- Sebagai seorang guru saya sempat bangga dengan cik gu Subkidin (pengadil perlawanan) yang kali terakhir saya berjumpa dengannya semasa bertugas ialah di SMT Nibong Tebal. Kali terakhir berjumpa dengannya sebagai pencinta Bolasepak ialah di Wisma FAM semasa era penolakan penyertaan NTFA dalam Liga Perdana kerana ketiadaan penaja (wang). Beliau menguasai diri mengawal permainan; beliau tidak dikawal oleh perasaan. Tahniah.
- Khalid Jamlus sudahpun menguasai dirinya ketika usia sudah semakin meningkat. Tidak seperti di awal penyertaannya beliau begitu gemilang tetapi dibelenggu oleh kegagalan menguruskan perasaan mudanya. Panas, ego dan angkuh. Pemain muda di Malaysia berbeza dengan pemain mu da di negara yang maju dalam bolasepak. Mereka lebih berhemah dan berdisiplin pada awal peningkatan atau penyertaan dalam pasukan. Bila sudah agak berusia barulah timbul (jka pun ada) masaalah.
- Rudi Ramli diganti oleh pemain muda, Fitri Syazwan yang lebih bertenaga. Fitri (dan lain-lain pemain muda) seharusnya mencontohi pemain-pemain muda di negara yang maju dalam bolasepak. Pemain-pemain muda dalam kelab di England yang diketengahkan telah menunjukkan peningkatan untuk menarik perhatian pihak pengurusan. Akhirnya mereka berjaya. Saya mengambil contoh Wyane Rodney, pemain muda (asalnya) yang dibina oleh pasukan Manchester United.
- Sebenarnya Halim Napi (yang ternyata kurang perhatian – disiplin) wajar dinafikan untuk berada dalam pasukan Kelantan kerana penjaga gol yang bermain dalam Final Piala FA untuk pasukan Kelantan (Mohd Shahrizal) juga sangat cemerlang. Hanya aksi mendakap bola terlalu lama setelah ditangkap itu pun lama kelamaan akan menjadi ‘tabiat’ yang akan menjadi kudis pada pasukan Kelantan.
- Jaringan penyamaan Amri ‘sebijik’ macam jaringan pada perlawanan separuh akhir minggu lalu, dimana beliau menerima bola lintang di hujung gawang gol, tanpa di kawal dan menanduk separa terjun. Jurulatih Pasukan Kelantan (walaupun orang putih) tidak membaca perlawanan separuh akhir (Selangor) itu untuk membuat persediaan. Tertanya juga keprofesionalannya (?). Jaringan Kelantan untuk gol pendahuluan juga ‘sebijik’ macam itu juga.
- Nampak macam marah ‘sangat’ Amirul Bahrom (Selangor) dengan Indraputra kerana bola tidak dikeluarkan oleh pemain kelantan dari padang perlawanan kerana pemain Selangor cedera. Ketika itu bola dimainkan hampir dengan gawang Kelantan. Pada saya ; Pemain Kelantan telah mengambil langkah bijak kerana telah mengeluarkan bola ketika bola berada di kawasan gol Selangor sendiri. Amirul patut sedar bahawa pemain Kelantan juga tidak mahu terjerat dengan tektik ‘biasa’ bolasepak kerana bola berada di kawasan kritikal Kelantan. Semangat kesukanan ialah untuk kedua-dua pihak mendapat keuntungan. Mengapa mesti marah-marah.
- Antara undang-undang sepakan penalti ialah penjaga gol tidak boleh bergerak sebelum sepakan diambil. Dilihat penjaga gol terlebih dahulu merebahkan badan ke hadapan (juga ke sisi) dan bola yang rendah melintasi garisan gol. Apakata kalau hanya merebah ke sisi (tidak ke hadapan) mungkin bola boleh diselamatkan. Cuba perhatikan .. Pengadil telah memberi ‘advantage’ kepada pemain yang mengambil sepakan setelah bola masuk – keputusan pengadil itu memang betul .. apa komen anda (jurulatih baru terutamanya) mengenai teknik merebahkan badan ?
- Pernah diberitakan pengulasan sukan TV1 perlawanan tersebut, Haji Hasbullah Awang adalah penyokong kuat Selangor (?). Ceria sungguh nampaknya beliau. Ada apa-apa komen anda ?
…publish jam 3.00 pagi selepas tamat perlawanan akhir.
…gurubesar pencen …… banyak kawan ‘bola’ sampai yang setengahnya saya tidak kenal.
b
Terpanggil untuk menunaikan saranan pembaca blog ini yang meminta komen mengenai rusuhan bolasepak yang berlaku di Kota Bahru, Kelantan ketika Pasukan Bolasepak Negeri itu bertemu dengan Negeri Sembilan.
Biasanya saya akan cuba mengelak untuk membuat komen apatah lagi untuk membuat teguran terhadap mana-mana pihak/individu kerana selalu menyedari diri sendiri pun terlalu banyak kekurangan. Sungguhpun begitu, saya juga mempunyai pendapat sendiri dan pengalaman seperti itu yang boleh dikongsi bersama.
Aksi pasukan NTFA (Nibong Tebal Football Association) dalam Liga Perdana, Liga Malaysia (Liga M) tidak disenangi oleh banyak pihak. Diantaranya merasakan mampukah pasukan daerah yang sekerdil ini mengharungi cabaran dalam Liga M ?. (memang tidak mampu pun). Sesungguhnya cabaran yang dilalui sungguh getir. Sebagai Setiausaha Persatuan tersebut, dengan kerja kuat rakan-rakan sepasukan, cabaran itu terus diharungi. Keseluruahn 5 tahun dalam Liga M termasuk 2 tahun dalam Liga Perdana amat …… (macam-macam ada)
Menjadi idaman semua peneraju dan pencinta bolasepak (peringkat bawahan seperti NTFA) ialah kesempatan untuk beraksi dalam Liga Malaysia namun segelintirnya sahaja bertuah. NTFA antara yang bertuah. Kesempatan itu telah saya menfaatkan untuk mempengalamankan saya. Antara puluhan cerita (yang menarik dan tidak menarik) terselit cerita yang membabitkan NTFA dengan pasukan PKNS yang membawa …
saya telah dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Ketika itu kami menjadi tuan rumah di Stadium Negeri Batu Kawan melawan pasukan PKNS (Selangor). Kejadian berlaku berhampiran bangku simpanan Pasukan PKNS. Pemain kami yang melakukan kesalahan di tempat tersebut telah diserang (setelah berlaku provokasi) dan pemain kami membalas serangan itu. Pegawai NTFA turut masuk campur dengan menyerbu ke tempat kejadian dan berlaku pergaduhan. Pegawai pasukan PKNS juga membalas serangan. Kami dipersalahkan. Memang kami bersalah. Tapi tidakkah mereka juga bersalah?. Apa dan siapa yang menjadi puncanya. Semuanya tidak menjadi pertimbangan. Hukuman berfokus kepada siapa yang menyerang kawasan siapa, bukan memfokuskan pemain NTFA yang di ‘provok’ dan di serang. Ekoran insiden tersebut pasukan kami mendapat nama jolokan ‘All Black’ oleh keluarga FAM dan kejadian itu dikategorikan sebagai ‘free for all’
Kami kalah dalam perlawanan tersebut (separuh akhir Piala FAM ). Tahun berikutnya kami menang dengan LADA Langkawi setelah kami memenangi protes terhadap pasukan tersebut (satu lagi episod gembira (akan datang) sebagai setiausaha NTFA. Kami layak beraksi dalam Liga Perdana buat kali pertama. Mengasyikkan (?)
Ekoran dari insiden itu, saya berserta dengan Presiden dan Naib Presiden (mendiang En Ooi Teng Hoe dan En Ong Eng Hua) dihadapkan ke Lembaga Tatatertib FAM (Peratuan Bolasepak Malaysia). Saya mula mengumpul maklumat kesalahan dan lain-lain untuk di analisis bagi mempertahankan diri. Laporan MI (Match Inspector) sudah tentu tidak memihak kepada kami. Beliau bekas seorang pengadil senior di Pulau Pinang. Apatah lagi pengadil, tentu sekali tidak. Panggilan ‘all black’ telah menjadi sinonim kepada NTFA kerana kebanyakan pemain berketurunan India (Malaysia). Mengandaikan apakah pertuduhan yang hendak dihadapkan kepada kami, saya mendapatkan semua maklumat sebelum ‘mengadap’. Dari pemain, pengurusan, polis, keselamatan, petugas, RELA dan pegawai. Saya perincikan. Saya membuat ‘home work’ dengan teliti, dengan harapan saya dapat membuktikan sekurang-kurangnya bukan kami sahaja yang bersalah.
