Skip to content

Sejadah cikgu, kain cikgu, pen murid.

2010 December 17
by Guru Besar Pencen

bwak balik penuh satu pungkox keta…. (maaf..bahasa sms)

Terasa yang teramat sangat begitu banyak MASA ketika  mula bersara.  Tidak lagi kelamkabut bergegas memburu waktu untuk sampai ke sekolah mendahului deringan loceng.  Walaupun saya tidak sekelamkabut kebanyakan guru yang isteri / suami bertugas, tetapi bila di penghujung perkhidmatan, bila semuanya makin ‘selalu lupa’, terasa juga kelamkabutnya.

Bila saya hitung-hitung, pakaian yang saya  simpan dalam almari besi peribadi saya –  rasa cukup untuk saya pakai sampai saya mati.. tak payah beli lagi.  Begitu juga dengan tempat kediaman, kereta, motosikal dan basikal. Rasanya tidak payahlah saya bersusah-susah untuk membelinya lagi.  Sudah cukup rasanya.

Hari Raya yang lepas, isteri saya mengeluarkan sehelai kain palayakat (tulisan dikertas ‘cop’ kain pelikat dari India) baru.  Saya tidak pernah tengok kain pelikat itu sebelum ini.  Isteri saya memberi tahu “Itu adalah kain hadiah dari cikgu abang semasa bersara“.  Kain pelikat itu amat cantik kerana saya amat suka melihat coraknya.  Saya memakainya kali pertama selepas 3 tahun bersara.  Sebelum itu ada 2 / 3 helai kain pelikat yang baru yang saya pakai, tapi yang ini yang saya paling suka (?)

Megah pula rasanya – tua-tua ini berpakaian baru. Tapi yang menjadi lebih megah kerana ianya adalah   hadiah dari seorang bekas guru – saya.  Cikgu Subhi namanya.  Di samping saya megah memakainya, saya mengimbau kenangan bahawa ramai di kalangan guru yang menghulurkan hadiah ikhlas yang menjadi kenangan saya sepanjang masa pada hari-hari terakhir sebelum saya meninggalkan perkhidmatan.  Sehingga sekarang saya masih berbaur – apakah ertinya ini ?

Almari besi saya, saya  buka untuk mendapatkan pen (dakwat)  merah.  Saya ingin menyemak latihan yang saya beri untuk cucu saya.  Lama dah tak pegang pen merah.  Sudah tentu dahulunya pen merah akan sentiasa berkawan dengan pen biru dalam poket baju ke mana saja saya pergi.  Sekarang saya perlu mencarinya.  Bila saya buka sebuah ‘tupper ware’ saya dapati satu tupperware penuh, dengan pen yang belum di gunakan lagi.  Merah, biru, hitam bahkan ada yang dakwat hijau, kuning ungu dan sebagainya.  Itulah sumbangan anak murid saya sebelum saya bersara.  Itu yang termampu oleh mereka dan saya boleh gunakan sampai sekarang ini.  Saya ingat ‘muka-muka’ mereka tetapi saya tidak dapat ingat nama-nama mereka.  Oh Ya.. ! Haris pun ada memberi hadiah pen pada saya. (*Haris : pernah saya rotan, rambut kerinting, hitam dan tak makan saman oleh semua rakan dan gurunya).

Boleh dikatakan, setiap hari saya ‘mengaji’ (dengar ceramah agama) sebanyak 2 atau 3 ceramah  sehari .  2 di radio dan kalau ada masa (1) di waktu maghrib – isyak di masjid – dan setiap minggu mengkyusukkan diri mendengar khutbah Jumaat.   Makin lama termakan juga hati saya yang degil dan jahil ini.  Makin lama saya makin tahu bahawa sebenar gbpencen ini tiada apa lagi yang istimewanya. Kekudusan memperhambakan diri kepada Allah adalah ketentuan yang tidak samasekali boleh digapai oleh insan seperti saya, maka ..

Saya membawa sejadah di rumah – ke tempat saya bekerja kerana sejadah di tempat kerja saya sudahpun uzur.  Saya perlukan sejadah baru.  Bila isteri saya menghulurkan sejadah, dia bertanya, ‘Abang nak yang mana satu?”  Dikeluarkannya  berhelai-helai sejadah untuk saya pilih.  Semuanya cantik-cantik.  “Ini sejadah-sejadah hadiah dari cikgu abang le…” Salah satunya datang dari Mekah (dibuat di mana entah?).  Itu pilihan saya. Saya dapat mengimbas kembali , sejadah itu  hadiah dari cikgu Rahmah, Penolong Kanan HEM saya yang setia (sekarang Penolong Kanan nombor 1) di sekolah lama saya.

Bergantungan di sana-sini hiasan di rumah saya,   yang sebelum ini tanpa hiasan.  Semuanya ayat-ayat Allah dari bekas guru dan murid saya.  Ada lukisan bunga  yang di belakangnya  –  ditandatangan oleh semua murid dari sebuah kelas.  Seolah-olah mereka semua memperingatkan saya bahawa persaraan itu telah hampir-hampir membawa maksud sudah sampai masanya saya mendekati diri dengan Ilahi… saya insaf.

Bila suatu hari saya menyambung bacaan quraan – yang bertahun di baca (belum pernah khatam), saya melayani surah yusuf dan teringat untuk mengetahui terjemahannya.  Saya buka sebuah buku terjemahan dan tafsir.  Lantas membacanya.  Kemudian terasa untuk saya meng sms kan kerja buat saya kepada tuan empunya buku itu yang meng hadiahkannya kepada saya. Begini bunyi sms itu :

“setakat ini, saya telah membaca tafsir hadiah dari puan hingga ke surah yusuf… terima kasih atas hadiah ingatan puan kepada saya.” (bukan sekadar hadiah tetapi kedua-dua kerani saya itu memperingatkan saya)  Saya rasa berpahala mereka.

gbpencenhingga ke hari semalam ada guru yang tidak jemu-jemu beri hadiah kepada saya… siapa ? (rahsia)

2 Responses leave one →
  1. HAWA permalink
    December 19, 2010

    siapa tu yang rahsia nie…. hamboi tak abeh2, lelaki ke pompuan.

  2. Khairi Din permalink
    January 5, 2011

    Kalu dari tky ape agaknye yg mungkin sesuai untuk Cikgu. Mungkin selipar Jepun. Mungkin kimono. Jersey bola Team Japan pun ok. Saya pernah beli tuala mandi tahun 1988 ditulis YSL di jepong just imagine hingga sekrang saya masih gunakannya 23 tahun. Baru baru ini saya beli kitchen knife KAI saya rasa akan gunakannya lebih 10 thn. Bulan lepas sy ke tky my friend pesan dan saya pon beli lah kereta warna hitam untuk dia. Dia pesan E240 cc2.6 thn 2004 dah 6 thn mileage 52k. Setahun x sampai 10k. Kalu x de import dty dan AP mahu saya belikan hadiah big boys toy ini pd Cikgu.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 9 + 12 ?
Please leave these two fields as-is: