Hari ini isteri suruh saya membeli apom, satu-satu kuih yang tok bomoh kata boleh dimakan. Jam 9.00 malam, apom yang dihajatinya dapat dimakan sambil menonton tv. Ikan kembung dan ikan haruan masak rebus boleh juga dimakan. Hanya air teh dan air kosong saja sebagai minuman. Semuanya untuk memantapkan lagi perubatan dengan bomoh yang mengubati sakit barah angin atau gestrik yang telah berlarutan. Sambil menonton tv, sambil berborak.
Sakit telah pun pulih selepas menjalani pantang kira-kira sebulan yang lalu. Kehidupan menjadi ceria. Sembang pun sudah agak kuat dan panjang. Banyak sembang mengimbas kembali kualiti kehidupan yang menurun semasa tempoh sakit yang dialami. Kesyukuran yang amat sangat. Jamuan kesyukuran pun sudahpun dilaksanakan. Alhamdulillah.
Ibu mertua saya sering mengatakan kepada isteri saya dengan nada berdoa untuk kesihatannya selama ini. Doanya agar anaknya pulih dan dapat menjaganya ketika sakit. Walaupun begitu ketika sihatnya, isteri saya suka membelai emaknya dengan melayan kehendak makan minumnnya. Doanya dimaklbulkan..
Sinopsi coretan di atas bagi menggambarkan cerita sebenar mengenai ibu bapa yang tidak seharusnya dipinggirkan.
Tidak lupa kami mengimbas duka adik ipar saya yang telah lapan bulan terlantar. Walaupun telah pulih dari koma selama 4 bulan, beliau hanya boleh diarahkan untuk menunjukkan jari sehingga bilangan lima. Dalam lawatan saya dua tiga hari yang lalu dia sudah boleh menyalakan lampu picit dan boleh menunjuk ke arah saya dan isteri saya bila nama kami disebut. Makan bercorong dan berlampin.
Isteri saya mengimbas pada suatu ketika dahulu ketika adik ipar saya itu masih sihat:
Isteri saya pernah bertanyakan adik nya, bagaimana kalau dia diminta untuk menjaga emak dan ayah seketika yang ketika itu tidak begitu sihat di kampung. Isteri saya menyatakan kepadanya bahawa ibubapa kami amat rindukan mereka kerana anak lelakinya itu sudah lama berjauhan dengannya di perantauan. Sebagai penegasan isteri saya menyatakan yang ibubapa kami selalu menyebut-nyebut namanya. Kami di sini memang menjaganya tetapi mereka berdua amat kempunan untuk berada di sisi anak lelaki yang dikasihininya.
Dengan selamba, adik ipar saya menjawab : Kau oranglah (pelat KL) saja yang menjaganya, kite orang tak bolehlah menjaga bapa dan emak.… Begitulah ungkapan yang sentiasa menghantui saya dan isteri yang kami dengari dari mulutnya dengan jelas. Isteri adik ipar saya juga tidak bersedia dengan sedikit pengorbanan yang dihajati oleh ayah dan ibumertuanya.
Selang beberapa lama ayah mertua saya meninggal dunia di hospital kerana sakit jantung. Dia meninggal dalam kerinduan yang amat sangat terhadap anak lelakinya itu. Juga kerinduannya dibawa bersama kematiannya terhadap seorang lagi anak lelakinya yang 3 / 4 tahun sekali baru kelapangan menjengahnya. Titisan air mata hari kematian sudah tidak berguna lagi. Penyesalan tidak akan dapat diubat lagi. Mungkin hanya doa saja yang dapat meleraikan segala.
Salah kalau saya menyatakan bahawa hukum tuhan telah jatuh ke atasnya dan isterinya kerana terpaksa menjaga suaminya yang telah 8 bulan dalam keadaan terlantar. Salah. Tetapi itulah hakikat yang saya dan isteri saya (mungkin kita semua) perlu renung. Bahawa sesungguhnya -cakap siang dengar-dengar – cakap malam pandang-pandang. Ibu dan ayah jangan sekali di perlakukan secara enteng kerana cakap malam atau siang atau bila-bila saja, Allah itu maha mendengar …
Selepas 2 kejadian itu saya mengingatkan semua orang bahawa jangan sekali-kali pinggirkan ibu dan ayah, buruk padahnya. Dan selepas itu juga, seorang lagi adik ipar saya (lelaki juga) yang telah membawa emak mertua saya tinggal dirumahnya di Kulala Lumpur dan membelainya sepanjang masa. Kami semua beryukur bahawa banyak hikmah yang diperolehi disebalik kejadian-kejadian yang menyayat hati tersebut.
