Seronok sungguh. Di sana sini, dari guru hingga ke menteri memperkatakan mengenai beban guru. Melingkar-lingkar fikiran membayangi berbagai pendapat dan andaian mengenainya. Adakah ini perkara baru ?. Apakah guru dahulu tidak dibebankan ? Jika dibuat perbandingan tugas guru sekarang dan tugas guru dahulu sudah cukup untuk menjawab soalan-soalan di atas.
Sebelum pelaksanaan KBSR, saya mengajar di sesi petang. Bangun tidur hari sudah meninggi. Singgah di kedai sebelum ke sekolah untuk bersarapan tengahari. Masih bujang. Seingat saya tiada apapun yang saya bawa dalam peti motosikal Vespa saya, Mungkin (kalau ada) kasut getah untuk bermain sepak takraw selepas sekolah nanti. Mungkin juga terselit dua batang pen dipoket, satu merah dan satu lagi biru. Tiada ada lain-lain bekalan selain daripada bekalan kegunaan peribadi.
Sampai di sekolah pun begitu juga. Mencapai buku ringkasan dan dua tiga buah buku terus masuk ke kelas dan mengajar. Buku panduan memang ada dan ada sedikit-sedikit buku teks murid. Begitulah seharian mengajar. Rehat hanya waktu rehat dan waktu guru agama masuk kelas saya. Waktu Bahasa Inggeris di kelas saya, saya mengajar Bahasa Melayu di kelas sebelah. Sepanjang hari penuh bersama murid kelas saya. Seingat saya di tahun ’70an , guru pusingan di sekolah saya hanyalah guru agama dan Guru Besar sahaja.
Sambil menulis di papan hitam saya menghisap rokok. Murid, guru lain dan sesiapa sahaja tak kisah mungkin (kerana) ramai yang tidak menghisap rokok dari yang menghisapnya. Sekolah tiada bekalan letrik tapi tidak pula terasa panas sampai berkuap-kuap macam sekarang. Semua berjalan lancar dan tiada pun ada guru yang merungut apa-apa. Tertekan ke, beban ke, marah-marah ke; semuanya macam biasa saja.
Guru Besar tidak pernah menyuruh saya berbuat apa-apa pun selain dari menulis buku ringkasan, memeriksa buku latihan murid dan mencatat jadual kedatangan. Mudah dan ‘simple’. Tiada jawatankuasa Panitia, tiada jawatankuasa kesihatan, tiada jawatankuasa disiplin, tiada dan tiada apa-apa. Yang ada hanya tv pendidikan, itupun kena hidupkan generator baru tv boleh berfungsi. Murid seronok menonton tv, kerana rumah mereka tiada tv..
Mesyuarat hanya diadakan untuk membuat sesuatu acara seperti sukan. Tidak banyak persiapan yang dibuat kerana kebanyakan kerja-kerja persiapan dijalankan oleh orang kampung. Nak Mesyuarat Agung PIBG pun tidak bermesyuarat, hari anugerah pun tidak diadakan, hanya beri hadiah diperingkat kelas sahaja. Kalau ada peperiksaan, guru yang berkaitan dengan Peperiksaan Darjah Lima sahaja yang melakukannya. Yang lain buat kerja masing-masing. Yang saya pernah mesyuarat tunggang langgang ialah apabila PIBG mengadakan pertujukan pentas bagi mengutip derma dengan menjemput Jamal Abdillah (ketika itu belum terkenal sangat lagi) sebagai penyanyi utama. Itu pun kerana penduduk kampung sukakan acara itu.
Senangkan (?) Tidak membebankan kan (?)
Saya tidak pernah dengar arahan dari Kementerian. Saya tidak pernah dengan Pengarah memberi amanat. Saya tidak pernah nampak pegawai dari JPN atau PPD yang datang ke sekolah bertanya itu dan ini. Tidak pernah saya mengumpul apa-apa data pun selain data peperiksaan setengah dan akhir tahun sahaja. Hanya kadang-kadang ada penyelia (PPD) datang bertanya hal-hal berkaitan sekolah dengan Guru Besar. Guru Besar pun jarang bercakap dengan guru / murid sebab perhimpunan pun dihadiri oleh seorang dua guru sahaja. Jam 10.00 pagi Guru Besar saya pergi minum kopi di Pekan Pantai Remis. Arahan hanya datang dari satu pihak sahaja, iaitu pihak sekolah. Semua pihak ketika itu menyerahkan tanggung jawab mengajar kepada guru di kelas. Maka guru di kelas pun buatlah, mengajarlah dengan senang hati. Cukup jam, balik ke rumah periksa buku, buat soalan dan membuat kerja-kerja peribadi dengan senang hati.
Tapi gaji sikit saja.
Hanya selepas KBSR mula dilaksanakan maka guru diberi sedikit penekanan untuk mengalihkan paradigma P&P. Guru dikehendaki menyediakan alat bantu mengajar dengan lebih sistematik. Tetapi masih tidak membebankan kerana alat dibuat sendiri. Tidak banyak yang dapat disediakan, cukup untuk memanipulasi alatan yang sempat dibuat.
