semuanya akan di simpan dengan rapi untuk diguna semula kemudian. Kalau guru yang bertanggung jawab tidak menyimpan, saya akan menyimpannya. Tahun hadapan saya tambahkan lagi, tahun lagi sekali tambah lagi… Ketika sambutan ulang tahun KEMERDEKAAN terakhir SAYA di sekolah, saya dapati begitu banyak sekali alatan hiasan kemerdekaaan di sekolah saya. Majlis terakhir (untuk saya) itu berlangsung dalam suasana yang sungguh meriah walaupun sepanjang upacara itu berlangsung hujan renyai-renyai turun…. terima kasih cik gu
Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara, Malaysia … ke 53 kali ini, saya sambut di kilang di tempat saya bekerja, ada bendera lama tahun lalu yang saya simpan dahulu, saya keluarkan, dan saya belikan sepasang lagi bendera baru… sekarang sudah ada 3 set bendera sepanjang saya berkhidmat di kilang ini… sama macam saya di sekolah dulu. Keinginan dan semangat saya tetap sama, walaupun hanya seorang dua sahaja rakan saya yang bersama dengan saya menghayati sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara, Malaysia di sini namun kemerdekaan tetap memberi erti kepada saya kerana : –
(1) Saya dilahirkan sebelum merdeka dan membesar dalam zaman merdeka; saya merasai dan tersentuh (perbandingan) dalam kedua-dua zaman tersebut. (2) Perubahan Pendidikan dalam dua zaman dapat saya ikuti perkembangannya. (3) Disini saya berdiri , berlari, dan kini saya berdiri di sini juga saya terus berdiri walaupun sudah tidak kuat lari. (4) Bila sampai masanya saya akan jatuh, tetapi, kemerdekaan ini tidak akan jatuh. (5) Sejarah kemerdekaannya adalah sejarah kepemimpinan melayu yang pasti akan mewarisi oleh bangsanya, insyaalah..
…gbpencen…tetap merdeka
Banyak paku terpacak di sana-sini dalam ‘balai lintang‘ masjid. Macam-macam benda bergantungan di paku itu. Senang saja memacakkan paku di tiang-tiang kerana masjid itu 80% diperbuat daripada kayu. Tasbih, kertas, ketayap dan entah apa lagi sedia bergantungan /bergayutan. Yang ketara ialah baju ‘teluk belanga‘ Haji Mat Poi. Dia tersandar santai di bawah bajunya sambil mengambil rehat semasa solat sunat tarawikh sedang berlangsung di dalam ruang sembahyang – sambil itu dia memerhati kami bermain di halaman masjid itu dalam suram kegelapan cerahan lampu gasolin (tanpa lampu letrik ketika itu)
Solat tarawikh ketika itu berlangsung tanpa tazkirah. Kami bermain sementara menanti jamuan ‘more‘ dihidangkan. Menanti jamuan (jamuan yang mungkin lebih istimewa dari yang dihidangkan di rumah) di malam-malam Ramadhan. Kami menanti alunan lunak – buyya kafi (lagu penutup solat tarawikh) berkumandang menandakan makanan sudah mula disajikan.
Kini, selepas bersara saya sempat setiap malam mendengar tazkirah yang disajikan di surau se taman. Saya dengar dan saya faham. Faham dan dengar. Dengar dan fikir. Fikir dan kagum dengan janji Allah pada umat nabi Muhammad saw akan ganjaran pahala yang tidak terkira banyaknya. Harap-haraplah saya akan menjadi sebahagian dari penerima ganjaran itu. “upgrade” ibadat aadalah satu kemestian.
Tarawikh tidak lari dari menyentuh isu-isu semasa – termasuk mengingati kita akan musibah apa yang berlaku masakini. Hakikat itu mesti di terima, bahawa ‘isu buang bayi‘ adalah berkaitan dengan kealpaan dan kegagalan menginsafi akan ketaqwaan kepada Allah.
“Puak-puak UMNO punya kerja lah tu !” Kata cikgu A yang bersama-sama mendengar tazkirah pada malam itu; memecah kekusyukan malam. Lantang suaranya dan diulangnya sekali lagi. “Ini semua kerja-kerja puak UMNO lah tu”
Tersentak saya dengan kata-kata itu. Saya tidak mahu berfikir panjang dan terus menambat hati bahawa ‘tazkirah‘ adalah untuk mengingati diri saya dan diri semua jemaah yang hadir. Saya tidak lagi mahu ‘meletihkan diri saya‘ (kerana saya memang telah sedia letih) untuk memikirkan dendam MELAYU yang sedang berlangsung dari dulu hingga sekarang. Sambil Berharap tazkirah yang mendatang nanti akan bertemu lailatur qadarnya yang boleh melembutkan hati-hati MELAYU yang masih bergelumang untuk menganjurkan keleraian disamping kecelaruan, termasuk dalam soal-soal ibadat.
Akan hadirlah malam-malam syahdu Ramadhan ini untuk (kalau boleh) membukakan hati pendendam-pendendam ‘tegar‘ dari mana-mana kelompok MELAYU agar terus berusaha merapatkan perpaduan atas kalimah yang menjadi pegangan kita sepertimana yang di sarankan oleh ramai ustaz (berbagai-bagai stail dan pendekatan) yang saya temui pada setiap sesi tazkirah.
Tok Haji Mat Poi dihormati di kampung saya. Saya berkira-kira dia dihormati kerana kesederhanaannya menjadi ketua agama (imam) di kampung saya. Kebolehannya dalam ibadat dan perhubungan sosialnya yang rendah diri (bertaqwa) di kampung telah menambat hati semua penduduk. Kadang kala dia digantikan untuk mengimamkan tarawikh, dia akan berehat diluar ruang sembahyang. Dia suka bergurau dengan kami remaja yang ke masjid dan yang penting dia gemar mendengar saya dan rakan-rakan memukul gendang raya – sahur. Kadang-kala dia mencapai kayu pemukul dan turut sama bergendang….
Tiada ada orang yang menonjol diri dalam masjid, termasuk Haji Mat Poi. Semuanya sama. Tiada siapa yang lebih baik dari orang lain dan tiada yang lebih buruk dari orang lain. Yang ada kebolehan ke depan, yang kurang kebolehan berada di saf belakang (maaf, saya berada di luar masjid – bermain toi) Bertarawikhlah sepertimana orang-orang sebelumnya bertarawikh… maka tiada tazkirah ketika itu kerana tidak banyak masalah yang timbul. Pemimpin-pemimpin peringkat atasan pun tidak ada apa yang hendak ditonjolkan atau tiada ada apa yang hendak di rebutkan.
‘Senafas sahaja -alfatihah dibaca oleh Hj Mat Poi setiap kali dia mengimamkan tarawikh di masjid kami. Makmum juga bergerak laju mengikut rentak Hj Mat Poi. Ada yang merungut kerana terlalu cepat pergerakan sembahyangnya. Yang lain tersenyum sahaja tanpa membantah atau menyokong. Semuanya mengikut rentak Hj Mat Poi…
Yang penting esok paginya, selepas subuh Haji Mat Poi akan berbasikal pelantar besarnya ke kebun getah untuk memotong (menoreh) bersama isterinya.
Cik gu A (pula), akan ke pasar selepas subuh dengan keretanya. Seronok melihatnya dia begitu selesa dalam persaraannya sebagai seorang guru DG 52. Apa yang dikata, semuanya kena…..
…gbpencen…pesara DG29, kata pun tak kena, tak kata pun tak kena…
Ya.. Allah, Selamatkan anak-anakku di sekolah !
Saya kehilangan 2 utas tali leher. 2 peristiwa berasingan itu berlaku dalam situasi yang sama iaitu : Tali leher yang saya letakkan dalam raga moto – motosikal Honda Fame yang saya tunggangi untuk ke sekolah yang letaknya sejauh 25 km dari rumah saya. Dalam perjalanan itu tali leher tersebut terjuntai tanpa disedari dan membelit rantai ‘spocket’ belakang . Motosikal itu berhenti serta-merta menyebakan perjalanan saya ke sekolah tergendala. ianya antara peristiwa yang tidak dapat saya lupakan di tahun itu
Walaupun kelewatan itu tidak menyusahkan hati saya tetapi sebagai GB yang baru kali pertama dilantik, saya merasa ‘bersalah‘ juga kerana saya ingin datang awal seperti biasa – untuk mempertahankan reputasi selaku pengurus baru di sekolah itu.. Nama sekolah itu Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat …. selamatttttttt… – kata seorang pengacara hiburan RTM di suatu masa tidak lama dahulu.
Sekolah itu merupakan sekolah pertama saya dilantik sebagai Guru Besar. PBX 2087, kereta Nissan Sunny – atau dikenali sebagai Sunny Boy, itulah kereta Guru Besar yang kini sudah tiada lagi diberi perhatian di jalan raya. Walaupun begitu, entah apa ‘susah’ nya saya ketika itu, saya selalu juga menonggang motosikal ke sekolah.
