“Pertandingan, sukan, jamuan, anugerah, perayaan, hadiah guru, hadiah murid, maupun apa-apa sambutan semuanya mohon dari PIBG !’ begitulah rungutan En Md Noor semasa saya mula-mula menapak di sekolah itu. “Mana duit sekolah ?” katanya lagi. Dengan yang demikian, teruklah saya mencari dana untuk membiayai semua program sekolah; dia menyambung ceritanya lagi. Saya mendengar dan mengambil iktibar dari kata-katanya itu. Iktibar bahawa semua orang yang diwakili oleh Yang DiPertua PIBG itu begitu perihatin dan mempersoalkan bagaimana (?) sekolah membelanjakan wang ?.
Saya menapak lagi, ke pejabat sekolah pula untuk meneliti kewangannya. Saya dapati begitu banyak sekali wang yang tidak dibelanjakan sebelum ini. Maka berpeluanglah saya membelanjakannya. Berbelanjalah se mau-maunya kerana ia bukannya wang saya – wang murid yang disalurkan oleh kerajaan kepada sekolah. . Dataran Ilmu telah dapat disiapkan lengkap dengan bumbungnnya sekali, pemasangan air bertapis untuk kegunaan PRA / sekolah, minuman sejuk bertapis telah dipasangkan , stor sukan dapat disiapkan, stor bilik KH telah dibesarkan, pancutan air dapat diaktifkan semula, PA System dapat dimenafaat sepenuhnya, pejabat, bilik kaunseling dan sudut kerja bilik PSS sudah dihawa dinginkan, pejabat GB mestilah di dinginkan kerana GB kerja dari pagi hingga ke petang, papan hitam telah di white board kan, alatan sukan telah dilengkapkan (GB peminat sukan), tandas sudah diloloskan dari tersumbat, pili air sudah digantikan, .. dan banyak lagi perkara-perkara di dalam bakul yang saya boleh angkat sendiri…… duit sekolah, bukannya duit PIBG dan juga bukannya duit saya. Jadi lah sekolah seperti orang tua dikenakan ‘make up’ – masih kelihatan tua…
Tapak yang kedua saya langkahi. Seorang guru lama bertanya saya dengan kehairanan; ‘Mengapa dulu asyik tak ada duit saja sekolah ini, mengapa sekarang nampak seperti banyak duit pula ?.” Saya hanya mampu tersenyum : kerana saya lihat memang ada ruang yang boleh menggunakan kewangan sekolah untuk kegunaan murid. Kertas cetak, bahan cetak, boleh digunakan dengan meluas dan berkesan dengan mengenakan sedikit sistem kawalan mengelakkan pembaziran. “Dulu saya dalam PIBG juga, sekolah sering saja mengajukan permohonan agar PIBG mendapatkan sumber kewangan untuk perbelanjaan sekolah !!”. Sambungnya lagi beberapa hari kemudian. Saya berazam untuk memperhemahkan perbelanjaan sekolah dan meminimakan tekanan kepada PIBG dalam mendapatkan sumber kewangan. Saya juga berazam untuk membetulkan persepsi bahawa PIBG adalah gedung sumber kewangan, sebaliknya saya ingin menyatakan bahawa bantuan dari aspek lain juga sangat-sangat diperlukan.
Di sesebuah kampung Melayu , institusi sekolah rendah sangat sinonim dengan penduduknya kerana di situlah tempat mereka mengimbau kenangan – kenangan semasa kecil. Begitu juga dengan sekolah-sekolah yang biasa saya mengajar atau saya mengurus. Tidak dapat dinafikan bahawa pertelingkahan sering terjadi di antara pengurusan sekolah dan masyarakat sekelilingnya. Semasa bertugas, saya sering mendengar rakan-rakan pengurus sekolah bersengketa secara senyap atau secara terbuka dengan Yang DiPertua PIBG dan AJK dari kalangan waris. Mengapakah ini berlaku ? Seribu satu macam cerita yang kita dengar, semuanya akan menegak kebenaran melalui hujah-hujah yang bernas dan tidak kurang pula melalui hujah-hujah yang bodoh.
Dari PIBG saya mohon menyediakan pentas untuk acara sekolah dan beberapa perkara lain yang tidak dapat saya sebutkan di sini. Hubungan menjadi semakin erat dan wang PIBG semakin banyak terkumpul dan boleh digunakan pada bila-bila masa untuk kebaikan anak-anak kampung mereka. Saya akan hanya memohon menggunakan wang PIBG apabila ruang dalam akaun sekolah sudah tidak dapat digunakan lagi kerana peraturan kewangan. Memohon secara berhemah, tanpa memberi tekanan kepada PIBG seolah-olah kehadiran mereka semata-mata untuk mencari wang dan kehadiran sekolah untuk membelanjakan wang itu. Akhirnya mereka sudah tidak lagi mempersoalkan sekolah. Bila mana sekolah mempunyai program, sebagai contoh, PIBG akan membiayai makan minum, selebihnya pihak sekolah pula menyediakan sebahagian yang lain.
Hasil kerjasama yang sedemikian telah dapat membuahkan bibit-bibit kerjasama. Bukan main lagi intimnya perhubungan ini sehinggakan apa saja masalah yang timbul dapat diselesaikan secara sepakat, saling hormat menghormati… Sehingga pada hari akhir saya bertugas, pengurusan acara sukan di balapan, sepenuhnya dikendalikan oleh waris / PIBG. Puasnya saya…
En Md Noor menghulurkan seikat wang RM 8000 (katanya) kepada saya. Saya sedikit terkejut dengan wang tersebut. Dia menyatakan yang dia mendapatkan wang tersbut dari YB Huan. Saya mengingat kembali saat-saat saya dalam kesesakan wang sebelum ini. Kalaulah En Md Noor tidak memberikan kepada saya wang tersebut, dia boleh terus membelanjakan wang sumbangan itu untuk keperluan peribadinya.. siapa pun tidak menyedarinya. Tapi En Md Noor bukan begitu orangnya. Komitmennya sebagai Yang DiPertaua terhadap PIBG sekolah saya yang diterajuinya sudah terbukti berkesan, telus, ikhlas dan berwawasan. Komitmen sebegitu perlu ada kepada pemimpin dalam PIBG, begitu juga saya.
Bolehkan seorang pengurus itu merendahkan sedikit martabatnya untuk bersama dengan waris, kalau pun lah kita ini berkelulusan tinggi ( ?) demi keharmonian sekolah dan masyarakat sekitar. Jawapannya, ada yang boleh dan ada pengurus yang tidak boleh. Jika tidak boleh, sekiranya terdapat dalam masyarakat itu waris yan suka melenting, maka kita akan sentiasa berhadapan dengan masalah ‘yang pelbagai termasuk yang remeh-temah. . Maka jadilah kita orang yang yang sentiasa berhadapan dengan situasi untuk menyelsaikan masaalah – yang kita bentuk sendiri masaalah itu. Kita mengakui ada kalangan waris / PIBG yang melebih camca dari bubur, maka gunakanlah kebijaksanaan dengan menggunakan berbagai-bagai pendekatan agar keputusan yang dibuat tidak tersentuh hati sesiapa; berilah sedikit kemenangan kepada orang lain demi mengwujudkan sedikit keselesaan kepada anak-anak dan guru-guru di bawah kawalan kita – di sebuah sekolah lama di sebuah kampung Melayu di pinggir bandar…
…gbpencen…RM21,000 saya tinggalkan dalam akaun PIBG semasa bersara.
Dari jauh (SABAH) datangnya komen melalui lama blog sekolah (kecil) tapi canggih… memperkatakan mengenai disiplin guru dan minta saya memberikan komen. Walaupun saya tidak begitu jelas maksudnya namun saya andaikan situasainya ialah Guru Besar atau PPD telah mengambil jalan pintas untuk menukarkan guru yang memberikan masalah di sekolah itu ke tempat lain.
Pada saya, kuasa adalah segala-galanya di sesebuah instituisi.. Dimana-mana ada pertikaian yang berlaku adalah kerana pemilikan kuasa. Dengan mempunyai kuasa seseorang akan merasa lebih selamat. Tempat yang besar, besar kuasa ketuanya; tempat yang kecil, kecil sedikit kuasa ketuanya. Maka berkuasalah PPD atau Guru Besar menukarkan guru yang rendah disiplinnya untuk menyelsaikan masalah yang timbul. Kuasa yang diberi tidak wajar di pertikaikan tetapi harus (jika perlu) diperkatakan !.
I : Ada ketikannya cg Ariff kurang siuman. Saya selalu menunggu cg Ariff jam 7.45 pagi. Biasanya dia akan datang jam 8.00 lebih atau langsung tidak datang. Bila dia tiba saya mengajaknya minum dan kemudian menghulurkan rokok untuk sama-sama menikmati aromanya selepas minum kopi ‘o” di Kantin Pak Din. Sesiapa yang tidak merokok tidak akan merasa nikmat aroma rokok digabungkan dengan aroma kopi “o” di waktu baru bangun tidur. Lebih-lebih lagi bagi cg Ariff jika dihulurkan rokok, nikmatnya sudah tentu akan lebih – dan lebih menenangkannya. Sedikit perbualan motivasi untuknya, dia akan memulakan tugasnya pagi itu hingga waktu pulang dengan selamat. Esoknya dia menyatakan dia perlu ke hospital Psikatri Perak Road (Penang) untuk rawatan kerana dia tidak dapat lena pada waktu malam. Saya sebagai GB mengakurkannya. Dia bersama saya sehingga saya bertukar dari sekolah itu.
II: Saya akan mengintai cg Syukur setiap kali dia ke kantin. Saya akan berjumpanya di sana, makan bersamanya walaupun saya tidak lapar. Saya akan meminta rokoknya sebatang (walaupun saya mempunyai rokok) dan saya akan menghisap bersamanya di kantin. Perbulan motivasi untuknya ialah berkisar mengenai kegemaran ataupun kejaguhan dan kebolehannya. Motivasi seterusnya dia adalah aset sekolah dan pada saya ia adalah seorang guru yang berpotensi. Dia amat banyak kelemahan tetapi saya cuba untuk bersamanya dalam apa-apa acara yang disertainya. Saya akan menjemputnya di rumah jika ada program diluar waktu persekolahan; kalau tidak dia tidak akan datang untuk apa-apa program pun. Kemudian dia akan lesap ketikamana pandangan saya terhadapnya tersasar. Aduh ! penatnya saya. tetapi saya gagahi juga. Tingkah laku cg Syukur telah menggambarkan segala-galanya. Cg Syukur telah 2 kali diberkas kerana disyaki ada hubungan dengan dadah. Tanpa bahan bukti yang jelas pendakwaan ke atasnya telah digugurkan. Saya mendekatinya dan keluarganya sehingga ke hari ini walaupun saya sudah tidak bertugas lagi, juga, walaupun dia cuba menghindari dirinya dari saya…
III & IV: Hussin dan Seri Tanjung tidak disukai oleh kebanyakan guru disekolah. Hussin suka mengajar dengan tingkah laku lembut, kurang sopannya. Dia juga lebih suka ‘bisnes’ dari tugas hakikinya. Seri Tanjung pula asyik membela ‘rakan istimewa’ nya saja. Langsung sesiapa pun tidak boleh menegur, jika berlaku kesilapan oleh rakanya itu. Aktivitinya sangat aktif bahkan pro aktif, tetapi hanya berjalan ketikamana rakan istimewa berada di dalam program bersamanya saja. Tabiat suka ponteng, lewat datang, pandai ber ‘cakap’ tapi tak pandai berkomuikasi dalam tugas dan dengan rakan se tugas membosanan PK yang mengendalikannya. PK menghendakkan komitmen seratus peratus macam guru lain tetapi bukan saja tiada komitmen tetapi suka memperlekehkan tanggung jawab PK. Ketegangan memaksa PK beralih tumpuan untuk mendesak saya untuk memaksa PPD menukarkan mereka. Atas alasan yang spara munasabah mereka ditukarkan. Walaupun kehendak itu tidak datang dari GB (saya) tetapi ianya sudah tidak dapat dielak kerana jeneral-jeneral (PK) saya sudah tidak dapat membendung kebosanan mereka, perkara tersebut juga diakui oleh kebanyakan guru di situ. Akhirnya mereka meninggalkan saya… tanpa banyak menyoal saya (hanya menyerang dan menyoal orang lain).
Situasi besar telah mengajar saya bahawa guru juga sebuah kehidupan manusia. Lakonan guru memaksa saya menjadi pengarah yang berkesan. Menjadi pengurus yang tabah dan sabar. Situasi kecil juga mematangkan saya menjadi sahabat yang setia, pengasih dan sanggup berkorban. Namun saya juga seorang manusia yang pada suatu ketika bernama ‘cg’. Dihambat dengan tugas dan berperanan sebagai motivator. Di kejar dengan tanggungjawab dan diburu dengan hasrat. Mahu melakarkan manusia-manusia kecil agar mereka boleh mengharungi kehidupan yang penuh mencabar. Oleh itu, situasi besar yang digambarkan itu perlu ditangani dengan sebaik mungkin agar situasi kecil yang berlaku tidak akan menghalang anak-anak kecil yang berada di sekolah.