…gbpencen… hutang saya dengan ibu masih tak terbalas.
Seorang pembaca meminta saya buat komen mengenai sekolah satu aliran. ‘ Gentlemen’ orangnya lengkap dengan gambarnya sekali. Saya sampai hari ini hendak masukkan gambar saya dalam blog masih tidak tahu lagi. Walaupun tanpa pengetahuan khusus mengenai perkara ini, hendak juga adanya saya membuat komen tanpa merujuk kepada maklumat yang terkini. Begitulah adanya..
Teringat saya satu masa dulu yang diwar-warkan sekolah satu sesi. Kelamkabut Guru Besar (GB) susun jadual waktu walaupun sekolah dua sesi hendak juga dijadikan seolah-olah satu sesi juga. GB kena kreatif, positif, efektif, inovatif, objektif dan lain-lain ‘tif’ lagi. Saya buat.. jangan tak buat walaupun sekolah yang saya kendalikan dua sesi.
Kemudian ..
Teringat juga saya (satu masa dulu yang diwar-warkan) sekolah bestari. Kata penceramah JPN, semua sekolah adalah sekolah bestari. Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) membekalkan poster untuk promosikannya di sekolah. Sekolah kawan saya penuh dilebelkan bestari. Semuanya bestari. Kantin bestari, pejabat bestari, bilik darjah bestari. Berkeping-keping CD juga berbagai jenis buku dibekalkan ke sekolah termasuk perlbagai program bestari diminta dijalankan.
Kemudian ….
Diikuti dengan program memperkasakan sekolah kebangsaan dan terus dengan pelaksanaan PIPP (Program Induk Pembangunan Pendidikan – Hishamuddin Tun Hussein). PPD (riuh-rendah) dikerah untuk menghafal pelaksanaannya dan GB pula (akan) disoal jika tidak menghadhamkan PIPP. Berkoyan-koyan maklumat, makalah, buku dibekalkan. Saya siapkan perancangannya bersama dengan semua guru di sekolah saya setelah mereka semua menerima taklimat dari saya. Siap dengan lagunya sekali untuk dialunkan oleh murid-murid setiap kali perhimpunan. Poster yang dibekalkan oleh ‘salesman Cina’ digantung penuh di sekolah. Saya pun menunggu masa untuk memberi laporan pelaksanaan PIPP di peringkat sekolah (sampai pencen tiada siapa yang panggil saya untuk beri laporan )
Begitulah …
Satu demi satu pelaksanaan yang diketengahkan oleh Kementerian Pelajaran untuk meperkukuhkan sistem pendidikan negara. Kita patut mengucap syabas kepada pihak menteri-menteri dan orang-orang kanan di KPM kerana membuat perancangan dengan memandang jauh akan masa depan generasi akan datang. Saban tahun ada sahaja pelaksanaan dasar besar yang diwar-warkan, tidak termasuk dasar kecil atau program kecil. Berlambak-lamabak program yang sudah, sedang dan akan diterima di sekolah. Memang hebat.
Akhirnya…
Sekolah satu sesi belum menjadi kenyataan kerana banyak lagi kekangan yang perlu diselesaikan. Segi perancangannya sangat ideal dan dapat membantu mengatasi banyak masaalah terutamanya masaalah sosial di kalangan pelajar. Sekolah satu sesi juga dapat membantu mengatasi kekangan masa untuk melaksanakan sesuatu dasar/program/aktiviti oleh pengamal pendidikan di sekolah. Ianya seolah-olah satu penangguhan yang tidak diwartakan. (?)
Sekolah Bestari terus menjadi bestari dari segi peralatan dan bahan pengajaran tetapi agak terkebelakang dari segi pelaksanaan dan pemantauan. Segi penyelenggaraan dan pengurusan peralatan dan bahan banyak menimbulkan masaalah walaupun kelihatan seperti semuanya berjalan dengan baik tetapi kesan dan hasilnya, masih boleh diragui. Ianya tidak ditangguhkan tetapi nampak semakin hilang kabus bila matahari menjengah cahayanya..
PIPP sudah bertukar menteri. Nampaknya menteri baru mengaggahi juga memperlengkapkan pelaksanaannya tetapi lebih kepada menonjolkan imej pendidikan baru nampaknya. (di bawah menteri baru). Sebuah sekolah yang saya mengajar (baru-baru ini) GBnya masih menekankan supaya murid memahami 6 teras PIPP – nyanyian irama PIPP masih berkumandang setiap hari Isnin – GB juga meminta murid sekolahnya menghafal 6 teras PIPP supaya ayah dan emak mereka juga faham akan pembangunan Pendidikan di Malaysia. Hebat GB ini (terus terang saya menyatakan – saya tidak melakukan begitu).
Soalan : Mengapa ia berlaku begitu ?
Setiap GB baru di sesebuah sekolah juga mempunyai dasar sepertimana menteri pelajaran. GB juga mendekati permasaalahan di sekolahnya dan mencari jalan mengatasinya. Tindakannya akan dipelbagaikan dengan mengambil kira semua kapasiti yang ada di bawah kawalannya secara objektif. Kekangan yang ada dihalusi, pelaksanaannya dipantau, kegagalannya dihalusi dan diambil tindakan sewajarnya. Tentu ada yang pro dan kontra. Tentu ada yang kuat dan yang lemah. Hakikatnya dalam kelompok sekolah yang kecil, tentu lebih mudah untuk dikendalikan, tidak seperti menteri mengendalikan satu kementerian, dan se Malaysia.
Oleh itu ….
Apa saja pelaksanaan yang hendak dilaksanakan, ianya sangat berhubung kait dengan keperluan. Perlukah ssesuatu dasar itu diwujudkan. Kalau perlu tentu sekali strateginya harus mantap dan berkesan termasuk prasarana, tenaga kerja, situasai, kewangan dan sebagainya. Yang sedia ada sudah (kah) benar-benar bersedia untuk menerima dasar / program baru kerana ia melibat satu Malaysia. Kalau tidak, ianya hanya menguntungkan sesuatu pihak, sama ada pembekal. populariti seseorang atau institusi pengendali dan yang penting .. ada yang menjadi mangsa… iaitu (?)
Begitu jugalah Sekolah Satu Aliran : Pada pendapat saya ianya memang baik ….
Bunyinya gah, bersemangat. Hujah-hujah (cerdik pandai) memang berkesan. Semuanya baik belaka walaupun ada yang menentang. Sebenarnya ianya telah dinyanyikan sekian lama dan sepatutnya lirik lagu itu telah lama diterjemahkan dulu lagi. Kegagalan melaksanakan kerana (pertama) kerana kurang keberanian dari pihak pelaksana dan (kedua) kerana kegagalan menyusun strategi akan terus menghantui pelaksanaanya kerana ianya bukan satu kerja yang mudah.
Apa yang digambarkan pada segmen-segmen di atas, pada saya sudah cukup untuk menggambarkan apa yang akan bakal berlaku setelah pelaksanaanya dimulakan. Kalau tiada keberanaian usah dilaksanakan. Dan kalau tiada strategi yang berkesan juga usah dilaksanakan. Laksanakanlah apabilanya ianya sudah cukup bersedia..
apabila ….
orang-orang yang berkentingan sudah mendiamkan diri dan bebaskan mereka dalam hal pelaksanaan ini; jika tidak kita hanya akan melihat pelaksananya adalah dari kalangan pembekal peralatan, pembekal CD, pembekal buku yang meronta-ronta agar program itu dapat disegerakan.
Juga ketepikan orang yang hanya beriya-iya untuk mempromosi diri, (sepatutnya) biarkan orang pendidikan yang tiada berkepentingan menyusun strategi ini..
…gbpencen..banyak lagi nak tulis nih..
Muniandy telah dihadapkan ke muka pengadilan. Dia melakukan kesalahan kerana menumbuk pemain lawan di dalam permainan apa bila tercetus pergaduhan. Ada banyak sebab pemain bergaduh di dalam padang. Sebab yang utama ialah pengadil gagal memberi keadilan dan permainan menjadi hangat. Kehangatan terbentuk apabila pemain dan pemain mengalami tekanan disebabkan perlakuan antara mereka. Hakikat ini kita terima. Hakikat yang tidak dapat diterima ialah ketegangan disebabkan pengadilan bolasepak di dalam padang lemah.
Kesannya bukan saja dirasai oleh Muniandy, ianya juga memberi kesan kepada saya selaku setiausaha persatuan. Makin terasa kesannya lagi ialah ketikamana NTFA (Pasukan saya) yang sangat kesempitan wang terpaksa berkunjung ke FAM menghadap Lembaga Disiplinnya. Sejumlah wang perlu dibelanjakan untuk semua urusan perjalanan, tempat tinggal dan makan minum di sana sedangkan wang amat diperlukan untuk mengendalikan pasukan Liga Perdana itu.