Bagaimana peraaan ketika itu ? Mula melangkah sebagai pengurus tanpa pengalaman mengurus – . Perasaan rendah diri bila bertemu dengan guru-guru baru di situ. Kebanyakannya adalah guru-guru yang pasangan hidup mereka juga -seorang guru. Dalam tahun itu, awal “90”an, kebanyakannya sudah mempunyai kenderaan sendiri yang terkini. Sudah kerap bercerita mengenai ‘pengindahan rumah’ dan lain-lain aktiviti kehidupan yang semakin serba mewah.
Saya bernafsu sekali untuk menjadi GB ketika itu kerana saya telah melalui tahun-tahun yang menggembirakan sebagai Guru Penolong Kanan. Semua bidang dan tugas di sekolah telah saya lakukan. Saya rasa saya sudah banyak mengetahui selok belok perjalanan sekolah – dari tukang kebunnya, sampai kepada guru dan muridnya. Saya juga tidak putus-putus berkhidmat sebagai Setiausaha PIBG di mana saja saya bertugas. Dan saya tiada ada masalah untuk bersama dengan waris di sesebuah masyarakat. Dan yang penting saya tiada masaalah dengan semua GB yang menanungi saya semasa saya menjadi PK. Lemahkah saya ? – atau Perkasakah saya ? Allah lebih mengetahui dan Allahlah yang lebih perkasa.. !. Itu doa saya.
Bermulalah pengalaman baru dalam proses pembelajaran. Saya menemui kekurangan yang perlu dibaiki. Saya menemui pekerja yang bermasalah yang perlu ditangani. Saya menemui tingkap era 60an yang perlu diganti. Menemui timbunan sampah sarap yang berlonggok di belakang sekolah. Pintu terkopak, bilik tidak terurus dan kolam ikan yang terbiar. Dan sebagainya. Mampukah saya melakukan semuanya ? Satu persatu saya cuba lakukan bersama guru-guru yang boleh saya dekati.
Akhirnya dengan kerjasama PIBG sekolah tersebut dapat menganjurkan ‘Program Gotong Royong – PERDANA‘ dengan mengumpulkan hampir 150 waris bagi meningkatkan persarana sekolah. Beberapa pintu dapat ditukar, membaiki kolam ikan, membersih dan mengemaskan ‘rumah burung’, mengecat beberapa bahagian bangunan yang terlalu usang dan menguruskan sampah sarap. Lega dan bangga – bisik hati kecil saya ketika jamuan dihidangkan di masjid bersebelahan sekolah.
PPD dengan rendah hati telah memperbaiki bilik dengan menempatkan sudut mesyuarat. Juga telah menggantikan semua tingkap ’60an dengan tingkap nako era ’90 (sekarang era 2000, semuanya tingkap ‘sliding’ pula). Terima kasih pegawi PPD yang bertugas. Bilik GB juga telah diletakkan ‘karpet’ – atas ikhsan ‘kontraktor (konon). Juga terima kasih diucapkan. Maka sekarang barulah saya betul-betul merasakan saya berada di Sekolah Selamat – iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat.
Saya belajar mendekati guru-guru dengan cara tersendiri. Saya tidak terasa janggal untuk menyatakan apa yang saya kehendaki berlaku di sekolah bawah kelolaan saya. Dan didapati banyak perkara yang telah kami dilakukan walaupun harus menangakui bahawa pengalaman cetek menyebabkan banyak perkara tidak dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Namun dalam masa se tahun di sana, ianya menjadi kenangan yang sangat berharga kepada saya dalam memulakan kerier sebagai GB.
Apa yang saya benar-benar belajar di sekolah pertama selaku GB ialah – tiga situasi yang saya tidak dapat lupakan (1) Manangani seorang pekerja yang memang kaki ponteng dengan alasan tersendiri, (2) terpaksa menggunakan Sunny Boy saya mengangkut tong cat terbuang ke tong sampah awam selama beberapa hari ketika dalam perjalanan balik dari sekolah. (3) peristiwa tali leher tersepit di rantai motosikal Honda Fame, saya.
Sesungguhnya di sekolah itu saya merasa amat selesa sebagai GB berbanding dengan sekolah lain kerana… (1) GB bertugas sama dengan guru biasa, di sebelah pagi sahaja. (2) Tiada banyak maklumat dan data yang dikendaki untuk di isi samada secara manual atau online. (3) Tak perlu banyak mesyuarat dengan guru kerana tidak banyak arahan dari atas – hanya pandai-pandai sendiri je…. maka SELAMAT lah saya buat seketika.
Juga sebelum meninggalkan kampung yang selamat itu saya sempat menyaksikan pembinaan tapak – antara beberapa makmal komputer yang terawal di negeri Pulau Pinang, di bina di Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat.
...gbpencen…ingin kembali mencari rakan yang selamat di Kampung Selamat.

