Saya suka melayari blog orang sekarang (la … ni). Blog saya adalah blog lama.
Saya .. maksudnya orang generasi lama ; jadi blog saya ialah blog orang generasi lama. Bukan maksud saya blog generasi sekarang dan blog generasi lama. Mana ada blog lama – era blog ini adalah era sekarang (la … ni), era maya atau di sekolah disebut sebagai ICT.
Blog generasi baru penuh dengan gambar, warna warni, perkataan ringkas yang mengiurkan. Tambahan dengan berbagai-bagai aktiviti sampingan yang mengasyikan. Diurus dengan penuh kecanggihan unruk menghibur dan tidak membosankan. Sehinggakan orang lama macam saya tak tahu untuk menggunakannya. Ingin juga saya berkongsi keseronokannya tapi nak ‘sign up’ pun saya tak jumpa. Walau pun begitu, saya minta kawan saya untuk ‘roll up’ blog-blog sebegini di blog saya dengan tujuan memudahkan saya melayarinya kerana saya suka …
Sebenarnya saya tidak dapat memberi komen mengenai blog ini samaada baik atau buruk, elok atau hodoh dan sebagainya kerana, resam orang muda tidak sama dengan saya (orang lama). Saya amat memahami cita rasa orang muda di zaman ini. Orang muda – lain pendekatan dan fikirannya. Saya juga pernah muda; zaman muda saya lain dari zaman muda ICT. Saya ingin berkongsi zaman muda saya di blog ini bila saya berkesempatan nanti.
Tapi yang benar ialah, saya tidak arif (bodoh – jahil) dalam pengurusan blog-blog ini. Tapi saya ingin menyampaikan mesej bahawa ‘pengalaman yang telah saya lalui perlu saya catatkan dan simpan untuk saya dan generasi saya yang akan datang’ (sekurang-kurangnya). Saya berkesempatan untuk menulis melalui bantuan En Redhu (tq) yang mengajar saya sedikit demi sedikit untuk menguruskan blog saya. Kalau hendak lebih dari yang diajarnya, belum ada ruang untuk saya terokainya lagi. Saya berpuas hati denga blog ‘cara’ saya – warnanya masam macam gambar melayu zaman dulu, hitam putih.
Tapi yang benar .. tetap benar. Saya akan memperkatakan, tiada yang sebenar melainkan yang benar sahaja, di dalam blog ini.
Minat kepada ICT bermula semasa komputer mula diperkenalkan di sekolah secara menyeluruh pada awal tahun 90an. Semasa saya menjadi guru Pusat Sumber , entah siapa telah membekalkan 5 buah komputer ke sekolah. Jenis XT. Word processor jenis terbaru ketika itu ‘worstar 4’. Sedikit maklumat diperolehi saya terus belajar bersungguh-sungguh melalui komputer itu sendiri (tidak menghadiri mana-mana kelas). Saya pergi ke kelas untuk belajar program ‘databased’. Siti Khairani, anak saudara saya mengajar basic ‘excel’ tapi sebelum itu bukan dipanggil excel (saya lupa panggilannya) dan saya terus belajar dan belajar melalui panduan komputer… kerana amat minat dan beranggapan ianya akan banyak boleh membantu saya di masa akan datang.
Benar, amat benar. Pada masa itu, sayalah hero di sekolah (buat sementara waktu-sebelum ada guru lain). Sayalah satu-satunya guru yang terkehadapan dalam menguasai kemahiran berkomputer. Saya mula menjinakan beberapa orang murid dengan komputer. Banyak saya membantu sekolah / Guru Besar (GB) untuk menguruskan dokumentasi dengan menggunakan komputer. Kepercayaan GB kepada saya makin menebal (akhirnya saya dilantik menjadi PK1 – setelah ada kekosongan) – (bodek ke saya ?). Akhirnya, dek kerana minat saya membeli sebuah komputer (hutang) dengan harga RM3500. Mahalnya jika dibandingkan dengan ‘duit dulu’ dan harga sekarang. Seronoknya saya bekerja dengan komputer di rumah.
Sehingga ke suatu tahap, proses pembelajaran komputer saya terhenti. Muncul ramai guru yang berkemahiran berkomputer ketika saya mula menjadi GB. Banyak guru yang berkebolehan membantu saya. Sehari demi sebulan dan setahun keperluan berkomputer makin tinggi dan saya makin tertinggal kerana jawatan GB. Saya diamanahkan untuk mengurus komputer, keperluan komputer dan kemahiran berkomputer di sekolah, termasuklah peralatan yang canggih melalui PPSMI. Saya hanya / harus mempastikan pemprosesan data berkomputer dalam sistem pendidikan negara dilaksanakan dengan tepat dan betul … TETAPI … kalau dulu (awal 90an) semua saya buat, sekarang (semasa jadi GB) semuanya guru saya, yang suka membantu saya – akan melakukannya. Terima kasih.
… gbpencen … Maka tertinggallah saya … TETAPI … saya akan kejar ‘seperti saya sedang mengejar umur saya yang semakin meninggalkan saya.
(allah – lupa, pulak yang ni..) dan menguruskan CD yang berlambak-lambak di sekolah (dulu pakai disket – big size /floopy drive pun big size.
Begitu megahnya Sekolah Agama Rakyat (SAR) mengikut kacamata En Azri (bukan nama sebenar). Disebalik itu, ‘lecehnya’ Sekolah Kebangsaan (SK) arus Perdana. Semua anaknya bersekolah di (SAR). Berbayar dan bermula dari tahun Satu sudah tinggal di asrama. Begitulah kesimpulannya perbualan kami semasa dalam pemanduan pulang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.
Katanya : ketika minum semuanya duduk (tidak berdiri). Tidak ada kebisingan. Semuanya berpunca dari disiplin tinggi yang diterapkan kepada murid-murid mereka. Pergerakan terurus, tersusun, terkawal dan teratur.
Gurunya pula bersungguh-sungguh dalam pengajaran maupun dalam penerapan disiplin. Selain itu penerapan nilai juga amat dititik beratkan. Gurunya sangat perihatin terhadap permasalahan murid, disamping itu bersedia untuk memberi ruang waktu yang lebih dalam melaksanakan tanggung jawab.
Katanya lagi : Dalam serba kekurangan dan serba kesempitan, murid-murid di asuh dengan nilai keagamaan yang tinggi secara berterusan (sepanjang masa). Kesempitan prasarana dan keadaan bilik darjah yang tidak kondusif bukan menjadi penghalang kepada guru-guru untuk menabur bakti tetapi ianya menjadi sebahagian dari cabaran untuk terus diharungi.
En Azri amat tersentuh apabila melihat murid-murid mendakap ‘quran’ apabila bergerak di dalam kawasan sekolah (ke bilik-bilik darjah). Bagaimana tingginya martabat ‘quran’ itu di junjung, begitulah hati budi guru dan muridnya mengharungi cabaran menuntut ilmu – dunia dan akhirat.
Disebalik kata-katanya itu, secara bersahaja beliau membandingkan (memperlekehkan) apa yang berlaku dalam (SK) arus perdana dengan (SAR). Gurunya tidak bersungguh-sungguh mengajar, lebih jelas ‘tidak komited’. Disiplin murid, rendah, kerana sekolah (guru) kurang menitik beratkannya. Pengabaian disiplin menguwujudkan berbagai-bagai gejala yang membantutkan proses belajar dan proses ‘mendidik’ nilai. Pengwujudkan berbagai arahan dan tekanan tidak membantu meningkatkan komintmen guru dalam hal-hal yang sedemikian.
Kesediaan guru (SAR) (warden) meluangkan masa (tanpa rungutan + dengan kerelaan) untuk sentiasa bersama dengan murid menyebabkan murid sentiasa terdidik dan terasuh. Sebaliknya di sekolah kebangsaan – katanya lagi – semua aktiviti tambahan; ‘berbayar’. Ada antara guru yang menganjurkan lagi kelas tambahan, juga berbayar. Soal En Azri lagi, dimana letaknya ketelusan, keikhlasan, dan dimana laungan perjuangan untuk ‘agama (Islam) bangsa dan tanah air (Melayu)
Kesediaan saya mendengar menyebabkan beliau terus membuat huraian mengenai kelecehan di (SK) : Banyak kemudahan prasarana yang diberikan oleh kerajaan tetapi semuanya tidak dimenfaatkan sebaiknya. Pencapaian murid tidak mencerminkan kemudahan yang di berikan. Sistem yang diwujudkan di sekolah begitu canggih dan tersusun tetapi tidak digunakan dengan sebaiknya oleh pihak sekolah. Kemudahan (gaji dan elaun) termasuk berbagai isentif yang banyak yang diberikan kepada guru oleh kerajaan, tidak dapat menarik kesyukuran guru memberikan input yang terbaik seperti yang diharapkan. (SK) terus dipersoalakan.