Di FAM kita berhadapan dengan panel tatatertib bersama pengadil yang mengendalikan perlawanan itu. Cikgu Mas tidak dapat bertentang mata dengan saya bila saya menyatakan yang kegagalan pengadil mengawal emosinya yang mencetuskan pergaduhan. ‘Cina Babi’ adalah perkataan yang dikeluarkan oleh pemain lawan kepada pasukan kami (yang pegawainya ada dari keturunan Cina) ketika aksi perlawanan tersebut, tanpa tindakan dari pengadil perlawanan. ‘Biarkan, kita nak tengok mereka bertumbok’ Itulah kata-kata sombong cikguMas yang saya dengar dengan telinga saya sendiri ketika beliau berjalan keluar (dengan selamat) meninggalkan padang setelah tamat perlawanan. Dia di kawal rapi oleh pihak keselamatan.
Ianya berakhir apabila Muniandy didapati salah kerana ‘menumbuk’ dan dijatuhi hukuman penggantungan selama beberapa perlawanan. Cikgu Mas tidak menghadapi apa-apa masaalah untuk meneruskan kerjaya pengadilnya. Semasa berpisah di FAM pada hari itu, cikgu Mas tidak memandang saya. Saya tertanya-tanya, apa salah saya. Profesionalkah dia ?. Saya hanya berkata benar. Selepas itu dia tidak semesra dulu lagi dengan saya sedangkan pada suatu masa dulu dia pernah menyatakan yang saya ‘sifu’nya dalam bidang pengadilan bolasepak – walau hakikatnya tidak.
Ketika pertandingan bolasepak sekolah-sekolah, ketika mana sekolah saya menentang sekolahnya cikgu Mas bermati-matian menjerit untuk memenangkan pasukan sekolahnya. Dia sebagai jurulatih berhak untuk melakukannya, saya akur tetapi tidak pula dilakukan ketika sekolahnya menentang sekolah lain. Saya tidak menjerit sebaliknya terus mengukir senyuman sendirian dan mententeramkan hati dengan menyatakan … itulah ‘pendangan bolasepak’ (kalau sesiapa hendak tahu).
Kini saya bersama pasukan berada di perlawanan penting. Pasukan NTFA akan menentang daerah Seberang Perai Tengah (BMFA). Kedua-dua pasukan perlu menang itu menyambung hayat. siapa yang kalah akan ditunjukkan jalan keluar. Jeritan cikgu Mas berbeza pula kali ini. Dari tepi padang sebagai pengadil garisan dia menjerit memanggil pengadil utama untuk memberikan kad kuning kepada pemain NTFA. Jeritanya kuat dan berkali-kali. Pemain kami menjadi marah dan rentak perlawanan menjadi semakin terganggu. Yang menjadi tanda-tanya saya, tidak pula jeritan ditujukan kepada pasukan daerah tempat inggalnya (SPT).
Sebagai pengadil garisan, beliau berhak mencadangkan anugerah hukuman kepada pemain dalam padang tetapi ianya perlu dibuat dengan berhemah dan berperaturan. Beliau sepatutunya mengangkat bendera dan menjemput pengadil utama ke tepi padang, kemudian berunding dan membuat cadangan. Itu peraturan (yang saya tahu) yang patut dilakukannya. Ia akan memberi keadilan kepada pemain. Kami menang (juga) 2 – 1. Dia keluar dari stadium Batu Kawan dengan perasaan …… (?)
Setelah berbincang dengan pengurusan pasukan dan perkara ini kami adukan kepada pengadil utama pada hari itu. Esoknya cikgu Mas akan meneruskan lagi kerjaya gemilangnnya (tanpa apa-apa teguruan dari sesiapa pun kecuali dari ‘kami’) . Sebagai pengadil nasional beliau telah pergi jauh dari saya dalam kerjaya pengadil bolaspak. Sebagai manusia bergelar pengadil beliau masih jauh dari keadilan kerana terus menerus menyimpan dendam kesumat kepada kami dan pasukan kami yang sering menimbulkan masaalah (kebenaran) kepada beliau. Sebagai pengadil beliau mesti adil. Perbandingan : Sebagai dacing (BN) mereka mesti adil – saksama.
2 hari selepas itu NTFA menang dengan Daerah Barat Daya 7 – 1, kami mengesahkan tiket ke final Pertandingan Bolaspak SUKPEN 2009 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada jam 7.30 malam 7 Disember, 2009. Pasukan NTFA menang lagi dan dinobatkan sebagai Johan dalam SUKPEN untuk kali ke 2 berturut-turut. Kami menang dengan daerah Timur Laut melalui tendangan penalti.
Cikgu Mas tiada bersama di padang dalam final itu namun bolasepak tidak sunyi dengan kontraversi…
…gbpenecen…..episod dendam tak sudah, hampir selesai.’