Skip to content

Dunia yang sempit.

2019 May 12
by Guru Besar Pencen

Bila usia sudah hampir mencapai 70tahun, sungguh terasa bahawa dunia ini rupanya sangat sempit.  Sempit bukan sangat  kerana kekangan kewangan, bukan kerana kekangan masa, dan bukan kerana kekangan tenaga tetapi mata hati telah dapat melihat semua aturan hidup secara dekat.

Dalam usia ini yang ditambah sedikit pengetahuan dan ruang untuk mendekati keagungan Ilahi. Semua yang ada sudah ditakdirkan ilahi. Apa saja yang berlaku di depan mata semuanya telah dilalui. Pendek kata, apa saja aktiviti, perlakuan di depan mata semuanya telah ada dalam pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi sebelum ini.

Maka dengan itu, ianya sudah tidak menjadi hal lagi.  Sudah tidak sibuk, kalut dan hairan lagi. Sempit sungguh dunia ini kerana sudah tiada lagi yang merupakan urusan yang tergesa-gesa mahu diselesaikan.  Saya ingin membawa maksud bahawa bahawa tiada keperluan yang mendesak kerana dunia telah menjadi sempit.

Ada ramai rakan menyatakan situasi sebegini berlaku kerana setiap bulan saya memperolehi pencen persaraan sekitar 2000rm. Jawapan saya – ada juga orang yang semacam saya keadaannya tetapi tidak seselesa yang saya alami. Jadi, kenapa ?. Kerana semasa saya bertugas dahulu saya rasa saya telah bekerja bersungguh-sungguh.  Maka pastinya ganjaran yang saya perolehi diakhirnya adalah lumayan.

Perlukah saya menyertai satu demontrasi jalanan untuk menuntut sesuatu ? Perlukan untuk menyibukkan diri dengan penubuhan sebuat parti baru dalam negara ? dan perlukan saya menyelesaikan satu masalah yang rumit dalam keluarga ? Jawapannya semuanya tidak perlu.  Kerana ada orang yang lebih perlu dan bertenaga juga lebih berkebolehan  untuk mengambil alih tugas itu. Dan  Allah telah mengaturkan penyelesaian tersebut.

Kita ke depan kerana tiada orang yang ingin ke depan.  Kita membuat kerana tidak ada orang yang ingin membuat.  Lebih baik kita ke belakang sebab ada orang yang ingin ke depan dan kita menjadi pengikut kerana ada orang yang berkebolehan menjadi ketua.

Kemungkinan besar kita sudah tidak diperlukan lagi. Maka itulah sebaik-baiknya kerana usia ini sudah tidak lagi memerlukan dan diperlukan. Tidak lagi memerlukan pengiktirafan, nama, ketokohan.  Apatah lagi pangkat, darjat, kegembiraan yang berlebihan, penghormatan dan lain-lain.  Hanya cukup sekadar begini yang sudah cukup menggembirakan.

Apakah ini boleh dinamakan kepentingan diri ?. Jawapannya : Tidak, kerana banyak lagi yang baik-baik yang boleh dilakukan secara sembunyi seperti mana yang diajarkan kepada kita melalui kebajikan, ketelusan dan keikhlasan dalam menghabiskan baki-baki kehidupan.

Pada suatu ketika dahulu, apa saja yang terjadi, baik dari hal kerjaya, keluarga, kewangan, keselesaan dan sebagainya menjadi keutaman untuk difikir dan diselesaikan.  Tetapi semuanya sudah tiada lagi untuk disibuk sibukkan. Ianya berlalu seperti angin.  Satu persatu pasti menemui jalan penyelesaian. Dan yang pasti Allah selalu menentukan apa yang terbaik untuk kita. dan saya yakin bahawa pengaturan hidup ini telah ditentukan oleh Nya.

Kini ada orang, rakan dan keluarga yang menjauhi kita; ingatlah ianya semestinya begitu kerana dunia kita telah sempit.  Jangkauan kita sudah terlalu pendek – dalam semua hal.  Ianya tidak menjadi satu kesan untuk kita terasa hati bahkan kita sentiasa mengukir senyuman. Senyuman sebagai tanda syukur kerana semuanya telah kita lalui dan terus lalui dengan penuh keyukuran.

Bila saya renung kembali, mengapa dunia ini telah sempit untuk kehidupan saya ? Saya memberi jawapan bahawa ketika dulunya dunia ini luas,  sayat elah  gunakann untuk memnabur bakti tanpa batasan dan tanpa pengiktirafan sesama manusia.  Saya yakin kini dunia sudah menjadi sempit dan saya sudah tidak perlu lagi bersusah susah seperti dulu lagi.

Saya panjatkan kesyukuran dengan penuh insaf, juga dipohonkan ampun dengan sepenuhhati atas apa-apa ketelanjuran ketika dunia yang dulunya sangat luas.  Aminn.

…gbpencen…bersimpati dengan rakan seusia yang dunianya masih luas.

No comments yet

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 7 + 5 ?
Please leave these two fields as-is: