Saban tahun, selama beberapa tahun, tiada seorang pun yang memperolehi 4A dalam penilaian darjah 5 ; namun cik gu Amran sering mendakwa dialah satu-satunya guru yang tidak tercicir (layak) untuk mengajar darjah 5. Berkelulusan LCE tidak menghalang Guru Besar saya memberi kepercayaan untuk dia terus berada dalam kelompok guru-guru elit mengajar kelas peperiksaan (di sekolah kebangsaan). Bila keputusan Penilian Darjah 5 diumumkan, secara selamba sahaja guru darjah lima dan guru-guru lain melihat keputusannya. Tiada pun antara kami yang membantah, kecuali suara-suara kecil dari cikgu Saad, Guru Penolong Kanan yang ‘sangat’ berkriasma. (kedua-duanya telah pun arwah – al fatihah). Itu dulu .. sekitar awal 70an.
UPSR 2009, baru saja berlalu dengan sedikit perubahan. Dulupun ada ujian kecrdasan, kemudian ditiadakan dan kemudian diadakan semula. Sekejap ada sekejap tiada.
Setiap kali UPSR, sikap saya sama sahaja saban tahun. Bahawa UPSR bukanlah satu penilaian seperti PMR dan SPM maupun STPM. Ia hanya satu mekanisme menilai murid sekolah rendah sama ada ‘menguasai atau tidak’ kemahiran yang sepatutnya dikuasai oleh mereka. Saya meletakkan helaian amanat Datuk Shukor (KPM – ketika itu, 2005) (melalui pekelilingnya) di kulit fail analisa UPSR bagi menggambarkan bahawa kegagalan murid dalam UPSR bukanlah – berakhirnya sebuah impian, samada kepada ibubapa atau guru. Hakikatnya ialah murid mesti diberikan kemahiran yang sepatutnya untuk menyediakan mereka belajar di peringkat menengah pada tahun berikutnya. Saya rasa bersalah sekiranya ramai murid tidak dapat menguasai kemahiran ini. Oleh itu persediaan awal harus dibuat untuk membina kemahiran asas ini seawal Tahun 3 lagi. Jika dilakukan sedemikian murid pasti dapat menguasainya (minima C ) di peringkat UPSR.
Mengimbas kembali penekanan yang sering dibuat diperingkat JPN untuk membuat penonjolan negeri terbaik UPSR di Malaysia. Hasil diakhirnya ialah Penang Best pada suatu ketika, mengatasi Terengganu sebelumnya. Begitu semarak sekali gong dicanang diseluruh negeri meraikan pencapaian itu. Kebangaan memang ada asasnya tetapi pada saya pekeliling Datuk Shukor itu yang lebih penting untuk sekolah menentukan yang penguasaan minima itu harus diutamakan. Semua sekolah bersungguh-sungguh untuk meningkatkan pencapaian 5A. Usahlah dikatakan lagi, berbagai usaha yang bukan sedikit dibuat untuk tujuan itu. Akhirnya tibalah hari keputusan UPSR diumumkan. Secara tersiratnya, satu ‘gred’ akan diberi kepada setiap sekolah. Sekolah baik , kurang baik dan sekolah lemah. Guru Besar baik, Guru Besar kurang baik dan Guru Besar lemah. Wajarkah diberikan gelaran itu ?.
Ada suatu ketika, satu senarai ‘ranking’ pencapaianUPSR sekolah-sekolah dikeluarkan oleh JPN dan dicanangkan juga dalam siri perjumpaan dengan Pengarah terbilang, ke seluruh negeri bagi ‘memotivasikan’ sekolah (khasnya Guru Besarnya) untuk terus berusaha, dan yang tersiratnya pula ialah bagi menunjukkan sekolah mana yang terbaik, dan sekolah mana pula yang tidak terbaik, dan yang paling penting pengurus sekolah mana terbaik atau terburuk. Suara-suara kecil terus membantah dalam kesenyapan tindakan ini dan kemudiannya didengari juga di hujung-hujung telinga JPN dan perlakuan ini telah dihentikan. Wajarkah dibantah ? Ada asaskah maka ia dibantah ?
Pada setiap kali keputusan UPSR dikeluarkan, saya akan berdiri dihadapan pentas untuk membuat pengumuman pada murid / guru / waris (jika hadir) dan akan menerima dengan hati terbuka apa saja keputusan yang bakal diperolehi kerana (setelah) segala usaha telah dibuat. Saya suka melihat kesungguhan (juga reaksi) mereka (murid dan guru) untuk mengetahui hasil dari usaha yang telah dibuat ke atas mereka oleh guru-guru yang sangat perihatin. Tetapi saya hampir menitiskan air mata (sebak) bila melihat murid yang tidak diberi harapan, boleh lulus dengan minima ‘c’ disamping bangga dengan peningkatan pencapaian 5A . Dan yang paling bangga ialah peningkatan peratus penguasaan minima, yang menggambarkan secara tepat hasrat Datuk Shukor untuk murid-murid sekolah rendah.
Tidak berhenti di situ sahaja, pada setiap kali perjumpaan dengan JPN selepas itu, Guru Besar yang hebat pencapaian UPSRnya akan berada di hadapan majlis. yang kurang baik, tumpang duduk di belakang sikit dan saya akan menyorok-menyorok di bahagian belakang sekali. Guru Besar yang baik akan banyak bercerita, yang kurang baik akan mencelah cerita, dan saya akan mendengar banyak cerita. Strategi disusun semula untuk mempertahankan kejuaraan negeri pada tahun berikutnya. Maka semuanya akan ‘kalut’ semula.
Murid tahun 6 akan belajar waktu pagi, petang dan malam. Akan melalui motivasi secara berterusan dari pelbagai pihak. Berpuluh-puluh buku aktiviti, beratus-ratus helain kerja; lengkap dengan jadual anjal, anjakan kerohanian dan banyak lagi.. Sekalung tahniah atas kesedaran dan ia akan lebih bermakna jika turut dilakukan oleh semua guru di tahun 1,2 3,4 dan 5…
..gbpencen… teringat (arwah) GB Tuan Hj Hassan bin Md Johor dari Lumut, menyatakan bahawa kita sebenarnya tidak perlukan kelas tambahan, jika cikgu kita mengajar betul-betul dalam kelas.
Rajmah merupakan anak ke 5 dari (6) orang adik beradik. Anak yang paling cantik, manis, mudah senyum, peramah, warak dan alim , apatah lagi sangat pandai dalam pelajaran. Sangat disenangi dan disayangi. Bila keluar saja keputusan SPM, telah melayakkannya untuk meneruskan pelajaran ke luar negara (Amerika Syarikat). Abangnya juga menuntut di sana . Pada masa itu abangnya masih menuntut Amerika Syarikat – Nebraska University. Sebelum itu, diberitahu bahawa dia selalu berpesan kepada abangnya supaya jangan tinggalkan keluarga kalau seronok di luar negara.
Setelah setahun di sana, Rajmah pulang dengan membawa banyak hadiah untuk ibu dan ayahnya nya, abang dan kakaknya, sanak saudaranya termasuk saya. Bergembiralah sekeluarga dengan kehadiran semula warga keluarga tersayang ini. Selepas sebulan bergembira di tanahair bersama keluarga, ayah dan ibunya berangkat ke Mekah, dan beberapa minggu lepas itu Rajmah terbang kembali ke Amerika tempatnya belajar.
1986 berlaku kegawatan ekonomi. Pihak MARA minta pelajarnya meneruskan pelajaran di luar negara atas dasar kalau kembali pun tiada ada pekerjaan yang boleh ditawarkan. Anak saudara saya akur; lagsung diberitakan telah berkahwin dengan lelaki berketurunan Amerika beragama Islam (katanya), sebelum sempat menamatkan pengajian ‘masternya’. Secara tersiratnya, abang saya begitu marah dengan perkahwinan itu langsung Rajmah tidak kembali ke tanah air. Betapa hancur hati ibu mengenangkan anak tersayang. Berbagai usaha di lakukan secara tradisonal atau cara ketuhanan namun Rajmah tidak kunjung tiba. Surat yang di hantar tidak di jawab, sebaliknya suratnya saja yang di terima (tanpa merujuk surat yang dihantar kepadanya) Konklusinya : keluarganya di sana menyembunyikan surat yang di terima dari Malaysia.
Rindunya ibu bukan kepalang. Rindu seorang ibu jangan dikata. Walaupun saya bukan seorang ibu (sebab tidak boleh bersalin) tetapi rindu seorang ayah pun sudah bukan kepalang hebatnya.. inikan pula ibu.. kehilangan anaknya. Sesiapa saja yang mengenali kami sekeluarga tentu akan bertanya, adakah Rajmah telah kembali ke tanah air, adakah Rajmah, adakah, adakah …
Putus sudah segala ikhtiar, si ibu terus memendam rasa, si ayah juga sudah hilang bicara. Namun doa terus mengiringinya untuk membuka pintu hati anaknya untuk mengingati mereka (ibu, ayah dan keluarga)
Walaupun hajat (seorang yang bernama ibu) untuk bertemu Rajmah, anak kesayangannya tidak kesampaian tetapi hajatnya untuk melawat Pulau Langkawi jadi kenyataan. Tidak pula diceritakan kepada saya atau saya mendengar cerita dari sesiapa yang dia memang beriya-iya untuk melawat ke Pulau Langkawi. Dengan penuh kepiluan, kepulangannya saya sambut dengan pintu rumahnya terkopak (saya yang mengopak kerana tiada siapa di rumah yang berkunci) semasa mayat kakak saya dalam perjalanan di bawa pulang dari Pulau Lagenda. Dia meninggal ketika berada di sana bersama sebahagian anak, menantu dan cucu-cucunya, juga bersama suaminya (abang saya, juga seorang gbpencen).
Ibu pergi dengan membawa bersama kerinduan yang bukan kepalang. Nadi berdenyut, jantung mengelombangkan perasaan sedih dan sayu. Dia jarang sekali mempamerkan kerinduan itu tapi semua tahu yang kesayuan itu telah memedihkan dadanya hingga membawa hati itu ke Pulau Lagenda. Jasadnya di kuburkan bersama kata-kata yang tersirat yang tidak mungkin di dengari oleh sesiapa sampai bila-bila.
Pengkisahan ini berakhir dengan bayaran terakhir sebanyak RM25,000.00 kepada pihak penaja pengajian (MARA). Walaupun saya serta seorang lagi merupakan penjamin kepada pengajian Rajmah tetapi abang saya yang menglangsaikannya. Konon ceritanya, suami ‘mat sallehnya’ menegaskan bahawa MARA telah engkar perjanjian awal, pulang setelah tamat pengajian tetapi meminta disambung pengajian. Adakah itu sebabnya atau itu alasannya hanya untuk berkahwin dengan.. (anak yang paling cantik, manis, mudah senyum, peramah, warak dan alim , apatah lagi sangat pandai dalam pelajaran)
23 tahun telah berlalu Rajmah meninggalkan tanahairnya. Kini diberitakan Rajmah sudah beranak dua. Diberitakan bekerja sebagai guru Matematik di sana (USA). Berita dan maklumat kadang-kadang ada kadang-kadang terputus. E-mail mula berjawab kemudian hilang di telan alam maya. Semoga bicara kudus di petang Ramadhan ini semoga sampai ke pelusok semesta, moga hati anak sekeras pepejal di bukit itu akan rapuh ditelan bayangan 2 pasang nesan kaku di pusara ibu … di pusara ayah… nya, di pagi raya nanti.
…gbpencen… USA entah di mana – pakai baju panas (University Machigan) hadiah dari Rajmah ….. sampai hancur.
Saya menyembunyi perasaan bangga dan terharu ketika saya diminta memotong kek yang berbentuk padang bola lengkap dengan 2 tiang gol, bola dan seorang pemain pada sambutan Hari Guru 2006. Cikgu Hj Mazlan dan Cikgu Rosnida beriya-iya minta saya memotongnya. Ada pula cikgu yang merakamkan peristiwa itu dalam bentuk audio dan video dan menghadiahkannya sebagai hadiah persaraan saya tahun berikutnya.
Secara kebetulannya mereka memperakui yang saya kaki bola. Mereka berjenaka mengaitkan saya dengan bola.. saya menghargainya kerana itulah yang sebenarnya. Cikgu Suraiza dan ramai lagi yang berada di situ ketawa gembira kerana telah berjaya membuat saya ‘suprise’. Memang saya tidak menjangka yang kek sebegitu akan disediakan untuk saya. Terima kasih cikgu / ustaz / ustazah..
Kali terakhir saya menonton bola ialah 3 hari sebelum bermulanya puasa. Final Divisyen 3, Liga Peratuan Bolasepak, Pulau Pinang antara NTFA (pasukan saya) menentang kelab (yang satu masa digeruni di Pulau Pinang) Bunga Raya. NTFA menang 5 .. 0. (Rujuk The Star 2 hari kemudian). Tahniah semua pemain dan pengurusan. Sebagai setiausaha, saya tumpang seronok kerana saya tidak berada dalam barisan pengurusan pasukan.
Pagi ini (6 September, 2009) sekali lagi saya menonton perlawanan bola sepak dengan penuh minat. Saya bohong kalau saya menyatakan yang saya bukan peminat pasukan Brazil; yang telah menyukarkan pasukan Argentina dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia. Semenjak mengenali Piala Dunia, saya meminatai pemain dan permainan pasukan ini yang pada saya mempunyai persembahan tersendiri dalam seni berbolasepak (seperti yang ramai diperkatakan orang)
Tak payah diceritakan, dengan nama-nama besar disuatu masa dulu seperti Zico, Socrates, Dunga dan ramai lagi juga dengan beberapa rekod yang ulung yang terpahat dalam dalam sejarah bolasepak dunia, menjadikan pasukan ini terus mendapat tempat di hati saya (dan ramai lagi) semenjak peringkat awal saya mengenali Pasukan Bolasepak Brazil. Tadi saya menonton di TV dengan penuh teliti setiap ruang yang ada dalam perlawanan itu.
Brazil seperti dulunya, kini juga sedang mengukir bintang-bintang legenda baru. Jaringan Lusiano (m24), Fabio (m30 & m66) telah mengubah sentuhan samba cara lama dengan sentuhan samba agresif. Pasukan Brazil sudahpun menggarap strategi bolasepak tradisinya dengan perubahan bolasepak moden yang Eropah juga ingin memdominasinya. Dulu dengan ‘open football’nya tapi sekarang mengikut rentak ala Eropah dengan pertahanan keras dan kental. Saya kira Brazil akan terus berjaya.
Tunduk dengan 1 … 3, Argentina layu di separuh masa pertama. Tip (semasa rehat separuh masa) dari legenda dunia, Maradona, jurulatih Argentina itu berjaya memberi setuhan kepada pemainnya untuk mengasak Brazil. Dalam keadaan tertekan, dua lintangan bola sepatutnya boleh memberikan 2 gol kepada Argentina. Hanya gol yang saya kira tidak disangka oleh sesiapa (m64) oleh Datolo tentunya memukau pemain-pemain Brazil. Akhirnya Argentina terpaksa tunduk dengan kebangkitan Brazil.
Semua pemain Barazil tiada bernama (di jersi mereka). Mereka mahu dikenali dari sentuhan mereka bukan dari jersi mereka. Nanti Jersi No 9 yang tidak bernama itu akan dikenali sebagai Fabio di Afrika Selatan nanti (kerana tiket ke pusingan Akhir Piala Dunia sudahpun tertempah). Hari ini Kaka berentap dengan Messie, mungkin tidak lagi di Afrika Selatan nanti kerana Argentina terpaksa menunggu lagi… Kedua-duanya tidak menjaringkan gol hari ini kerana pemain lain juga boleh menjaringkan gol termasuk pemain pertahnan. Itulah kelebihan mereka.
Permainan keras, penuh profesional. Pengadil terbaik yang pernah saya saksikan adalah dalam permainan pagi ini. Argentina dan Brazil mendapat keadilan. ” Selain dari pasukan yang bagus, kami memerlukan pengadil yang bagus untuk menjadikan kami memndapat keadilan dalam perlawanan nanti” kata En Ong Pengurus Pasukan NTFA kepada wartawan The Star, menjelang perlawanan separuh akhir kedua dengnan pasukan bomba Pulau Pinang (Menang Penalti (4 – 2) (Perlawanan Separuh Akhir Pertama 0..0, kedua 3..3).
Bolasepak menjadi sebahagian dari sejarah negara. Di Brazil saya diberitahu bolasepak dianggap sebagai tuhan. Di Malaysia jangan lah sempai begitu sekali, tetapi setidak-tidaknya kalau kita tidak mampu untuk mencatat sejarah, kita ingin juga melihat sejarah bolasepak kita berulang di mana stadium penuh dengan penyokong yang menyokong Pasukan Negeri masing-masing. Penyokong bolasepak boleh mencetuskan inspirasi negara kerana membina negara bangsa yang bersemangat petrioti.
Adios ‘Malaysia’
..gbpencen…mencatat sejarah NTFA bermain dalam Liga Perdana, yang terbaru, layak ke Divisyen (2) Liga FAP/2010.