Begitulah antara intipati luahan perasaannya kepada saya petang itu. Saya gambarkan bahawa En Azri amat menyanjung tinggi keikhlasan budi guru-guru (SAR). Saya juga dapat rasakan bahawa beliau merasakan bahawa kelemahan di (SK) sudah lama berlarutan dan tidak dapat diperbaiki lagi. Juga saya dapat merasakan isi hatinya bahawa guru-guru di sekolah sangat tebal sifat invidualistiknya. Akhirnya dia sangat berpuas hati atas pencapaian kerohanian anak-anaknya yang bersekolah di (SAR).
Saya agak keliru dengan luahan semacam ini. Telah banyak saya dengar orang bercerita mengenainya. Walau bagaimana pun saya ingin mengemukakan pendapat saya secara pro dan kontra mengenainya.
1. Perlukah menghantar anak ke (SAR)? sedangkan telah ada kemudahan yang lengkap disediakan di (SK) . Ada dua situasi mengenai pandangan ini. (1) ibubapa ingin anak mereka mendapat pendekatan keagamaan yang lebih terarah kerana di SK, mata pelajaran agama adalah sebahagian dari kurikulum sahaja. (2) Di kalangan waris melayu, menjadi orang agama adalah tinggi martabatnya di sisi masyarakat (tidak dinafikan) dan beranggapan bahawa ‘kepayahan’ itu sesuatu yang boleh meningkatkan tahap keagamaan masing-masing.
2. Adakah benar guru dan sekolah di SK kurang komited dengan tugas dan mengabaikan pendekatan keagamaan ?. Ianya berkait rapat dengan kontrak pekerjaan yang mempunyai landasan yang harus diikuti. Namun kita juga tidak dapat menerima seratus peratus kebocoron yang berleluasa di (SK) telah semakin lama semakin meruntun nilai-nilai keagamaan dan nilai-nilai sahsiah nya.
3. Benarkah guru (SAR) lebih ikhlas dalam perjuangan memartabat agama, bangsa dan negara ?. Keikhlasan guru (SAR) lebih dipandang tinggi oleh masyarakat daripada guru sekolah biasa. Sekolah adalah sumber pendapatan untuk menyara kehidupan guru-guru (SAR) yang datangnya dari jumlah murid yang bersekolah di situ; oleh itu, mahu tidak mahu, guru-guru (SAR) mesti menunjukan komitmen yang padu di samping nilai-nilai peribadi ‘guru agama’ itu sendiri. Guru SK selesa mengajar dengan pendapatan yang lumayan. Oleh yang demikian ada diantaranya akan menggambarkan tingkah laku yang boleh dipersoalkan keikhlasan mereka.
5. Senario politik keagamaan juga dapat mempengaruhi ibubapa bahawa (SAR) adalah alternatif yang terbaik untuk disertai. SK juga menggambarkan manifistasi politik tanah air yang sekian lama telah berkofrantasi antara satu sama lain, tanpa menunjukan jalan penyelesaian.
…gbpencen I… Maukah kita cari titik persamaan survival melayu dan survival Islam agar kedua-duanya terselamat.
…gbpencen II… nampak seperti sudah tidak selamat tetapi akhirnya seorang anak en Azri ke Politeknik kerajaan dan seorang lagi ke UiTM.
TV3, (3) malam berturut-turut menyiarkan rengetan dan rintihan seorang pemain profesional bolasepak Malaysia mengenai kegagalan pasukannya (yang juga profesional) melunaskan gajinya. Beliau adalah salah seorang daripada ribuan lagi pemain yang senasib atau separa nasib dengannya. Yang saya pasti mereka-mereka ini adalah sebahagian kecil dari pencinta bolasepak, yang sebahagian lagi ialah ‘orang gila’ dan selebihnya ialah peminat-peminat dalam kategori lain seperti penonton, penyokong, pekerja am, pengendali tiket, pekerja stadium dan banyak lagi. Dalam organisasi ini yang paling atas martabatnya ialah FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) yang telah membawa Bolasepak Malaysia hingga ke tahap ini. Tahniah.
Apa yang ingin saya kongsi ialah FAM telah salah tafsir bolasepak profesional Malaysia dan dan lupa yang mereka sedang berurusan dengan orang-orang gila bola.
FAM salah tafsir :
Bila melihat saluran ESPN menyiarkan kegagahan Liga Inggeris, mungkin FAM membayangkan mereka juga seperti itu. Banyak cara, gaya, keputusan dan tindakan yang dibuat semua menjurus kepada pengurusan yang tinggi darjah profesionalnya. Arahan untuk menguruskan perlawanan oleh FAM kepada kelab-kelab gabungan memang ‘standard’ . Ambulan kena ada, polis kena ramai, lampu kena terang, LO kena ada, padang latihan kena cukup, bilik itu, bilik ini kena lengkap di stadium. Memang ‘standard’ pengurusannya. Namun adakah kelab (termasuk Persatuan Bolasepak Negeri) dapat melaksanakan dengan sempurna kerana ianya juga memerlukan kos. Kos-kos lain juga harus dibiayai. sedangkan stadium terus menerus menjadi lengang.
Sedarkah FAM bahawa kelab di Malaysia tidak seperti kelab di England yang serba mewah, oleh yang demikian tafsirlah terlebih dahulu kelab-kelab di Malaysia dan uruslah mereka mengikut acuan Malaysia, barulah dapat bergerak sederap.. langkah diayun tidak sumbang atau kengkang. Sedangkan FAM tidak mampu berusaha untuk menyediakan sebuah stadium pun, yang boleh dijadikan alternatif kepada kelab yang tidak berkemampuan. Apa yang FAM sanggup sediakan ialah menyediakan hukuman-hukuman kepada kelab yang gagal menyediakan, itu, ini dan sebagainya. Sepatutnya FAM mengarahkan – bermainlah di stadium/padang yang sesuai dengan kelab dan kapasiti penyokongnya. Kalau penonton yang hadir seramai 60 orang (pernah berlaku kepada NTFA), apa perlunya menyewa stadium Batu Kawan yang sewaannya RM3000.00 satu malam dengan kapasiti penonton 45,000 orang = 0.13% sahaja bangku stadium diisi.
Sedar atau tidak, kemerosotan ranking bolasepak di Malaysia bermula semenjak bermulanya era profesional. Mengapa harus dipertahankan profesional itu jika prefesional itu tidak jadi prefesional. Tafsirlah profesional itu mengikut kemampuan kita. Fahamilah bahawa kalau sebut saja ‘pemain bolasepak sebenar’ mereka akan bermain bolasepak, dimana saja, pada bila-bila masa , dalam apa keaadan pun dan dimana saja.. percayalah .. “pernah pemain yang digugurkan oleh kelab lain datang merayu2 kepada saya untuk bermain dengan NTFA (Liga Perdana 2004 /2005) yang tidak ternama walaupun dengan gaji yang murah.. asalkan dapat bermain bolasepak”. Sebaliknya pula FAM telah menetapkan gaji minima dan maksima kepada pemain. Ada pula kelab yang menggajikan pemain melebihi had yang ditetapkan kerana perebutan pemain tetapi akhirnya …..
Tafsiran yang baik ialah : Grant yang disalurkan oleh FAM adalah memadai untuk menguruskan sebuah kelab dengan syarat FAM meminimakan kehendak profesional seperti yang ditafsirkan oleh FAM sendiri. Sebagai contoh : gajikan pemain mengikut kebolehan dan kemampuan kelab. Bebaskan urusan gaji dan urusan-urusan birokrasi dari kawalan FAM, biarkan kelab membuat keputusan bagi menentukannya, sekiranya silap buat keputusan risikonya akan ditanggung oleh kelab itu sendiri. Begitu juga dengan pengurusan lain .
Sebenarnya senang berurusan dengan orang-orang bola ini, kerana orang bola adalah orang gila – “kalau tak gila, tak boleh jaga bola” begitulah ungkapan yang rakan-rakan saya perkatakan. Duit habis, masa habis, ada yang berhutang, ada yang bergadai, ada yang jatuh miskin dan ada yang masuk jel….. orang lain kerja dapat duit, orang bola kerja habis duit. Tanyalah pengurusan bola di akar umbi. Pernahkah FAM mendengar orang gila bola di akar umbi. Kalau tak tahan lari.. anak raja pun boleh lari, inikan macam saya.
Maaf, 3 hari yang lalu coretan ini telah dilakar sambil mengedit dari semasa ke semasa tapi tadi saya baru menerima khabar (dari ‘orang gila bola’ juga) bahawa FAM akan merombak taraf profesional bolasepak Liga Malaysia. Kita nantikan bagaimana tafsiran kali ini pula. “Anyhow, sekali lagi Tahniah (seperti diperenggan 1).
Janganlah takut dan bimbang jika kita diperlekehkan oleh negara maju dalam bolasepak kerana pengurusan badan induk yang terkebelakang (stail lama) yang penting bolasepak kita yang ke hadapan dan peminat-peminat bolasepak Malaysa semakin ‘gila’ untuk ke stadium.
…gbpencen….dah pencen cikgu, tapi NTFA tak bagi pencen lagi, yang ni pun salah satu ‘gila’ juga.