Skip to content

J-QAF dan Pak Lah.

2009 July 10
by Guru Besar Pencen

Kini mereka sudah di darjah (4) (2009).  Murid-murid ini bersekolah rendah telah bermula di darjah (1) dengan mata pelajaran J-QAF ( Jawi, Quraan dan Asas Fardhu Ain). Satu program yang dilahirkan di zaman Perdana Menteri ke 5, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi.  Satu-satunya program yang (ketara) dilahirkan demi memberi nafas ke atas kesinambungan pelajar di sekolah Agama Rakyat atau di Sekolah Menengah Agama (SMKA).  Banyak yang mendapat faedahnya. Penghargaan harus dikalungkan.

Saya menerima kehadiran guru-guru J-Qaf ini dari berbagai institusi dengan berbagai-bagai natijah keilmuan.  Selak saja sijil mereka,  berjela-jela pengetahuan dan pelajaran yang mereka perolehi.  Semuanya dari menara gading.  Saya (sebagai GB) dan guru SPM tahun 60an terasa kecilllll.  Namun atas rasa tanggungjawab yang saya pikul,   saya buka pintu hati saya untuk menghargai kehadiran demi membantu mencemerlangkan sekolah (yang saya pimpin) khasnya dan lain-lain-lain-lain…  Itu saja dari saya.  Harapan menggunung saya dari mereka (yang agak besar jumlahnya satu hari nanti) ialah agar mereka akan dapat memberi imput yang maksima..bersama saya.

Satu (1) kelas J-Qaf  diajar oleh seorang guru agama Islam dan dibantu oleh (2) orang guru J-Qaf  = (3) guru.  Objektif nya untuk meningkatkan bacaan Quran, Jawi dan Fardhu Ain. Hebat strateginya dan sama hebat pula dengan pelaksanaannya.  Murni matlamatnya semarak seperti cahaya agama Nya. Penuh dengan program pengukuhan P&P, padat dengan persediaan ABM dan buku-bukuannya, lengkap dengan data dan maklumatnya, berselerak dengan jadual itu dan ininya disemarakkan oleh semangat guru-gurunya.  Murid berduyun ke sana, berduyun ke sini menghadapi sedikit sebanyak kekangan di sekolah.  Alhamdulillah.  Berjalan sampai sekarang. Guru juga setahun ke setahun berduyun masuk mengisi ruang yang masih kosong.  Alhamdullilah .. bermata pencarianlah mereka.

Di suatu hari, disuatu masa ketika saya mula-mula  mengajar dahulu (’73).. saya melalui sebuah kelas, seorang guru agama (p) tertidur di meja kelas.  Saya meneruskan laluan untuk mengajar.  Selesai mengajar saya kebetulan melalui lalauan yang sama, air liurnya telah meleleh, masih tertidur. Selepas itu juga diberitakan oleh kawan-kawan yang beliau selalu tertidur dalam kelas. Maksudnya bahawa guru agama (yang berpengetahuan agama) juga seperti guru akademik biasa .. boleh juga tertidur dan boleh memikul tanggungjawab ‘pendidik’. Maksud yang lebih mendalam guru adalah guru .. (termasuk cik gu Saari – P Ramlee) dan guru juga manusia biasa.   Yang ingin saya sampaikan ialah saya mengambil iktibar dari ‘pandangan / pengalaman pertama’ itu bahawa saya akan komited tugas saya sebagai seorang guru.  Akhirnya doa itu dimakbulkan :  Langkah saya tidak tempang walaupun kekadang ada sedikit sumbang.. sehingga pencen.

Cikgu …

(1) Janganlah berkecil hati sekiranya saya menegur sebelum ini (atau dalam coretan ini) jika ustaz/h hanya ingin mendidik setakat terdaya ..kerana mendidik mestilah sehabis daya kerana kita sedang berurusan dengan manusia yang sedang membina masa depannya, tambahan pula di bidang agama.  Nur yang akan kita sirami diubun mereka adalah nur yang esa yang kita perolehi dari berjela-jela sijil yang kita perolehi dalam dan luar negara. Sepatutnya berbanggalah  kerana masih ada orang yang mahu menegur kita.  Ringan sahaja orang yang menerima  teguran tetapi amat berat orang (saya) yang hendak memberi teguran.

(2) Bila pejabat agama dah penuh dengan pegawai, JAKIM juga sudah ramai kakitangannya, peguam dan hakim syari’e sudah penuh dimahkamah, kes khalwat pun sudah berkurangan kerana tindakan agresif penguatkuasaan jenayah maksiat maka Tun Abdullah memikirkan untuk menjuruskan graduan ke agamaan ini ke sekolah – satu tempat dimana dihimpunkan tanggungjawab murni lagi suci demi memartabatkan kesucian ilahi.  Berkhidmatlah sehingga keletihan (bukan setakat daya sahaja) kerana ganjarannya tinggi dari Allah dan dari JPN (Gaji DG41 dengan peluang naik pangkat lagi sampai DG52).

(3) Jangan mengeluh – kalau kena buat kem Bestari Solat, bukan susah sangat, pelan-pelan, pakat-pakat….. jadi. – semua muda-muda lagi., bertenagaaaaa.

…gbpencen….terima kasih Pak Lah dan tahniah Ustaz Muhsin kerana ada (2) kereta yang satunya  jenis Honda berharga hampir 6 digit.

PRA SEKOLAH (saya) vs Kiddies Kindy : Situasi 1

2009 July 8
by Guru Besar Pencen

(1) kemudian (+) (1) = (2) dan tambah (++++) di merata-rata tempat diseluruh negara menjadikan program peluasan pra sekolah , Kementerian Pelajaran Malaysia ternyata terserlah hebatnya.  Tidak dapat dipastikan dari konyensyen mana atau mesyuarat apa atau lawatan ke mana (luar negara) yang mencetus idea untuk menjalankan program tersebut. (?)

Secara positifnya kita harus menerima program tersebut sebagai satu program yang sepatutnya dilaksanakan dengan berkesan oleh Kementerian Pelajaran (KPM) (dari dulu lagi).  Keghairahan badan kerajaan (Tadika KEMAS – cth.)yang lain menubuhkan pra sekolah (ada yang dipanggil Tadika, Tabika dsb.) telah merangsang Kementerian untuk menubuhkan Pra Sekolahnya sendiri.  Saya merasakan bahawa KPM terasa tercabar (jika tidak disemarakkan) kewibawaannya sebagai institusi yang ‘pakar’ dalam pendidikan termasuk pendidikan awal persekolahan.

Selain dari itu, pertubuhan  politik  (Parti PAS– cth.) juga telah menyusun langkah mempromosikan Pra Sekolah mereka dengan acuan ideologi mereka sendiri.  Kali ini KPM merasa lebih tercabar dengan penerapan ideologi yang berkesan yang ditunjukan oleh pertubuhan politik ini. Tambahan lagi, penerapan itu juga telah mencabar pengaruh parti pemerintah.  Maka program Pra Sekolah KPM telah diperhebatkan lagi. Maka berlakulah gelombang besar dalam program peluasaan Pra Sekolah KPM.

Tidak dapat dinafikan kewujudan Pra Sekolah swasta (dengan nama-nama yang menggambarkan kedewasaan dan kebolehpercayaan) institusi kecil ini untuk menempatkan anak-anak kecil 4 / 5 / 6 tahun yang berselerak seperti cendawan ini juga telah membuka mata KPM untuk mempromosikan kepakaran pendidikannya melalui program peluasan Pra Sekolahnya. Ibubapa juga terpanggil dengan kemestian yang tinggi untuk menyekolahkan anak-anak sebelum sesi persekolahan sebenar telah memperhebatkan lagi bisnes pendidikan Pra Sekolah swasta. 

Kesemua elimen-elimen tadi telah semakin sedaging dengan masyarakat untuk menyekolahkan anak-anak di peringkat Pra Persekolahan.  Dengan itu maka wujudlah berbagai persaingan  dalam institusi kecil ini.  Serentak dengan itu Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjalankan strategi pelaksanaan yang terancang dan tersusun untuk memberi impak yang tinggi kepada Program Peluasan Pra Sekolah Kemneterian Pelajaran Malaysia.

Sepertimana yang  berlaku pada peringkat awal PPSMI, maka berlakulah ‘tsunami’ Pra Sekolah dengan pembinaan ‘segera’ bangunan pra sekolah – yang ada kawasan dibina bangunan baru, yang tiada kawasan, bilik kelas  ‘modified’ .  Banyak sekolah yang bertuah. Ada yang tidak bernasib baik kerana kawasan pun tiada, bilik pun tak cukup. Pihak sekolah akan menerima peralatan-peralatan memasak, peti ais, tv, Alat Bantuan Mengajar (ABM), alat permainan, 2 buah komputer (lengkap) untuk 1 kelas dsb.  Banyak dokumen yang saya tanda tangani sebagai perakuan penerimaan.  Kadang-kadang berlebih-lebihan pula yang diterima. Untuk 25 orang murid.  Sungguh bertuah murid ini belajar dengan seorang guru terlatih dari asuhan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Guru Besar pun memantau.  Banyaknya peralatan  sehingga terlebih pakai. Persekolahan percuma, makan percuma.  Kurikulum dirangka dengan baik, lengkap di sana-sini. Dokumentasi disediakan dengan kemas mengikut panduan KPM. Bergambar, berwarna-warni, bergantungan kad pameran, sudut itu, sudut ini, bahagian pertanian, bahagian permainan taman dsb.  Sungguh sempurna dan sungguh lengkap. Hujung tahun sebahagian murid tidak boleh membaca lagi dan ada yang tidak mengenal huruf … apa sudah jadi.

Tadika Kiddies Kindy tiada semua kemudahan ini.  Murid (6 ) tahun ada (35) orang, (4) tahun juga sama jumlahnya,  begitu juga dengan murid (3)tahun.   Bersekolah di sebuah rumah teres satu tingkat/3 bilik.   Diakhir pembelajaran selama 2 tahun, boleh asas matematik sehingga boleh menolak 2 digit dan asas sifir 2 – 5.  Boleh membaca cerita pendek dalam Bahasa Inggeris dengan lancar. Boleh membaca buku cerita kanak-kanak dengan fasih tanpa mengeja. Apa sudah jadi …

Mengapa ? ….  PRA SEKOLAH (saya) vs  Kiddies Kindy : Situasi 2

..gbpencen.. tiap-tiap malam kena ajar cucu (6 tahun) mengaji dan buat ‘homework’ ..

Hebat Menempa Sejarah.

2009 July 6
by Guru Besar Pencen

Saya terpaksa tidur larut malam (hampir 2.30 pagi 5/6 Julai) setelah perlawanan akhir tenis Wimbeldon berlanjutan hingga ke set ke 5- tanpa ‘tie break’, selama 4 jam 16 minit.   Begitulah bagaimana sejarah ditempa oleh Roger Federer yang memenangi grans slamnya yang ke (15) dengan meleburkan rekod Pete Sampras yang juga turut menyaksikan perlawanan tersebut di arena Wimbeldon di kota London. Ia telah melonjakkan ranking peribadi Roger kepada pemain nombor (1) dunia dari Rafaie Nadal. Perlawanan tersebut sungguh-sungguh hebat ; “‘the greatest show on earth” kata pengulas sukan,  siaran Starsport. 

Tahniah ‘Roger’.

Sejarah sebesar itu tidak mungkin akan menjadi kenyataan melainkan dengan sifat profesional Roger sendiri.  Begitu tenang menghadapi lawan & situasi. Ketinggalan mata,  ditanganinya dengan tabah.  Raut muka yang tenang tapi bermakna memendam analisa permainan dengan berkesan untuk ditangani. Tidak menunjukan kemarahan dan penyesalan bila berlaku kesilapan dalam pukulannya. Bagaimana insan ini dengan jayanya dapat menahan (37 ) servis lawan – ‘straight game servis’ dari  Andy Roddick juga sama hebatnya itu.  Bagaimana dia gagal dalam 7 break point yang juga ‘tournament point’  dan akhirnya menang dalam beberapa kali kegagalannya.  Ah.. semuanya ‘perfect’.