En Gary Nair, salah seorang, Naib Presiden dalam Persatuan Bolasepak Pulau Pinang menyatakan dengan penuh yakin dan bersemangat bahawa ‘NTFA akan kena gantung sekurang-kurangnya 3 tahun’. Banyak lagi cerita yang tidak enak di dengari sebelum saya ke Kelana Jaya. Saya menerimanya dengan hati terbuka. Saya cuba untuk buktikan.
Terus menerus saya pertaruhkan bukti-bukti yang ada bahawa kesalahan tidak boleh diletakkan sepenuhnya kepada NTFA. Dari laporan MI, saya diasak dengan tuduhan kami gagal mengawal tingkah laku pemain dan pegawai termasuk kegagalan untuk menempatkan polis (dan pegawai keselamatan) dinafikan dengan menamakan pegawai polis yang hadir, kereta peronda polis yang berada seawal permainan bermula dengan nombor platnya sekali, jumlah anggota rela yang bertugas. Saya dan rakan memperkukukuhkan hujah yang MI tiba dilokasi perlawanan kurang dari masa yang sepaptutnya beliau hadir (1 jam sebelum perlawanan) kerana saya berada di stadium sebelum ketibaannya. Laporannya perlu di pertimbangkan kesahihan pemerhatian penuhnya.
MI cuba mempertaruhkan kesalahan yang insiden tersebut se serius ungkapan ‘free for all’ . Saya terus membuat penegasan bahawa ungkapan itu sebenarnya membawa makna ‘semua terlibat dalam pergaduhan’ ( bukan kami saja) mengapa kami sahaja yang dipersalahkan. Dengan tenang tanpa meninggi suara, dengan berhemah mengatur ungkapan agar terserlah kematangan, diperjelaskan satu persatu persoalan yang cuba ditimbulkan. Saya hanya ingin buktikan kami tidak 100% bersalah, itu saja. Penghujahan mengambil masa kira-kira 45 minit.
Kami diminta menunggu diluar. Kami diminta masuk semula lebihkurang 20 minit kemudian.
Kata pegawai ‘pendakwa’ : belumpun pernah sekali pun, pihak yang mengadap Lembaga Disiplin ini (FAM) begitu tenang mempertahankan kebenaran, biasanya akan berlaku ketegangan yang berpanjangan dalam ‘perbicaraan’. Mereka juga bersetuju dengan maksud ‘free for all’ yang kesalahan sebenarnya perlu diletakkan kepada semua yang terlibat. Akur bahawa ada persiapan keselamatan untuk perlawanan tersebut tetapi ianya tidak memadai dan perlu dipertingkatkan lagi.
Pasukan anda diberi amaran keras (hanya). Mendiang Presiden mengandaikan (pendapat beliau) Lembaga Disiplin terpengaruh dengan ketenangan NTFA berhujah.
Sepanjang perjalanan pulang dari Kelana Jaya, mendiang Presiden sibuk menjawab panggilan telefon dari Pulau Pinang. Dalam senyum kegembiraan beliau menyatakan kepada kawan-kawan yang NTFA tidak diwakili oleh setiausahanya, tetapi diwakili oleh seorang ‘lawyer’. Saya pula tersenyum (keletihan) bangga kerana terlepas dari hukuman gantung dan denda (wang).
Tidak lama selepas itu, MI yang melaporkan perlawanan NTFA dengan PKNS itu memalingkan muka ketika berselisih dengan saya. “Maafkan saya Tuan Haji, saya hanya menjalankan tugas”, bisik hati saya. En Ong pula merungut-rungut, biasanya Lembaga Disiplin menerima apa saja laporan mereka (MI dan pengadil) tetapi ianya tidak berlaku pada pasukan NTFA, kita bukan hebat.. tapi kita menyatakan yang hak dan yang benar.
…. kalau sudi, tunggulah perlawanan dengan TNB Kelantan dan LADA Langkawi….