Kesimpulannya : Pengurus di sekolah berkuasa untuk mencari pendekatan yang terbaik untuk mengatasi disiplin guru di sekolah. Kuasa yang diberi itu mempunyai banyak dimensi. Dimensi yang paling lumrah adalah menggunakan sepenuhnya kekuasaan yang ada dengan ‘segera’ melenyapkan masalah itu dan memindahkan masalah kepada orang lain – saya tidak akan melakukannya.. Dimensi yang jarang digunakan ialah, membuat pendekatan kepada masaalah kemanusiaan dan melakar satu situasi besar itu menjadi kecil dan menguraikan mengikut budi bicara. Pilih lah yang mana akan membuahkan kejayaan dan mengwujudkan situasi : menang-menang (kata orang sekarang).
...gbpencen…selalu dalam situasi : kalah-menang…
Maksud saya antara dua darjat.
Sani, kawan baik saya sekitar tahun 70 dan 80′ an di Pantai Remis bertanyakan saya….Macamana ‘hang’ boleh jadi cikgu… ?
Muslim, juga kawan baik saya sekitar 3 atau 4 bulan yang lalu (2009 / 2010) di Pulau Pinang bertanyakan saya….Macamana ‘hang’ boleh jadi cikgu… ?
Jarak masa pertanyaan itu antara keduanya lebih kurang berselang 20 tahun tetapi pertanyaan yang pertama dan kedua itu sama saja rentak dan bunyinya. Situasinya juga sama. Kedua-dua soalan itu amat membanggakan saya. Pertanyaan itu selalu saya bawa bersama saya untuk saya hebahkan ketika saya dalam perbualan sesama guru, rakan atau keluarga. Pertanyaan itu pada pendapat saya menggambarkan karektur guru yang sebenar. Dan yang penting karektur saya sebenarnya.
Di sekolah dan di dalam pergaulan memang saya bezakan. Di sekolah saya menhadhamkan tugas pengajaran dan pembelajaran, kepatuahn arahan, keberkesanan komunikasi dan ketegasan disiplin. Dalam pergaulan, kemesran, rendah diri, sesuaikan keadaan, ramah, mesra, perihatin, tolak ansur dan sedia membantu (?) oleh itu antara tugas dan hubungan mesra sememangnya berbeza. Perbezaan itu membuatkan saya sentiasa melakonkan watak-watak yang sesuai dalam pesekitaran yang sesuai. Oleh sebab lakunan ini menyebabkan rakan saya tersentak kerana kelakuan mesra itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang bernama guru, bahkan seorang Guru Besar.
Jika di sekolah saya menjalankan tugas se efektif yang boleh dengan menerapkan nilai ‘budi bicara’ yang tinggi dan juga mesra ‘guru / pekerja’. Ketegasan juga ada tetapi pada masa yang sesuai dan tidak dapat dielak atau sudah meletihkan… Tapi dalam pergaulan saya suka berjenaka atau kadang kala bergurua secara agak agresif dengan kata-kata. Yang paling ketara, ialah rakan baik saya akan mengenakan saya dan paling ketara mereka akan terKENA se pedih-pedihnya. Begitulah lakonannya.
Semenjak 20 tahun yang lalu, ianya tidak merubah dan saya tidak berdaya untuk mengubahnya. Berkhidmat sebagai guru dalam tempoh yang panjang dan melalui berbagai situsa pergaulan dengan yang besar dan yang kecil, namun rakan-rakan yang mengenali saya akan mempersoalkan ‘keguruan’ saya. Saya tidak langsung ambil hati kerana saya tahu….
1. Bila saya berjalan di kaki lima bilik darjah.. seluruh kelas akan terdiam dan merayap kembali duduk di tempoat masing-masing.
2. Bila seorang murid yang namanya saya panggil, murid itu sudah tentu mencuba mencari helah untuk tidak berjumpa saya atau kalau berjumpa pun ia akan membela dirinya atas keslahan yang telah saya kesan. Pulangnya dari bilik saya dia akan sedikit merasa henyakan rotan di punggungnya.
3. Bila saya berucap samaada di perhimpunan atau di mana-mana majlis sekolah, tiada murid yang akan bersuara, kalau ada, murid itu tidak lepas dari saya nanti. Semua ucapan saya berinformasi.\, murid dan guru mesti memahaminya betul-betul.
4. Bila saya mengajar, murid kenas bersedia… kelas dan susunan mesti teratur, kotak pensel, beg, botol minuman mesti berada di tempatnya. Tiada sampah dan tiada keadaan yang kelam kabut. Dengar bila cg bercakap dan cakap bila cg hendak mendengar. Siapkan latihan kerana latihan yang saya beri cukup dengan masa yang saya beri. Tidak siap bermakna murid berkenaan telah menggunakan masa yang diberi untuk melakukan kerja-kerja yang lain.