Ironinya, lahirlah seorang lagenda penuh dengan persediaan.  Wawasan (rasanya) dibina, strategi disemai, pelaksanaan dimantapkan dan kesungguhan disuburkan.. akhirnya kegemilangan diperolehi. 

Bagaimana mereka melakukan.  Rasanya kita di sini sudah banyak bercakap mengenai hal ini tetapi kita masih tidak dapat melahirkan insan yang segemilang ini.  Saya ingin samakan Roger dengan Nichol Ann David, bintang kelahiran Malaysia, hebat gadis ini, sehebat Roger Federer tapi David lebih malang dari Roger kerana dia bukan dari bangsa Eropah yang menguasai dunia penyiaran @ komunikasi.

Pada saya, bersedialah atau bersediakan athlit Malaysia yang juga tidak kurang hebat prasarananya, jurulatihnya, pengurusannya, kewangannya  untuk melahirkan antara (1) atau (2) lagenda dunia dalam bidang sukan apapun.  Kita tidak kurang pengiat sukan yang sentiasa menawarkan diri untuk membina kecemerlangan (kadang-kadang sampai bergaduh).  Apa yang boleh kita katakan ialah jadikan lah kemahuan yang ditunjukan oleh Roger untuk sampai ke puncak sebagai satu cabaran.

Kita dapat melihat, sokongan dari keluarga dan kawan-kawan sangat membantu seseorang athlit.  Nichol sendiri diperkasakan dengan sokongan tidak berbelah bagi dari keluarganya sendiri terutama ayah dan ibunya.  Sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Roger dari isteri, ibubapa dan rakan sepelatih, jurulatih melonjakkan semangat kentalnya walaupun orangnya kelihatan lembut seperti bukan jaguh.  Tidak jemu menyokong walaupun merautkan penyesalan dimuka apabila Roger melakukan kesilapan,  dan bertepuk tangan bila melakukan aksi kemenangan.

Bila perlawanan menjadi makin getir maka lawannya Andy Roddick juga memang terlalu hebat untuk Roger.  Servisnya yang berapi menjadi duri dalam daging kepada Roger.  Tidak menyerah kalah walaupun berada di ranking ke 5 dunia (sebelum perlawanan). Sokongan padu keluarga dan rakan menghimpit Roger ke set penentuan sehingga mata kemenangan (set akhir : 14 – 16).   (7)  break point Roger tidak dibenarkan oleh Andy. Misinya untuk menjuarai wimbeldon kali pertama membuatkan dia menangisi kegagalan itu tapi kata-kata semangat profesional Roger membuatkannya menerima hadiah dari Duke of Kent dengan tenang.

Wimbeldon adalah kejohanan tenis yang sangat berprestij.  Banyak yang kita boleh contohi darinya.  Kekemasan penganjuran : liputan media, majlis penyampaian hadiah, pengadilan, pengurusan perlawanan, ketatertiban penonton, temuramah dengan pemenang – tampak mewah, kemas, tersusun, teratur dan berkesan.  Ah.. hebatnya.  Jadikanlah kehebatan itu sesuatu yang boleh  kita lakukan di sekolah atau di dalam arena kita – jika kita mahu. Ikut kemampuan kita tapi mesti ada kesungguhan untuk mahu melakukannya.

“Saya gembira dengan kemenangan ini kerana idola saya ada di sini”                                                                                                                                                                                                                                                                                   “Disini juga saya memenangai gelaran grans slam yang pertama pada 2003”  Roger Federer

– bukan saja bijak bermain tapi bijak juga berbicara.

…gbpencen…tunggu legenda baru chong wei