…gurubesarpencen… lepas Mesyuarat Agung, tak mau jadi Setiausaha dah….
Pada Perhimpunan Pagi 13 April, 2009 berderai dengan tepukan dari murid-murid untuk memberikan penghargaan kepada kelas 5 Bestari kerana dimklumkan sebagai kelas yang paling bersih.
Tampak seperti pengumuman biasa tapi, telah diberitahu oleh Guru Bertugas, kelas itu telah menjadi bersih dalam masa (2) minggu; juga membawa maksud (?) sebelum itu tidak bersih. Mungkin (?) juga bermaksud kelas-kelas lain tidak sebersih atau kurang bersih dari kelas 5 Bestari.
Macam tidak percaya pula, diberitahu pula kelas itu menjadi bersih kerana kehadiran saya yang menjadi guru kelas (sementara) kelas tersebut. Menyelinap perasaan bangga, malu dan terharu bila nama saya disebut sebagai orang yang bertanggung jawab atas penghargaan yang diterima oleh murid 5 Bestari itu. Penghargaan itu saya cuba tidak berkongsi bersama dengan mereka.
Bangga kerana setelah bersara pun masih diberi penghargaan, malu kerana sumbangan yang tidak seberapa itu diketengahkan dan terharu kerana niat ‘kerja buat’ saya sebenar bukan untuk diiktiraf.
Penilaian tersebut datang dari seorang Guru Bertugas dalam ucapanyanya pagi itu. Mungkin dari pandangan guru lain, lain pula pandanganya. Seorang gadis cantik tidak semestinya cantik dari pandangan orang yang berbeza-beza. Lebih mengharukan apabila perhimpunan pagi itu hampir tamat, Guru Penolong Kanan I, En Jamil (rakan karib / sepupu saya) menghulurkan tangan sambil mengucapkan tahniah atas penghargaan sebentar tadi. Saya sambut salam tahniahnya dengan tangan kiri saya (betapa kurang ‘asam’ nya saya) tanda saya tidak sepatutnya menerima penghargaan itu.
Setelah perhimpunan pagi itu tamat, bertambah ‘haru biru’ perasaan saya apabila En Mohamad Shariff, Guru Besar mendekati saya. Beliau meminta saya hadir dalam program Perkembangan Staf akan datang (25hb April, 2009) di sekolah. ” you kena ceritakan bagaimana you melakukannya dalam masa dua minggu” dan beliau telah menyambung sembangnya dengan berbagai alasan, andaian dan bla … bla … (biasalah Guru Besar, memang ada berbagai tekanan untuk melepaskan perasaannya).
‘Saya buat apa yang sepatutnya saja, cik gu. Saya akan cuba tunaikan permintaan cik gu. Saya tak sehebat mana pun, saya rasa serba salah juga untuk menyampaikan ceramah (cerita itu)’ kata saya. Dia terus berlalu (?)
Mr. Chin adalah Ketua Sektor Kurikulum. Jabatan Pelajaran Pulau Pinang ketika itu (semasa saya masih sebagai Guru Besar). Ucapannya selalu lembut seperti orangnya. Selalu tersenyum Ucapan yang penuh berisi dan bermotivasi. Tiada tekanan kepada Guru Besar yang mendengarnya bahkan menghiburkan. Beliau menceritakan pengalamanya ketika menjadi Pengetua di SMK Tun Syed Sheh Barakbah, di Sungai Bakap. Berhemah, berbudi bahasa, berpengetahuan dan yang paling penting, ‘tegas’.
Beliau telah memperkenalkan kepada semua pentadbir sekolah sistem memantau kebersihan dan disiplin pelajar di bilik darjah. (yang tersirat pula ialah ‘memantau adakah guru berada di bilik darjah’ dalam satu-satu masa). Sistem yang dinamakan ‘Sistem Pemantauan Kelas’ (SPK) telah diminta untuk dilaksana di sekolah-sekolah seluruh Pulau Pinang. Sejauh mana program ini berjalan dan keberkesanan tidak pula saya ketahui (bukan tugas saya untuk mengetahuinya) tapi saya melaksanakannya secara bersungguh-sungguh kerana pada saya ianya satu program yang amat praktikal, memberi kesan dan memudahkan tugas saya semasa menjadi pengurus sekolah.
Mengikut kata Mr Chin, setiap hari beliau akan menyemak catatan di lampiran SPK itu. Beliau akan memberi banyak masa untuk melihat (melalui SPK) apa yang berlaku dalam kelas. Beliau dapat melihat adakah sesebuah kelas itu bersih, berapa orang murid tidak hadir dan siapa dia, berapa orang murid yang masih merayau dan tidak berada di kelas semasa pembelajaran berjalan, berapa keping cermin yang pecah, guru mana yang tidak masuk ke kelas, murid mana yang melakukan kesalahan dan apa kesalahannya. Juga tercatat kekurangan bahan pembersihan(penyapu – contoh) , pemadam atau apa-apa kerosakan bangunan atau lain-lain peralatan. Kemudian pada keesokan harinya beliau akan membuat tindak ikut yang bersesuaian. Yang perlu dan selalu dilakukannya juga ialah meminta agar guru tidak abaikan (?) catatan di helaian program SPK itu.
Selanjutnya beliau menyatakan yang beliau sebenarnya memantau bilik-bilik darjah dengan bantuan guru dari biliknya (sahaja), yang sarat dengan tugasan yang tidak kunjung selesai (sambil disambut dengan ketawa oleh Guru Besar yang mendengar ucapannya kerana -understood- ‘kerja’ Pengetua / Guru Besar memang banyak).
Beliau menekankan bahawa pengurusan bilik darjah akan menjadi lebih mudah kalau setiap hari guru di bilik darjah melihat tandatangannya dan membaca sedikit sebanyak coretan yang dibuatnya. Bertambah berkesan sekiranya kekakangan dan halangan P&P yang tercatat di dalam SPK itu kadangkala diambil serius (dan diambil tindakan) oleh Pengetua / Guru Besar. Guru akan merasa dihargai dan tugasan yang diterima secara negatif sebelum ini, telah menjadi semakin positif. Yang saya pasti ialah beliau begitu yakin memperkatakan program yang telah dilaksanakannya.
Saya melaksanakan 100% program ini di sekolah semasa saya bertugas sebagai pengurus . Kepatuhan untuk melaksanakannya kerana saya meminati Mr Chin. Ianya ikon kepimpinan pendidikan yang boleh dicontohi. Kepatuhan yang ketara untuk melaksanakan program ini ialah keberkesanan program, dimana bilik darjah sentiasa dalam keadaan kondusif. Tugasan (guru) sebelumnya negatif tapi akhirnya diterima oleh warga sekolah sebagai positf. Saya pula membuat sedikit penambahbaikan dengan membuat beberapa analisa untuk pembentangan dalam post mortem atau taklimat yang diadakan bersama warga sekolah.
Apabila diberi tanggunjawab untuk mengurus kelas 5 Bestari, saya pun masuk ke bilik itu dan melihat ada sebuah buku SPK. Buku itu saya saya ‘pegang’ dan melaksanakannya secara bersungguh-sungguh. Perincikan catatan dan perincikan pula tindakan. Tidak salah bagi saya untuk memegang ‘penyapu’, menyusun meja, mengemas perabot bersama murid kelas berkenaan. Mereka melihat kita yang tampak bersungguh-sungguh. Meraka akan bersungguh-sungguh juga. Disamping itu, jika perlu kita cuba memperingati, menegur, membimbing dan memberi sedikit tekanan, maupun hukuman. Jadilah ‘role model’ seperti yang sering diperkatakan; laksanakanlah , bukan dengan kata-katanya saja.
Bangunan yang dibina (dikatakan) pada tahun 1912 di mana terletak kelas 5 Bestari itu, yang juga sedang menunggu masa untuk dirobohkan (JKR telah datang meninjau-ninjau) bukanlah alasan untuk membiarkan murid-murid berada disitu begitu saja. Kondusifnya perlu dipertahan. Tambahan 99% pula murid 5 Bestari (A) itu amat-amat berpotensi. Bantulah mereka….
….murid 5 Bestari ….. terima kasih cikgu.
…..gurubesarpencen….. belajarlah sayang, semoga pemimpin (pendidkan) mu faham masa depanmu, masa depan anak bangsanya.