Dengan merujuk kepada perkara di atas, persoalannya ialah : Mengapa tugas guru sekarang dikatakan membebankan ? Kalau anda tidak mahu menjawabnya, nantikan jawapannya dari saya.
…gbpencen…sedang mencari anak muridnya yang berjaya (walaupun cikgunya merokok ketika mengajar) di pejabat LHDN Negeri Perak.
Untuk Paksu Pencen, Aziz, Shima, Yuslan dan vtech:
Terima kasih atas respon anda semua. Saya hargai. Saya hargai pendapat peribadi anda (untuk dikongsi) yang dicoretkan dalam setiap komen anda. Melalui pengalaman anda dalam era moden (atau semakin bertambah moden) yang sangat mencabar ini.
Saya memahami betapa berbagainya pendapat mengenai agihan pendapatan untuk menyara kehidupan dalam negara kita yang tercinta ini. Semua generasi muda kita (harus) berkemampuan untuk mengharunginya. Buktinya tidak dinafikan kerana saya sering berselisih bahu dengan bekas anak didik kita yang telah berjaya dan antaranya telah sangat berjaya. Namun realitinya, saya tidak dapat memisahkan diri saya untuk merenung anak didik kita yang masih tidak berjaya. Ramai di antara mereka hanyut dalam arus pemodenan Satu Malaysia.
Bahawa dengan tidak menafikan, kita semua menyedari apa yang anda katakan bahawa bangsa kita adalah bangsa yang suka berselesa. . Sebenarnya bangsa kita telah didik untuk berselesa dari dahulu lagi. Sebelum mencapai kemerdekaan bangsa kita telah selesa, cukup sekadar boleh makan. Selepas merdeka juga, bangsa kita terus selesa kerana tiada ada apa yang hendak dikejarkan. Pernah saya katakan bahawa pada ketika itu tiada motivator yang dapat mendorong bangsa saya untuk terus merebut ‘kek’ negara dengan seberapa segera.
Kita hanya dapat melihat perubahan kepada sedikit suasana tidak selesa iaitu pada awal pemerintahan Tun Dr Mahathir. Beliau merupakan seorang motivator untuk bangsanya termasuk bangsa Malaysia. Ungkapan keramat beliau : Kita tidak akan mengambil hak orang lain untuk diberikan kepada bumiputra tetapi akan membuka ruang baru untuk diteroka. Beliau telah membuatkan bangsanya sedikit terbuka. Maka semenjak itu bermula lah era Melayu Moden, tetapi bangsa kita tetap bangsa kita, bangsa saya, bangsaku.
Bila berada diruang-peluang sebagai pendidik dan pengurusan pendidikan (peringkat rendah) , maka ruang litup yang terhad itu sajalah yang boleh dimanipulasi. Sebagai insan kerdil yang serba kekurangan, melihat kedaifan anak didik bangsa saya yang serba tidak menjadi, saya perhambakan diri semau-maunya untuk mereka tanpa sangat memikirkan apa-apa. Apa saja – Guru j-qaf, PPSMI, isu berat beg, KWAPM, bauchar tuisyen dan banyak lagi cerita dalam institusi pilihan saya itu, ditempuhi dengan rela tanpa sangat akan memikir hal-hal lain, hatta diri sendiri.
Persoalannya , keselesaan bangsa saya dalam Satu Malaysia juga dinikmati oleh semua bangsa di Malaysia. Maka kita harus menuntut keselesaan itu daripada orang yang lebih selesa dari kita. Ini harus dilakukan sebagai mengenang jasa dan menghargai kerja kuat pemimpin-pemimpin Melayu terdahulu yang telah memberi keselesaan kepada bangsanya dan kepada ‘mereka’ . Walaupun ramai bangsa kita tidak berniaga, bahawa mereka adalah satu bangsa yang perlu Satu Malaysiua hargai kerana mereka merupakan satu bangsa yang baik, pemurah, lembut hati dan bertolak ansur. Mereka sudah melakukan perkara itu, lamaaaaaa dulu sehingga sekarang. Berterima kasihlah kepada mereka. Mereka perlu diharga walau dengan apa alasan sekalipun.
…gbpencen…masih tidak emosi.
Pemimpin perlukan penonjolan. Datuk Seri Najib menonjolkan ‘Satu Malaysia’ bagi mempromosi dirinya selaku seorang Perdana Menteri. Juga mempromosi visinya sebagai satu landasan keterlibatan dan komitmennya dalam mengisi ruang penuh berliku dalam era kekuasaannya. Siapa juga memerlukan penonjolan yang ketara sekiranya berada dimana-mana puncak kepimpinan.
Zaman keselesaan politik telah berakhir ketika mana Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia. Rakyat begitu akur dengan apa yang dibuat oleh kerajaan pada masa itu kerana segala maklumat yang diperolehi diperjelas dengan mudah. Visi digambarkan dengan jelas dan mudah difahami. Permasaalahan dirujuk kepada intipati kerukunan negara berlandaskan undang-undang dan perlembagaan. Majoriti rakyat menerimanya dan telah memudahkan aktiviti kenegaraan berkembang.
Kisah bermula apabila negara mewarisi kekeliruan politik Melayu yang ditinggalkan oleh Tun Abdullah. Kebanyakan umat Melayu dewasa membicarakan politik dalam perlbagai dimensi. Ada yang rasional dan ada yang emosional. Ramai pemimpin baru muncul. Yang lama pula ada yang mucul semula . Ada yang hilang kuasa, ada yang kembali berkuasa. Ada diantaranya yang baru mula berkuasa. Hala tuju politik Melayu berbelah bagi. Najib muncul ditengah-tengah kekalutan ini bersama ‘Satu Malaysia’ bersama UMNO yang masih memegang teraju.
Tidaklah seumpama langit dan bumi bezanya antara Najib dan kegagahan Tun Dr Mahathir walaupun bezanya memang ada. Datuk Seri Najib juga ada kriasmanya. Peringkat awal gagagsan ini ialah memenangi hati Malaysia untuk memenangi pilihanraya akan datang. Satu untuk semua Malaysia. Itulah gagaasan yang makin hari makin jelas kelihatan hak samarata telah mula dilaksanakan. Maka diri ini bertanya -perlukan iya ? Pada era Dr Mahathir, apa saja yang diputuskan oleh UMNO akan didengari dan dipatuhi. Tetapi semenjak kekalahan teruk BN semuanya sudah menjadi ‘upside down’. Ianya telah menghimpit Datuk Seri Najib melaksanakan “Satu Malaysia’. Setujukah kita ? Setujuuu!
Melayu selalu berkata setuju dalam kebisuan… mengalah dan berserah. Percaya atau tidak, kebanyakan umat Melayu taat akan pemimpin yang mewarisi nama keramat UMNO yang banyak menabur jasa. Namun sejarah telah membuktikan Melayu yang menghancurkan Melayu sehingga menjadi layu. Oleh itu teruskan perjuangan… kata sebahagian Melayu.
Walaupun begitu maka perlu diingat kita sudah banyak kehabisan tenaga dalam mengemudi bahtera yang kita layari. Telah ramai penumpang yang telah mendapat banyak keuntungan. Penumpang-penumpang ini dalam senyap tidak menyapa kita tetapi langkah disusun mewarisi harta negara ketika kemudi yang kita pegang agar bahtera tidak bocor, hanyut di pukul gelombang, mereka selesa di bahtera permata sambil perlahan menyusun strategi memperlekehkan nakhoda. Siapakah mereka. Mereka adalah peniaga-peniaga Cina.
Contoh : Di swasta, kilang dan premis peniagaan, Melayu menjadi tunggangan kepada kaum yang menumpang bahtera UMNO. Kita bukan sahaja dipersenda, tetapi dicerca kerana wang dan kekayaan yang mereka ada dan berkuasa. Senyum sinis Melayu mengangguk-anggukkan kepala mengiyakan segala arah bicara agar tidak hilang kerja, pendapatan untuk menyara keluarga. Anak kita masuk bekerja dengan gaji RM20.00 sehari, anak mereka bekerja dengan gaji RM50 sehari walaupun kurang ilmu dan pengalaman. Tiada caruman EPF dan tiada apa-apa kemudahan, hanya bekerja untuk memperkayakan tuannya berbangsa CINA.
Gambaran di atas adalah salah satu dari ribuan tragedi yang sedang berleluasa dalam Satu Malaysia. Gagasan yang memperjuang hak seakan samarata untuk Cina, Melayu dan India oleh Datu Seri Najib – baik – untuk siapa ?. Sudah kah Perdana Menteri terasa untuk diperhalusi, semasa kita sedang perlahan-perlahan memberi hak kepada mereka kita mesti pastikan hak yang mereka ada diberikan samarata kepada bukan yang berbangsa mereka kerana tuntutan Satu Malaysia mestilah bertimbal balik.
Saya berkesempatan menyelami hati nurani kelompok peniaga Cina yang sama sekali tidak menjujung tinggi usaha yang telah dilakukan oleh UMNO (Melayu) bahkan selalu saja memperlekeh bahawa kekayaan dan keselesaan yang mereka perolehi adalah hasil usaha dan kerajinan mereka sendiri . Terdiam juga mereka bila saya ajukan ‘ Kalau negeri kacau bilau, selesakah anda untuk berniaga ? dan ianya pasti, nanti disuatu hari nanti keadaan tidak sihat ini akan memberi cetusan rasa tanpa dapat dikawal sekiranya ianya terus tidak ditangani dengan bijaksana ?’
…gbpencen… macam melayu lain juga, penakut.