Skip to content

Tahukah anda apa itu guru ?

2014 October 2
by Guru Besar Pencen

 Gambar Harian Metro

  • Nampak seperti tidak heboh berita dan gambar di Harian Metro di atas.
  • Yang betul-betul heboh ialah berita kertas soalan matapelajaran sains dan bahasa tamil UPSR – bocor-

Pada saya kalau pun saya tidak bersara lagi, kedua-dua pernyataan di atas tidak menjadi heboh. Dengan perkataan lain saya tidak akan merasa apa-apa untuk dihebohkan.

Apakah dengan kata-kata itu, saya boleh dianggap sebagai seorang guru yang tidak bertanggung jawab?

Terpulanglah.

Pada suatu ketika dulu :

….. saya telah diarahkan oleh seorang GB untuk menjemput 2 orang murid yang tidak hadir UPSR. Dengan penuh rasa tanggung jawab, saya bergegas ke rumah calon UPSR sekolah saya itu  dengan kereta (saya – Datsun 100A F-II)  yang ditemani oleh seorang guru. Murid itu bersedia untuk ke sekolah tetapi belum bersiap lagi.  Bila kami tiba, ibunya mengarahkan anaknya bersiap dan kami terus membawanya ke sekolah. Dia tidak hadir kerana tiada kenderaan untuk  ke sekolah yang jaraknya lebihkurang 2.5 km.

Tengahari ada guru lain pula yang menghantarnya pulang.  Dan bergilir-gilirlah rakan-rakan guru melakukan tugas itu sehingga tamat UPSR pada tahun berkenaan.

Begitulah sebahagian dari tugas seorang yang bernama guru yang menjalankan selain dari tugas mengajar matapelajaran. Tentunya gambar di atas tidak asing kepada seorang “guru” tetapi mungkin asing kepada lain-lain anggota masyarakat.

Pada suatu ketika dulu  kononnya :

Sebuah pusat tuisyen telah berjaya memberi kelulusan (5A)UPSR yang tinggi untuk pelanggannya.  Berita angin tersebar bahawa pusat tuisyen itu telah memperolehi soalan UPSR yang bocor,  Cerita tersebut telah dinafikan.  Sebenarnya terdapat beberapa orang guru yang mengajar di pusat itu bertugas sebagai penggubal soalan UPSR di Lembaga Peperiksaan.  Guru berkenaan secara kebetulan melatih tubi pelanggannya berdasarkan soalan-soalan yang telah digubalnya.  Andaiannya : soalan yang digubalnya  belum tentu lagi keluar sebagai soalan rasmi.  Nasib mereka semua baik, mungkin banyak soalan yang keluar dalam UPSR adalah soalan-soalan yang digubal oleh guru pusat tuisyen mereka.

Sekarang pusat tuisyen itu,  kononnya sangat popular untuk murid UPSR dan mendapat limpahan pelanggan yang membanggakan.  Alhamdullilah.

Berita kebocoran yang terkini pula amat berbeza dengan cerita pusat tusyen tadi.  Ia terus bocor secara telus atau terus menerus. Kemungkinan kebocoran itu awal dan memudahkan guru dan anak murid masing-masing menadah kebocoran itu untuk dihadhamkan. Maka terbatallah soalan berkenaan.

Ianya sudah tentu lagi hebat dari guru-guru di pusat tuisyen di atas….

Antara dua darjat:

  • Ada guru yang bertugas bukan sahaja sebagai guru bahkan dalam nalurinya mengalir darah pendidik.  Ingin mengajar muridnya agar pandai dan berilmu.  Juga dalam masa yang sama ingin mendidik anak muridnya agar menjadi terbaik dalam semua segi.
  • “Ada guru yang semata-mata mahukan kecemerlangan dalam pelajaran.  Apapun yang dilakukan, muridnya mesti lulus UPSR dengan “5A”. Walaupun dengan soalan bocor. Yang lebih memeritkan lagi jika ada guru yang sanggup membocorkan soalan.
...gbpencen… ada guru yang ketiga darjatnya : mengajar kerana wang semata-mata.

 

 

 

No comments yet

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 4 + 5 ?
Please leave these two fields as-is: