Terup Keling & ‘terbalik court’
Begitulah antara ungkapan-ungkapan yang seringkali kita temui dalam perbualan harian sesama kita. Begitu lumrahnya penggunaan bidalan moden ini sehinggakan kebanyakan orang menterjemahkannya sebagai keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada seseorang. Ataupun sebagai keputusan yang tidak diharapkan oleh sesorang.
Dalam perbualan seringkali ungkapan ini digunakan apabila sesuatu situasi itu berlaku sebaliknya, iaitu tidak seperti yang diharapkan. Dari mana asalnya ungkapan ini? Adakah anda mempunyai cerita di sebalik ungkapan ini? Tentu ada. Tetapi saya ada cerita yang menceritakan makna sebenar (pada hemat saya) terbalik court. Saya amat pasti maksudnya berlainan dari maksud ‘anda’.
Ikutilah ceritanya.
Beberapa orang guru ‘luar’ yang mengajar di sekitar Kampung Pengkalan Baharu, Pantai Remis banyak menghabiskan masa dengan menjalin persahabatan dengan orang muda tempatan. Kami banyak menghabiskan masa yang terluang bersama mereka kerana kami semua di perantauan. Ketika itu (sekitar tahun 70an) kawasan tersebut masih terpinggir terutama dari segi kemudahan bekalan letrik.
Permainan daun terup (card) yang dipanggil “Terup Keling” diperkenalkan oleh rakan-rakan tempatan kepada kami. Dari 52 daun kesemuanya, daun 2, 4,5,6 dan 7 (dari setiap bunga – lekokok, spead, kelawar dan diamond) tidak digunakan. Baki 32 daun diagihkan kepada 2 pasang pemain (4 orang). Setiap daun mempunyai nilai mata dari 50 (untuk daun 3) hingga ¼ (untuk daun *)
Pemain giliran pertama akan memulakan permainan dengan menyembunyikan satu daun tanpa di ketahui bunga dan nilainya oleh lain-lain pemain termasuk rakan pasangannya. Pemain akan menurunkan daunnya mengikut daun yang diminta oleh pemain sebelumnya. Beliau akan cuba ‘memotong’ nilai daun pemain tersebut untuk memenangi pusingan tersebut. Rakan pasangannya akan membantu sekiranya dia gagal.
Sekiranya pemain tidak mempunyai daun yang diminta, beliau boleh ‘memotong’ dengan meneka daun yang disembunyikan oleh peneraju awal yang memulakan permainan tadi. Tiada siapa boleh melihat daun yang cuba diteka itu melainkan ‘pemain yang meneka tadi dan peneraju awal’ sahaja. Sekiranya betul, daun yang disembunyikan dan daun yang diteka akan dihebahkan. Bunga daun tersebut akan digunakan sebagai bunga yang paling berkuasa dalam pusingan itu untuk memotong daun-daun lain. Pasangan yang mempunyai banyak daun berbunga tersebut semakin berkuasalah mereka dalam pusingan itu.
Tentunya tuan tidak begitu faham, melainkan memainkannya. Yang dapat diceritakan ialah ia satu permainan yang amat mengasyikkan.
Sekiranya pemain yang tidak mempunyai daun yang diminta tadi memainkan semula daun yang dikatakan ‘tiada’ tadi… maka pemain lawan boleh menyebut ‘court’ sebagai bantahan kerana pemain tadi telah melakukan penyelewengan dan hukumannya, pemain lawan akan menang keseluruhan pusingan itu. Tetapi sekiranya didapati pemain tersebut tidak bersalah, maka pemain lawan boleh menyebut ‘terbalik court’ dan kemenangan mutlak kepada pasangan yang dituduh menyeleweng tadi. Penentuan dibuat melalui semakan daun-daun yang telah dimainkan. Pemenang akan memperolehi mata berganda.
Satu lagi situasi yang boleh di courtkan ialah semasa permaian berjalan, pasangan pemain yang membuat semakan secara senyap mendapati pasukan mereka telah terlebih dahulu menguasai keseluruhan permainan dengan baki daun yang ada ….. mereka boleh menyebut perkatan ‘court’ . Setelah semakan dibuat, jika betul pasangan mereka sudah menguasai, maka kemenangan akan memihak kepada pasangan itu dengan mata yang diperolehi adalah 3 kali ganda. Jika berlaku sebaliknya pula maka hukuman ‘terbalik ‘court’ akan dilaksanakan. Oleh itu perlulah berhati-hati untuk menyebut ‘court’ atau ‘terbalik court’
Bukanlah hasrat saya untuk mengajar permainan ini kepada pembaca blog ini, sekadar menyatakan asal usul ungkapan (yang kita boleh juga dipanggil sebagai istilah) yang kita sering gunakan dalam perbualan harian kita. Saya yakin asal ungkapan itu adalah dari permainan ‘terup keling’.
Permainan Terup Keling ini kononnya berasal dari Pulau Pinang, dimainkan oleh pendatang India muslim disekitar masjid Kapitan Keling. Satu ketika dulu mereka juga jauh di perantauan dan menghabiskan masa lapang dengan bermain terup sebegini. Akhirnya permainan yang mereka mainkan diberi gelaran ‘Terup Keling’ oleh pemain tempatan. Ketika bermain , mereka langsung tidak dibenarkan bersuara; sanggup bergaduh kalau mengeluarkan suara , melainkan selepas tamat satu-satu pusingan. Mungkin juga kerana permainan ini dimainkan secara berpasangan,
Beza pula dengan kami, riuh rendah dengan bersenda-senda. Sungguh menghiburkan dan menjadikan persahabatan kami amat akrab ketika itu.
Nama besar yang turut sama berhibur bersama kumpulan ‘terup keling’ kami ialah Dato Haji Hamdi bin Abu Bakar, (kelakar sungguh dia), ADUN Pengkalan Baharu yang baru dilantik sebagai Pegawai Khas Kerajaan BN Negeri Perak sekarang (ketika itu beliau mengajar di SMK Dato Idris, Pengkalan Baharu). Salam YB Hamdi.
Ramai sungguh anggota peminat Terup Keling’ ini, antara nama-nama kecil pula ialah abang Haji Hamdi, Hj Zainal Abidin Mustafa yang juga pemain ‘bass guitar’ kugiran guru-guru Pantai Remis (sekarang beliau menjadi Tok Sidang Kampung Pengkalan Baharu) , pemain ‘lead guitar’ Abdullah Sani bin Kassim yang pernah bermain (sambil mengembara) bersama wayang Tok Kong Cina (ayahnya bekas Tok Sidang Pantai Remis, sekarang beliau menjadi bilal masjid Pantai Remis), pemain ‘rytham guitar’, cg Salleh Ibrahim (ingin benar saya temui) berasal dari Jalan Bendahara, Alor Setar dan cg Osman Jantan (juga ingin saya temui) dari Negeri Sembilan bersuara lunak, penyanyi kugiran guru-guru Pantai Remis…. Dan saya, pemain dram tidak berbakat kugiran itu ….
(cadangan untuk menamakan kugiran itu sebagai Kumpulan Terup Keling di tolak oleh semua anggota, kecuali saya…)
… gurubesarpencen… cari geng nak main terup….
Pengalaman di masa muda telah mendewasakan kita.Pengalaman lalu sukar dilupakan terutama yang seronok dan yang menyedihkan.Coretan pengalaman cikgu dapat dijadikan panduan dan pedoman kepada generasi baru.Generasi baru kini perlukan panduan dan pedoman kerana mereka seperti tiada hala tuju.
Yang boleh ditulis hanyalah pengalaman kerana itu yang ada.. selain dari itu tiada apa yang boleh dibanggakan. Menulis apa yang benar sekurang-kurangnya ada anak cucu membacanya untuk renungan dan ingatan mereka semasa saya sudah tidak bersama mereka nanti.
apakah nama terup keling dalam bahasa inggeris? saya pernah juga main terup ni masa remaja dulu. orang2 tua kampung saya memang minat main terup ni terutama malam buat kerja kenduri kahwin, saya belajar dengan depa la.
Bacalah original interlok buku yang susah dibeli tetapi elok dibaca. Keling suka terup, china suka main mahjung(mahjang dlm bhs Jepun), melayu suka duduk depan pintu hisap rokok daun.
ps: english-Keling Trump Card haha…..YB Dato Hamdi juga berkawan dengan arwah Ramli Saidin.Nama nama lain saya tk berape kenal tapi sekali jumpak rasanye kenal.
Dato Hamdi memang kaki terup keling… dia memang sifu saya dalam permainan ini… terup keling dalam dalam bahasa inggeris John dah bagi tau… tapi ingat orang inggeris tak main terup keling ‘stail’ kita main.
tapi sekarang saya sudah tiada lagi kelapangan untuk santai macam John kata…
berbagai komitmen telah membataskan semuanya.. sampai nak buat coretan pun dah tak sempat. kerana..
orang sihat, tugasnya menjaga orang yang uzur.. di rumah saya !
selamat semua, di doakan, insyaalah… !