Skip to content

Guru Pedeta – Guru Pendekar

2011 July 9
by Guru Besar Pencen


“tak banyak pendekar melainkan pendeta.”

Di akhir-akhir ini, berpeluang untuk mendamping kembali rakan guru di sekolah.  Banyak info diperolehi dari mereka.  Sebagai gbpencen yang berkereter sederhana (tidak menonjol) saya dapat rasakan kesibukan mereka semua; seperti dahulu.  Walaupun begitu rentetan tugas dan pendekatan – se ingatan saya – sama sahaja.  Ianya bergerak mengikut rutin. Lepas satu-satu, dua dan tiga.  Dua tiga kucing berlari.  Mana nak sama dengan guru-guru yang sememangnya rajin.

Anugerah yang di tawarkan oleh kerajaan (Kementerian Pelajaran) Malaysia menjelang PRU 13 tidak menarik sangat perhatian guru-guru di akar umbi.  Ianya hanya berkisar kepada guru yang diperingkat kepimpinan sekolah yang memang mempunyai prestasi yang baik.  Menjadi perbualan di kalangan guru-guru bergradute dan yang sedang melamar jawatan hingga ke peringkat JUSA C sahaja – yang saya tidak berapa arif dengan gred berkenaan.

Namun proses pembelajaran di sekolah tetap berjalan seperti biasa dan akan menjadi lebih sedikit luar biasanya apabila tarikh UPSR semakin hampir.  GB baru berbicara tentang program yang sedang dikendalikannya itu dan ini.  Pendekatan ‘head count’ plan strategik, latihtubi sudahpun di war-warkan kepada guru UPSR.  Baik siang dan malam murid terus di asak bertubi-tubi.  Asakan ada kebaikannya kerana, bila pulang ke rumah murid akan diasak oleh berbagai channel dari kaca tv.  Saya ingin mengelarkan guru-guru ini adalah guru yang sudah hampir boleh dianugerahkan Anugerah Guru Pendeta

Saya mengenali perkataan pendeta, bila saya membaca buku ZABA – Pendita Bahasa Melayu pada zaman kanak-kanak lagi. Saya mengandaikan pendeta ini sebagai mahaguru yang memperjuangkan kerjayanya melalui ‘pengajaran’nya hanya semata-mata untuk mengajar. ‘Low Profile Pendeta ZABA, mengingatkan saya bahawa beliau adalah seorang yang tidak mementingkan diri.

Dan.. guru-guru yang bertungkus lumus untuk merealisasikan pencapaian 5A muridnya juga begitu.. tidak kira apa saja, bila mana, kat mana dan sesiapa saja (hatta gbnya) akan berusaha semungkin boleh untuk tujuan itu.

Syabas kepada semua guru pendeta di sekolah-sekolah… !

Perkataan berlawan bagi Guru Pendeta adalah Guru Pendekar.

Jika tanpa kawalan, akan wujud guru pendekar lebih ramai dari guru pendeta dari sesebuah sekolah. Dia tidak mahu memegang kelas peperikasaan. Kalau mahupun kerana ‘ada makna’ Mengajar hanya mata pelajaran ringan dan menyenangkan.  Akan sentiasa terlepas dari program peningkatan akademi. Tidak ada jawatan khusus, melainkan hanya menjadi AJK biasa sahaja.  Banyak perkara yang disebut “tidak tahu dari yang tahu”, maka tidak akan diberi tanggungjawab dan tugas besar kerana sentiasa tidak tahu.

Kekemasan kerja tidak di ambil pertimbangan kerana akan terlepas amanah yang diberi kerana GB takut dengan apa yang dihasilkan nanti,  tidak menjadi kemas.

Walaupun begitu, samaada guru Pendeta atau guru Pendekar – semuanya sama  dari segi kemudahan , isentif  dan sebagainya yang diperolehi.  Yang selalu kebingungan ialah pihak pentadbir.

…gbpencen…masih mempunyai ramai rakan dari kalangan pendeta yang kurang pendekar.

One Response leave one →
  1. July 23, 2011

    maaf,, pertamax gan..
    salam kenal…
    mampir ya

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 8 + 15 ?
Please leave these two fields as-is: