Skip to content

PPSMI dimansuh (1) : sama, serupa, semacam..

2009 July 13
by Guru Besar Pencen

Awal tahun 1974 telah bermula era pendidikan moden menyeluruh ke serata pelusok tanah air.  Saya berVespa ke pekan Bruas (SK Gangga) untuk menghadiri kursus KBSR.  Ramai guru-guru sekitarnya ke sana.  Masih muda ketika itu dan tiada mengomel apa-apa mengenai persekolahan maupun pendidikan.  Ikut saja.  Seingat saya perkara yang dikehendaki dilaksanakan ialah sedikit perubahan dari sebelumnya yang mana – mengajar hendaklah berpusatkan murid, lengkap dengan ABM yang perlu disediakan dan sedikit pengkaedahan penyampaian pengajaran.

Semua ABM kena buat sendiri.  Sibuklah dengan ‘manila kad’ dan  marker (mahal ketika itu).  Ada ditunjukan ABM yang agak canggih oleh ‘cikgu’ yang memberi kursus yang menonjolkan kerajinannya (sebagai role model).  Semua guru yang hadir tertarik melihatnya.  Kemudian kami diminta membuat ‘homework’ dalam masa seminggu sebelum datang semula untuk menerima buku-buku panduan yang akan dibekalkan.

Semenjak kursus itu, yang merupakan kursus pertama saya dalam kehidupan sebagai seorang guru kerajaan;  maka bermula-lah perubahan-perubahan demi perubahan sehinggalah tarikh persaraan saya setelah menamatkan perkhidmatan selama 35 tahun + 3 bulan sebagai Guru Simpanan Kebangsaan (GSK). Diandaikan bertujuan murni; kerana perubahan dalam pendidikan amat perlu demi menghambat perubahan sekeliling yang mencabar keperluan negara dalam era yang sentiasa / cepat berubah. Kita terima.

Hari pembentangan ‘home work’ telah tiba.  ABM yang saya sediakan, biasa saja.  Saya belum arif lagi mengenai penyediaan ABM kerana baru saja mengajar.  Suasana di bilik kurusus itu menjadi semakin hangat apabila ‘cikgu penceramah’ mempersoalkan seorang guru yang tidak membuat ‘home work’ nya. Nada penceramah agak tinggi tapi nada cikgu yang terlibat itu bersahaja dan tersenyum selamba. 

“Macam mana saya hendak bawa mai (datang), saya mai dengan moto”  Masing bertengkar dengan hujah masing-masing padat, tapi tidak berkesan.”Cik gu bagi kereta cik gu, nanti saya p ambil dan bawak mai”.  Kata cik gu Ramli. Hujah semakin reda. “Ok kata penceramah, ambil kereta saya, pegi ambil”.  Satu penyelesaian dan menunggu pelaksanaan.

Sekembalinya cikgu Ramli ke SK Gangga dari rumahnya di Sungai Batu, semua orang terpegun melihat kecanggihan alatan mengajar yang ditukanginya.  Dengan ukirannya, kayu-kayuannya, warnanya dan dilengkapi dengan kereativiti yang agak lain dari yang lain (walaupun tidak luar biasa). Kalau tuanlah  sebagai penceramah.. bagaimana rasanya. Hebat juga pukulannya.Saya termanggu-manggu kerana saya tidak kenal perangai cik gu Ramli walaupun mengajar di satu sekolah.  Kemudian saya mengetahui yang beliau seorang guru yang pandai bertukang, suka berniaga dan bengis orangnya.

Akhir kursus KBSR itu, semua orang seronok dengan perubahan pendidikan itu kerana dijangka akan memberi impak khasnya kepada penduduk kampung sekitar Bruas, Pengkalan Baru, Sungai Batu, Kampung Kota, Dendang, Batu Hampar, Matang Acheh (sekurang-kurangnya), negara amnya… walaupun mereka terpaksa berkorban.  Penceramah tersebut juga turut terkorban .. kerana cepat melatah yang tak bertempat itu.

Kita tidak nafikan yang kita memerlukan perubahan pendidikan. Perubahan memerlukan pengorbanan.  Perubahan dalam pendidikan memerlukan pengorbanan yang sangat besar kerana melibatkan terlalu banyak pihak. Dengan pengorbananlah sesuatu kejayaan dapat dicapai.  Semua orang perlu berkorban.  Tapi perlukah kita kira berapa ramai dan siapa pula yang terkorban dalam pengorbabnan itu ?  Nampaknya ada pihak yang sedang mengira orang yang terkorban dan jumlahnya ?

Perubahan PPSMI juga ada episod pengorbanannya, kerana daripada TIADA kepada ADA  dan dari ADA kepada TIADA …..pulaa. ….. semua kena tahanlah kerana, cikgu tetap cikgu…sampai pencen pun, cikgu lagi.

…..gbpencen  (1)…. tak lama lepas itu, cikgu Ramli tumbuk orang kampung Panchor sampai berdarah kepala masa saya sedang main bolasepak…..(penceramah KBSR itu memang bernasib baik ).

…..gbpencen (2)…. nak tulis PPSMI dimansuh(2) : sama tapi tak serupa.

Anai kehairanan

2009 July 11
by Guru Besar Pencen

Anai bekerja sehingga saya tidak berpeluang untuk berbual dengannya. Kebetulan pada suatu hari tangannya ditusuk kayu.  Saya ditugaskan untuk membawanya ke klinik panel,  kilang tempat saya bekerja. Dengan ‘loghat’ pendatang asingnya (Myamar), saya senang berbual dengannya. (4)  tahun dia tinggal di Malaysia membuatkan penggunaan bahasanya mudah untuk berbicara. Dia pula  ingin dan sudi berbicara dengan saya.

Soalannya kepada saya menyentuh mengenai perlakuan malas anak-anak tempatan untuk bekerja di kilang walaupun berdekatan dengan tempat tinggal mereka. Gelanggang bicara dibuka dengan pertanyaan Anai bahawa ‘mengapa perlu menggaji pekerja asing sepertinya, sedangkan ramai lagi anak-anak muda (yang sering dilihatnya) di sini yang tidak bekerja’.

Sempat kami berdua membuat kesimpulan bahawa – gaji murah dan suasana bekerja yang tidak menarik, banyak pilihan untuk mendapatkan wang belanja, terpengaruh dengan kehidupan ‘bersenang-senang’. sehinggalah kepada budaya ‘malas’.  Anai bersetuju dengan saya dan membuat ulasan.  Ulasannya : di Myamar susah mendapat kerja; kalau ada kerja pun boleh disamakan bekerja di Myamar selama (4)  hari, bayaran (gajinya ) sama dengan (1) hari bekerja  di Malaysia. Sebab itulah dia bekerja dari jam 8.30 pagi sehingga 11.00 malam – (7)  hari seminggu.

Sampai di klinik Anai terus mendapatkan rawatan melalui satu pembedahan kecil.  Beliau menyatakan yang dia perlu datang semula ke klinik itu dalam masa (3) hari lagi. Dia mengambil kesempatan mengajak saya ke pusat penghantaran wang warga asing yang berdekatan dengan klinik itu.

Dalam perjalanan balik dia bertanyakan sistem persekolahan arus perdana di Malaysia (mengikut susunan ayat / loghatnya yang saya faham).  Keinginan dia bertanya kerana Anai tahu bahawa saya seorang bekas guru / Besar.  Saya menyatakan (menciplak susunan ayat / loghatnya supaya dia faham) bahawa persekolahan di Malaysia bermula dari umur 5 tahun.  Peluang terhidang selepas tamat tingkatan (5) di mana kerajaan telah menyediakan  begitu @ terlalu banyak pusat-pusat kemahiran untuk menyediakan pasaran kerja kepada generasi mudanya.  Pelajar akan dipilih (atau memilih) mengikut kebolehan mereka  setelah dinilai melalui peperiksaan di Tingkatan 5 (SPM / SPVM).  Saya membuat penegasan — remaja di Malaysia; asalkan mahu belajar sahaja, memang ada tempat untuknya  belajar bagi menyediakan asas pekerjaan/kehidupan yang sempurna untuk mereka.

Anai terkejut ‘beruk’.  Itu macam ke ?.  Ini macam manya bagus.. manya bagus .. manya bagus… (banyak betul manya (banyak) bagus yang disebutnya).  Anai selanjutnya menyatakan di Myamar tiada pendidikan yang sedemikian.  Di kampungnya (450 km lebih dari Yanggon) persekolahan rendah sahaja yang diperolehi di situ;  melainkan beberapa orang yang berkemampuan akan melanjutkan pelajaran menengahnya dan tiada langsung peluang untuk mereka yang tidak berkemamapuan (sepertinya). Sama sekali tidak disediakan instituisi untuk membina kemaharian berkehidupan di sana.  Nadanya seperti sayu menggambarkan satu penyesalan juga berbaur kekaguman –  suasana pendidikan di Malaysia.

‘Sini malam tada bisin, ya .. cigu,   Myamar malam kalau jalan-jalan, semua bisin.    Murid-murid, (istilah yang dipinjamkan dari saya) malam-malam, baca buku.  Semua rumah itu macam’.  Saya pula yang terkejut beruk.  Kata saya, malam-malam murid-murid di sini banyak menonton tv. Kesimpulan yang saya buat di dalam situasi ini ialah – kanak-kanak di Myamar begitu tekun menelaah pelajaran di waktu malam. Suasana sebegitu yang  diceritakan oleh Anai, berlaku disebabkan kesedaran mereka (yang telah melalui himpitan hidup) lah yang menyebabkan mereka ‘rajin’ membaca,  dengan harapan semoga suatu hari nanti – kehidupan mereka akan berubah.  Di tempat ‘kita’ tidak berlaku demikian – kerana (merasa) kita sudah berubah, bahagia dan selesa.. maka tidak perlu lagi belajar kuat-kuat. 

Saya dapat gambarkan keadaan kampung Anai, di Myamar  – seperti kampung saya dalam hujung tahun 50an, ketika saya mula bersekolah.

…gbpencen…bertuah anak kita di bumi Malaysia….

…gbpencen…Anai selalu ‘bersyukur’ kerana taukeh saya menggajikannya RM15.50 sehari, tanpa ‘over time’

…gbpencen… Anai selalu belanja saya ‘teh panas, kurang manis’ – menghargai pertolongan saya, walaupun hanya sekali.

(sat je) : kena block

2009 July 10
by Guru Besar Pencen

Secoret saja ingin di tulis malam ini.  Biasanya saya mengambil masa berkali-kali mengedit artikel sebelum dipublish.  Kategori (sat je) ini adalah coretan sepontan yang sedikit saje ‘karangannya’.

Saya melalui satu laman blog di blog roll saya.  Merata cerok saya merantau untuk melihat-lihat kecanggihan alam siber guru-guru muda sekarang.  Menarik dan bermaklumat.

Akhirnya saya ingin ‘memuji2’ rencana di dalam blog itu melalui ‘shout’nya.  Maka saya pun mereka-reka ayat yang sesuai, dalam lingkungan berbelas perkatan dan SHOUT!.  Terkejut saya dengan maklumat yang dipaparkan yang komen gbpencen (diblock – diban)  = tidak dibenarkan.  Saya pun cuba sekali lagi kalau-kalau ada masalah teknikal kerana saya tidak arif dalam pengendalian blog.  Masih gagal.

Mengapa ?:

Manusia lazimnya suka meracau dan mengandaikan.  Berbagai-bagai andaian saya buat.  Di tambah pula saya cuba ‘flash back’ pengalaman lampau yang telah dilalui.  Kesimpulan demi kesimpulan dibuat,  mengenai apa dan kenapa terjadi demikian.  Saya di.. saya tidak … saya keterlaluan le .. (macam-macam ada).  Andaian terakhir saya ialah,  semua andaian yang saya buat itu .. tidak benar.

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menutup tabir igauan itu lantas membiarkan pengendali blog saya memberi jawapan. 

Kalau iya pun, mengapa gbpencen harus di BAN ?.

…gbpencen…sedang ‘draf’ coretan : mengapa takut saya ?