Skip to content

Guru Berpangkat

2012 November 19
by Guru Besar Pencen

 

 Tetamu Sekolah : Guru Besar , Yang-Yang  Di Pertua PIBG, AJK PIBG hadir dalam satu majlis penutup Kejohanan Bola Jaring. Tanda komitmen kepada pangkat dan komitmen terhadap tanggungjawab.  Syabas.

Baru-baru ini ada pengumuman yang merangsang hati dan perasaan  guru oleh Menteri Pelajaran Malaysia. Bahawa guru yang baru mempunyai ijazah – walau dari mana pun ijazah itu diperolehi boleh diserapkan terus ke gred peguruan DG41 tanpa ditemuduga. Sedap hati guru ijazah mendengar pengumuman itu tetapi harus diingat bahawa mereka yang ingin diserapkan itu adalah dari kalangan guru -guru atau guru besar / pengurus sekolah yang cemerlang – sahaja. Oleh yang demikian jadilah guru cemerlang wahai warga guru sekalian !.

Pengumuman itu dilihat dari dua dimensi :  Yang pertama situasi politik masa kini menuntut pemerintah menyediakan imbuhan yang bertali arus demi mempersiapkan diri menghadapi pencabar politik yang licik.  Kedua, ianya bukan satu perkara yang mudah untuk menjadi guru atau gb cemerlang kerana status guru cemerlang menuntut komitmen yang tinggi dikalangan guru.  Sebenarnya guru yang kebanyakan ialah guru biasa yang mengajar ‘tulis & baca’.

Ramai rakan-rakan guru yang sealiran dengan saya mengajar tulis &baca.  Ketika mengajar dulu, senang dapat dilihat murid-murid yang berseluar pendek atau berskrit (yang kemudiannya berbaju kurung).  Mulut ternganga, hidung berhingus, kudis masih ada di kaki, berkasut dan kadang-kadang tanpa stokin. Berdua, berkongsi duduk di atas bangku dan meja. Papan hitam (bukan papan hijau).  Kami menyemak buku ringkasan ; mengajar dan mengajar. Tanpa memperdulikan apa-apa pun yang berlaku disekeliling – apatah lagi mengimpikan yang suatu hari guru-guru juga akan mempunyai pangkat – seperti dalam perkhidmatan tentera atau polis.

Koperal, tok sarjan adalah dua ungkapan yang sering didengar dalam perkhidmatan keselamatan.  Bagi yang memiliki gelaran itu digambarkan mempunyai kuasa yang lebih dari penjawat bawahan yang dikenali sebagai prebet (selapas zaman itu dipanggil konstable – dalam istilah kepolisan).  Pegawai atasan saya adalah guru besar, guru penolong kanan pun guru biasa – tiada elaun tambahan. Maka mengajar dan mendidiklah. Bekalan yang ada ialah sedikit ilmu dari maktab bersama pengalaman-pengalaman lalu atau pengalaman yang diperolehi dari kegiatan dalam masyarakat. Kami semua tidak tahu dan tidak berharap atau mempunyai sikap yang sampai bila pun kami tidak akan berpangkat.  Mengajarlah.

Akhirnya dunia berubah tanpa diduga. Profession guru juga sudah dinaik taraf dengan mengujudkan berbagai-bagai peluang kenaikan pangkat. Maka ramailah rakan-rakan kita menjadi guru yang berpangkat.  Pangkat menuntut kuasa. Pangkat menuntut komitmen.  Dan yang penting pangkat menunut gaji yang lebih. Semuanya mesti ditutntut tapi akhirnya ‘pangkat’ telah menghantui ramai guru sehingga matlamat profesion terabai.

Lebih senang tidak mengejar pangkat.  Lebih senang kalau pangkat yang mengejar kita.

Sekarang, pangkat dikejar apabila ilmu telah penuh di dada yang dikutip dari IPT atau dari penglibatan dalam program peningkatan akedemik.  Dengan kelulusan berijazah yang diperolehi telah memungkinkan sesorang guru layak untuk diberi pangkat. Maka berkejaranlah orang-orang yang mengejar pangkat sehingga kadang kala telah menghalalkan cara. Mengenepikan amalan ilmu yang diperolehi.  Latar belakang kepimpinan yang ada dalam diri.  Kesanggupan untuk berkorban kerana perkataan ‘pangkat’ itu memungkinkan kita menjadi seorang pegawai pemerintah – satu jawatan yang lebih atas lagi kuasanya dari prebet, koperal dan tok sarjan.

Semua penambahbaikan itu ‘baik’. Ianya akan lebih indah apabila guru yang berpangkat ini mengusai diri dengan bersedia untuk menjadi lebih dari seorang guru. Rasminya padi, semakin tinggi pangkatnya, semakin merunduk kepada muridnya.

…gbpencen…syukur bersara dengan pangkat Guru Besar DG29

 

No comments yet

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 5 + 13 ?
Please leave these two fields as-is: